Ops Renovate

22 October 10 Comments
Dapat arahan daripada our superior untuk packing semua barang-barang dalam ofis secepat mungkin sebab kerja-kerja renovation ofis bakal dibuat dalam masa terdekat.. Tak cukup nafas aku mengemas dengan partner aku si Ida tu phewww ~

Boleh tahan penat jugak nak packing segala benda yang ada.. Sebenarnye rumous pasal renovation ofis ni dah dengar few months ago lagi dah tapi sampailah last week baru keluar arahan secara rasminya.. ofis kamiorang akan di renovate almost 90%.. compare dengan layout asal, aku tengok banyak jugak bakal ditambah  -- ditolak.. The renovation process will takes about 12 weeks starting from 20 Oktober 2014 sehingga end of Disember 2014.. 

Makanya ya tuan-tuan, sepanjang tempoh itu, aku tidak akan berada di ofis. Oncall saja dari rumah. Fuhhhhh bunyi macam heaven je.

http://eemoticons.netErrr macam buleh marking calendar untuk #TripBajet je nampak gaya nih.
kehkehkeh =P


Ohemgee !

21 October 22 Comments
http://matcuoi.com aku last hapdet blog 6 days ago ! sebab paling utama adalah Base Station utama pencawang pemancar P1 Wimax kat area aku ni kena kilat / petir disebabkan hujan lebat berserta angin kencang disertai juga kilat sabung menyabung beberapa hari kebelakangan ini.. Maka disebabkan itu, selama 6 hari berturut-turut line internet P1 down kat area aku ni.. habes tergendala segala benda. Termasuklah kerja-kerja harian aku sebab aku kerja memang kat center P1.. owhh aku takde kena mengena dengan page P1 sucks kat fesbuk tu ye. Totally takde kena mengena.

Tapi alhamdulillah lepas dah bertekak agak keras dengan pihak atasan selama beberapa hari yang internet down tak pulih-pulih tu, harini lebih kurang jam 8.45 malam signal dah up. semua LED are back to green which mean line dah fully recover.. tapi sekarang hujan masih berterusan. dan aku masih risau kalau-kalau perkara tak best berulang lagi =.='

Owhh ye by the way, aku nak share another gud news dengan engkorang-engkorang yang rajin jejak ke sini eventho aku tak dapat bw ke blog engkorang beberapa hari lepas.. Aku ada join satu pertandingan video editing yang bertemakan "Dunia ICT" pada bulan Julai yang lepas.. Aku hantar penyertaan pon dah last minit masa tu dan aku hantar hanya suka-suka sebab aku TERrajin pulak masa tu untuk buat video editing tu.. Tak sangka pulak 3 bulan lepas tu bila pengumuman dibuat, aku dapat johan rupanya.. Dan pihak berkenaan datang sendiri ke ofis aku untuk sampaikan hadiah tu yang merupakan Tab BenQ Ren76 white color.. 


Tapi masa diorang datang kat ofis aku tu kebetulan masa aku on leave disebabkan aku demam selsema haritu.. So partner kerja aku si Ida la yang wakilkan untuk terima hadiah tu.. Kemain exited lagi Ida wassap kat aku buat surprise kekononnya ada something yang berlaku kat ofis katanya. Nanti balik dia singgah rumah aku untuk bagi tahu.. Aku yang blur pon iyekan aje la.. Bila dia balik je dari kerja petang tu singgah rumah aku punya la dia exited bagi tab tu kat aku.. Terima kasih bebanyaklah Ida sebab tolong drop antar kat rumah hadiah tu.. Alhamdulillah another 'pelangi' on dis ohsem october hehehe http://matcuoi.com


Ohaiyo | Contest GA #2: Isi Buih-Kata Komik #2!!!

14 October 25 Comments

http://matcuoi.comOhaiyo ! Sesedap rasa je hang ni Ana nak Ohaiyo tetengah petang nih.. rasanya Ohaiyo tu selamat pagi dalam bahasa Jepun.. hahaha bantaila ! Aku belum fully recover dari demam selsema dan jugak batuk.. masih ada lagi saki baki batuk-batuk gatal gitteww.. tapi Alhamdulillah dah boleh bangun lah kalo compare two days ago.. 

Takmo cakap banyak. Aku nak join contest anjuran blogger Plain ni ha.. aritu aku ada cakap kekonon macam nak jadi co-sponsor tapi takmolah sebabnya Plain kata kalo jadi co-sponsor takleh jadi peserta. so kena pilih. Jadi dengan berbekalkan kepala yang masih ting tong ni, aku decide untuk jadi peserta. Berani mati dak aku ? hahahaha

Kalo rasa berani mati gak sesiapa nak join, klik je lah Banner Contest ni ha. Takyah malu-malu. Hadiah dia customize Tshirt by Plain. Haaaaa menarik ke idok ?


Isi Buih Kata Komik #2 versi ana-mizu 

Psttttt aku dah try salah satu cara tradisional yang aku share kat entry sebelum ni.. 
Nanti aku cerita apa kisah aku dan juga jeng jeng jeng tu =P


Ooo Baru Tahu #1 | Cara Merawat Demam Selsema Tanpa Ubat-Ubatan

11 October 26 Comments

http://matcuoi.comPelangi indah sudah muncul selama beberapa hari lepas.. Sekarang datang ujian kesihatan yakni demam selsema + batuk.. Nak angkat muka pon rasa tak larat.. Hingus pulak rasa meleleh-leleh je adehh takpe bersabarlah wahai manusia.. Sakit tu kan kifarah dosa-dosa :’)

Aku ni pulak memang jenis yang agak susah makan ubat-ubatan sejak dari kecik dulu lagi dah.. So bila demam-demam camni mula la lagi semua benda tak kena.. Yelah bila tak makan ubat, camne nak kebah (sihat) ye dak ?

Sebenarnya banyak je alternatif lain untuk pulihkan demam, badan panas dan selesema selain menggunakan kaedah perubatan seperti makan ubat-ubatan tu semua.

Simptom demam juga berkait rapat dengan selesema dan tanda awalnya adalah macam hidung berair dan tersumbat ataupun sakit tekak.

Kalau ikutkan petua orang dedulu, ada beberapa jenis bahan yang mampu membantu untuk memulihkan demam, badan panas dan selesema contohnye :

Halia
Boleh bantu menghilangkan rasa sejuk dalaman badan ketika demam caranya adalah menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari.

Ikan
Selain kaya dengan protein, ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung juga amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan.Kita akan lebih terdedah kepada selesema jika mempunyai keradangan kronik.

Sayuran Hijau
Tidak dinafikan sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dengan makan sayuran hijau ia akan membantu melawan sejuk dan selesema.

Bawang Putih
Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan malah lebih baik kalau di makan mentah. DIULANGI : MAKAN MENTAH ok =P

Kunyit
Boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika  menambah kunyit ke dalam makanan yang dimakan ataupun menambah kunyit untuk susu panas dan diminum ketika mengalami selesema.

Madu
Boleh membantu dan melawan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika mengalami sakit tekak.

Air Beras
Selain itu, untuk menghilangkan selesema adalah dengan cara ambil secawan air didihan beras dan minum ketika suam.

sumber : LINK

Ok lah nak kena try gak la petua ni. 
Takleh tahan dah hidung rasa macam 
badut sarkas dah ni huwawawa http://matcuoi.com


Ohsem October ! Part 2

10 October 15 Comments
Sebelum ni aku ada bagitahu yang 'i got something from someone' tu kan??? Jap lagi aku citer.. Ohh sebelum tu maaf sangat-sangat belum sempat terjah balas BW ke blog engkorang sebabnya semalam aku terlibat dengan Program Komuniti Sihat Tanpa Dadah yang dianjurkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) cawangan Perak.. Program tu start seawal 7.30 pagi dengan aktiviti yang macam-macam.. 

Setel je program AADK tu aku terus shoot pergi Program Sukan Tahunan Sekolah pulak.. sukan tu pulak start jam 2.30 petang sampailah 6.00 petang... so semalam memang betul-betul outdoor plus berpanas plus berjerebu tebal gilerlah sampai ke petang.. Malamnye tu kononnye lepas isyak nak lah jalan-jalan terjah blog kawan-kawan sekalinya letak kepala terus hanyut tak ingat apa dah hehehe


Ahahhh ! Nindia la yang aku kata 'something from someone' tu ! Rupanya dalam peti surat merah tu ada Majalah Aisyah Edisi Oktober 2014 yang aku dapat PERCUMA yakni FREE pemberian akak blogger paling manis dan murah hati gitteeewww iaitu kak Anies.  Terima kasih Kak Anies ! Yang lagi menggumbirakan hati dan perasaanku ini adalah tu nampak dak yang 15% off tu??? Haaaa tu nama dia voucher free untuk shopping apa saja kat Zalora dot com dot my.. Kak Anies siap klip kan sekali kat dalam first page majalah tu.. siap ada p/s lagi tu ha dari Kak Anies.. InsyaAllah mudah-mudahan bermanfaat. Aku dah belek habeh dah majalah Aisyah ni memang semua info bermanfaat kat dalam tu.. Bagus sangat untuk pembacaan gegadis remaja sebab berunsurkan islamic.. 

Tak sangka dugaan kereta kena scratch dengan trailer aritu digantikan dengan dipermudahkan proses claim insurans untuk repair kereta tu, pastu pulak tak sangka-sangka kereta aku dah boleh ambik masa sehari sebelum raya haji aritu, pastu pulak ujian url blog pon dah pulih pastu pulak siap dapat FREE majalah Aisyah dari Kak Anies.. Alhamdulillah syukurnya rasa..

Eizz ada tanya kat komen box cemane nak buat scrollbox macam kat blog Ana ni kan? Pssttttt meh sini nak habaq.. errr sebenaqnya kan, Ana tak pandaila nak buat tutorial cemana.. sebabnya Ana pon main google je segala benda pastu godek-godek sampai puas hati sendiri.. Pusing code sana pusing code sini pastu setel.. konfem Eizz pon boleh aihhhhh kehkehkeh

Heyy siapa yang teka Ana dapat cheque dari nuffnang hah??? Salah la.. blog ana mana ade nuffnang pon kehkehkeh =P

hidung dah mula ketat.
hingus dan sinus dah mula pekat.
kepala mula berat.