Jangan Ambil Barang Orang

 



Kes berkenaan dua orang kanak-kanak berbuih mulut kerana termakan racun tikus.

Racun Tikus tu diletak & dicampur dengan keropok.

Keropok tu pulak digantung di pagar-pagar kawasan kebun rumah jiran tu.

Dua kanak-kanak tu ternampak keropok tu & ambil makan.

Berbuih mulut disebabkan termakan keropok yang dicampur racun tikus tu.

Sekarang ni Atok kepada kanak-kanak tu berkeras untuk saman jiran tu.

Entahlah nak salahkan jiran pun tak boleh, sebab kejadian tu berlaku dalam kawasan kebun hak dia.

Bukannya dia saja-saja bagi keropok tu pada kanak-kanak tu.

Naya jugaklah hal ni jadi kes polis sebab dah mengancam nyawa.

Silap haribulan nanti ibu bapa kanak-kanak yang dituduh cuai / pengabaian kanak-kanak.

Moga dipermudahkan urusan kedua-dua pihak.



11 comments:

  1. ya betul sangat ana, kita kena didik dan pesan selalu pada anak-anak ni

    ReplyDelete
  2. Moga dipanjangkan usia keduanya.
    Kecik lg kan.. 2 & 3 thn.
    Berat dugaan mereka ini.

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan untuk semua hendaknya 🤲

    ReplyDelete
  4. Susah nak cakap kan, sebab dua-dua salah... patut jangan letak di tempat terbuka gitu walau niatnya untuk bunuh haiwan, silap juga pada mak pak anak tu macamne masih umur sangat muda boleh dibiarkan jalan merata. Katanya yang sorang dah meninggal dunia kan...

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan urusan keduanya...
    nampak remeh, tapi..........
    tak tahu nak cakap macam mana kan...

    ReplyDelete
  6. Ambil sebagai pengajaran .
    Paket keropok yang dicampur dengan racun tergantung di dawai besi pagar bagi tujuan perangkap monyet ..alih-alih ada nyawa yang melayang .

    ReplyDelete
  7. susah nak kata... tapi jgn laa salahkan sebelah pihak sahaja... kita tggu smpi masanya mahkamah putuskan...

    ReplyDelete
  8. oooo..baru tau cerita asalnya, memang keropok tu tergantung kat pagar la yer...
    Allahu..kesian nya....

    ReplyDelete
  9. betul la tu, risau klu berlarutan parents budak2 tu pula kena blame balik sbb dituduh cuai..moral of the story, kena ajar anak2 jangan amik barang orang suka-suka hati..dalam kes adik2 ni, idak lah salahkan diaorang pula. benda dah nak jadi...

    ReplyDelete
  10. Akhirnya kedua-duanya pergi jua.
    Innalillahiwainnailaihiraajiuun.
    Semoga menjadi iktibar kepada kedua-dua belah pihak dan orang lain.

    ReplyDelete