Angin Ribut [UPDATED]
anamizu
06 August
26 Comments
kesahnye harini tengah hari aku pegi hantar adik aku si Pian tu balik subang.. dalam jam 11.00 camtulah kami gerak..
ingatkan jalan jem tapi alhamdulillah traffic lancar je walaupon kenderaan makin banyak menghala balik ke KL.. yelah cuti raya dah habes kan.. sampai kat subang dalam jam 1.00 tengah hari lebih camtu.. aku transit rehat & refreshment kat rumah abang long aku kat Putra Heights Subang dulu kejap.. lelap mata sat dalam seminit dua (yang sebenarnye taklah seminit dua sangat kikiki) lepas asar baru gerak antar adik aku kat rumah dia kat area Subang Galaxy.. dari situ gerak balik ke rumah aku semula lebih lancar sebabnye menghala ke utara memang tak banyak kenderaan.. aku pon boleh rilek je drive sambil makan popia simpul -- bekalan yang ditapaw oleh mak.. balik hanya tinggal mak, aku dan jugak aiman je.. ayah aku tak dapat follow sebab ada kenduri saudara di kampung (Taiping). Jadinya hanya kami bertiga beranak je lah yang hantar Pian..
Sampai ke rumah dalam 6.50 petang camtu.. sepanjang jalan tengok jalan basah lain macam je..
"macam lebat je hujan tadi ni"-- kata mak.
"macam lebat je hujan tadi ni"-- kata mak.
dapat info dari wassap group rupanya hujan lebat dengan ribut sekali melanda kawasan tempat tinggal aku ni.. banyak rumah yang rosak terutamanya bahagian bumbung.. ada rumah yang dihempap pokok tumbang.. ada bumbung rumah yang tercabut ditiup angin ribut.. yang bangunan oren tu dewan orang ramai. betol-betol berdepan dengan tempat kerja aku.. habes rosak bumbung dewan.. Dato' Khusairi Abd Talib (ADUN Slim River) pon ada datang untuk ambil maklumat rumah / bangunan yang rosak sejurus lepas ujan benti untuk diberi bantuan apa semua.. bila dapat je gambar-gambar ni semua dari wassap group, aku terus zaaaaaaapppppp --- apa lah nasib ofis aku pulak agaknye... aku terus capai kunci motor dan terus rempit nak p tengok keadaan ofis aku.....
*to be continue
sambungannye : UPDATED [6 ogos 2014]
Lepas aku capai kunci motor tu terus aku rempit pegi tengok keadaan ofis aku.. Bila masuk je dalam, tengok-tengok.. jeng jeng jeng ---
*pinjam google*
Ada sebahagian siling yang bocor (atap yang bocor sebenarnye) dan ada air bertakung macam dalam horror movie Jepun (Dark Water) dulu tu.. Pastu betul-betul kat kawasan yang siling bertakung air tu habes satu set komputer + kerusi basah lencun dek air hujan yang mencurah-curah ke
Salam Lebaran :)