Amboi! Epidural "Cheat Code" Katanya!

 

 

Epidural, Episiotomy, Czer, Perancang ---
Semuanya tinggalkan kesan bukan 'Cheatcode'.

Kesan yang ditinggalkan bukan saja ada tubuh,
tapi juga pada jiwa isteri.

Sayangnya tak semua suami faham pengorbanan ini.

Ada yang sakit bertahun lepas bersalin.
Ada yang tinggalkan kesan parut pada tubuh.
Ada yang badan dah tak sama lagi selepas bersalin.
Ada yang pendam perasaan kerana taknak suami risau.

Tapi malangnya, tak suami faham.
Ada isteri yang mengharungi sorang-sorang.
Padahal dalam perkahwinan, beban patut ditanggung sama-sama.

Jadi, jika anda seorang suami,
Tolonglah lebih peka & bukan pekak.
Tolonglah buka mata & bukan buta.
Sebab kadang-kadang, sekecil perbuatan seperti :
Pelukan manja & kata-kata :

 "Saya sentiasa ada dengan awak sayang,
kita harungi sama-sama apa juga perkara. 
Jangan pendam sorang-sorang. Kongsi dengan saya ya"

Dari luaran isteri selalu terlihat kuat.
Demi anak-anak, suami & keluarga.

Untuk semua isteri yang sedang bertahan,
anda semua kuat sayang!

4 comments:

  1. teruk kena kecam yg kuarkan statement "cheat code" tu...adoi la kan..
    akibat mulut kan, x guna otak bila kuarkan statement

    ReplyDelete
  2. linda tertinggal ketapi ke nie? macam tak perasan plak isu nie...
    semua nak dibanding2 kan...kadang geram je bila baca...
    tapi manusia kan , mana pernah nak puas

    ReplyDelete
  3. Cheat code? Akak pun ketinggalan ketapi. Tapi lepas beranak ceasar, memang tak sama dah badan kita.

    ReplyDelete
  4. ingat bersalin kan anak tu main2 ke... perjuangan hidup mati tau..

    ReplyDelete