Floor Plan

07 February 9 Comments
pheww harini packed gila kat tempat kerja. and harini my partner (Ida) dia dapat kerja half day je. sebab suspected kencing kotor.. pitty her. kisahnya begini : 

Ida story me on dis early morning : dari tengah malam semalam lagi dah rasa tak selesa. asyik terasa nak ke toilet je. tapi bila kencing, sikit je. pastu rasa sakit semacam je. dulu pun pernah kena jugak. and doktor sah kan kena kencing kotor. so bila tengah malam semalam asyik jadi benda yang sama,so aku dah agak mesti kena lagi. start dari pukul berapa entah asyik repeat ke toilet je.. air kencing aku siap ade macam ala-ala berdarah pulak tu.. aku dah cuak gila masa tu ana.. aku pun minum la air masak banyak-banyak untuk neutralkan balik kaler air kencing aku.. entah sampai pukul 6.00 kot baru la air kencing aku jadi kaler jernih semula.. pastu barula boleh terlena =.='  

pastu  pagi tadi Ida masuk kerja tapi memang lesu betul la muka dia.. kesian aku tengok dia.. and after lunch break harini, dia sms bagitahu aku yang dia pegi klinik untuk amek ubat apa semua.. dan aku tak sanggup pulak nak biarkan Ida masuk kerja semula  so i decided to let her take a rest je lah dulu sampai dia betul² recover.. *baik tak aku? kehkehkeh

so after lunch break tu memang aku on duty sorang² je la.. dan harini fuhhhh ramaigilababeng orang yang datang.. customer datang untuk bayar bil memang dah wajiblah tiap hari akan ada datang.. pastu yang datang untuk begambar ic photo size, drafting surat untuk tuntutan cerai mahkamah, typing lesson plan.. printing assigments dah tentu lah ramai.. dengan student sekolahnya, student lepasan SPM yang nak apply IPTA online lagi.. pastu pulak dengan cikgu tadika datang mintak tolong buatkan floor plan and nak printing jugak masa tu.. hadoiyai tak benapas mokcik tau ! hewhewhew

dan memandangkan cikgu tadika nak floor plan tu tak reti sabar nak dalam masa yang cepat dan pantas, so aku dengan bangganya terus buatkan floor plan tadika beliau yang sangat cantik begini.



cun kan ? baik puji je lah. kesian kat aku harini tercungap-cungap pulun kerja sorang-sorang tau =.=' huwawawawa .. so nak yang cepat dan pantas kan??  itulah hasil dia. kalo jenis yang buleh tunggu lama, sempat la jugak aku cari mood dulu nak godek and buatkan cantik-cantik guna floorplanner dot com ke hape.. ehh tapi yang camni pun beliau dah cukup puas hati dan kagummmmm sangat tau. hermm yelah, dia nak printing kasi besaaaaaar punya pastu nanti dia akan buat sesi mengenal huruf dan menampal.. haaaaa gittewww


Futus Bekalan Air

05 February 8 Comments
hai u olls. mood gedik santai sikit. ok harini satu hari macam agak packed. awal pagi harini agak kurang best. maklumlah sekarang kan selalu dingin sejukbeku gitu bila awal pagi. nak bangun pon bermalas-malasan je ishhh ~

dah la memang sejuk. mood nak tarik selimut tu makin menebal pulak eventho sedar je kena bangun cepat and kena besiap nak pegi kerja. and luckily aku kerja dalam kampung sendiri. dalam Felda. yes aku lah one of the thousand of anak Felda yang sangat bertuah =.='   dan yang buat aku lagi bertambah malas masa awal pagi tu adalah pabila sudah bersemangat waja nak mandi lalalalalalala sambil lenggang kangkung 

tiba-tiba... jeng jeng jeng ----


pulas punya pulas kepala paip tu, air yang keluar mak ai ! dua tiga titik je ? konfem. takdak air. nak kena mandi guna air yang sedia ada dalam kolah. dia punya tahap sejuk, pheww rasa macam nak mandi P ramlee :  celup air guna jari pastu cuci taik mata. ok dah setel. hahahaha

hermm tapi aku spesis yang takleh kalo tak mandi. sejuklah cemana pon, kena mandi. kalo tidak sakit kepala tahap holiau maaaaaaa ! hey kemon ladiessss, takkan nak pegi kerja tak mandi kot. apa barang main spray² perfume konon kasi wangi pada hal tak mandi hahaha

bila sudah mandi. sudah wangi. baru boleh touch up--touch up sikit. kasi iron itu tudung bawal kangaroo. sarung. kasi pin. jangan lupa pulak pakai baju,seluar apa semua. nanti karang haaaaa =P

sipbaikla masa balik kerja petang tadi bekalan air dah kembali pulih. tempat kerja pulak satu hari fullhouse. customer ramai phewwww =.='  hoyeahhh boleh mandi dengan jayanya seperti dulu kalaaaaaaaaaaaaaaa ;)


Future husband

03 February 12 Comments
ini kesah antara aku dengan sorang besfren aku ni. Nadia. aku dengan nadia kenai lama dah. dari sekolah rendah lagi dah. sampai la ni pon dok keep in touch selalu. pastu kesahnya, lepas isyak tadi aku pon macam biasa arr godek fesbuk. tengok apa yang patut.

tup tup. kat newsfeed aku kuaq menatang ni :

"nadia in a relationship <3>

yelah pada orang lain apa lah sangat setakat update relationship. tapi pada aku, bilamana si nadia sudah hapdet status in a relationship, woahhhhh inikali kena terjah wassap dia teros ! hahaha

so aku pon memulakan sesi terjah ke wassap nadia. dah la nadia tengah dok pulun makan masa aku wassap tu.. langsung kawan tu mintak hold sat. tunggu dia setel mencekik pastu baru dia reply. berasap gak aku dok tunggu.. nerves aku mengalahkan dia yang mula bercinta. hahaha

         

      

            

okeh pertamanya, aku bukanlah kepochi macam yang engkorang dok pikir tu.. eleh takyah nak deny sangatla.. betoi kan? dok pikiaq aku ni minah kepochi kan??? hahaha gurau. aku ni dengan nadia ni je macam gini. kalo dengan orang laen memang takla aku nak macam gaya wartawan gila berita sensasi sampai tahap ni hahaha

sebabnya -- dengan nadia ni- dia sebaya aku. kami ni sama-sama selalu borak pasal jodoh. tengok kengkawan lain yang sama muda sebaya pakat dah kawen.. tinggaila kami ni belom sampai jodoh lagi.. makanya ya ibu ibu, bapak bapak sekalian, ya jadinya kayak gini lah bila orang yang belom berjodoh telah mula dipertemukan dengan bakal jodohnya... gittewwwww =P

aku tumpang heppy bila nadia cita dia rasa 'lain maciammm' sikit kali ni.. rasa yang cemana entah dia pon taktau nak describe. inshaAllah dia planning nak bawak jumpak parent dia tak lama lagi.. aku doakan semoga semuanya dipermudahkan untuk hang nadia. 

aku dapat rasa kali ni he's the guy. sebab aku rasa hang punya feel tu lain maciammm sikit kali ni.. hehe.. moga bahagia sampai syurga :)



Fareeda Punya Tudung

03 February 11 Comments
isnin 3 februari. untungla sapa keja kat keyell. boleh cuti lagi harini.. aku keja kat Perak je. so dah kena masuk keja.. huwawawa. sipbaik la dapat gak offday CNY aritu.. kalo tak dapat cuti masa raya cina, konfem aku ngamuk kehkehkeh

eh jap.. memandangkan harini agak tak bizi, so aku pon jalan cuci mata nengok² kat fesbuk hape yang ade.. aku konfem majoriti perempuan / wanita memang akan tertarik bila tengok tudung Fareeda. tak kira la berapa layer.. dua ke tiga ke.. ada ring ke takde ring ke.. entah berapa macam fesyen yang lain yang aku tak tau lagi.. tapi tak semua wanita la yang tertarik atau minat kat tudung fareeda nih.. dia bukanlah tak minat sebenarnye... minat tu ada kot cuma salah satu sebabnya--mahai... itu yang menjadi batu penghalang dari wanita untuk memilikinyewww barangkali ahaksss ye lah customade kan. memang adatla mahai. pulak tu jenis material kain pon mestila dari yang jenis terbaek. konfemla harga kena mahai baq hang.
aku ni nak kata bekenan untuk beli, mungkin tak kot. aku repeat. MUNGKIN tak. buat masa ni memang tak mungkin la untuk aku beli memandangkan harga dia pun agak perrhhhh di luar kemampuan daku rakyat marhein ini huwuwuwuwu T___T sehelai tudung dia boleh buat makan 3-4 hari aku weyhh.. sebab tu buat masa ni aku mungkin takkan beli lah.. 

tapi 

err tapi..

bila selalu sangat dok TERtengok model dia pakai cantik--terletak je, pastu pulak kat  fesbuk plak skang ni bila friend kita 'like' je apa-apa mesti akan kuar kat newsfeed.. waduhh waduhh itu bisa menggoncang keimanan guwe nih !

sikit sebanyak mula lah ada rasa goyah dalam diri ini untuk membeli.. haishhhh  =.='  err tapi kalo aku beli pun mungkin aku tak pakai lah. aku planning untuk beli 2-3 helai pastu nak bagi mak aku pakai.. sebabnya aku rasa bila aku pakai tudung jenis sarung gitu, otomatik muka aku macam tahap makcik-makcik.. so better aku tak pakai.. baik aku beli je tudung bawal brand kangaroo-- selai baru dalam enam tujuh hengget je.. hoyeahhh ! hidup tudung bawal kangaroo ! hahaha



Fabulous February

02 February 11 Comments


Pejam celik--pejam celik, dah habes tigapuluhsatu hari dalam bulan januari.. skang dah februari.. Alhamdulillah masih diberi peluang bernafas. for FREE. nasib baik lah udara oksigen ni takleh jual beli.. kalo tidak mesti kita rakyat marhein ni tersepit ataupun konfemlah mati dah sebab tak mampu nak bayar harga oksigen yang makin meningkat  =.='

aku tertengok kat instagram si jihan rajalawak pasal kicap kipas udang botol besar tu.. harga kicap tu rm10 sebotol ! mak oi mahal betol dah skang ni kicap.. silalah bertukar kepada kicap jenama lain ye pasni =P


err tapi kalo tengok pada yang komen-komen tu ada yang kata maybe ini kicap yang dijual kat Jusco.. tu yang harga beza gila.. yelah kat dalam jusco aeon kan nak bayar sewa lot kedai lagi.. bla.. bla.. bla.. pfttt

makanya ya ibu-ibu, bapak-bapak sekalian ya.. pastikan nanti belinya jangan di dalam jusco ya.. cari aja di toko-toko runcit kecil yang enggak guna penyaman udara ya.. barangkali hargannya lebih sippppp gittuuu =P


aku tukar template sempena bertukar bulan.. konon-konon amek mood balik untuk blogging gittewwww ahaksss

pastu ada dua bloglist dah lost. aku dah back up before tukar macam-macam. tapi sampai ke sudah aku tak dapat figure out kenapakah boleh hilang. hurmmm nak kena cari balik satu--satu kawan-kawan dalam list tu huwawawawa