Dash Yankuro

16 December 13 Comments

Terbaca entry Deanna Morni pasal kereta Tamiya pastu otomatik aku terus teringat pasal anime Dash Yankuro. 

Dash Yankuro ni adalah sebuah anime dan kalau tak silap ditayangkan kat TV2 masa era 90-an dulu.. Ada 5 orang kanak-kanak yang pegang watak utama sebagai Dash Warrior.  Aku pun tak berapa ingat tahun bila tapi masa tu yang pasti masih sekolah rendah.. Zaman tu memang jadi fenomena jugak kereta Tamiya ni. Aku dengan adik beradik aku pon tak ketinggalan pakat kumpul duit semata-mata nak beli kereta Tamiya ni. Kami dulu nak beli trek khas dia memang tak mampu pastu main je la kat dalam longkang jenis simen. 
Nama Kereta : Emporer

Nama Kereta : Shooting Star


Masa fenomena kereta Dash atau kereta Tamiya ni dulu, masing-masing dah macam engineer kereta sebabnye bukan main lagi fight pasal enjin sapa lagi power. Ada beberapa jenis enjin yang memang jadi bualan antaranya enjin dash dan enjin turbo. Fight enjin sapa power pastu kereta sapa paling laju. Aku ingat lagi masa tu sapa yang guna bateri boleh charge memang kira paling power la! Pastu abang aku siap ajar aku kopak kan besi luar bateri tu pastu nanti boleh recharge semula guna matahari bila kita jemur kat tengah panas. Aku pon percaya la kahkahkah




Don't Be Square

16 December 9 Comments


credit : Groupon

Syok betoi cuci mata sebab yang tu je takyah kuar bajet banyak. Ternampak Langkawi Tube-Shaped Rooms ni. Bukan main cantik lagi view nye haaa. Aku last jejak kaki ke Langkawi masa Mac haritu. Itu pun sebab ada annual training buat kat sana. 



Tapi masa tu kamiorang stay kat Langkawi Seaview Hotel dekat area pekan Kuah. "Don't Be Square" tu tagline Tubotel ni. Yelah sebab biliknye pon konsep santai ala-ala dalam kapsul / tube gitu. Konsep jenis ni tourist atau pon lebih untuk backpackers memang suka sangatla. Lagi pulak kalo tak silap kat sini toiletnye jenis share male + female . Takde asing-asing macam yang selalu tu. Jangan pulak kang tetibe kang terkejut beruk pastu engko bantai menjerit sekuat hati :

"Toloooooonggggg ! Ada lelaki masuk tandas perempuaaaaannn! "  

Haaa itu jam kang engko malu sendiri kat situ kikiki =P


Di Lokasi Mee Udang Kuala Sepetang

15 December 25 Comments

Lepas selesai je sesi sembang panjang dengan segala pakcik makcik sepupu dua pupu kupu-kupu di walimatul urus sepupu aku semalam, kami pun terus henjut terjah mee udang kat Kuala Sepetang atau dikenali jugak dengan nama Port Weld.


Sepupu aku yang pengantin lelaki dan aku takde dalam gambar pun sebab aku kan pemalu *uhukkk terbatuk pulak*



Boleh dikatakan setiap kali balik ke Taiping yakni merangkap tempat asalnya mommy dan daddy aku kikiki =P , maka setiap kali tu lah kami takkan lepaskan peluang untuk terjah mee udang Kuala Sepetang tu. Kamiorang tak makan dekat mee udang mak jah atau mee udang makteh atau yang seumpamanya. Yang tu semuanya gerainya terletak kat tepi jalan dan memang mudah jumpa. Tambah pulak kalau on weekend, memang penuh dah macam tahap ada kenduri sepanjang jalan dekat kedai tu. Kalau tengok jumlah kereta dan jumlah manusia yang ada kat gerai tu, rasa macam tak sanggup nak singgah.

Aku dengan family aku lebih suka makan mee udang di Salleh Stall Mee Udang Port Weld yang terletak kat bahagian dalam pekan kecil Kuala Sepetang tu. Kalau yang tak pernah datang, memang akan rasa macam "ehh ada ke kedai melayu dalam ni? "  sebab dalam tu pekan Cina. Majoritinya bangsa Cina kat situ. Salleh Stall Mee Udang Port Weld ni pulak adalah bisnes turun temurun dari zaman tok nenek diorang dulu dah. Diperturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Dibuka setiap hari kecuali Jumaat bermula jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam. Aku pulak tiap kali datang memang akan makan kueh teow goreng udang je compared to Mee Udang. Aku kan peminat tegar kueh teow. Pada tekak aku, memang ohsem tahap 5 bintang lah nora bagi untuk warung Salleh Stall Mee Udang Port Weld ni. Jenuh kena selak udang dulu baru nampak kueh teow kehkehkeh =P

Entry dulu-dulu : Mee Udang Salleh Stall


Diction

14 December 18 Comments

credit : Dini

Keropok Diction ni memang sempoi sebab siap ada free sos kat dalam dia. 5-6 tahun dulu senang jugak jumpa keropok ni tapi sekarang dah susah dah. Company dia dah stop pengeluaran dia ke hape? Atau aku je yang tak jumpa kedai yang jual keropok ni? kikiki  =P

Now on the way ke Bagan Serai--Taiping ada walimatulurus sepupu aku. Muda lagi sepupu aku ni baru umur 23 dah bertemu jodoh dah Alhamdulillah tahniah untuk beliau. Semoga kekal sampai Jannah ;)

Planning nak terjah mee udang Kuala Sepetang lepas balik kenduri nanti. Yummeyyhhh ! Nampak dak 'tamak' ? Belom sampai kenduri pon lagi ada hati nak terjah mee udang hahaha


Deodorant

13 December 14 Comments

credit : AtokDean


Pernah terfikir tak macam mana pengeluar deodorant dapat mengeluarkan produk yang sesuai untuk ketiak korang ? Penghidu ketiak menghabiskan masa di dalam sebuah bilik panas dengan menghidu sehingga 60 ketiak dalam satu jam untuk menentukan keberkesanan deodorant dalam mengawal bau peluh dan kemudian menyediakan laporan mengenai keberkesanan deodorant yang telah dicipta.  

Kerja ini mampu menjana pulangan gaji sehingga USD 35,000 -- USD 72,000 setahun bergantung kepada jenama, pengalaman dan lokasi. Haaaaa tudia power jugak kerja ni hahaha !

Tak rela nak kerja gini walaupun macam banyak je, macam banyak je gaji tu hahaha