Macam biasalah si Kakak gigih cari resepi untuk buat kuah rojak pekat kaw kaw.
Terjumpa resepi Kuah Rojak Rina yang pernah viral masa 2016 dulu.
RESEPI KUAH ROJAK MUDAH SEDAP PEKAT
-30 cili kering rebus buang biji (kisar dengan sedikit air agak-agak boleh blend)
-1 kg sos cili (paket kimball/life)
-1 botol kecil kicap lemak manis (saya guna jalen)
-1 bekas kecil (1 botol) petis / otak udang (rahsia kuah rojak jadi sedap)
-1 kg gula pasir (boleh kurangkan)
CARA-CARA :
-Campurkan semua bahan atas dapur (guna api perlahan)
-Masak hingga kuah menjadi pekat
*Jangan tinggal nanti hangus hehehe
1/2 cawan kacang tanah tumbuk kasar
1/2 cawan bijan / lenga
*Kacang dan bijan sangai dulu (sangai tu goreng tanpa minyak)
*Kuah rojak dah sejuk baru taburkan kacang dan bijan
Sumber : Nasrina Shakir
----------------------------------------------------------------------
Sukatan ni dapat lebih kurang 1 balang besar.
Boleh simpan dalam petis ais, nak makan baru keluarkan.
Dah tak perlu nak beli lagi sebab dah boleh buat sendiri hehehe
nak cuba juga la buat kuah rojak sendiri,akak ambil resepi ye Ana...waled suka sangat beli rojak buah,kadang tak puas makan kuahnya secoet
ReplyDeleteuUishhh...Sedap nih..Dah lama x buat =)
ReplyDeleteammi tumpang simpan resepi ni ye. selalu beli pencolek mak bee tu...tapi ada masa terasa manisnya, ada masa rasa pedas
ReplyDeleteYa Allah rajinnya. Kita beli atau ada orang bagi. Hehe.
ReplyDeleteutk org ada resdung elok sgt kuah rojak yg x boh udang
ReplyDeletemesti sedap nih
ReplyDeleteSedapnya kuah rojak. Thanks kongsi resepi.
ReplyDeleterajin Ana, boleh lah simpan resepi ni mana tau kut kut tahun baru ni tetiba kak ana jadi rajin lah kan hehe :)
ReplyDeleteBestnya buat kuah rojak sendiri ni. Makan dengan jambu, mangga sedapnya.
ReplyDeleteApa yang Ana tak boleh buat agaknya ye? Serba boleh sungguh, salute Akk 🫡
ReplyDeleteSedap rojak kerana kuahnya
ReplyDeletesedap tu kuah rojak..buat stock senang..nk mkn anytime dh ready kan
ReplyDeletenmpk sedap.. mmg feveret ldy rojak ni...
ReplyDelete