Dia Tu Adik Hang | Part II
anamizu
13 December
17 Comments
Masa tahun 2014 dulu aku dah pernah kongsikan kisah Dia Tu Adik Hang | Part I . Kisah si Abang John yang tersepit dek kerana si Ayah macam melebihkan sangat Adik Abang John tu. Pada hal bukannya penting mana sangat pun. Lebih pada kehendak je bukan keperluan.
Dan sebenarnya lepas dari kisah Part 1 tu, ada je beberapa lagi kisah agak sedih yang Abang John perlu hadap dan korbankan disebabkan perlu menjaga hati si Ayah tu.
Untuk tahun 2017 ni pulak, dah hujung-hujung tahun ni, dengan nak kena standby keperluan sekolah anak apa semua tiba-tiba aku dikejutkan dengan beberapa whatsapp dari Abang John menyatakan yang si Adik dia tu buat hal lagi.
Kalau dulu si Adik nak sangat-sangat beli superbike yang harganya bukan sekecik anak (dah la nak beli superbike harga mahal pastu nak guna nama si Abang John).
Siapa yang tak berat hati? Guna nama orang lain ni, tak kisahlah nak beli motor ke kereta ke, sebenarnya ia satu tindakan yang amat takde sivik.
Si Adik tu beli superbike gunakan nama Abang John (tanpa rela hati, Abang John terpaksa akur semata-mata nak jaga hati si Ayah di kampung). Pada hal kalau sabar tunggulah diri sendiri tu ada paysheet gaji sendiri nanti belilah apa pun. Kepala gajah pun kalau nak beli, orang tak marah asalkan guna nama sendiri. Tapi jenis tak sabar sebab masa dia nak beli superbike tu dia dalam status pelatih lagi dan belum ada penyata gaji, tu yang gelabah nak guna sangat Abang John tu.
Dah la banyak kali payment sangkut, sampaikan AEON credit deduct duit dalam akaun Abang John dulu disebabkan guna nama & akaun dia. si Adik buat rilek je tunggu gaji dia masuk (7-8 hari kemudian tu baru gaji dia masuk) . Dah lah tak reti nak mesej minta maaf ke ape ke. TAKDE LANGSUNG.
Kalau kata nak datang ziarah melawat Abang John lagi lah takde.
Awal bulan Disember 2017 ni pulak, si Adik ada bagitahu Abang John nanti nak minta tolong Abang John pergi Mahkamah sebab si Adik kena saman disebabkan kesalahan tak pasang side mirror kat superbike dia yang beli guna nama Abang John tu.
Bila Abang John cerita je benda tu kat aku, tiba-tiba rasa panassss je hati ni. Tak cukup-cukup lagi ke si Adik tu menyusahkan Abang John selama ni ? Tu nak kena naik court ape segala tu nanti duit lagi tu. Pastu kang kalo si Adik tu tak cukup duit ke ape ke, dah tentu si Abang John lah kena tolong lagi??? Alamak aih manusia jenis ape kau ni dik!
Masa Abang John susah, satu ape pon si Adik tak ambik tawu.
Bila time dia susah, sana sini pijak kepala orang nak mintak tolong.
Hadoi ! Apa jenis manusialah.