Ooo Baru Tahu #1 | Cara Merawat Demam Selsema Tanpa Ubat-Ubatan


http://matcuoi.comPelangi indah sudah muncul selama beberapa hari lepas.. Sekarang datang ujian kesihatan yakni demam selsema + batuk.. Nak angkat muka pon rasa tak larat.. Hingus pulak rasa meleleh-leleh je adehh takpe bersabarlah wahai manusia.. Sakit tu kan kifarah dosa-dosa :’)

Aku ni pulak memang jenis yang agak susah makan ubat-ubatan sejak dari kecik dulu lagi dah.. So bila demam-demam camni mula la lagi semua benda tak kena.. Yelah bila tak makan ubat, camne nak kebah (sihat) ye dak ?

Sebenarnya banyak je alternatif lain untuk pulihkan demam, badan panas dan selesema selain menggunakan kaedah perubatan seperti makan ubat-ubatan tu semua.

Simptom demam juga berkait rapat dengan selesema dan tanda awalnya adalah macam hidung berair dan tersumbat ataupun sakit tekak.

Kalau ikutkan petua orang dedulu, ada beberapa jenis bahan yang mampu membantu untuk memulihkan demam, badan panas dan selesema contohnye :

Halia
Boleh bantu menghilangkan rasa sejuk dalaman badan ketika demam caranya adalah menambah halia dan limau untuk air panas dan minum dua kali sehari.

Ikan
Selain kaya dengan protein, ikan seperti tuna, salmon, ikan kembung juga amat kaya dengan Omega-3 asid lemak, sebatian yang membantu dalam mengurangkan keradangan di dalam badan.Kita akan lebih terdedah kepada selesema jika mempunyai keradangan kronik.

Sayuran Hijau
Tidak dinafikan sayuran hijau sangat baik untuk kesihatan dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi dengan makan sayuran hijau ia akan membantu melawan sejuk dan selesema.

Bawang Putih
Sebagai antibiotik semulajadi, bawang putih membantu dalam melawan jangkitan. Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri-ciri anti-virus dan juga menghasilkan antioksidan malah lebih baik kalau di makan mentah. DIULANGI : MAKAN MENTAH ok =P

Kunyit
Boleh membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Kunyit membuktikan ia benar-benar membantu jika  menambah kunyit ke dalam makanan yang dimakan ataupun menambah kunyit untuk susu panas dan diminum ketika mengalami selesema.

Madu
Boleh membantu dan melawan jangkitan bakteria. Malah, madu bermanfaat jika mengalami sakit tekak.

Air Beras
Selain itu, untuk menghilangkan selesema adalah dengan cara ambil secawan air didihan beras dan minum ketika suam.

sumber : LINK

Ok lah nak kena try gak la petua ni. 
Takleh tahan dah hidung rasa macam 
badut sarkas dah ni huwawawa http://matcuoi.com


26 Lovenote(S):

  1. Time selesema rasa macam nak cabut idung letak dalam peti ais... He He He...

    ReplyDelete
  2. Kalau Ana tak kongsikan memang zumal tak tahu pasal nie ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana pon baru tawu je psl ni Zumal. Tu yg Ana share ni hehehe ^__^

      Delete
  3. Yang halia tu memang berkesan, selalu jugak buat kat rumah ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betoi2.. dok try gak.. menjadi hehe :)

      Delete
  4. ...dan pada masa yang sama jangan minum kopi atau makan aiskrim pulak... heheh, selamat berehat ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah memang dok bepantang from any coffee dan jugak esrem.. hukhukhuk
      Mekaseh Plain sudi mai jenguk hehehe :)

      Delete
  5. Hahha, sama lerr kitaa. Takut makan ubat since demam teruk gila dan sampai lidah pahit.OMG hate it. nice entry !

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la naressa. mmg dari zmn kecik2 dulu dah jenih penakot nak telan ubat2an nih.. pahitttt euwwww =P

      Delete
  6. kak ana try la makan bawang putih mentah2. nanti cerita rasa dia macam mana okay. hehe.
    get well soon kakak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahah! nak taw dak rasa bwg putih mentah2 tu camna? nanti k.ana share hehehe
      mekaseh Budak :)

      Delete
  7. hahahahaha dulu kite geng! dulu memang jgn harap kite makan ubat... bila ayahibu tanya dah mkn ubat? sy jawap dah padahal belomm -.-

    cuma sejak 2,3bulan lepas.. setiap hari makan ubat resdung. pil la kan.. skg migrain skit makan panadol.. mmg rajin mkn panadol.. smpai ibu tegur.. cuma pening skit jgn makan panadol je.. hahahah *sangat membahayakan nadyya ni kan >_< dulu anti skg mcm da jatuh cinta lak kt ubat.. ishish

    ReplyDelete
    Replies
    1. nadyya kalau demam bole tahan xmam ubt.. law migrain xleh tahan.. skit migrain lg seksa kan.. ehhh bagus mam madu. rituu batok mam madu cpt je baik :)

      Delete
    2. tu la pasalnye. bila parents tanya msti jwb dah. pd hal TAK. hahaha hadoi ~
      uishhh migrain ? jage diri bebaik tau Nanad hehe :)

      Delete
  8. semoga cepat sembuh, :3 tak leh imagine makan bawang putih mentah. T_T sob.

    nurainahanis.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la rasa. best wo Aina ! hehehe =P

      mekaseh singgah sini :)

      Delete
  9. xpnh nak try cara tradisionl..huuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti try la Yui ! especially part halia tu hehe

      Delete
  10. Nice tips. Izz ni dah la mudah sangat nak demam ni. Nanti nak try. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. try la nanti Izz.. ekceli benda2 ni lebih terjamin isi kandungan die compare to those ubat-ubatan kan hehe

      Delete
  11. Dah ok dari demam? huhuu...

    Btw, join my contest? Isi Buih-Kata Komik #2!!!
    Contest tamat pada 10 Nov 2014, winner gets a T-shirt with my print-design~ XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak ok jugakla dah ni hehe..

      ok plain aku dah join.. aumm ! hehe

      Delete
  12. nanti cerita ea mana cara yg paling berkesan antara semua di atas.. hehe..
    saya dah cuba cara yg paling ekstrem.
    tak perlu lah nak makan2 semua kat atas ni.
    tapi saya tak rasa cik anamizu or mana2 orang sanggup buat..
    keh keh keh..

    ReplyDelete
  13. Bawang putih makan mentah??? Kau cuba ke? "O"
    La ba'sa thohuron, InshaaAllah (tak mengapa, semoga ia dapat menghapuskan dosa inshaaAllah)

    Apa2 pun syafakillah..

    ReplyDelete
  14. Sebenarnya, selsema pada bayi dan kanak-kanak boleh disebabkan oleh faktor intrinsik dan ekstrinsik.

    Faktor-faktor intrinsik yang boleh menyebabkan selsema adalah:
    • alahan kepada diet seperti susu, habuk, perubahan cuaca dan produk yang dipakai pada badan disebabkan oleh ketidakseimbangan di dalam sistem imunisasi seseorang
    • septum hidung yang bengkok

    Faktor-faktor ekstrinsik yang boleh menyebabkan selsema adalah:
    • infeksi seperti jangkitan influenza
    • perubahan cuaca seperti hujan atau cuaca panas terik
    • udara yang kering

    ReplyDelete

 
© Copyright | All Right Reserved by Anamizu