Janam Janam | Dilwale

Aku salah sorang yang #demamDilwale jugak sekarang ni. Entah teknik makeup cemana diorang guna tapi aku kagum gila tengok Kajol cantik betul. Ke sebenarnye Kajol minum QuPuteh? Kalah aku yang umur 20an ni. Ehem~ hahaha

sumber : Lyrics Translate

Cerita Dilwale ni pada aku takdelah power mana sangat. Macam rushing pon ade. Aku bukanlah fanatic filem Hindi tapi mostly filem-filem SRK yang meletop memang aku melekat aje tengok tiap kali ditayangkan kat TV.

Filem Dilwale 2015 sebenarnya bukanlah sambungan filem Dilwale Dulhania Lejayenge  (DDLJ 1995). Ramai mula-mula ingatkan cenggitu tapi sebenarnya bukan sambungan. Cuma tarikh 19 Oktober 2015 (semasa tayangan filem Dilwale ni, genap 20 tahun filem DDLJ yang 1995 tu ditayangkan selama 1,000 minggu di panggung wayang Marathi Mandir, Mumbai ! Durasi tayangan yang sangat panjang tu berakhir pada 12 Disember 2014). Bayangkanlah sendiri lejen tak lejen filem DDLJ tu start tayang tahun 1995, masa tahun 2014 baru tamat tayangan kat pawagam sana.

sumber : Lagenda Filem Dilwale 2015

SINOPSIS FILEM DILWALE 2015
Permusuhan keluarga antara dua gengster Randhir(Bapa SRK) dan Malik(Bapa Kajol) menimbulkan bibit percintaan antara Kaali dan Meera. Bapa Kaali (SRK) cuba untuk berbaik dengan Malik demi percintaan anak mereka ni tapi si Malik tu khianat dan menyebabkan kedua-duanya terbunuh. Masa kejadian tu pulak, berlaku salah sangka dan pada pandangan mata si Meera, Kaali lah pembunuh bapa dia si Malik tu tanpa tahu bapa dia yang khianat sebenarnya. Mereka berpisah tanpa Meera ni tahu hal sebenarnya yang berlaku.

15 tahun lepas tu, Kaali mengubah identiti dia sebagai Raj dan membesarkan adik dia Veer dengan penuh kasih sayang dan sembunyikan identiti sebenar keluarga mereka. Nak dijadikan cerita, si Veer ni pulak in love dengan Ishita (adik Kajol) dan merancang untuk berkahwin sampai terbongkar kisah silam si Kaali dan Meera  hinggakan terwujudnya watak Ramlal dan Pogo disebabkan si Veer ni curious sangat nak tahu segala benda hahahaha

Sepanjang menonton Dilwale ni, aku mengharapkan penamat yang lebih dramatik misalnya Kaali bertempur semula dengan musuh lama dia ke atau paling tidak pun dengan geng dadah di kawasan tempat tinggal dia dan terus membuatkan Veer baru tahu yang abang dia ni  ketua mafia 15 tahun dulu walaupun pada pandangan dia selama ni abang dia ni naif je orangnya. Tapi takde scene tu kecuali filem lakonan Jason Statham hehehe

Nak tahu lagi kena layan sendirilah cerita ni. Takpayah pegi panggung. Online streaming je. Hadap je layan sesorang. Nak nanges ke, nak sengeh ke takde nak tercover-cover hahaha


33 Lovenote(S):

  1. Kak wana peminat filem hindi..dan dah tengok citer ni..best dan minat sgt tengok kajol sebab cantik sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Kajol cantik. muda remaja gittew hehehe

      Delete
  2. serioulsy rushing sgt huhu tapi tetap best sebab ada scene yang berjaya buat kita rasa wow jgk. heheh. lagu best ! aha haa haaaa . ekeke. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. scene thriller best gak la hehehe. lagu dia pulak, 2 lagu tu je la yg berhantu kot kikiki

      Delete
  3. Kawan-kawan cakap citer dia best..tp sy pun x tengok lg huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak best jugakla kalo jenis suka citer2 cinta hehehe

      Delete
  4. Tak tengok lagi T.T
    tapi serius, kajol memang makin cantik dan tetiba rasa diri ni yang makin tua dan kajol tetap sama mcm dulu. Uwrgggggghhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. part Kajol makin cantik-pstu terasa makin tua tu, samalah ana pun rasa camtu huwaaaa

      Delete
  5. sy tak tengok lagi movie ni. tp dah demam janam janam hahaha x'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. berhantu gak la 2 ketoi lagu dia tu hehe

      Delete
  6. saya xtgk pon..xminat sgt....
    tapiiiii... staff saya tiap masa pasang lagu dia.... berulang ulang kali plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh ZF tak minat rupanya. lagu dia ada 2 ketoi mmg berhantu sikit.

      Delete
  7. Hihi...lagu lagunya berhantu nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 ketoi lagu dia mmg mcm berhantu hehe

      Delete
  8. Ramai juga yang kata cerita ni agak rushing. Saya tak tahu nak komen apa sebab belum tengok lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe Farah, kalo takyah tengok pun takpe. layan lagu dia tu je hehehe

      Delete
  9. Akak pula...belum tengok lagi...tak tau bila...minat juga cerita hindustan ni...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe kak. layankan lagu die je dulu kat radio dok repeat lagu tu je hehe

      Delete
  10. sekarang memang demam dilwale kan? kat mana2 ada dengar pasal movie nie. BV belum tengok habis lagi. baru tengok sikit2 je :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. demam lagu dia je kot sbnrnye BV hehehe

      Delete
  11. Akak memang minat citer2 SRK :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana pun minat jugak citer2 SRK tp tgk jugakla sape pengarahnye. kalo yg Legasi Johar buat filem mcm KKHH, K3G tu mmg best la citernye hehehe

      Delete
  12. saya la tu antara yg ingatkan ni sambungan DDLJ. hehe. dah tgk bajrangi bhaijaan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dowload sudah BB tu tp blm sempat tengok. rasanya based on pd review kwn2, mmg lagi best.
      tambah pulak sbb ada pelakon bdk kecik tu. kemain pndai belakon wlupun watak dia bisu kan hehe

      Delete
  13. Hihi Wardah tak tengok pon lagi kakkk. Huhu sedihh XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe jgnlah bersedih wardah. nti blh download hehe

      Delete
  14. Hihi Wardah tak tengok pon lagi kakkk. Huhu sedihh XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sedih sampai 2 kali wardah up hehe

      Delete
  15. Aku skip sinopsis kau..apa ni? Spoiler la..haha..

    Aku x tgk lagi tp lagu dia best. Btw, aku rasa kajol lg lawa dlm cerita my name is khan drpd gmbar kat atas tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. takyah nak skip sgtlah Bro Ley. aku memang dgn niat buat spoilt hahahaha !

      pd pndngn mata aku pulak dlm My Name Is Khan tu Kajol tak 'cantik' sgt hehe

      Delete
  16. ha... eija kurang berminat. blm tgk lagi sampai hari ni hahaha

    ReplyDelete
  17. x tgk lagi cite but ramai yg ckp lokasi pengambaran sgt cantik

    ReplyDelete
  18. sebut pasal jason statham...tak sabar tunggu mechanic 2....

    diwale? nanti2 lah tengok....hantu bollywood belum mai lagi...sekarang tengah layan filipino..

    ReplyDelete

 
© Copyright | All Right Reserved by Anamizu