Tempat kami di Negeri Perak disebut Kuih Seri Ayu.
Kadang-kadang lain tempat, lain gelarannya kan?
Kalini permintaan Bong teringin nak makan Kuih Seri Ayu katanya.
Jadi sebagai kakak yang solehah, aku pon buatkanlah hehehe
RESEPI KUIH SERI AYU LEMBUT GEBU
-3 cawan tepung gandum
-4 biji telur ( Gred B)
-1 1/2 cawan gula halus
-1 1/2 cawan santan ( 1 kotak santan Kara + 1/2 cawan air)
-1 sudu besar ovallete
-1 sk baking powder
-1 sk perisa pandan
-2 sk pewarna hijau
-1 biji kelapa (warna putih sahaja)
-1 sk garam
-1 sudu besar tepung ubi
CARA-CARA :
1)Satukan telur,ovallete,perisa pandan,gula halus dan pewarna hijau.Gunakan mxer hingga sebati.
2)pastikan adunan cair.
3)Kemudian masukkan baking powder dan tepung yang diayak.Pukul lagi sampai sebati.
4)Adunan memang akan likat.Bila pukul sebati,terus matikan mixer.
5)Masukkan santan & pkul sebati.
6)Pastikan adunan licin dan tak terlalu pekat.
7)Kaup dan letak dalam piping bag.
8)Untuk bahagian kelapa parut,masukkan garam dan tepung ubi sikit.Kacau sebati.
9)Sapu acuan dengan minyak.Letakkan kelapa dalam 3/4 sudu besar.
10)Tekan-tekan supaya kelapa padat.
11)Tuangkan adunan hijau hingga paras acuan
12)Kkus selama 10-15 minit.
13)Apabila kuih sudah masak dan naik gebu,keluarkan dari pengukus.
(Biarkan suam sebelum keluarkan dari acuan)
14)Sedia untuk dihidangkan.
Kuih Seri Ayu ni ada yang kata sedikit rumit membuatnya.
Adakala tak naik gebu. Mungkin ada step yang tertinggal agaknya.
Alhamdulillah aku buat naik gebu helok kejadiannya.
Boleh berbagi sesama jiran untuk bulan Ramadhan nanti hehehe
ayu sungguh kuihnya.. kalau ldy yg buat habis kuih ayu jadi kuih comot..
ReplyDeleteuntung Bong hehe...dah sihat belum dia Ana?
ReplyDeleteKami pun panggil apom seri ayu..Pernah jadi fenomena hujung hujung 80-an dulu
ReplyDeleteTak pernah buat kuih ni. Selalu beli ajer....
ReplyDeleteSy pernah buat kuih ni tapi masa ank3 kecik2 dulu la. 😁. Time tu terjebak dgn group masak2 FB, dah mcm kena rasuk, hari2 asik buat kuih. Haha.
ReplyDeleteSelalu makan tapi baru tahu namanya kuih seri ayu
ReplyDeletewak pon tak kisah sgt namanye seri ayu., kdg2 makan gak dgn inti kelapa parut kann., hehe sedapp
ReplyDeleteUntunglah bong, Kakaknya chef serba boleh :D
ReplyDeleteAkk tau makan je kuih ni, nak buat mmg kirim salam je la ahak!
Saya panggil puteri ayu.
ReplyDeleteSuka makan kuih ni tapi belum pernah buat sendiri.
Untung Bong ada kakak rajin pandai masak.
Sedapnya..mami suka kuih ni. Ahnaff pun suka 🤭. Boleh la try buat bulan puasa sok.
ReplyDeleteSaya panggil puteri ayu. Sedap kuih ni.
ReplyDeletefebret sy ni!
ReplyDeletetempat akak panggil puteri ayu
ReplyDeleteRajinnya anak dara sorang ni masak kuih. Akak pun tak pernah masak kuih ni, Ana oii. :D Cantik kejadiannya.
ReplyDeletekuih ni skrg 50 sen sebiji. Sedap juga dan anak2 suka.
ReplyDeletenak bagi gebu bukan letak air soda sikit ke masa mengadun...
ReplyDeleteselalu paanggil puteri ayu
ReplyDeletesy teringin nk mkn yg ada cheese tu
smpi skrg x jumpa lg penjualnya..
kuih kegemaran saya waktu sekolah, sekarang susah nak jumpa
ReplyDeleteAyu kuih mcm tuan tubuh 🥰🤗
ReplyDeletepandainya buat. saya tak pernah lagi buat kuih ni. nampak macam best jugak kalau buat ni
ReplyDeleteMmg ayu gebu hasil kejadian oleh tgn kakak solehah ni hahaha.. alhamdulillah nak ramadhan ni dah nak kena refresh skil memasak dan membuat kuih :D
ReplyDeleteSaya tahu kue ini, tapi tak ingat nama di sini apa 🤣. Dulu sempat tak suka rasanya, tapi semakin besar, lidah saya makin bisa menerima kue2 tradisional.
ReplyDelete