Tips | cara mengorat

19 September 35 Comments
tajuk macam haremmm kan ? hahaha ampun ~ ni semua sebab sorang kawan cik ana punya ayat la ni.. petang haritu ada lepak sat dengan dia.. dia dok sembangla pasal takdak awek.. susah nak tackle awek la.. tak reti nak ngorat lah. bla.. bla... bla..

bukan susah nak tahu orang tu suka kat kita ke tak... tengok 'body language' dia pon dah boleh tau dia suka ke selesa ke tak ke dengan kita..

jumpak awek putihgebucomel 

muka jadi kagum gila.. hahaha

"weyhh ana, susah arrr nak tackle pompuan.. aku tak reti la weyhh.. cer hang ajaq aku camne nak ngorat pompuan.. aku ni umoq pon dah bape weyh.. hang kan ramai member cecomey.. mai arrr bagi kat aku sorang dua.. hahaha " 

citt ! nak "sorangdua" tu yang buat cik ana gelak besaq.. nak ngorat pon suruh member tulung. ada hati nak sorangdua.. bagi dapat SORANG dulu.. pastu baru bleh proceed nak ada duatigaempat.. ahaaakkss

eh konon tajuk nak bagi tipS kan ? ade ke tah tips.. google je lah senang. jumpak kot nanti.. ahaha =P

tipS #1 ----- mulut kena wangi
tipS #2 ----- ketiak kena wangi
tipS #3 ----- kena TRY sendiri. bukan mintak tolong member. be gentleman.

cukupla dulu kot ? sambung nanti plak.. ehehe

Cameron Highland

18 September 43 Comments

  • al-kisah ahad tadi cuti Hari Malaysia kan ? sangat bersyukurlah sebab cik ana dapat cuti ahad plus isnin... kami pon plan lah nak prank si besday gerl sorang ni (anis -- gambar)  sebab besday dia baru je 2---3 hari lepas.. plan punya plan kononnye nak pegi ipoh pastu lelepak kat taman botani ke gunung lang ke.. pastu nak baling la tepung ke telor busuk ke hape.. 


  • tetibe pagi tu bila dah berkumpul semua, terus bunyi :
"errr jom naik Cameron !"
"wahhh jom ! jom !" <------ yang lelain kemain lagi gedik jawab =P
dan kami pon kerabatlah Cameron tu.. kerabat punye kerabat, sampai gak la kat kebun Teh Bharat.. posing sesikit pastu minum teh sikit.. pastu terus gerak pulak p terjah Strawberry Farm.. sekali kat situ buleh plak perut dok buat hal.. jenuh dok lari cari toilet dulu.. sipbaik dan jumpak, kalo tidak memang naya habaq hang ! cayaq ! adeh =P





  • memang dugaan sungguh la.. orang lain sakan dok pilih beli tu beli ni, pabila perut buat hal dan cirit-birit melanda, sangatlah tak best untuk buat apa pon =.='












  • kerabat Cameron di kala cuti umum ditambah keadaan yang sesak mengalahkan KL sangatlah tak legend.. kena main gear + break ----  gear + break    sampaikan 1 pekan Brinchang tu bau hangit ! sampai je kat tetengah bukit nak sampai area pasar malam Brinchang tu, punyala banyak keta tersadai kat tepi jalan.. dan majoritinya kereta made in Malaysia + manual.. semua dok keluar asap kiri kanan ! cuak gila cik ana nengok ! tak terkecuali jugak BLE cik ana nih.. terpaksa stop terus kat situ jugak bila asap kuar.. memang cuak habis arr masa tu.. mampos la ni karang kene ketuk memahal.. duit lagi la ni nanti --- tu je la dalam kepala hotak cik ana masa jadi camtu.. kengkawan lain  memasing dok bagi moral support suruh jangan risau ape semua.. mau tak riso engko ! kereta berasap weyh ! 
pastu sipbekla ada sorang makcik ni mai sembang.. dia kata :  "keta makcik pon penah jadi ceni gak.. bagi rehat dalam sejam dua pastu enjin dah sejuk boleh jalan semula.. jangan risola ye " 

phewwww punyela lega masa dengar makcik tu cakap cantu.. alhamdulillah setel rehatkan enjin dalam 2 jam sambil jenjalan kat pasar malam Brinchang tu, kamiorang pon gerak turun ikot Simpang Pulai.. naik je ikot Tapah.. banyak gile jalan rebak.. kalo la tetibe... ish mintak dijauhkanla =.=


behind every successful man, there is a woman

14 September 44 Comments
*dalam perjalanan balik.. dia bukak cerita ---


"...memang masa tu aku rasa down gila.. bayangkanla sepatutnya aku dengan batch aku will persue study kat US bila kami setel 2 tahun kat sini.. tetiba malam last tu, prof bagi tau dalam dewan tu, program tu dibatalkan serta merta sebab kegawatan ekonomi.. and kami semua kena tunggu satu surat pemberitahuan.. surat tu nanti akan bagi tahu kat mana Uni bakal kami dihantar.. group yang sepatutnya dapat pegi US, lenyap camtu je.. 

masa tu aku rasa memang gelap arrr dunia aku.. dengan mak ayah aku takde kat sini.. hidup aku memang teruk masa tu.. masa dapat sambung kat **** tu aku just boleh pegi kelas ---- balik kelas.. camtu je la rutin aku.. memang aku tak penah skor tinggi.. 2.0 tak pon 2.1 je.. memang takat tu je la.. 

pastu tah camne, ada sorang student perempuan ni, Sarahani nama dia ---- dia kira budak usrah la.. tudung labuh.. sopan.. cantik.. dia sembang dengan aku.. Sarahani macam tahu² je aku memang down gila masa tu.. bagi semangat macam² kat aku.. pada hal memang tak pernah kenal pon.. macam² program usrah / islamik yang dia ajak aku join.. aku pon masa tu redha je.. aku ikut je join.. 

dan alhmdulillah, hidup aku berubah.. daripada hidup tunggang langgang, aku dah boleh tersenyum puas bila tiap kali azan subuh, aku tak lagi di atas katil dah ! aku mampu bagun dan bersujud pada waktu orang lain sedap meleleh air lior basi ! walaupon sebelumnya aku lah manusia yang akan tarik selimut semahunya.. 
akademik aku pon naik mencanak.. syukur Ya Rabbi!

group Sarahani yang aku join tu ada 1 misi --- jelajah bumi anbiya'.. program tu berlangsung 2 minggu kat tanah suci sana.. dan masa kat sana jugak, Sarahani menyuarakan rasa hati dia kat aku..waktu tu final semester dia.. aku memang terkedulah.. gile engko ! perempuan propose aku kot weyhhh ! pada aku,  kalo aku silap buat keputusan memang sangat besarlah effect dia weyh ! 

waktu tu aku cuma terfikir satu je ---- dia dah final sem. pastu nanti dia dah bekerja.. sedangkan aku ? aku ada berbaki lagi 2 tahun.. walaupon umur kami sama.. tapi disebabkan aku masuk lewat, so lewat jugaklah aku akan habes.. dan Sarahani, aku terpaksa buat keputusan untuk menolak walaupon bukan itu kemahuanku.. 

tak habes kat situ cerita aku dengan Sarahani..

rupanya Ismail (kawan aku yang terlibat sama dalam program jelajah bumi anbiya' tu) ada hati kat Sarahani.. Ismail memang beragama --- kacak --- sopan --- tutur kata tersusun --- berilmu.. pada aku ismail memang perfect lah.. Ismail dan Sarahani nikah di Masjidilharam.. aku terpaksa kumpul kekuatan untuk hadap semua tu..

selesai 2 minggu kat sana, semua krew balik dengan rasa kepuasan yang penuh kegembiraan.. aku ? jangan tanyelah.. memang ada satu rasa perit yang tak dapat aku gambarkan camne.. 

tapi Alhamdulillah... perginya Sarahani, dia tinggalkan aku dengan "kecekalan"--
dan kecekalan itulah yang buat aku terus berdiri sebagaimana aku hari ini.

sangat betul lah frasa 'behind every successful man, there is a woman'
aku hanya mampu doakan Sarahani terus bahagia selamanya dengan Ismail.

Sarahani, ketahuilah bahawasanya kerana awaklah saya berjaya bangkit.. tiap kali ingat balik pasal ni, rasa nak menitik air mata.. seronok campur sedih --- "


*terima kaseh _ _ _ _ _ sebab tak sangka akan share pasal kisah hidop ni.. mesti besar hikmahnye.
*andai dah tertulis bukan jodoh untuk bersama, dah depan mata pon takkan mungkin bersatu. kan? :)

harus memilih

13 September 29 Comments


"alah perempuan ni suka memilih sangatla..."

sebenarnye memang HARUS kena memilih kot... takyah kata pompuan la.. lelaki pon same je. kan? soal jodoh la contoh utamanya.. nak isteri yang solehah kan ? takyah yang ada skill macam masterchef hotel limabelas bintang pon takpe... yang pandai masak sikit-sikit pon takpe dah... especially masak feveret food kan? 

sekurang-kurangnya bila hasben balik penat-penat dari kerja, tengok isteri senyummmm je sambut depan pintu.. pastu siap cakap manje je :

"makanan feveret abang saya dah siap hidangkan.. abang mandi.. solat dulu.. nanti kita makan sama-sama k" 

tak ke rasa sejukkkkk je, kan jejakaS kan ? kan ? eheeee =P


*semoga dipertemukan jodoh yang sejukkkkkk mata memandang >.<

syawal | kelahiran

12 September 32 Comments

alhamdulillah dah setel majlis Jamuan Hari Raya anjuran ofis guwa punya site.. partner guwa (ida) pon dah boleh tido lena malam ni.. yelah kalo sebelum ni, selagi belom setel, konfem bila nak pejam mata pon dok terpikir lagi "camne la nanti event tu.. hurmmm"  and last-last terlena..

so bila dah setel, dia punya rasa lega tu xtau nak habaq la kan.. rasa nak guling-guling pon ada ! hahaha.. yess indeed guwa bersyukur sesangat sebab barisan Exco persatuan kat felda guwa ni semua aktif memberi bantuan.. dari sebelum --- semasa --- dan selepas selesainye majlis.. Terima Kaseh untuk depa semua la..

jamuan raya SKMM Wilayah Utara haritu kat SIRIM Perda

*****************
hamboiiiii ada yang mengadu kat komen kata guwa tak jemput no... dah jemput dah aihh semuaaaaa sekali.. ada kat entry sebelum ni.. try tengok.. 
err tapi.. tapi.. takdela mention nama satu----satu.. kira jemput terus semua sekali la... alololo majok lak.. takpe-takpe nanti cik ana kenduri kawen bila-bila nanti cik ana jemput k ;)

*****************

lepas setel majlis, kami p terjah umah kawan lama kamiorang ---- kak su yang selamat dapat baby gerl masa 3 September 2012 (16 Syawal) haritu.. 


Ariyana Areesa --- semoga membesar bagai johan ye nak. jadi anak solehah ye ;)