Di Lokasi Mee Udang Kuala Sepetang


Lepas selesai je sesi sembang panjang dengan segala pakcik makcik sepupu dua pupu kupu-kupu di walimatul urus sepupu aku semalam, kami pun terus henjut terjah mee udang kat Kuala Sepetang atau dikenali jugak dengan nama Port Weld.


Sepupu aku yang pengantin lelaki dan aku takde dalam gambar pun sebab aku kan pemalu *uhukkk terbatuk pulak*



Boleh dikatakan setiap kali balik ke Taiping yakni merangkap tempat asalnya mommy dan daddy aku kikiki =P , maka setiap kali tu lah kami takkan lepaskan peluang untuk terjah mee udang Kuala Sepetang tu. Kamiorang tak makan dekat mee udang mak jah atau mee udang makteh atau yang seumpamanya. Yang tu semuanya gerainya terletak kat tepi jalan dan memang mudah jumpa. Tambah pulak kalau on weekend, memang penuh dah macam tahap ada kenduri sepanjang jalan dekat kedai tu. Kalau tengok jumlah kereta dan jumlah manusia yang ada kat gerai tu, rasa macam tak sanggup nak singgah.

Aku dengan family aku lebih suka makan mee udang di Salleh Stall Mee Udang Port Weld yang terletak kat bahagian dalam pekan kecil Kuala Sepetang tu. Kalau yang tak pernah datang, memang akan rasa macam "ehh ada ke kedai melayu dalam ni? "  sebab dalam tu pekan Cina. Majoritinya bangsa Cina kat situ. Salleh Stall Mee Udang Port Weld ni pulak adalah bisnes turun temurun dari zaman tok nenek diorang dulu dah. Diperturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya. Dibuka setiap hari kecuali Jumaat bermula jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam. Aku pulak tiap kali datang memang akan makan kueh teow goreng udang je compared to Mee Udang. Aku kan peminat tegar kueh teow. Pada tekak aku, memang ohsem tahap 5 bintang lah nora bagi untuk warung Salleh Stall Mee Udang Port Weld ni. Jenuh kena selak udang dulu baru nampak kueh teow kehkehkeh =P

Entry dulu-dulu : Mee Udang Salleh Stall


25 comments:

  1. sedapnyaa mee udang. lama dah tak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kiteww pantang tengok kuehteow goreng hehe

      Delete
    2. mak aihh. sedapnyaaaaaa. ermmmm

      Delete
  2. Jie prnah makan kat kuala sepetang tu. mmg perghh ! sodap giloss.. tp Jie x mkn kedai yg kak ana mkn tu. kdai lain. mmg area KS port terbaik la nk makan mee udang. Thorbaekk. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. udang kat area KS ni rasa fresh gila kan Jie. maybe sebab udang2nye fresh baru naik kat jetty hehe :D

      Delete
  3. enth bilalah nk try mee udang sana.. truk toi yui ni tak pnh rasa..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe nti ada rezeki Yui mesti dpt merasa hehe

      Delete
  4. Assalam ana,
    sob3....sob3...sob3
    iols p ritu haru jumaat...TUTOP

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalam Alaik kak. alamak kalo Jumaat, Salleh Stall ni tutup kak hehe

      Delete
  5. tak pernah makan. huhu. kesian kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oihh takpe nanti2 inshaAllah ada la rezeki HSB hehe

      Delete
  6. Cik Anaaa ooo Cik Anaa... Besokan skit gambo leh? Kecik bebeno... Kena pakai teropong menteri pasola baru nampak... Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. errr ya ampun embaaakkkkk SS. udah dibesarin gambar2nya semua.
      enggak usah guna teropong menteri pasola lagi yaa hahahaha

      Delete
    2. Haaaa baru laaa nampak bulu idung... He He He...

      Delete
  7. Sedapnyaaa mee udang .. Tapi dayah tak leh makan udang . Tapi kalau depan mata , makan jugak . Tak dapat tahan nafsu . hahaa .. aishhhemmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. aisehman alergic udang ea dayah? kalo alergic, jangaaann. nti bahaya hehe

      Delete
  8. Wah best nye mee udang taiping ni..prnah makan...tpi kt pineng...pekena dgn cili jeruk perhghhh best

    ReplyDelete
  9. sedapnyeee... hari tu kenduri kawan kawen dah pegi dah tempat tu.. tapi tutup plak.. makan je la yg kat wangsa maju.. nak pujuk hati.. huhuhu..

    ReplyDelete
  10. woah... ada iras2 char kuew tiao penang bila usha lama2 pic tu... boleh agak mesti sedap kennn~ ;3

    ReplyDelete
  11. Erm..terleleh air liur Kak wana tengok..sedap tu..

    ReplyDelete
  12. tengok pun dah sedap, kalau makan memang sedap laa kan.. huhuhu.. tak pernah lagi makan mee kat kuala sepetang, asyik dengar kengkawan jer citer sedap.. in shaa Allah, nanti nak terjah jugak..

    ReplyDelete
  13. Ya Allah.. Memang dah lama tak makan mee udang ni T-T

    ReplyDelete
  14. Memang menggugat nafsu betul gambar mee udang tu...

    ReplyDelete
  15. mak oi, tergodanya tengok mee udang tu................ >.<

    alah, nape nak malu2? teringin nak tengok gambar sis Ana. hehehehe

    ReplyDelete