Jodoh Awal Muharram
Moga rumahtangga yang dibina kekal hingga jannah.
Juadah kenduri macam biasa ada ayam masak merah, gulai daging & nenas ikan masin.
Ada juga laksa pelbagai kuih muih yang lain, tapi aku tak ambil sebab tangki kecik hehe
Moga rumahtangga yang dibina kekal hingga jannah.
Juadah kenduri macam biasa ada ayam masak merah, gulai daging & nenas ikan masin.
Ada juga laksa pelbagai kuih muih yang lain, tapi aku tak ambil sebab tangki kecik hehe
Harini 07.07.2024 diadakan Program Fun Walk 5KM sempena dengan Sambutan Hari Peneroka yang diadakan pada 07 Julai pada setiap tahun.
Fun Walk 5KM 07.07 ini berlangsung serentak di Felda masing-masing dan menjadi 1 pencapaian dalam Malaysia Book Of Record.
Program bermula seawal jam 6.45 pagi semua peserta berkumpul di perkarangan kawasan masjid dan bergerak ke arah Dewan Semaibakti untuk dimulakan dengan sesi warmimg up.
Aku dan rakan-rakan lain terlibat sama pada sesi label laluan, pembelian & packaging hadiah untuk sesi cabutan bertuah dan juga dekorasi.
Program Fun Walk Felda ini adalah pertama kali diadakan selama setelah hampir 40-50 tahun pembukaan Tanah Rancangan Felda oleh ayahanda kepada Dato Najib iaitu Tun Abdul Razak.
Ramai generasi muda dpaat turut serta disebabkan diadakan pada hari Ahad (cuti umum sempena Awal Muharram pada negeri-negeri tertentu) dan esok sambung cuti ganti hehehe
Ada certain country sebut sebagai Okra kan?
Alah orang Jowo ngomong Brendy eh Bendi hehehe
Resepi Bendi Celur Ala Chicken Rice Shop.
Celur sekejap kemudian terus angkat masuk air ais sekejap.
Toskan dan chop kan bawang putih & udang kering.
Tumiskan garing dan masukkan cili paste untuk tumis.
Atau gantikan dengan chili flakes pun boleh juga.
Masuk kicap cair sikit & lepas garing siramkan atas jejari wanita itu.
Semudah ABCDE sajo kan? Menu bermalasan namanya hehehe
Helok untuk lutut katanya jejari wanita yiniiii (pelincir lutut).
Permintaan si Bong sebab lapar katanya lepas balik kerja malam semalam.
Bong memang macam tu. Lebih suka makan di rumah daripada beli di kedai.
Bahan-bahan tak berapa lengkap, campak-campak guna saja apa yang ada.
Sayuran hijau takda macam tak lengkap lah Bong.
Tapi Bong bedal laju je licin.
Bong bagi 5 out of 5 star walaupun takda sayur tapi rasa lagi umpphh katanya.
Entahlah si Bong ni saja nak ambil hati ataupun memang sebab dia lapar hahaha