Sempena Birthday Papa

15 September 17 Comments

 


Masa 08 September haritu hari ulangtahun kelahiran Abang Long aku yang ke 42. Mula-mula Kakak Ipar (Kak Long) plan minta tolong aku untuk bawa Mak & Abah sebagai kejutan tapi Abg Long ajak balik kampung (rumah Mak & Abah), maka terpaksa cancle lah kejutan.


Kek indulgence Kak Long order daripada kawan dia home baker.



Masak sendiri je ikan pari bakar & shellout



Kak Long pada mulanya dah planning macam-macam nak buat kejutan sempena birthday husband dia (Abang Long aku). 

Tup tup masa hari diorang dalam perjalanan nak balik ke rumah Mak & Abah aku, kereta diorang pula meragam. Ada benda apa entah yang menyebabkan kereta jadi semput-semput dan kerap mati sendiri pastu bila start pun jadi lambat nak hidup. 

Terus potongggg mood Abang Long.

Kakak Ipar plan kononnya nak ajak makan-makan kat luar.

Tapi bila tuan badan dah hilang mood, decide makan-makan kat rumah aje lah.

Mak & Abah pun lebih seronok makan-makan kat umah je sebab selesa.

Bakar-bakar ayam, buat shellout sikit, ikan pari bakar sikit & masak spagetti, fries, nugget.

Lebih jimat pun iye jugak masak sendiri ni.

Maklumlah zaman sekarang hidup ni kerassssss ye dak? 

Moga Abang Long dipermudahkan segala urusan kereta dia aminnnn.

#ApaNakMakan-Begedil Soto Apam Gula Hangus

20 August 21 Comments

Salam hujung minggu. Hujung minggu mood kerajinan ada datang sikit hehehe.

Jadi kita pun lenyek lah kentang sebab ada permintaan nak si adik bongsu nak makan begedil.




Selesai lenyek kentang dan jadi begedil.

Kita proses buat soto pulak sebab mak teringin nak makan soto.

Sebab bila beli, tak puas makan soto & begedil tu.

Buat sendiri boleh letak sukahati banyak mana kita nak ye dak? hehe

Pastu masuk petang sikit, mak kata teringin apam gula hangus.

Kita godeklah bahan yang ada kat rumah.

Jadilah dapat 36 biji halus comel-comel buat makan petang hehe


Ayuh Mengundi!

12 August 9 Comments



12 Ogos 2023 - Pilihan Raya Negeri untuk 6 negeri (Kedah,Penang,Kelantan,Terengganu,Selangor,N9).

Moga dipermudahkan urusan semua.
Moga pemimpin yang kurang memberi mudarat menjadi pemimpin.
Moga selamat semuanya.



Disebabkan sana sini sibuk mengundi, maka aku yang tak terlibat ni, jadi chef mengundi kat dapur je.
Menu pun yang mudah ringkas je lah untuk jamu tekak.

Ikan kerisi & ikan pelaling goreng rangup.
Abaikan ekor, sirip ikan goreng tu,
sebab anak saudara dah ngap dulu.
Habis kemetot ekor ikan tu.

Sambal sotong lauk feveret kakak ipar.
Masak lemak sayur pucuk dan suun feveret abang long.
Ulam dan sambal belacan feveret aku.

Cukuplah menu untuk hari pengundian.
Syukur Alhamdulillah masih ada lauk di meja makan.


Ayuh Istighfar

11 August 12 Comments

 




Walaupun setiap hari semakin 'keras' dengan ujian kehidupan, kita jangan lupa bersyukur dan istighfar selalu. InshaAllah akan ada cara dan jalan Allah akan beri pada kita untuk selesaikan sesuatu masalah. 

Atau paling tidak, kita kerapkan sedekah pagi.

1 hari = sedekah 1 ringgit pun takpe (ikut mana kita mampu & tidak membebankan)

Akan ada 'keajaiban' yang kita tak sangka-sangka.

Cuba jadikan amalan kita.

Bukan untuk sesiapa, untuk amal jariah kita juga ye dak? :)

#ApaNakMakan-Roti Kukus / Roti Wap

09 August 13 Comments

 


Macam-macam jenis makanan viral & trending zaman media sosial sekarang kan?

Baru-baru ni viral pasal Buah Donut Peach.

Tapi disebabkan harga dia agak 'kayangan' untuk poket aku, jadi belum sempat merasa hehe




Masa pagi semalam, awal-awal sampai ofis tu, dari jauh dah dengar meriah suara Kak Izah & Nana.

Sampai je ke pantry tu, harum semerbak bau yang menggamit bulu hidung hehehe

Nana dengan pantas hulur sebekas ROTI KUKUS atau ROTI WAP pada aku.

Dia suruh aku cuba yang berlauk dan yang filling inti manis (cheesy yogurt,nutella & peanut).

Dan tekak aku lebih suka pada yang Roti Kukus / Roti Wap inti berlauk.

Sebab ada rasa pedas, manis, masin. Semua balance.

Kak Izah yang belanja menu sarapan Roti Wap pagi tu.

Ada gerai baru start niaga katanya & nak support peniaga tu.

Boleh tahan sedap juga Roti Kukus / Roti Wap berinti.

Anak Ikan-Pekasam Puyu

06 August 15 Comments

 


Salam hujung minggu. Moga sahabat dalam keadaan sihat semuanya. 

Jalan-jalan ke mana hujung minggu? 

Aku tak ke mana-mana. Habiskan masa di rumah je dengan keluarga.




Masa pegi ke pasar  pagi dengan Mak & Abah, ada nampak pakcik jual ikan puyu.

Ikan Puyu memang antara feveret Mak & Abah.

Memang tak lepaskan peluang terus beli.

Selesai siang dan cuci, Mak kata nak jadikan ikan pekasam puyu.

Sebab dah banyak kali terkena, bila beli ikan pekasam yang dah siap,

ada je yang kurang kena pada tekak.

Jadi ambil keputusan untuk buat sendiri.

Cara buat pun tak susah mana.

Sangai (goreng kering) je beras ikut anggaran banyak mana ikan.

Kemudian tumbuk beras yang dah di sangai (tumbuk tak terlalu halus)

Garamkan ikan puyu dan gaulkan dengan beras yang di sangai.

Masuk dalam bekas bertutup dan simpan 4-5 hari.

Lepas dah 4-5 hari, dah boleh goreng ikan pekasam tu.

Potongkan bawang, Cili Padi & perahkan limau nipis. Fuhhhh!

Ini antara menu 'bahaya' sebab daripada nak diet, boleh punah harapan diet hehehe