Ayuh Mengundi!

12 August 9 Comments



12 Ogos 2023 - Pilihan Raya Negeri untuk 6 negeri (Kedah,Penang,Kelantan,Terengganu,Selangor,N9).

Moga dipermudahkan urusan semua.
Moga pemimpin yang kurang memberi mudarat menjadi pemimpin.
Moga selamat semuanya.



Disebabkan sana sini sibuk mengundi, maka aku yang tak terlibat ni, jadi chef mengundi kat dapur je.
Menu pun yang mudah ringkas je lah untuk jamu tekak.

Ikan kerisi & ikan pelaling goreng rangup.
Abaikan ekor, sirip ikan goreng tu,
sebab anak saudara dah ngap dulu.
Habis kemetot ekor ikan tu.

Sambal sotong lauk feveret kakak ipar.
Masak lemak sayur pucuk dan suun feveret abang long.
Ulam dan sambal belacan feveret aku.

Cukuplah menu untuk hari pengundian.
Syukur Alhamdulillah masih ada lauk di meja makan.


Ayuh Istighfar

11 August 12 Comments

 




Walaupun setiap hari semakin 'keras' dengan ujian kehidupan, kita jangan lupa bersyukur dan istighfar selalu. InshaAllah akan ada cara dan jalan Allah akan beri pada kita untuk selesaikan sesuatu masalah. 

Atau paling tidak, kita kerapkan sedekah pagi.

1 hari = sedekah 1 ringgit pun takpe (ikut mana kita mampu & tidak membebankan)

Akan ada 'keajaiban' yang kita tak sangka-sangka.

Cuba jadikan amalan kita.

Bukan untuk sesiapa, untuk amal jariah kita juga ye dak? :)

#ApaNakMakan-Roti Kukus / Roti Wap

09 August 13 Comments

 


Macam-macam jenis makanan viral & trending zaman media sosial sekarang kan?

Baru-baru ni viral pasal Buah Donut Peach.

Tapi disebabkan harga dia agak 'kayangan' untuk poket aku, jadi belum sempat merasa hehe




Masa pagi semalam, awal-awal sampai ofis tu, dari jauh dah dengar meriah suara Kak Izah & Nana.

Sampai je ke pantry tu, harum semerbak bau yang menggamit bulu hidung hehehe

Nana dengan pantas hulur sebekas ROTI KUKUS atau ROTI WAP pada aku.

Dia suruh aku cuba yang berlauk dan yang filling inti manis (cheesy yogurt,nutella & peanut).

Dan tekak aku lebih suka pada yang Roti Kukus / Roti Wap inti berlauk.

Sebab ada rasa pedas, manis, masin. Semua balance.

Kak Izah yang belanja menu sarapan Roti Wap pagi tu.

Ada gerai baru start niaga katanya & nak support peniaga tu.

Boleh tahan sedap juga Roti Kukus / Roti Wap berinti.

Anak Ikan-Pekasam Puyu

06 August 15 Comments

 


Salam hujung minggu. Moga sahabat dalam keadaan sihat semuanya. 

Jalan-jalan ke mana hujung minggu? 

Aku tak ke mana-mana. Habiskan masa di rumah je dengan keluarga.




Masa pegi ke pasar  pagi dengan Mak & Abah, ada nampak pakcik jual ikan puyu.

Ikan Puyu memang antara feveret Mak & Abah.

Memang tak lepaskan peluang terus beli.

Selesai siang dan cuci, Mak kata nak jadikan ikan pekasam puyu.

Sebab dah banyak kali terkena, bila beli ikan pekasam yang dah siap,

ada je yang kurang kena pada tekak.

Jadi ambil keputusan untuk buat sendiri.

Cara buat pun tak susah mana.

Sangai (goreng kering) je beras ikut anggaran banyak mana ikan.

Kemudian tumbuk beras yang dah di sangai (tumbuk tak terlalu halus)

Garamkan ikan puyu dan gaulkan dengan beras yang di sangai.

Masuk dalam bekas bertutup dan simpan 4-5 hari.

Lepas dah 4-5 hari, dah boleh goreng ikan pekasam tu.

Potongkan bawang, Cili Padi & perahkan limau nipis. Fuhhhh!

Ini antara menu 'bahaya' sebab daripada nak diet, boleh punah harapan diet hehehe



Apa Khabar Orang Kampung?

02 August 13 Comments

 


Terasa macam lama tak muncul di sini hehehe.

Apa khabar semua orang kapung? 

Moga dalam keadaan baik-baik saja hendaknya.

Menjalani setiap hari yang semakin dirasakan mencabar sekarang ni,

Moga semua sahabat blog diberi kesihatan yang berpanjangan.

Nak kata musim batuk demam pun macam iye jugak sekarang ye dak?



Julie Polis Evo 3

03 June 15 Comments

 


Dah tengok ke Polis Evo 3? Aku bukanlah peminat fanatik. Nak pergi layan sebab member nak belanja tiket free memang laju je ye dak? hehehe


Mula-mula tengok ingatkan anak atau sepupu sepapat Sofea Jane!
Sebab memang ada iras-iras dengan Sofea Jane.
Rupanya Inspektor Julie ni namanya Farali Khan.
Dah melakar bidang di Tanah Seberang.
Dan sekarang dah masuk dalam bidang lakonan di Malaysia.
Abang dia Miller Khan memang lebar sayap lakonan di Indonesia.

Terpaku jugak tengok scene dia lawan dengan Reza dalam Polis Evo.
Nampak real betul ! Menang macam fighter sejati !

Padu jugak watak Julie.
10 bintang lah untuk watak Julie hehehe

Menu Gini Takpe Dah

23 May 20 Comments

 


Syawal dah habis. Open house pun dah habis. Duit gaji pun makin tipis ye dak? hehehe. Menuju ke hujung-hujung bulan ni memang ramai yang struggle nak bertahan demi menyambung kehidupan sementara nak tiba ke hari gaji. 

Ada yang kerja jenis gaji dua kali sebulan sedap sikit.

Tengah bulan dapat advance separuh.

Hujung bulan dapat lagi separuh.

Takdelah had-had hidung sangat.


Mana yang jenis gaji memang hujung bulan baru dapat, kena bijak pandai & kena berusaha keras lebih sikit lah. Kadang-kadang perasan ada abam-abam food rider kerja sampai lewat malam demi mencari rezeki untuk keluarga. 

Pada kita semua, moga dipermudahkan segala urusan.
Moga diberi ketabahan menghadapi ujian setiap hari.

Ada Yang Ni Cukup Dah

15 April 21 Comments

 


Ramadhon semakin ke penghujung.

Tiap hari geng mak-mak ligat pikir apa menu untuk berbuka puasa.


Aku pulak antara sejenis manusia yang tak makan nasi waktu berbuka puasa.

Macam pelik kan tak makan nasi? 

Ya benarrrrrr tak makan nasi TAPI 

Makan juadah lain yang selain nasi lah.

Contohnya kuih ke atau cucur ke.

Ataupun kalau dapat colek buah (buah potong & pencicah)

sudah cukup buat aku kenyang.

Tambah pulak sekarang musim cuaca panas lain maciammm.

Berbuka puasa lebih fokus minum je daripada makan.

Engkorang pulak apa menu yang wajib masa berbuka?

Aha! Cara Mop Lantai Hilang Kesan!

13 April 18 Comments

 


Sebelum ni ada terbaca orang share cara mop lantai effective.

Pernah gunakan air panas untuk lantai bersih elok.



Tapi maklumlah rumah yang ada banyak anak bulus kena kerap mop.

Boleh dikatakan setiap hari kena sapu dan mop lantai.

Selalunya mop pakai air biasa dan guna pencuci tangan yang beli di Eco.

Satunya sebab murah keduanya sebab wangi.

Dan tambah jugak softener sebab nak lantai bau lagi wangi.

Memang terbukti lantai berkilat TAPI..

Bila si anak-anak bulus lalu lalang pijak lantai,

atau kaki kita sendiri pijak, mesti akan tinggal kesan tapak kaki.


Pastu kalini cuba pulak mop guna air panas dan letak beberapa titik

pencuci tangan (handwash eco tu),

lepas mop dan lap lantai,

walau anak-anak bulus pijak lantai,

atau kita pijak lantai terbukti dah tak tinggalkan bekas tapak kaki!

Setakat ni cuba untuk tak letak softener (pelembut kain).

Mungkin kandungan softener kot yang jadi punca ada kesan tapak kaki.



Alamat Macam Ni Pun Ada Ke?

12 April 16 Comments

 


Ini betul-betul kejadian.

Dah lah sekarang bulan Ramadhonnnn.

Kesiannya runner / rider yang kena hadap ujian ni.


Macam mana lah ye boleh letak alamat macam tu?

Takda langsung ke rasa menyusahkan orang?

Satu hal pulak runner / rider nak kena berfikir,

depan pokok serai aduhai.

Buat malu orang johor je dik huhuhu


Ada Dapat Kad Raya Lagi Tak?

09 April 18 Comments

 


Dulu-dulu kad raya memang salah satu benda wajib setiap kali musim raya.

Ada yang gantung pada ranting kayu.

Ada yang susun atas meja.

Ada yang gantung di dinding.

Kad raya dikirim secara pos untuk mohon maaf pada sahabat dan kenalan.


Masa zaman tu takda kemudahan internet lagi.
Kalau ada pun sangat terhad dan mahal untuk memiliki.
Jadi solusinya adalah Kad Raya.

Memang nostalgia!
Paling seronok bila dapat kad raya size besar.
Dan siap ada ringtone lagu raya bila buka!
Teruja bukan main lagi masa tu hahaha

Syok lah buka tutup-buka tutup,
semata nak dengar bunyi ringtone tu.
Siap ada pantun lejen :

"Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca harap balas"

Simpan lagi tak kad raya dulu-dulu? hehe


Allah Selamatkanlah Warga Puchong

09 April 9 Comments

 


Dapat perkhabaran dari sahabat yang tinggal di sekitar Puchong.

Tragedi ribut sangat kuat pada 08 April 2023 (Sabtu)

Habis pokok-pokok tumbang dan timpa kereta.

Para peniaga di Bazar Ramadhan habes musnah segala khemah.



 

Kejadian ribut yang sangat kuat berlaku di Puchong Perdana.

Moga dipermudahkan segala urusan warga Puchong.

Semoga dberi ketabahan dalam menempuh dugaan besar ni T__T


Asbab Sehelai Pakaian

08 April 12 Comments

 


Banyak kali terbaca tentang hal ni.

Tak kira lah pakaian berlebihan ke,

Pinggan mangkuk berlebihan ke,

Sama je mesejnya --- BERLEBIHAN.


Kalau ada yang berlebihan, kita boleh beri pada yang memerlukan.

Boleh beri secara pergi terus hantar,

Boleh juga share di sosial media.

Banyak group FB, Telegram untuk sedekah / beri barang.

Moga kita dijauhkan dari segala sifat berlebihan ni.

Kongsi dengan insan lain yang lebih memerlukan.

InshaAllah kita kejar kebaikan sama-sama, kan? :)


Anak-Anak Terabai : Jaga Aku Selamanya

07 April 17 Comments

 



Sebuah karya yang berbeza daripada genre cintan cintun.

Takda kisah Megah Holding.

Takda kisah kena kahwin paksa anak orang kaya dengan anak orang miskin.

Karya berkisarkan tentang kekeluargaan.

Tentang betapa sukarnya kanak-kanak berkorban demi jaga adik-adik. 

Tolak tepi jalan cerita yang tak logik-- sebab Ibu dia tak sepatutnya tinggal anak-anak.

Sebab boleh je cari kerja dekat-dekat kawasan rumah.

Bayi sekecil Adam yang baru beberapa bulan,

ditinggalkan bawah jagaan Abang (Azhar) yang masih di usia sekolah rendah.

Sudahlah banyak dugaan, si Abang pula dilanggar lori.

Terkapai-kapai adik-adik mencari si Abang T____T




Setiap episod sangat memberi kesan emosi.

Aku pasti rata-rata kaum ibu yang menonton,

pasti mengalir air mata ---- sebab kisah sedih anak-anak.

Waktu siaran jam 9.00 malam memang kurang sesuai sebab waktu terawikh.

Tapi ada pilihan lain sebab boleh juga tonton stream online & di Telegram.

Rata-rata komen netizen memang suka genre begini.

Lebih dekat dengan kisah realiti.

Pelakon kanak-kanak juga sangat pandai menjiwai watak.

Watak Pak Ehsan, Cikgu Daud juga sangat memberi jiwa.

Tapi drama 13 episod ini mungkin kurang pada endingnya.

Mungkin sebab salah sorang pelakon kanak-kanak perempuan,

kemalangan semasa shooting & terpaksa ditamatkan secara begitu.

Overall memang harus diberi pujian pada semua yang terlibat.

Karya yang hebat begini wajar mendapat anugerah.