bumi, matahari dan planet
anamizu
04 October
24 Comments
Dari si suami,
Isteriku, jika engkau bumi, akulah matahari.Aku akan menyinarimu kerana engkau mengharapkan sinaran dariku.Ingatlah bahtera yang kita kayuh, begitu penuh riak gelombang..Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasakan silauanku..Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,Malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku,Lalu.. relakanlah aku menyinari planet lain,Menyampaikan faedah adanya aku,Kerana sudah takdir illahi sinaranku diperlukan diplanet lain…
Balasan dari si isteri :
Suamiku, andai engkau memang mentari,Sang suria yang memberi cahaya,Aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planetyang telah Tuhan ciptakan,kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu..DanAku pun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaranmu..Akan TETAPIBila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,Janganlah engkau bermimpi untuk menyinari planet lain !!!Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum tentu sanggup kau terangi.Lihatlah dirimu pada cermin kaca di sudut kamar kita, di tengahRemang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…Cuba lihat siapa dirimu…MATAHARI atau LILIN ?Atau jangan-jangan Cuma mancis saja.Please lah.. jangan nak berangan --
guwa dapat dari fesbuk.. intro dia kemain lagi.. hehe. kalo bab nak menyinari planet lain, waaaahh kemain bermadah pujangga lagi die kan ? kalo mampu, silekanla.. tapi kalo hanya sejengkal lilin, baik try terangi bilik tido sendiri dulu la ye.. kehkehkeh