misai kucing
anamizu
10 October
73 Comments
*gangster mood activated*
"semenjak dua menjak ni apsal lu suke sangat cerita pasal kawen ni cik ana? gua tengok lu macam dah sampai seru je.. cecepat la.. tunggu ape lagi?"
cis berani lu suruh gua cepat kawen? lu tunggu la.. dah betol-betol sampai seru nanti gerenti gua invite lu punye.. siap bagi kad wangi-wangi lagi =P hoi,hoi cukup pasal kawen. stop!
nak cakap pasal misai kucing.. bukan misai kucing herba tu lah.. ni kucing punya misai..misai yang kat mulut tu..ape omputih kata "mustache" ke hape tah.. ha yang tu la.. penah tengok kucing takde misai? gua rasa dari observation gua semua kucing ada misai.. gua pernah debate pasal misai kucing dengan abang long gua.. abang long pernah cakap yang misai kucing ni satu alat penting pada kucing.. misai tu wujud ada sebab.. gua pun memang percaye je la.. mana la reti nak gugel ke hape mase tu.. bila dah reti menggugel nih, baru la gua dapat info sikit pasal misai kucing ni smua..
- Misai yang dimiliki oleh kucing pernah diberi jolokan deria keenam kucing. Misai ini adalah sangat sensitif sehinggakan jika ia digerakkan hanya 1/2000 daripada lebar rambut manusia, ia akan menghantar isyarat kepada otak kucing. Dari segi anatomi, misai kucing ini dipanggil tactile vibrissae.
- Misai yang bertindak sebagai sensor sentuhan ini digunakan untuk mengendap buruan, mengukur dan memberi amaran kepada kucing terhadap halangan yang tidak dapat dilihat oleh kucing.
- Misai yang rosak akan menyebabkan salah tafsir dan meraba-raba teutamanya dalam keadaan gelap. Misai mengesan angin dan perubahan terhadap gerakan angin. Maklumat ini digunakan untuk mengenalpasti lokasi binatang buruannya. Dalam suasana gelap, kucing bergantung kepada misainya untuk navigasi dan koordinasi.
- Jika kucing kehilangan misainya, dia terpaksa bergantung kepada matanya sahaja untuk berjalan dan memburu
sumber : rahsia misai kucing
gua pernah dengar cerita orang.. kalau potong misai kucing, kucing tu boleh jadi tak berape betol.. gua rasa betol jugak kot.. dan gua benci gila tengok video gadis-gadis jepun atau china yang muka comel tapi hati kejam gila.. dorang sanggup pijak anak kucing comel sampai terburai isi perut.. memang macam haremm~
nota kecil : sayangilah kucing.. nabi pun sayang kucing taw =)
nota kecil : sayangilah kucing.. nabi pun sayang kucing taw =)