Jalani Rutin Mata Ayah

15 January 10 Comments

 


Dulu aku pernah kongsikan Kisah Operate Mata Abah pada tahun 2021.

Masih segar lagi waktu tu PKP dan hari pertama abah masuk wad adalah hari pertama Ramadhan.

Aku pula masa tu diuji dengan kesihatan Mak yang juga baru selesai ulang-alik cuci luka.

Ditambah dengan waktu tu Covid, PKP dan adik beradik lain tak dapat rentas pulang ke kampung.

Terasa sayu sungguh perlu uruskan semuanya seorang diri.

Aku bawa juga mak pergi urusan abah di hospital sebab aku tak sanggup tinggal mak sendiri.

Untuk tahun ini pula, nampaknya mata abah sebelah kiri pula bakal menjalani pembedahan.

Haritu dah bawa abah untuk rawatan kesihatan di Pakar Mata Hospital Teluk Intan.

Syukur semua kandungan gula, bacaan tekanan darah juga okay.

Jika tiada masalah, perlu hadir lagi nanti untuk sesi pembedahan mata.


Selesai rutin check up abah, aku bawa mak & abah pergi repeat makan Pak Man Nasi Tempurung.
Tempat ni memang dah jadi lokasi feveret mak & abah tiap kali ada urusan di Teluk Intan.
Cara nak makan di sini sangat mudah sebab kita hanya perlu ambil sendiri dulang,
dan lalu je di station juadah yang disediakan dan kutip saja semua jenis lauk yang kita nak.
Tiba di penghujung station akan ada kaunter untuk pembayaran.

Selesai bayar semua juadah lauk pauk (tambah dengan nasi dalam tempurung),
kita boleh cari tempat duduk (tempat duduk banyak) dan selesa.
Mak pilih nak lauk keli salai masak lemak cili api, gulai kawah, sambal paru, telur masin & bendi.

Untuk pilihan air, kita boleh pergi pilih dan bayar di kaunter air.
Pelbagai jenis air ada tapi aku pilih untuk minum air kosong.


Jurugambar Terbaik!

14 January 8 Comments


 Jurugambar / Jurufoto antara figura penting terutama semasa majlis walimatul'urus.

Jurufoto memang perlu pandai main peranan untuk 'hidupkan' suasana majlis.

Al-maklumlah, bukan semua orang tahu untuk posing / beraksi depan lensa kamera kan?

Engkorang dulu masa majlis acaner? Keras kejung ke atau memang pakar posing? hehehe


Jom Buat Apam Koko Belang

12 January 16 Comments

 




Ini gara-gara si Bong ternampak video Apam Koko Kak Zaidah.
Alang-alang Bong minta jadi kita cuba tunaikan.

RESEPI APAM KOKO (KAK ZAIDAH)

BAHAN-BAHAN :
250g gula
200ml susu cair tin
130g susu pekat manis
100ml air panas
2 biji telur
180g myk

240g tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1 sudu teh esen vanilla

3 sudu makan coco powder
3 sudu makan tepung gandum

CARA-CARA
Whisk kan gula,susu cair,susu pekat,air panas,telur & minyak.
Kacau rata semua bahan tu sampai sebati.
Masukkan tepung gandum, baking powder, baking soda (ayak dulu)
Dan masukkan esen vanilla & kacau lagi.

Asingkan bancuhan tadi pada 2 bahagian.
1 bahagian masukkan coco powder.
1 bahagian lagi masukkan tepung gandum.

Tuangkan dua bancuhan tadi ke dalam loyang (sapu minyak dulu).
Kukuskan selama 10-15 minit (api dapur gas).
Angkat keluarkan dari periuk kukus & boleh keluarkan dari loyang.

Tadaaaaa! Dah siap apam koko resepi Kak Zaidah.
Buat lebih macam biasa kita berbagi sama jiran hehehe


Juadah Berbuka Puasa

11 January 11 Comments

 


Selesai puasa 10 Rejab, jadi kita raikan dengan nasi briyani gu dengan kari tulang & acar timun.
Ini pun salah satu permintaan si Bong. Dia kata macam boring asyik lauk ayam je.
Cuba buat kelainan kalini sempena meraikan selesai puasa 10 Rejab, terhasil lah menu ni.

RESEPI NASI BERIYANI MUDAH.
RESEPI KARI TULANG.
RESEPI ACAR TIMUN.

Semua tu kita tiruvasi je daripada resepi yang ada.
Memenuhi permintaan ahli jemaah rumah,
pada hari Jumaat kedua, tahun 2025.

JDEN - Running Pant

09 January 10 Comments

 


Alkisahnya ini permintaan Bong si adik bongsu.
Semenjak dua tiga menjak ni, Bong selalu join running event.
Boleh dikatakan setiap bulan Bong ada pergi event berlari.

Haritu masa Bong asyikkkk dengan aktiviti hiking,
si Kakak dia ni belanja dia trekking pole & sport waist pack.

Kalini Bong kata taknak belanja apa-apa ke sempena dia berlari-lari?
Maka si Kakak Bong ambil keputusan untuk belanja JDEN Runing Pants.

Cuci mata di tiktok semasa live streaming dapat murah.
Ada potongan voucher, free shipping lagi.
Moga Bong tambah bersemangat lebihhhhh lagi! hehehe


Jalan Vietnam - Hadiah Sahabat Blogger

08 January 16 Comments

 



Terkejut kite masa ada Abam Kurier Pos Laju singgah depan rumah sebab katanya ada parcel dari ******* untuk Anamizu.

Seingat aku, takda order apa-apa yang gunakan kurier Abam tu.
Selalunya Abam J&T ataupun Abam SPX yang datang hantar.

Bila tengok dan baca penghantar parcel tu wahhhhhhhhhhh!
Rupanya ada cenderahati daripada Sis Thisni3zahata 

Banyak pula tu isi dalam parcel tu.
Ada beg, ada coin bag, ada whitening masker & ada manisan.
Terima kasih banyak sis ni3za atas pemberian parcel penuhh kegembiraan ni!
Moga diberi kesihatan yang baik & dimewahkan lagi rezeki sis Ni3za sekeluarga!


Jom Buat Kuah Rojak Sedap

07 January 18 Comments

 



Permintaan adik bongu si Bong - minta kakak buatkan kuah rojak pekat katany.
Macam biasalah si Kakak gigih cari resepi untuk buat kuah rojak pekat kaw kaw.

Terjumpa resepi Kuah Rojak Rina yang pernah viral masa 2016 dulu.

RESEPI KUAH ROJAK MUDAH SEDAP PEKAT

-30 cili kering rebus buang biji (kisar dengan sedikit air agak-agak boleh blend)
-1 kg sos cili (paket kimball/life)
-1 botol kecil kicap lemak manis (saya guna jalen)
-1 bekas kecil (1 botol) petis / otak udang (rahsia kuah rojak jadi sedap)
-1 kg gula pasir (boleh kurangkan)

CARA-CARA :

-Campurkan semua bahan atas dapur (guna api perlahan)
-Masak hingga kuah menjadi pekat 
*Jangan tinggal nanti hangus hehehe

1/2 cawan kacang tanah tumbuk kasar
1/2 cawan bijan / lenga

*Kacang dan bijan sangai dulu (sangai tu goreng tanpa minyak)
*Kuah rojak dah sejuk baru taburkan kacang dan bijan

Sumber : Nasrina Shakir
----------------------------------------------------------------------

Sukatan ni dapat lebih kurang 1 balang besar.
Boleh simpan dalam petis ais, nak makan baru keluarkan.

Dah tak perlu nak beli lagi sebab dah boleh buat sendiri hehehe