Abam Sador Nak Pesan

13 August 11 Comments


Tahniah pada adik-adik yang berjaya dapat tempat masuk U.Pada yang tak dapat tempat masuk U takpe, ade je rezeki kat lain. Tak perlu risau sangatlah tak dapat masuk U. Tak bes mana pun life kat U tu.

Takde makna pon kalau masuk U tapi nanti bila habes, tak dapat kerja. Baik engkorang teruskan je usaha mulakan bisnes atau cari pengalaman kerja. Nanti kan bila lepas 3-4 tahun, kawan-kawan engkorang yang kat U tu baru habes grad, engkorang dah boleh berbangga dengan hasil titik peluh kerjaya yang engkorang dah mulakan. Diorang baru nak mula merangkak cari kerja. 

Sila lah jangan rasa down ke hape. Rezeki masing-masing tak sama. InshaAllah ada je rezeki kita-kita kat lain. Jalan kita berbeza. Yakin je ;)


Alasan : Terpaksa Cari Isteri Barulah Camni

12 August 9 Comments

Kisah ini dikongsikan oleh Doktor Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah yang menceritakan pengelamannya menemui lelaki yang tidak berhati perut ketika isterinya baru bersalin. Hanya kerana tidak mendapat anak lelaki yang diinginkan, lelaki itu sanggup menyakiti hati si isteri dengan kata-katanya yang tidak masuk akal.

Sang suami & anak lelaki

"...Selepas tamat pengajian pada 2004, saya menghabiskan housemanship (internship) saya dlm Jabatan Perubatan & Pembedahan di Ireland. Pulang ke Malaysia , saya menyambung housemanship selama 4 bulan dlm Bidang Perbidanan & Sakit Puan. 4 bulan yang penuh pengalaman yang sukar dilupakan

Wanita yang sudah ada 2 org anak, hamil anak luar nikah dengan kekasihnya. Remaja 15 tahun yang dirogol bapa tirinya, hingga melahirkan anak.

"Single parent" yang lari dari wad selepas melahirkan, meninggalkan bayinya di wad. Wanita yang sukar hamil, selepas 10 tahun bernikah akhirnya hamil tetapi kehamilan yang sgt mencabar kerana berat badannya hampir 120kg.

Pengalaman "diterajang" di bahagian perut oleh pesakit yang kesakitan hendak melahirkan, sedangkan ketika itu saya juga hamil.

Tetapi ada satu pengalaman yang betul-betul membuat saya marah.

Seorang wanita, bersabung nyawa melahirkan anak ke tiga, dengan suami di sisi. Sempat suaminya berkata dengan saya, "Harap-harap dapat anak lelaki. Sebelum ini dah 2 orang perempuan".

Saya hanya tersenyum, dalam kesibukan membantu ibu muda itu. Dalam hati saya, apa yang penting ketika itu adalah nyawa ibu dan bayi itu.

Sebaik sahaja bayi comel itu lahir, saya dan jururawat bertugas mengucapkan syukur Alhamdulillah. Terlihat wajah gembira dan lega pada si ibu.

Berbeza dengan si bapa, apabila dia melihat anaknya perempuan. Takkan saya lupakan kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu.

Katanya ,"Terpaksa cari isteri baru lah macam ni. Nak dapat anak lelaki," sambil tersenyum kelat.

Tiada ucapan terima kasih utk si isteri yang baru sahaja menanggung kesakitan melahirkan zuriatnya.

Tiada kucupan tanda kasih buat si isteri.

Yang ada hanya kata-kata yang pastinya menyinggung hati pasangannya.

Saya tidak dapat menyembunyikan wajah marah saya. Saya kerling si ibu muda yang masih keletihan, sedang dibersihkan oleh jururawat selepas uri dikeluarkan. Dia cuba tersenyum kepada saya, seolah berkata "Tak mengapa, doktor."

Saya keluar dari bilik itu secepat mungkin sebelum saya berkata sesuatu yang saya mungkin kesali kemudian hari.

Kalaupun sang suami itu mungkin tidak mengetahui bahawa hanya chromosome X dan Y darinya yang bakal menentukan jantina anak, bukan salah sang isteri anaknya semua perempuan, bukankah sebagai seorang yang beriman, kita wajib meyakini itu semua qadha & qadar Allah?

Jangan rendahkan diri serendah orang jahiliyah seperti yang dikecam Allah dlm Surah An-Nahl.

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat iman kita..."

Kalau aku di tempat doktor tu rasanya aku mungkin akan cakap direct kat sang suami tu. Mungkin si suami perlu tahu sesuatu yang sangat penting yang selama ini dia hanya tahu salahkan si isteri tu saja sobsss sobsss

Agak Kental Jiwanya

11 August 10 Comments
Aku terbaca kisah ni di malaysia-tribune. Macam agak sedih bertimpa-timpa pada si empunya diri ni.

"...Saya bernikah dengan suami, awal 2011, salah saya tak berfikir panjang waktu tu.. Ikut hati. Saya perkahwinan ketiga dan merupakan isteri kedua. Isteri pertama bercerai,dan sudah pun berkahwin lain.Yg kedua (dah naik jd no 1) dan saya no 2. Waktu tu suami saya tidak berkerja tetap, ada masa ada duit dan bila tiada maknanya tiada langsung. Saya selalu baca sms dari wife dikampung, tiada duit, susu anak dan pampers. Macam macam lg. Saya jd kasihan.. saya selalu letak Rm50 atau bila awal gaji Rm100 dalam dompet suami. Saya tahu dia pasti bank in kat kampung (isteri pertama dikampung ). Pada masa tu saya fikir, saya harus menolong kerana siapa yg ada selain saya. Walaupun serangan fb berkaitan saya mengambil suaminya hebat bermula. Tak mengapa, siapa tak sakit hatikan?

Tp betul org tua kata, isteri diuji disaat suami tidak mempunyai apa, suami diuji disaat punya segala..

Anak saya yg pertama baru 4 bulan, suami main cinta dgn budak umur 19 tahun, pelajar universiti. Seminggu habis 40k, macam macam dia beli handfon, perfume sampai adik beradik budak tu semua dia beli.Sampai satu tahap mereka bercuti berdua. Saya sabar, saya tak marah dan tak bergaduh. Saya fikir masa saya sudah sampai.. karma saya sudah sampai. Saya pasrah saya redha.

Sewaktu mereka bercuti, Allah swt menguji saya, isteri pertama dikampung yg memujuk saya secara tiba tiba, pada dia saya meluah segala.. saya tak tenang, jgn kata hati tak tenang.. duit, sedikit harta saya korban sebab saya tak suka suami bersedih. Muram. Kami menjadi kawan baik. Kami menjaga antara satu sama lain. Bila dia memerlukan kewangan, saya membantu sekiranya mampu.

Satu hari, suami pergi out station, saya tahu.. tp saya tak bertanya. Senyap senyap saya follow sampai ke airport, tak nampak pun. Saya ke rumah budak perempuan tu dgn anak dan ibu, kereta suami ada disitu. Allah... menggigil kaki saya, macam2 perasaan, marah bengang semua ada. Saya balik ke rumah.. saya pack barang barang suami dan niat saya hantar kerumah budak tu. Ayah saya kata jangan hantar ke rumah budak tu, jika betul betul nekad, hantar rumah ibu bapa suami. Dengan hati yg membara, saya hantar ke rumah mak mertua dan saya ambil kereta suami dirumah budak perempuan tersebut. Setelah bersemuka, dgn keluarga perempuan tersebut baru saya tahu yg mereka membohongi keluarga dengan mengatakan saya gila talak. Nasib saya bawa ibu bapa saya sebagai saksi.

Lepas 2 bulan, saya menerima sms, dari budak perempuan tu.. mengatakan sudah memutuskan hubungan dgn suami saya. Saya balik yg bertanya, mengapa? Bukankah kamu saling menyayangi? Saya tak pandai jaga suami.. saya itu dan ini, mcm mcm kurang.. saya dah redha, saya mengalah.. kata saya. Allah menguji saya dan budak perempuan tu.. saya mengandung anak kedua.. akhirnya mereka putus dan saya tak tanya lg. Saya hanya menonton wayang di fb dan twitter, mereka berperang sesama sendiri.

Saya maafkan suami.. kami kembali bersama cuba..utk membina kembali. Tapi masih tidak serumah , kerana sepanjang kami serumah lebih kurang dua tahun, 2 kali suami hampir memukul ibu saya. SAYA ULANG, IBU SAYA . Pada suami dia bebas buat apa sahaja, jgn ditegur. Dia berhak kerana dia SUAMI. Kami teruskan hidup dgn setiap minggu berjumpa, habiskan masa menonton wayang, bercuti dgn suami, kdg2 dgn anak2 tiri.Saya nampak perubahan,setiap hari saya berdoa agar perubahan tu berpanjangan..r ezeki dipermudahkan.

Selepas 2 tahun, saya diuji lagi.. suami bernikah di sempadan dgn janda anak 4, dan suami saya adalah perkahwinan ke tiga beliau. Saya dengar melalui bekas isteri suami, Saya kata saya tak tahu.. hampir sebulan kami tidak berhubung, berikutan hubungan suami dgn perempuan juga. Tulah bercinta org lain, nikah org lain. Pada hari itu saya hairan dengan diri saya sendiri, saya tak menangis, mungkin saya tak ambil peduli.. mungkin sudah lali.

Awal tahun ini saya menerima pm dari fb, dari seorang perempuan katanya mahu berterus terang. Saya terima, orang baik saya sepuluh kali baik. Kami bertukar no fon, kami whatsApp sepanjang malam. Suami dan isteri barunya minta saya mencuba kehidupan baru ni. Saya cuba, tetapi mereka mempermainkan saya, kebaikan yg dihulurkan hanya untuk melekakan saya agar tidak membuat sebarang laporan. Isteri baru suami menyatakankata kekurangan saya.. saya terlalu pentingkan kerja,tak ada masa bersama dan terlalu mengikut kata ibu. Bagaimana saya tak pentingkan kerja ? Jika rumah, api air,unifi, pampers susu, insurans, duit dapur dan duit bg emak semua atas saya?

Wallahi, saya tak minta suami sepanjang kami bernikah, ada bagi.. tak ada saya diam. Bagaimana saya tidak mementingkan ibu? Disaat yg paling sukar ibu berada disamping saya, menjaga anak anak disaat saya mencari sesuap nasi. Saya berusaha sendiri. Pada fikiran saya yg dikatakan kolot ni,tak mengapa suami tak ada duit,saya ada. Kita org tua tak makan tak apa, anak2 perlu makan minum, susu pampers mesti ada. Tu belum sakit mereka lagi, kita sakit makan panadol tidur . Budak? Mereka tak tahu.

Setiap hari saya pulang kerumah, saya tinggalkan masalah saya dan suami didalam kereta, saya ukir senyuman utk anak2. Ibu saya tak tahu perihal suami berkahwin lain. Suami dan isteri baru,daftar menggunakan surat cerai suami dgn isteri lama. Saya termenung dipermainkan lagi, bukan seorang kini dua org. Saya hanya melihat gambar kegembiraan mereka di fb dan instagram. Kadang kadang anak anak tiri menghubungi saya bertanyakan khabar dan mengadu.Saya hanya mampu mendengar.
Tak mengapalah, saya kata once for all. Jaga hati sendiri, salah saya tak hormat hati sendiri. Saya berfikir, saya tak rugi apa2, saya cuma tak ada suami, saya masih beruntung ada kerja tetap, rumah, kereta dan anak2.

Saya bersyukur Allah SWT masih sayang , ujian saya ni kecil jika dibandingkan dgn isteri2 yg jd mangsa aniaya. Akhirnya, saya membuat permohonan cerai, Alhamdulillah, saya tenang, walaupun saya ke mahkamah seorang diri tanpa ditemani sesiapa,saya tahu saya kuat. Allah ada,Allah lindung saya. Saya tak tuntut apa2 dengan suami, hanya lepaskan saya cara baik. Kalau dia ingat anak-anak, berilah duit belanja, jika tidak..tak apa, ada rezeki lain utk anak. Kalau dulu saya ikut hati, sekarang saya serah kepada Allah, bulat- bulat.

Buat isteri diluar sana, kalau suami ada perempuan lain, jangan menangis atau murung, bangkit.. kalau tak kerja, cari kerja. Belajar berdikari. Doa banyak banyak. Doakan urusan saya dipermudahkan..."


Bertalu-talu pulak ujian dia kena kan? Kalau lah aku diuji sebegitu rupa belum tentu aku mampu jadi setabah dia.. Allah maha tahu kan.. :")


Awesome Avengers : Part 3

09 August 16 Comments
Ini adalah part terakhir untuk sesi pengomen tegar Julai. Sebelum ni aku kongsi enam orang, so ini lagi empat orang yang selalu buat onar kat komen blog ni. 


Insan terpilih ke tujuh : Nani
Si dak Nani ni pon rajin sharing resepi-resepi. Memang banyak entry citer pasal benda makan kat blog Nani. Aku jenuh tahan nafsu bila terjah blog dia. Telan air lior aje tengok gambar-gambar makanan kat blog Nani. Aku suka resepi-resepi yang Nani share sebab kebanyakannya mudah untuk dicuba. Kalau rasa tak tahu nak masak ape harini, boleh la cuba terjah blog Nani. Tapi tahan air lior la ye hehehe

Insan terpilih ke lapan: Wak (Tiga Lalat)

Aku baru je mula berkenalan dengan Wak tiga lalat ni. Terror fotografi ni Wak ni. Dah banyak kali jugak gambar-gambar hasil tangan Wak muncul di majalah-majalah. Bukan calang-calang majalah tau. Kalau nak tawu kena terjah blog Wak. Tapi pastikan jangan curi gambar nya nanti dosa katanya hehehe. Ehh lupa. Nama Tiga Lalat tu pon ada kesahnya yang tersendiri. Aku dah interbiu Wak haritu pasal cemane boleh dapat nama Tiga Lalat tu. hehehe


Insan terpilih ke sembilan: Cik Mimie
Cik Mimie baru je buat GiveAway bagi topup kat blog dia. Rugi sapa tak join. Untung-untung siapa tawu terpilih jadi pemenang. Dapat menang topup. Sape nak bagi free dek non oi zaman sekarang ni? Ehhh lupa. ada jugak orang yang sudi derma 2.6 billion kan. Murah hati orang tu. Haritu Abah Cik Mimie terlibat dengan eksiden tapi Alhamdulillah dah boleh keluar wad. Semoga cepat sembuh abah Cik Mimie :)


Insan terpilih ke sepuluh : Anis
Si dak Anis ni sesekali lama dia tak hapdet. Bizi agaknye. Entry-entry kat blog Anis ni ringkas aje slalunya. Takde yang panjang berjela. Anis selalu kongsi apa yang Anis rasa. Moga-moga Anis terus tabah dengan ujian-ujian yang datang. InshaAllah ada hikmah dia kan Anis :)


Selesai tiga part untuk Awesome Avengers sesi Julai 2015. Aku sekarang ada kursus di Ipoh. Nanti aku dah kembali ke gua tempat tinggal aku, aku akan balas kunjungan engkorang semua k ;)


Ambil Iktibar : Tidak Sedar Tuhan Pula Dipersalahkan

08 August 13 Comments

Ahad lalu pergi satu kenduri kahwin dah agak lewat petang. Saya cuma minum sahaja. Saya lihat tray buffet kekurangan lauk. Ketika minum di meja , seorang yg mengambil makanan datang duduk sekali dgn saya.

"Tak makan ka?" Dia menegur.

"Tidak,saya masih kenyang". Balas saya.

"Tak ada lauk dah. Buat kenduri jemput orang ramai,lauk tak cukup. Malu pada orang, tinggal kuah saja.." Dia merungut.

"Saya rasa kita kena ingat,rezeki itu ditangan Allah,Allah yg menentukan apa yg kita dapat makan. Jika kita datang rumah kenduri, tak dapat makan, maka tiada rezekilah tu. Tuan rumah telah berusaha nak sediakan bagi cukup, mana ada tuan kenduri merancang utk tak cukup.Tetapi Allah menentukan sebahagian orang tak dpt makan, maka tak cukuplah. Jadi bersyukurlah dgn apa yg ada meskipun sekadar kuah dan nasi. Bukan makan itu matlamat hadir kenduri,tetapi memenuhi jemputan dan menjalin ukhwah itu yg lebih utama" Dia terdiam,merah padam mukanya.

Saya nak mengajak semua pembaca kpd hakikat REZEKI DITANGAN TUHAN. Jika pergi kenduri, apa yg tersedia itu rezeki kita,sedap ka tidak,berkenan ka tidak, tinggal kuah dan nasi saja ka, itulah rezeki kita.Jangan sesekali bersungut kerana jika kita bersungut , kita sebenarnya merungut takdir Tuhan.Tidak ada tuan kenduri yg mahu jamuannya tidak cukup, bahkan cukup atau tidak terletak kpd ketentuan Allah. Jika anda singgah di R & R dan dapati lauk habis, jangan bersungut kata pekedai tak reti berniaga. Apa yg ada itulah rezeki kita.Jika balik rumah, dibawah tudung saji hanya ada nasi dan ikan tamban tergeliat (bahasa Kedah utk ikan tamban kering) dgn sambal belacan saja, makanlah, hanya itu rezeki kita. Jangan diherdik isteri yg memasak.Jika tiada rezeki,lauk dimasak jd hangit,periuk terbalik,ikan dilarikan kucing dan serba macam lagi sebab Tuhan akan jadikan.

Berlapang dadalah sebelum menuding tangan menyalahkan orang lain kerana takut kita tersalahkan Tuhan. Jika nak makan sedap,nak makan banyak berusahalah sendiri. Jika hanya nak datang mencedok kedalam pinggan,bersyukurlah dgn apa yg ada. Bukankah ini lebih baik,anda pulang dari jamuan dgn rasa lega dan redha,moga Tuhan juga meredhai.


Sabda nabi yg bermaksud "janganlah mengeji makanan,makan apa yg kita suka,tinggalkan yg tidak suka." Apa yg tidak dapat disuap ke mulut kita itu adalah bukan rezeki kita..Kalau tak elok pada mata kita, tak sedap pada lidah kita,tinggalkan dan jangan merungut, kerana anda mungkin merungut pada rezeki yg Allah beri.

Ini aku copy paste dari facebook. Pinjam dari status Saudara Az Li. Semoga sama-sama bermanfaat perkongsian yang ada ni untuk kita semua ;)