Sepuluh Hari Cabaran | Day #4

25 September 10 Comments
10 Days Photo Challenge
Day 4 : A photo that makes you happy


proceed lagi dengan challenge nombor 4 -- A photo that makes you happy.. ini jam masa aku dengan kengkawan terjah Penang.. Pastu round-round la kat area Queensbay Mall tu wahhh kemain meriah lagi dah sekarang kat situ.. macam-macam ado! Aku paling eksaited bila tengok ada satu stall tu jual berger tapi nama beger dia sempoi habeh la ada nama Twin Tower ada nama Beger KL Tower pastu ada baby Monster Beger kot kalo tak silap haaaa.. Kalo nak taw lebih kena p terjah sendiri lah bentuk beger dia tu cemana kehkehkeh

*dua tiga hari ni asyik ujan lebat je tiap petang.. siap dengan guruh kilat segala.. yang tak syoknya sebab kereta aku masuk bengkel so kena lah menunggang kekuda yakni motor abah aku.. tapi alhamdulillah tiap kali nak habes ofis hour je hujan pon reda.. syukurrr ya Allah :')

*yang tak besnya bila hujan lebat -- tenet mesti macam haremm.. nak buleh hapload satu gambor tu mak aiiii buleh la p memasak dulu basuh baju dulu huhuhu =P

Day 4 - A photo that  makes you happy

Sepuluh Hari Cabaran | Day #3

24 September 9 Comments

10 Days Photo Challenge
Day 3 : A photo of someone you love
Cabaran diteruskan lagi untuk hari ketiga... ofkos lah mommy daddy.. acah-acah #OngKaya gittewww bermommy daddy kehkehkeh  Alhamdulillah aku masih ada both of them yang terima aku apa adanya.. buruk baiknya aku. senget benget nye aku -- 

Hashtag #SaiaTaKuad kalo terpaksa tempuh hari mendatang tanpa insan berdua ini.. Lebyu lah ! Muahhhh ciked ! ahakssss 

Sepuluh Hari Cabaran | Day #2

23 September 19 Comments
semalam dah berjaya untuk entry pertama.. harini proceed untuk challenge nombor dua pulak.. jeng.. jeng..jeng..

10 Days Photo Challenge
Day 2 : A Photo Of Yourself A Year Ago
Throwback setahun yang lepas.. ini jam ada annual refresher program 4 hari kat Langkawi masa Mac 2013.. walaupon challenge tu suruh boh gambar 'a photo of yourself ' tapi aku boh 'a group photo of me and my colleagues' .. kira aci gak la kan ? kehkehkeh


10 Days Photo Challenge
Day 1 - Facebook Profile Photo + 5 facts on photo
Day 2 - A photo of yourself a year ago


Sepuluh Hari Cabaran | Day #1

22 September 16 Comments
benda ni sebenarnye idea kepada sesiapa yang rasa alaaa takde idea la nak hapdet  ape kat blog.. dan sebenarnye tak perlu rasa stress pon dalam blogging ni.. apa saja yang berlaku keliling kita in our daily routine tu pon boleh jadi satu entry dah.. 

harini tangan aku gatal google sana sini.. jumpa benda ni.. dengan ini aku mencabar diri aku sendiri untuk buat 10 Days Photo Challenge ! so mulakan dengan yang pertama jeng.. jeng.. jeng.. 

10 Days Photo Challenge
Day 1 : Facebook profile photo + 5 Facts on photo
Fact #1 : Bila aku belek-belek album profile picture kat fesbuk aku, ternyata lebih dari satu gambar kartun yang aku guna selama ni sebagai default picture =P

Fact #2 : Walaupon guna gambar kartun, aku masih kekalkan ciri-ciri keayuan dan imej muslimah yang bertudung menjadi pilihan aku. sopan santun sungguh kan aku? kikiki

Fact #3 : Ada 4 owner doodle yang berbeza.

Fact #4 : Kartun Pertama (sebelah kiri atas bertudung putih) -- Doodle milik Rayzak (nickname dia kat devian art. Imej Anime Eye tu aku tak sure siapa pelukis dia sebab aku jumpa kat google image je.. Kartun Ketiga (sebelah kiri bawah bertudung peach) -- Doodle milik Blogger Amirah dan Kartun Keempat yang tutup mata tu milik blogger Merah Itu Jambu atau MIJ atau Athirah.

Fact #5 : Majoriti imej kartun yang aku guna tu semua sebab aku suka MATA dia kecuali yang tutup mata tu takde mata. sebab yang tu MIJ lukis sempena #R4BIA.

*sebenarnye sekarang ni mood aku tak berapa happy.. ada sikit rasa kurang best sebabnye aku dah bawak kereta aku p berubat pagi tadi kat workshop member ayah aku dekat sebelah Petronas Kampar, Perak.. Berdasarkan apa yang tauke tu cakap lepas die dah belek segala dokumen yang aku bawak -- maybe will take less than 3 weeks kereta u boleh siap la.. ok aku lega sikit kat situ.. moga-moga dipermudahkanlah segala urusan.. so untuk few weeks ahead ni patah kaki sikitla aku takde kereta.. mujurlah ofis tak jauh sangat so boleh pinjam motor ayah aku je p keje horeyyyy !


Slumber Gila | Libster Award

21 September 25 Comments
dah lama tak buat benda-benda gini -- tag mengetag jawab soalan dari kengkawan blogger.. maklumlah semenjak dua tiga menjak ni bizi *cliche nau jawapan* tapi memandangkan kalini ada budak kiut tag aku so dengan berbesar hati aku sudi menaip jawapan hehe


soalan 1 : Pasukan bola sepak pilihan anda.
jawapan : takde team specific -- aku tengok bola time world cup je. tu pon aku tengok sebab kebetulan abah aku on tv time sahur (kalo terkena time tu bulan Ramadhan la)

soalan 2 : Lagu patriotik kegemaran.
jawapan : inilah barisan kita. sebab bunyi semangat army gitteww.

soalan 3 : Berikan nama negeri yang anda duduki dan berapa buah daerah yang terdapat dalam negeri tersebut.
jawapan : negeri aku duduk sekarang -- Perak. Ada 9 daerah semuanya dalam Perak ni. konfiden gila dak jawapan aku ? kehkehkeh

soalan 4 : Asam pedas berasal dari negeri mana ?
jawapan : Negeri Sembilan kot. atau pon Melaka.

soalan 5 : Dalam banyak-banyak pantun, pantun mana yang paling anda sukai ?
jawapan : aku paling suka pantun Johan kat slot Johara. dia belom start lagi aku dah gelak dulu. hahaha

soalan 6 : Kalau celup stoking putih dalam air berwarna merah, stoking jadi apa?
jawapan : stoking jadi basah dan berkemungkinan akan jadi merah lah kot.

soalan 7 : Apa yang anda faham tentang "buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan"?
jawapan : tudia soalan jenih apa nih ? menurut kefahaman aku -- buah cempedak tu kat luar pagar dan tak semestinya kat atas pokok. boleh jadi cempedak tu ada kat atas tanah je cuma dia di luar pagar dan tak sampai nak ambik guna tangan memandangkan tangan tak berapa nak panjang. so kena lah guna alat tertentu seperti galah misalnya.

soalan 8 : Dalam banyak-banyak negara, negara mana yang mempunyai banyak artis KPOP?
jawapan : Korea agaknye sebab aku tengok ramai dari sana je kpopers.

soalan 9 : Siapakah yang mencipta blogger.com ?
jawapan : Evan Williams. hensem orangnye.

soalan 10 : Pertahankan blog anda dengan mengatakan bahawa blog anda sangat best dan sebab kenapa ia dianggap best ?
jawapan : Errr entah aku rasa tak best mana pun blog aku. boleh gitu ? =P

soalan 11 : Apakah perasaan anda semasa menjawab soalan-soalan di atas?
jawapan : Takde perasaan. kehkehkeh takdelah. aku jawab masa kat ofis sebenarnye. yelah sebab time aku jawab ni free sikit so boleh rilek-rilek je lah aku merepek kat blog aku ni.

Soalan Tambahan :

1. Berikan sebarang komen tentang budak yang memberikan soalan di atas.
Jawapan : Budak tu memang nak kena sebab mengeTAG aku dengan soalan-soalan tahap exam UPSR camtu. gila stress aku mikir jawapan hahaha. 
Ehh takdelah. ini jawapan sebenar aku -- Hey Budak, lain kali TAG lah lagi hehehe

2. Adakah anda menggunakan google.com untuk menjawab soalan di atas?
Jawapan : sesungguhnya ya. untuk soalan 9 tu aku google sebab memang aku tak tawu dan aku tetiba rajin untuk mengGOOGLEnye. kehkehkeh

aku takmo tag sesiapa. 
kereta aku yang exiden tu esok baru nak bawak p berubat sobss sobss *lap air mata*




Scania NBS 8050

20 September 24 Comments
alkesah ni berlaku isnin petang(15 September 2014) takdelah petang sangat sebenarnye.. aku on d way nak p rumah abang long aku kat Putra Heights tapi masa keluar exit Shah Alam (Guthrie) stuck dekat satu jam kat situ.. memula aku pelik gak pasaipa la punya lama stuck kat situ sebabnya bukan peak hours masa tu dalam jam 12.15 lebih kurang.. pastu bila aku nak naik ke susur (KLIA / Putarajaya / Johor Bahru) owhhh rupanya ada satu lori terbalik.. tetiba trailer yang kat middle lane mai himpit ke lane aku (low lane) takdan habeh mak aku becakap ehhhhh lori tu pasaipa mai rapat sangat kat kita tetiba kraaaakkkkkk ! tudiaa habeh rabak dan robek T___T sobss sobsss
memula uncle tu mati-mati ajak setel luar je takmau repot. nak gantikan bumper saja tapi disebabkan mak aku bertekak jugak mati-mati takmau last2 aku kol abg aku and abg aku paksa p buat report je kasi setel.. aku masa tengok mak aku dok betekak tu, aku diam je. aku snap no plat lori tu, snap gambar kerosakan kereta aku tu pastu baru aku kol abang long aku dan tanya apa aku kena buat..aku pon p la buat repot kat IPD Shah Alam sebabnya lokasi kejadian tu masih dalam area shah alam kata abang long aku.. Alhamdulillah lah takde injured apa-apa.. cuma robek gak la hatiku ibarat robeknya kereta aku tu ha.. dua tiga hari ni aku nak kena setelkan segala dokumen untuk proceed claim insurance apa semua.. ni first time ni aku nak buat benda-benda claim nih ! haduiyaiiiii semoga dipermudahkanlah Allahuakbar T_______T

Sweet Twenty Five Yaw !

13 September 27 Comments
12 September befday si adek manis ni.. beliau ni kawan kerja aku merangkap kawan berjimba ria merangkap kawan untuk melantak sana sini merangkap kawan membantu aku awet muda sentiasa geng makan + geng jimbaria + geng huru hara hahaha

beliau yang aku maksudkan adalah Anis si adek manis.. Anis ni dulu pernah satu team kerja under pusat internet jugak tapi rezeki dia bertambah baik lepas dapat offer keje kat HQ TNB so sempatlah berjimba ria under company sama selama dua tahun kot kalo tak silap sebelum dia terima keja dengan TNB tu.. anis ni antara colleagues yang paling muda dalam team aku dulu dan kalo ada anis ni memang meriah lah apa jugak event yang kamiorang buat sebab yelah generasi muda remaja darah tengah membuak-buak kan? kalo masa anis ada dulu, panjang je kaki nak ke mana-mana sebab ada je idea ajak ke sana sini.. bila anis dah tukar keje, agak slowdown sikit dah la tapi masih panjang gak la kaki kehkehkeh 

weekend ni anis pulang ke tanah air. cuti sampai rabu engko ! perhhhh giler arrr bes betol engko anis! aku ni dua hari je lah cutinye.. tapi takpelah daripada takde cuti langsung kan hehehe.. memandangkan 12 september befday anis dan anis pon cuti agak lama, maybe akan ada lettew 'agenda panjang kaki' dia besok-besok.. dah mula roger-roger dah apa plan..  tudia la kan kalo ada kawan-kawan memang meriahlah hidup engko dik non =P


Semangat Bapa

10 September 32 Comments
sepanjang satu hari aku join lawatan dengan budak Tadika aritu, banyak jugak perkara yang aku belajar antaranya semangat kesabaran tinggi golongan bapa.. aku respect sungguh bila tengok golongan pak - pak yang buleh maintain jaga anak untuk the whole day tu.. kalo takat jaga belikan makanan tu aku tak heran la.. tapi siap buleh mandikan dan pastikan pakaian anak tu bertukar.. yelah lawatan ke Penang tu amek masa 1 hari jugakla sebab seawal jam 5.30 pagi dah bertolak.. pit stop dah tentu lah banyak kali..


so the Daddies tu semua kena make sure anak-anak depa ni sentiasa kemas, bersih, dengar kata cikgu sepanjang waktu lawatan tu.. mana yang anak tak banyak ragam tu takpelah lagi, kena pulak anak jenih pantang tengok mainan je nak beli, haaa haru jugak pak dia pujuk sana sini.. macam-macam ragam bapak dan anak yang aku dapat tengok.. daripada info yang cikgu tadika cerita pada aku, bapak yang kena bawak anak secara lone ranger (tanpa mak diorang) ni antara sebabnya adalah maknye ada baby kecik lagi yang menyebabkan takleh nak join lawatan tu.. memandangkan ada anak kecik yang perlu dijaga, so mak nye terpaksalah relakan si anak tu pergi dengan pak nye saje.. 

anak yang lelaki, bila turun je kat pit stop, kalo yang jenis kaki robot -- pantang nampak toys robot mesti nak beli.. pak dia rilek je layankan je belikan.. pastu tak sampai sejam dua dia kelebek robot tu tup tup patah kaki lah, patah tangan lah.. pastu ngamuk la nak yang baru.. pak dia pon pujukla takpe nanti kita balik rumah kita repair bagi dia sambung balik.. hehehe macam-macam akai pak dia guna.. aku pasang telinga je nengokkan gelagat anak beranak.. pastu bila si anak ni dah penat sangat, terlena la kat pangkuan pak dia sambil dok isap botol susu lagi.. yelah ada budak tadika tu yang baru umur 4 tahun masih tak putus lagi menyusu botol dan ada yang masih pakai pampers.. pak dia pon layankan je bobokkan sampai lena.. hehehe syahdu pulak aku nengoknye.. yelah budak kan banyak ragam, kalo kurang tahap kesabaran, memang takdenye lah buleh nak hadap budak-budak kan? hehehe

pastu dok beranganla nanti kalo aku dah ada hasben, mau ke entah  hasben aku tulung jaga anak sampai tahap camtu kalo in case aku sakit ke hape ke kehkehkeh =P


* 2--3 entry sebelum ni auto publish sebab aku sibuk sikit.. sabor ye aku marathon singgah balas rumah engkorang hehehe



Short Trip Penang | Part 3

09 September 13 Comments
setel kat atas Bukit Bendera dan jugak round Padang Kota, kami pon gerak ke Muzium Perang atau dikenali jugak sebagai War Museum yang terletak kat area Batu Maung.. tak berapa jauh dah dengan jambatan baru Pulau Pinang tu.. War Museum ni jugak  has been listed as one of the Top 10 Most Haunted sites in Asia by the National Geographic Channel.. haaaa scary ke idok ??? 

kawasan yang berkeluasan 20ekar tu memang agak menyeramkan terutama kalau pegi waktu lewat petang dan pergi hanya secara berdua bertiga.. tapi memandangkan kamiorang pergi 2 bijik bas, keseraman tu kurang sikitlah sebab ramai, so tak rase sangatlah terpacaknye bulu roma tu kan ? so kalo nak pegi, pegilah bawak rombongan cik kiah barang sebijik dua bas.. barulah tak berapa scary hehehe

  
  

dekorasi pintu masuk dan jugak sepanjang perjalanan masuk ke dalam kawasan War Museum tu memang menarik..   dan memandangkan bawak adik-adik kecik Tadika, memang seronok sangatlah tengok replika askar, senapang dan jugak peralatan perang lama zaman Jepun dulu-dulu.. teruja semua bebudak tu.. soalan kemain banyak lagilah tanye.. tapi keterujaan dorang tu tetibe terbantut bila kamiorang sampai kat kawasan peninggalan dimana lokasi askar Jepun dulu pancung kepala banduan / tahanan..
   
cemane tak terbantut semangat bebudak tu semua bila pandang atas je haaaa engkau ! besar gedabak dorang gantung replika patung / hantu kat kawasan ni.. ada gak 3--4 ekor hantu nye.. dan menurut pada tour guide (brader indon) museum tu, kalo sesi malam, bijik mata hantu akan menyala kaler merah.. pastu pulak memang selalu lah dengar bunyi suara-suara jeritan mintak tolong lah.. heshhhhhhh seram
  
 kasawan berek tahanan dan lokasi kubu

start dibuka untuk umum pada tahun 2002, dan beroperasi bermula jam 9 pagi hingga 11 malam.. menurut katanya, sebelum tempat ni dibuka, macam-macam proses dibuat untuk mengahalau makhluk halus yang ada kat situ.. tapi rasenye sampai sekarang masih ada je lagi makhluk yang stay kat situ.. yelah dah memang tempat die kan... 

untuk masuk ke sini harga tiket kalo warganegara dewasa RM20 , kanak-kanak RM10.. pihak muzium ada buat Penang Spooky Ghost Tour pada malam sambutan Hungry Ghost Festival.. so pada sesiapa yang memang tahap berani gila mencabar diri sendiri, masa Spooky Tour tu pelawat bukan sahaja boleh melawat muzium pada waktu malam malah siap boleh bermalam kat situ.. tapi kalo bagi kat aku FREE tiket pon memang idok ler aku nak bermalam kat situ.. huuuuuuuu sherammmm 


haaa tudia sebahagian geng bas sekolah yang berjaya aku tarik untuk fotografi.. kesian cikgu-cikgunya masing-masing dah penat pastu pulak henfon dorang masing-masing bateri dah kong.. ni pon guna kamera fon cabuk aku, sipbekla aku bawak powerbank.. kalo tidak lama dah bateri fon aku pon lebur... setel je kutip pengalaman kat War Museum ni, maka berakhirlah short trip to Penang aku.. kami  bertolak balik lepas mangrib dalam jam 8 camtu dan selamat sampai dalam jam 11.30 camtu.. semuanya terlentok kepenatan dalam bas.. dengan aku sekali pon lena.. penat berperang kat War Museum la katekan hehehe


*seriyesly tak puas lagi round Penang. Banyak lagi tempat aku belom explore.. jom sesape nak teman aku explore Penang nanti ?

Short Trip Penang | Part 2

07 September 14 Comments
sambungan pada Short Trip Penang Part 1 sebelum ni, lepas setel have fun kat atas Bukit Bendera tu, kami p ke Padang Kota Lama pulak.. entrance fee cuma RM3 untuk adult dan RM2 untuk kanak-kanak.. bukak sepanjang Isnin sampai Sabtu dari 9 pagi sampai 6 petang.. kat situ pon menarik jugak bagi aku sebab banyak peninggalan sejarah macam sculpture Francis Light, Meriam Sri Rambai, ada replika British Campsite, pastu ada jugak peninggalan chapel lama.. 

  

pintu gerbang yang ada kat dataran Padang Kota Lama.. aku suka seni bina dia yang dikekalkan tu sebab cantik.. kalo jalan kaki amek angin tepi laut ni dengan marka memang tak terasa la luas dia.. hangat bercinta la katakan -- kentut pon wangi kan ? hahaha
  


ini la yang aku kata replika British Campsite.. memang sempoi.. rasa macam best je kalo camping dok dalam khemah bentuk segitiga tu hehehe
haaa yang ni pulak meriam Seri Rambai... menarik jugak kisah pasal meriam ni.. kalo nak tawu lebih, kena p explore sendiri lah hehehe

dah penat round esplanade Padang Kota tu, masa untuk explore bahagian tempat makan pulak.. kat area Padang Kota Lama ni ada dua bahagian foodcourt -- satu yang baru dan satu lagi yang lama.. kami pilih untuk explore kat yang lama sebab dengar orang cerita pasal mee sotong Hamid kemain sedap tak tau nak kata lagi dah.. jalan punya jalan, jumpak jugak akhirnya kedai yang dicari..

  
mee goreng dia memang mamak style lah kan sebab kat Penang.. nampak kaler merah menyala tu? haaaa tudia la.. aku dah la jenis tak berapa tahan pedas, sekali dapat haaaa amek hang.. sipbekla order dengan coconut shake dia -- buleh gak la cover pedas tu.. makan pulak time panas bedesing perrhhhhhh memang heaven lah baq hang ! kehkehkeh

setel je melantak mee sotong yang maha pedas ittewwww, kami pon gerak ke destinasi seterusnya.. kat mana? jeng jeng jeng nanti aku story lagi hehehe


Short Trip Penang | Part 1

05 September 18 Comments
4 September (khamis) aku join a day trip to Penang which is organised by pihak Tadika KEMAS kat area tempat aku kerja ni.. Cikgu tadika tu memang dah reserve 2 free seat untuk aku dengan Ida (partner kerja aku) sepatutnya aku dengan Ida pergi sama-sama tapi sebab Ida takleh pergi, jadinye aku sorang je la yang pergi dan seat Ida tu aku pujuk mak aku untuk ganti tolong teman kehkehkeh 

2 bijik bas dorang sediakan.. bertolak seawal jam 5.30 pagi dari lokasi Felda aku ni pastu pit stop pertama di RnR Tapah untuk solat subuh and refreshment.. pastu second pit stop kat hentian Bukit Merah untuk brekfes.. pastu kami sampai ke destinasi pertama kat Bukit Bendera atau Penang Hill pada jam 11.30 pagi.. sipbaik pergi hari khamis dan bukan public holiday so takdelah crowded sangat.. tapi itu pon boleh tahan ramai gak la tourists.. 

tinggi gila rupanya tren tu kerabat naik Bukit Bendera tu no ? buleh tahan goyang gak la lutut habeh semua hahaha.. tapi sipbek masa menghala naik, dalam tren tu packed sampaikan berhimpit-himpit so takdela nampak sangat view mengerikan kat sekeliling tu.. masa turun tu tren clear, phewwwww mencabar gak aaa nak buleh sampai ke bawah kehkehkeh =P
i didnt expect much sebenarnye kat atas tu ada apa tapi bila sampai phewwwww rupa-rupanya ada Penang Hill Mosque, Sky Terrace, ada Monkey Cup Garden, ada Owl Museum, ada Cliff Cafe..

 
 pastu ada jugak Penang Hill Love Lock which is the new attraction (launched on last February 2014) sempena Valentine Day la agaknye kot.. dia macam ala-ala yang kat Rome ke mana entah yang kononnya lock your love lah kat situ gittewwwww

  
kalo datang sini cuaca cantik memang view yang kita dapat tengok tu Subhanallah cantik betol.. tapi memandangkan aku datang dengan group rombongan tadika (anak-anak kecil + mak / ayah dorang) jadinye takdelah nak tangkap jiwang ke hape.. haishhh nanti dah kahwen kena ajak hasben mai sini lah kehkehkeh  *gatai* =P
  
kat atas tu jugak ada Owl Museum + Cliff Cafe.. viewnye memang superb lah.. maklumlah atas puncak bukit lah katekan.. untuk masuk Owl Museum ni kanak-kanak FREE je dan untuk adult RM5.00 .. banyak lah info pasal burung hantu kat dalam tu.. figura berkenaan burung hantu pon banyak dan Owl Museum ni jugak diiktiraf dalam Malaysia Book of Records -- The First Owl Museum in Malaysia..
   
kat Monkey Cup garden ni ada banyakla spesis Periuk Kera.. daripada yang sekecil-kecil sampailah sebesar-besar periuk kera.. seronok bila bawak budak-budak sebab jiwa dorang memang tengah nak belajar.. macam-macam soalan ditanye.. 

lepas setel Penang Hill, kami p pulak ke Padang Kota tapi itu nanti lah aku story dalam part 2.. hehehe kemain lagi engko kan Ana nak ada Part Two -- Three bagai =P

and dat was my first time jejak kaki ke Penang Hill walaupon dulu aku study 3 tahun dok Penang tu tapi tak penah sampai ke situ.. maklumla masa belajaq dulu jenih tekun gila -- p class -- balik class. tu je la keja aku.. pastu aku p pon setakat Kompleks Bukit Jambul, PC Fair kat PISA, Pesta Sg Nibong, Kek Lok Si Temple.. tu je la.. belambak lagi tempat aku tak explore habeh kat Penang tu..


Suka Betul

01 September 10 Comments
aku ada sorang je anak sedara (Rafael Zafuan).. belum ada rezeki lagi bertambah dari segi anak buah.. tapi ada satu pon dah boleh pening lalat gak la melayan kerenah.. kalo ramai entahla mau tak terlayan dah aku kehkehkeh =P

si Rafael ni perkara paling obses adalah Otromen.. tak kiralah baik dari segi tengok youtube ke, beg / kasut / tshirt / barang mainan ke atau apa sajalah yang dia nampak otromen sebagai karakternye memang dia merengek la hendakkan benda tu.. sampai kadang tu mama dengan papa nye pon tak larat nak melayan dah.. tapi sipbekla takde sampai tahap mengamuk-ngamuk kat mall ke hape disebabkan nampak karakter otromen.. kira boleh behave lagi lah budak Rafael ni hehe

aku ni pulak jenis rajin jugakla melayankan bab-bab otromen ni tapi aku bagi syarat la macam contohnye kena baca fatihah dulu ke atau doa harian ape-ape lah yang die cakap cikgu dah ajar kat sekolah.. bila dia berjaya ujian yang aku suruh baca tu, then baru aku bagi reward.. kalini disebabkan dia lulus baca surah Al-Fatihah dan surah 3 Kul, so aku pon janji untuk belikan bantal felt otromen untuk dia..

 
aku tempah kat sorang akak yang memang amek tempahan bantal felt.. aku nak buat sendiri, macam malas bertingkek-tingkek la pulak hahaha.. macam-macam pesen lagi lah rupe bantal felt / karakter yang orang request dia buat..  bila dapat je bantal otromen tu ke tangan si Rafael apa lagi, tak lepas langsung dah.. ke sana sini diusungnye.. malam time nak tido jangan katalah, itu dulu lah yang dia cari.. bakal jadi bantal busuk je nampak gaya tu Rafael oi =P



Alkesah Raya | Part II

29 August 6 Comments
habes dah Syawal.. lambat pulak rasa nak buleh hapdet new entry.. dugaan betol bila internet buat hal.. kalo sepuluh duapuluh tahun kebelakangan dulu takde internet ape ade hal.. tapi zaman skang ni kalo takde internet je adehhhhh macam nak hangin je, macam nak ngamok je.. itu pon sipbaik la aku dapat internet free.. haah FREE je sebabnye rumah aku ni zon wifi (Projek Kampung Tanpa Wayar) gitttewwwww ~ hurmm kalo internet down pon takdela rugi apa sebenarnye memandangkan FOC je sepanjang masa kehkehkeh =P

cumanya aku jadi hangin gak la bila internet down pastu tak dapatla nak ziarah blog kengkawan semua yang mai singgah sini haaaaaaa hehehe.. kesah raya part II ni takde ape sangat lah pon.. cuma nak story pasal kebizian aku disebabkan kena pergi Open House setiap site yang lain antaranya kat :

Felda Besout 1,Perak
Felda Besout 4,Perak
Felda Besout 5,Perak
Felda Sg Behrang,Perak
Felda Sg  Klah,Perak
Felda Trolak Utara,Perak
Felda Ijok,Selama, Perak
Felda Gunung Bongsu,Kedah

ada 9 site semuanya termasuk tempat aku (Felda Besout 2,Perak) adalah pusat internet 1 malaysia (Pi1M) under kendalian telco P1 Wimax.. oleh itu kami semua (staff  Pi1M) perlu hadir kat setiap majlis open house tu..

orang kata musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak kan? jadinye, berpegang pada prinsip itulah aku harung pegi semua site ! ahaksss =P

Salam Merdeka ;)



Alkesah Raya

18 August 11 Comments
waaahhh seminggu engkauuuu tak hapdet.. bizi lettew alasan hahahaha.. ekceli minggu-minggu terakhir Syawal ni aku agak sibuk gak la.. bukan sibuk apa pun, sibuk sebab majlis open house untuk site team kerja aku.. start daripada 15 Syawal aritu bermulanya marathon open house iaitu site tempat aku sendiri.. dan kesahnye kalini aku dengan mak aku yang ditugaskan untuk handle part catering.. sebenarnye boleh je upah catering memane macam tahun sebelum-sebelum ni tapi bila dah 'terkena' perkara yang agak kurenggggg memuaskan, so partner aku si Ida pun bincang2 dengan aku dan aku kata takpelah meh aku dengan mak aku handle part masak.. bajet untuk makan 100-200 orang camtu lah.. haaaa hape lagi. mau tak bizi aku..
 
sehari sebelum majlis (14 ogos) aku dah mula sibuk ke sana sini beli barang apa yang patutlah.. memandangkan kalini aku dengan partner aku decide untuk buat juadah yang simple je (tak berkuah-kuah) sebabnye kamiorang buat kat dalam ofis je pastu depan ofis pasang khemah yang orang meniaga pasar malam tu je sebijik.. taknak dah berhabisan pulun macam tahun-tahun lepas.. membazirrrr banyakk..

makanya sehari sebelum majlis tu, aku dengan mak aku pon boronglah bahan-bahan untuk masak juadah yang dah aku decide dengan partner aku (mee goreng / macaroni goreng / ketupat + kuah kacang / pulut dakap + rendang daging yang mak aku oter kasi umphhhh lebeyhhhh hehehe)

memulanya nerves gak la aku.. mane taknye, nak sediakan makan untuk 100--200 orang weyhhh ! tak pernah lagi aku buat keja camni sebelum ni ahakssss ! setakat masak bodo2 untuk aku adik beradik buleh la hehehe.. tapi alhamdulillah bila mak aku kata asalkan niat kita ikhlas untuk jamu orang, mesti Allah tolong mudahkan.. and yup finally setelah bertungkus lumus bermandi peluh segala bagai, akhirnya setle dan berjaya jugak kamiorang jamu tetamu makan.. dengan pak imam, pak bilal segala orang-orang masjid pon pulun lah makan macaroni goreng.. western campur melayu kate ko ! kehkehkeh =P

alhamdulillah jelas terpancar kegembiraan kat wajah partner aku si Ida bila juadah yang kamiorang sediakan haritu cukup untuk semua tetamu dan takde pembaziran... aku berterima kasih sangat-sangat-sangaaaatt kat mak aku lah sebab dia lah masterchef.. aku ni assistant je yang ikot arahan je gini gitu hehehe... kan sederhana itu lebih afdhal :)

Salam Lebaran :)

*ada lagi beberapa part Alkesah Raya ni.. nanti aku sambung.. sebab masih on going lagi majlis kat site lain hehehe

Angin Ribut Lagi

10 August 19 Comments
kisah pasal angin ribut yang aku cerita sebelum ni sebenarnye masih berterusan beberapa hari lepas tu.. rumah dan bangunan yang teruk dipukul ribut haritu kebanyakannya dah diganti baru bumbung yang rosak teruk tu.. cuma yang kurang besnya adalah ofis aku ni ha.. 


sebenarnya dah beberapa kali jugak pihak berkenaan kerabat naik tukar bumbung baru tapi bila tiap kali hujan lebat yang datang sekali dengan angin, memang konfem air hujan mencurah-curah masuk.. tembus habes segala siling yang ada tu.. petang tadi ni hujan lebat dengan angin datang lagi.. aku pulak cuti minggu ni so turn member aku (si Ida) lah yang kerja.. jenuh lah dia pindah randahkan segala komputer + kerusi + meja dan peralatan yang lain..sekarang ni pon masih hujan lagi.. aku harap moga-moga tak lebatlah.. kalo tak, naya besok pagi masuk ofis kebanjiran T____T



Angin Ribut [UPDATED]

06 August 26 Comments
kesahnye harini tengah hari aku pegi hantar adik aku si Pian tu balik subang.. dalam jam 11.00 camtulah kami gerak.. 
ingatkan jalan jem tapi alhamdulillah traffic lancar je walaupon kenderaan makin banyak menghala balik ke KL.. yelah cuti raya dah habes kan.. sampai kat subang dalam jam 1.00 tengah hari lebih camtu.. aku transit rehat & refreshment kat rumah abang long aku kat Putra Heights Subang dulu kejap.. lelap mata sat dalam seminit dua (yang sebenarnye taklah seminit dua sangat kikiki) lepas asar baru gerak antar adik aku kat rumah dia kat area Subang Galaxy.. dari situ gerak balik ke rumah aku semula lebih lancar sebabnye menghala ke utara memang tak banyak kenderaan.. aku pon boleh rilek je drive sambil makan popia simpul -- bekalan yang ditapaw oleh mak.. balik hanya tinggal mak, aku dan jugak aiman je.. ayah aku tak dapat follow sebab ada kenduri saudara di kampung (Taiping). Jadinya hanya kami bertiga beranak je lah yang hantar Pian..

Sampai ke rumah dalam 6.50 petang camtu.. sepanjang jalan tengok jalan basah lain macam je..

"macam lebat je hujan tadi ni"-- kata mak.

dapat info dari wassap group rupanya hujan lebat dengan ribut sekali melanda kawasan tempat tinggal aku ni.. banyak rumah yang rosak terutamanya bahagian bumbung.. ada rumah yang dihempap pokok tumbang.. ada bumbung rumah yang tercabut ditiup angin ribut.. yang bangunan oren tu dewan orang ramai. betol-betol berdepan dengan tempat kerja aku.. habes rosak bumbung dewan.. Dato' Khusairi Abd Talib (ADUN Slim River) pon ada datang untuk ambil maklumat rumah / bangunan yang rosak sejurus lepas ujan benti untuk diberi bantuan apa semua.. bila dapat je gambar-gambar ni semua dari wassap group, aku terus zaaaaaaapppppp --- apa lah nasib ofis aku pulak agaknye... aku terus capai kunci motor dan terus rempit nak p tengok keadaan ofis aku.....

*to be continue


sambungannye : UPDATED [6 ogos 2014]

Lepas aku capai kunci motor tu terus aku rempit pegi tengok keadaan ofis aku.. Bila masuk je dalam, tengok-tengok.. jeng jeng jeng ---
 *pinjam google*
Ada sebahagian siling yang bocor (atap yang bocor sebenarnye) dan ada air bertakung macam dalam horror movie Jepun (Dark Water) dulu tu.. Pastu betul-betul kat kawasan yang siling bertakung air tu habes satu set komputer + kerusi basah lencun dek air hujan yang mencurah-curah ke ladang gandum dalam ofis aku tu.. Tapi aku stil bersyukurlah sebab sikit je tu kalo nak dibandingkan rumah-rumah jiran yang teruk bumbung semua diterbangkan angin ribut tu..

Salam Lebaran :)


Aiskrim Goreng + Macaroni

02 August 24 Comments
cuti raya pon dah habes.. adik-beradik + sedara mara pon makin beransur ke kediaman masing-masing.. family aku yang kecik ni cuma tinggal sorang je lagi adik aku yang belum balik semula ke tempat study dia.. esok lusa dah kena balik la.. sementara masih ada kat kampung ni, mulalah dua beradik ni (si Aiman dan abangnya si Pian) request aku ni buat macam-macam.. yelah aku je lah satu-satunye kakak yang depa ada.. nak mengada-ngada pon kat kakak yang ni je lah hehehe

adik lelaki memang gitulah.. mentang-mentanglah study, jarang-jarang sekali je baru balik cuti.. bila time dia cuti tu ade-ade je idea dia.. memandangkan entah tak tahu bila pulak lagi nak balik cutinya, aku pon oraitkan je lah ape yang dimintak..
tekak dah mula terasa jemu agaknye asyik pandang ketupat / nasi impit / lemang / rendang aje dalam seminggu ni kan.. sekali dimintaknye nak macaroni goreng dengan eskrem goreng.. kebetulan pulak bila bukak je peti ais, bahan-bahan macam sosej, daging beger, carrot dengan sayur campur tu memang dah ada.. macaroni pon ada lagi 1 pack.. macaroni goreng ni tak susah pon buatnye.. main campak-campak je semua dalam tu.. pastu ikotla tekak masing-masing nak pedas ke tak ke.. aku ni kena ikot tekak dua beradik ni la nak pedas sikit kak katanya.. setel part macaroni pastu godek plak untuk buat eskrem goreng.. pon tak susah jugak nak buat dia.. p beli je eskrem yang dalam tupperware tu.. tak kiralah brand apa pon pastu dengan roti sandwich tu 1 bungkus.. pastu tekap-tekap je guna lah cawan ke yang boleh jadi bulat camtu.. kalo rajin sebenarnye kena simpan dulu dalam fridge semalaman.. besoknye baru lah goreng. tapi memandangkan dua beradik tu dah tak sabar, sambil aku tekap tu terus je panaskan minyak pastu terus je goreng.. panas di luar sejuk di dalam..

"fuhhhhh tudia kak ! terbaekla macaroni hang buat ! 
nanti buleh buat lagi" -- Aiman.

"buleh meniaga dah ni kak!" -- Pian

Hamboihh depa ni.. kalo bab bodek kemain lagi.. dengan mak abah aku sekali pon join dok makan macaroni goreng.. tak lalu dah tengok ketupat rendang depa kata hehehe

Salam Lebaran :)


Alamak Overdose !

01 August 19 Comments
Ogos sudah mari.. tujuh bulan dah berlalu. macam-macam perkara kita dah hadap. Ramadhan pon dah setel.. terasa sekejap sangat Ramadhan.. tup-tup dah Syawal.. harini pon dah Syawal  ke berapa dah.. ramai yang dah kembali bekerja.. ada jugak yang dapat cuti hari raya pertama je pastu besoknya terus kena kerja.. ok kalo aku kena camtu memang berlinangan air mata lah.. aku nampak je macam kasar tapi kalo kata bab tak dapat beraya dengan family, silap-silap mau sebaldi ayaq mata aku tumpah huwawawa hahaha =P

Harini aku dah kena masuk kerja.. awai kemain p kerja.. pukui 8.30 dah siap tepacak depan ofis.. tapi macam biasalah, memandangkan ofis tu aku kerja berdua je dan partner aku masih mood raya lagi kat kampung hasben dia di Kedah, makanya aku kerja lone ranger lah.. aku tengok skrin, skrin tengok aku.. baru lima hari tinggai ofis dah berhabuk kemain.. setel je lap sana lap sini, aku pon call Big Boss kat HQ.. ayat sana sikit, sini sikit -- tup-tup bos kata ok lah takpelah harini half day lah.. haaa tudia aku pon hapa lagi.. yabedabedu la ! tunggu lagi ? kasi tutup ofis -- cabotttttt la hahaha

Tapi sebenaqnya malam sebelum tu, aku dengan team kerja dari site-site yang lain (yang dekat area Wilayah Trolak) ni dah plan baekkkk punya dah.. kami set nak beraya dari rumah ke rumah antara kami-kami ni semua la.. tu yang kemain konfiden lagi dok pujuk rayu Boss mintak izin nak half day je tu.. bila boss bagi greenlite ja ha apa lagi memang tak kasi chance la hehehe
Rumah pertama kami terjah--rumah member yang kat site Felda Besout 5 (Shuhaidah).. Sampai je rumah shue, mak ayah dia rancak sembang.. dah la tu hidangan pon memang rare habeh la.. kalo selalunya time-time raya ni orang hidang lemang, ketupat, rendang kan ? ini tak. dia hidang STEAMBOT baq hang ! penuh pulak tu atas meja.. Memang rezeki kami lah. Datang pulak memang lunch hour.. perut pon memang kosong takdak isi apa pon sebelum p kerja harini.. Dah tu memang kami berlima je tetamunya.. Kalo ikot nafsu memang nak bedal tak hengatla semua tu tapi sipbekla aku masih mampu kawal segala nafsu serakah aku, jadinya aku cuma makan beberapa ketoi je la.. sebab ada lagi mak dia buat mee goreng dengan boh udang nalaaaaa punya besaq pastu meatball dah macam meatball Ikea aku tengok.. Nyaris-nyaris overdose jugakla dok sumbat yang tu yang ni.. Alhamdulillah syukur betoi duduk kat bumi Malaysia ni.. mewah makan.. 

Ingat no kalo p beraya, kontrol anak tekak ok.. jangan biarkan nafsu serakah menguasai diri. kehkehkeh =P

Salam Lebaran :)