adakah lelaki atau perempuan???

11 September 12 Comments

gugurl A : i rase kan die minat kat u tau...

gugurl B : eh takdelah..u ni ade-ade je tau...we olls kan kawan je..

gugurl A : ish memang u olls kawan je...tapi kan, i dapat rase tau die ade special feeling kat u tau..

gugurl B : amboi3 u ni pepandai je lah..takdenye die nak kat i lah..
*dalam hati (betul ke die ade hati kat i?? betol ke?betol ke????)

gugurl A : betol i cakap..kalo u tak pecaye,u try la tanye die..
gugurl B : euuww i nak kene tanye?? memang tak lah..kalo betol die ade hati kat i,biar die yg cakap sendiri..
eee i malu tau nak tanye-tanye camtu...kite kan gurrlllss *MATE KE ATAS,TANGAN KE DADE

*dalam hati lagi (ala nak tanye ke??? ahh malu lah! emm tapi kalo tak tanye,cemane nak tau..hemm)






memalukan tak kalo gugurl yg tanya pada boy tu yg boy tu ade special feeling ke kat gugurl tu?

hantaran kene ikut status pelajaran ye?

10 September 39 Comments
syawal ke berapa harini?? sebelas eh? majlis rumah terbuka aidilifitri belum berakhir.. kenduri kendara pun pakat tunggu turn.. kad jemputan bertalu-talu datang.. tak terkejar pulak =.=' kawan-kawan yang dulu sorang, sekarang pakat dah berdua..


****************************************


perbualan di majlis walimatul urus :

jenab : uit..orang mane suami die?

kiah : errr orang keyel rasenye kot..

jenab : berape hantaran deme ye nab?

kiah : err ntahla kiah..aku takde pulak tanye mak die..tapi kan ke si **** tu ade ijazah..dah tentu lah bukan sikit hantarannye..anak si pak jabit ritu yang kerje kilang pun 8 ribu..ni pulak ijazah..

****************************************



korang pun biase dengar gosip tu kan? kat kenduri kendara memang tak bleh lari la dari gosip-gosip sebegitu.. bertanye siap dengan senget-senget mulut! kehkehkeh
errr memang hantaran kene ikot status pelajaran jugak kot kadang-kadang ek?? =P

Nilai hantaran kahwin mengikut harga purata
terkini dan status pelajaran di seluruh Malaysia:

UPSR, PMR/SRP : RM1,000 - RM3,000
SPM : RM3,000 - RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 - RM12,000
DEGREE : RM12,000 - RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 - RM20,000
PHD : RM20,000 - RM30,000


nak pulak hantaran HEARTS ON ME macam faezah elai nikah tu..perhhh!

Mengikut Islam: Hantaran free, mahar serendah mungkin adalah terbaik :)

bihun singapore + doodle dari ninie

09 September 15 Comments

alhamdulillah dah sampai syawal ke 11 harini.. majlis rumah terbuka aidilfitri pun masih belum putus-putus lagi.. orang dah jemput, memang rugi lah kalo tak pegi kan? orang kata, rezeki jangan ditolak.. maka dengan rajinnyalah cik ana pegi..

dah namenye pun rumah terbuka..konfemlah juadah macam-macam ada.. banyak makanan ade.. cik ana pun rambang mata tak tau nak amek yang mana.. ketupat + nasik impit + kuah kacang tu memang harus ada lah.. soto + bihun sup + pecal pun ade... dah pening-pening lalat dok toleh kiri kanan tengok juadah tu, last-last cik ana pun decide amek BIHUN SINGAPURA je.. tahu ke cane?





ha bihun yang kaler putih nih la bihun singapura namenye.. cik ana banyak kali gak dah makan bihun goreng kaler merah / cili tu.. selalunye memang kaler tu la kan orang buat bihun goreng? tapi bila pegi majlis tadi, cik ana terdengar makcik-makcik kat situ dok sembang sebut bihun singapore..bihun singapore.. sampai ade makcik tu gelak sakan la die selalu dah makan bihun kaler ni, tapi baru harini die tau orang panggil bihun tu BIHUN SINGAPORE..kekeke~


balik dari majlis rumah terbuka tu, tengok-tengok ada komen dari ninie pasal doodle untuk cik ana dah siap..wahhhhhh!! terasa sangat teruja u knowww! hehe




sepsel dari ninie

wahai ninie dear, dudel hasil ciptaan kamu sangatlah comel kamu tahu?? ninie buat doodle FREE untuk kengkawan die tau?? terime kaseh banyak-banyak ninie sebab sudi buatkan dudel untuk cik ana ni..comel sangat tau! ^___^


kenapa chewing gum

06 September 26 Comments


chewing gum is a banned stuff In Singapore.tahu kan?? cakap pasal chewing gum dan Singapore nie. Ada satu cerita ni.. cik ana dapat dari fesbuk sape tah..

PM Singapore pegi ke Thailand, dia makan malam dengan raja Siam.
Mula-mula diorang makan udang.
PM Singapore tanya Kat raja siam.
lepas makan udang ,apa orang thailand buat dengan kulit udang?
Raja Siam jawab: kami tak buat apa.kami buang aje..
PM Singapore: ooo kat Singapore ,kami recycle kulit udang jadi keropok udang,
lepas tu kami eksport ke Thailand.

Lepas tu diorang makan limau plak.
PM Singapore Tanya lagi ?
Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau??
Raja Siam jawab lagi : kami tak buat apa,kami buang aje.
PM Singapore: ooo kat Singapore,kami recycle kulit limau jadik Jus limau,
lepas tu kami eksport ke Thailand.
Last sekali,
diorang makan chewing gum.
seperti biasa pm Singapore pun tanya,
apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan??
Raja Siam jawab: kami tak buat apa, kami buang aje.
PM Singapore: ooo kat Singapore, lepas makan chewing gum,
kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand.
Raja Siam plak tanya: apa orang singapore buat dengan kondom selepas digunakan?
PM Singapore jawab: kami tak buat apa, kami buang aje..
Raja Siam: ooo kat Thailand, lepas guna kondom, kami recycle jadik chewing gum..
Lepas tu kami eksport ke Singapore.
Erk! muka Pm Singapore jadik merah padam.
Sebaik saja PM Singapore balik ke negara dia,
dia terus ban chewing gum di Singapore
sampai sekarang!
hahahaha hamek kau!
Paham ke?
Kalo tak paham,repeat sampai paham..kehkehkeh
jangan selalu rasa bagus sangat okeh ;)

jom tambah folower

31 August 128 Comments

entry melekat sampai raya
latest entry bawah lagi
semangat ape tah rajin pulak join segmen² yang kawan² blogger buat..aritu join segmen cari musuh..semalam join segmen doodle free..ni pulak join segmen lagi..
kali ni mr aril pulak die punya mastermind..hehe
sebenarnye join segmen² ni bagus..
disamping join segmen,kita dapat tambah lagi kenalan..
kalo segmen tu ada award / hadiah,tu kira bonus la kan??
so lets begin! hehe
nota : salam kenal kawan-kawan ^______^

kaitan kempen tanpa beg plastik dan domokun

25 May 38 Comments

kempen hari tanpa beg plastik.
tahu??

Hari tanpa beg plastik telah dilancarkan di negeri Selangor sejak 2hb Januari 2010. Sejak ia berlangsung, kita terdengar yang positif, mahupun yang negatif. Hari tanpa beg plastik sewajarnya tidak terhad pada tanpa plastik sahaja, tetapi melanjutkannya kepada aspek-aspek yang lain, seperti tidak menggunkan Styrofoam atau polystyrene yang merupakan bahan-bahan yang hanya boleh diguna sekali sahaja. Tambahan pula, konsep 3R (reuse, reduce, recycle), guna semula, kurangkan dan kitar semula merupakan contoh yang perlu kita amalkan setiap hari, dan bukan sekadar untuk plastik sahaja. Ia perlu merangkumi bahan-bahan dalam kehidupan seharian.



di negara-negara seperti Amerika dan seangkatan, dah lama gunakan beg kertas bila membeli dan belah.
negara malaysia pun sepatutnya dah lama guna cara itu.

insyaallah rakyat akan sokong kempen,
KALAU berikan beg kertas begini




itulah kaitan tajuk kat atas tu.kehkehkeh
 itu cerita dia KALAU ^___________^

surat untuk mohon cuti

24 May 13 Comments

seminggu 5 hari kerja.
nak cuti pun tah-tah tak dapat T__T
dah penat apply tapi cuti belum approve??


penat pergi kelas tiap hari??
pagi kelas.
petang tutor.
malam pun ade lagi????
penat?
nak cuti tapi takot lecturer takmo approve??

try bagi surat camni.










jangan marah ha ^____________^
*ramai yang tak boleh sign in blogspot tadi.





alhamdulillah.
rasenye blog yang menghina islam tu dah ditutup.

belajar membuat bintang

19 May 21 Comments

mari belajar membuat bintang kertas ^____^
ok bahan-bahannye :

-kertas berwarne-warni (kalo yg takde kaler pun boleh)
-bekas comel untuk menyimpan bintang yg dah siap


ok lets begin!












hasilnye akan jadi begini.
banyak.cantik!






sekarang cik ana sudah terer membuatnye!
asalkan ade je balang comel, memang takkan
guwa sia-siakan ia! yihaaaa ! ahaaakks~

kasut tumit tinggi dan risiko

03 May 34 Comments

high heels???
kasut tumit tinggi.
cantik dimata tak bererti indah dihati.
aku tak suka high heels.
penat kaki.


meh nak kongsi satu benda pasal KASUT TUMIT TINGGI.


LONDON: Tindakan memakai kasut bertumit tinggi membolehkan seseorang wanita nampak bergaya tetapi ia juga menjejaskan peluang si pemakai untuk menimang anak, mengikut kajian yang disiarkan kelmarin.


Pakar kesihatan dan kecergasan, Dax Moy berkata, gaya berdiri yang tidak seimbang setiap kali memakai kasut bertumit setinggi 12.7 sentimeter memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.


"Jika wanita menghargai kesihatan mereka, elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi dengan apa cara - ia tidak berbaloi dengan risiko."

Penjualan kasut bertumit tinggi dan tirus mencatat peningkatan mendadak sejak selebriti termasuk Victoria Beckham, Madonna, Kelly Brooke dan Scarlett Johansson, mula memakainya.

Berikutan Minggu Fesyen London yang bermula Selasa ini, model Agensi Miu Miu dan Mourets dijangka menguasai pentas peragaan dengan mengenakan kasut bertumit tinggi.

Namun, Moy sebaliknya memberi amaran, reka bentuk terbaru itu juga boleh membuatkan rambut gugur.

"Kedudukan pinggul cuba ditolak ke depan oleh pemakai membolehkan isi perut bergerak ke depan, menimbulkan keadaan yang ramai wanita menyangka ia adalah 'perut buncit.

"Oleh itu, mereka memampatkan organ dalaman dalam keadaan yang dikenali sebagai visceroptosis. Ia tidak berhenti di situ - leher, belakang, sakit bahu, sakit kepala malah keguguran rambut ialah hasil tidak mempedulikan cara tubuh anda dicipta untuk bekerja," katanya.

Visceroptosis ialah keadaan pernah dideritai wanita memakai korset atau barut dan kini ia tidak lagi menyakitkan pinggang sebaliknya menjadikan kaki sebagai mangsa.

Moy menambah: "Paling penting ialah masalah besar yang berpunca dari pemakaian kasut bertumit tinggi berkaitan dengan kesuburan, kitaran haid dan fungsi bahagian atas tubuh.








FAKTA: Risiko kasut tumit tinggi
  • Jejaskan peluang untuk dapat anak
  • Punca rambut gugur
  • Kasut tumit berukuran 12.7 sentimeter boleh jejaskan organ dalaman dan kesuburan wanita
  • Sebabkan leher, lutut, sendi, tulang belakang, bahu menjadi sakit
  • Boleh sebabkan pening kepala, gangguan haid






JENIS BEGINI TAKPE KOT













nota : I LOVE WEDGES <--- baik untuk menambah ketinggian ^____^

petua gigi cantik

02 May 22 Comments
petang tadi masa dalam perjalanan pulang dari subang USJ,
cik ana dengan bonda+ayahanda+adinda berhenti dekat kawasan rehat JEJANTAS SG BULOH..
semua parking penuh.
jadi terpaksalah cik ana stay dalam kereta sementara bonda+ayahanda+adinda keluar..
*settlekan ape yang wajib+lepaskan segala hajat KECIL dan BESAR..hehe
dari jauh terpandanglah satu amoi cina ni.
bukan main cun!
jalan lenggang lenggok je.
body perrhhh!!
makin lama makin dekat nak lintas depan BIMBO..
bila dah ngam-ngam die lalu depan BIMBO,die pun senyum..
mak aih!!!!! macam kaler emas gigi die!!!
haiyo tak rela mak nak nengok nyah!!
jadi,kesimpulannye..ko cantik cemane pun,kalo gigi kuning,tak jadi jugak nyah!
meh sini mak nak story sikit cemane cara nak memutihkan dan mencantikkan gigi..



PETUA : Ambil sepotong halia dan sesudu garam kasar, tumbuk sehingga lumat. Tambahkan sedikit air dan bancuh hingga sebati. Kumur dengan air bancuhan ini setiap kali selepas menggosok gigi sebelum masuk tidur.Amalkan setiap hari. Gigi anda bukan sahaja akan putih dan kuat malah mulut anda akan berbau wangi.



sumber : gigi putih


nota : ini untuk semue ye.bukan untuk amoi tu sahaje...ngeeeeee ❀◕‿◕❀