Scania NBS 8050
anamizu
20 September
24 Comments
alkesah ni berlaku isnin petang(15 September 2014) takdelah petang sangat sebenarnye.. aku on d way nak p rumah abang long aku kat Putra Heights tapi masa keluar exit Shah Alam (Guthrie) stuck dekat satu jam kat situ.. memula aku pelik gak pasaipa la punya lama stuck kat situ sebabnya bukan peak hours masa tu dalam jam 12.15 lebih kurang.. pastu bila aku nak naik ke susur (KLIA / Putarajaya / Johor Bahru) owhhh rupanya ada satu lori terbalik.. tetiba trailer yang kat middle lane mai himpit ke lane aku (low lane) takdan habeh mak aku becakap ehhhhh lori tu pasaipa mai rapat sangat kat kita tetiba kraaaakkkkkk ! tudiaa habeh rabak dan robek T___T sobss sobsss
memula uncle tu mati-mati ajak setel luar je takmau repot. nak gantikan bumper saja tapi disebabkan mak aku bertekak jugak mati-mati takmau last2 aku kol abg aku and abg aku paksa p buat report je kasi setel.. aku masa tengok mak aku dok betekak tu, aku diam je. aku snap no plat lori tu, snap gambar kerosakan kereta aku tu pastu baru aku kol abang long aku dan tanya apa aku kena buat..aku pon p la buat repot kat IPD Shah Alam sebabnya lokasi kejadian tu masih dalam area shah alam kata abang long aku.. Alhamdulillah lah takde injured apa-apa.. cuma robek gak la hatiku ibarat robeknya kereta aku tu ha.. dua tiga hari ni aku nak kena setelkan segala dokumen untuk proceed claim insurance apa semua.. ni first time ni aku nak buat benda-benda claim nih ! haduiyaiiiii semoga dipermudahkanlah Allahuakbar T_______T