Alamak! Orang Besar Datang !

15 August 14 Comments


Hai engkorang. Maaf lama sepi. Tiba-tiba jadi makin sibuk. Untuk pengetahuan engkorang, aku dan team rakan sekerja menerima kunjungan lawatan kerja daripada Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) YBrs.Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek dan delegasi.

Aku ni salah sorang petugas Pusat Internet yang berada dalam kawasan Dun Slim N58 (bakal mengundi pada 29 Ogos 2020 ekoran kematian penyandang jawatan YB Dato Khusairi (ADUN Slim) pada 15 Julai haritu. 

Jadi, buat masa sekarang ni memang setiap hari ada saja panggilan telefon daripada Orang-Orang Besar yang nak datang buat Kunjungan Lawatan Kerja dan tak kurang juga datang dengan pelbagai program tetapi masih mengikut SOP lah sebab kita masih dalam tempoh PKPP kan.





Sebenarnya Lawatan Kerja ni lebih kepada sesi Q & A bersama dengan petugas dan wakil setempat termasuk juga beberapa orang peniaga yang berjaya mendapat anugerah hingga ke peringkat antarabangsa. 

Aku bersyukur lokasi tempat aku bekerja terpilih menjadi tuan rumah tapi yang letihnya adalah segala persiapan tu ambik masa yang sangat singkat! 

Hanya dalam 5 hari , aku perlu selesaikan segala benda termasuklah :

1)Aku perlu dapatkan Quotation Makan & mencari katerer (maximum 30 pax sahaja) & sangat susah nak dapatkan katering kalau untuk makan hanya 30 orang.

2)Aku perlu dapatkan Quotation Sewa Dewan Semaibakti Felda (walaupun hanya untuk setup meja makan untuk 30 orang tapi demi memenuhi SOP, dewan yang agak luas diperlukan untuk tujuan sesi makan tengah hari)

3)Aku perlu dapatkan Quotation Sewa Dekorasi Set Meja VIP (minimum 1 meja 6 orang sahaja demi SOP Jarak Fizikal)

4)Aku perlu siapkan Slide Presentation berkenaan 9 lokasi Pusat Internet yang terletak dalam N58 Dun Slim lengkap dengan segala Demografi, Jumlah Data Pengguna Pusat Internet, Kejayaan dan Pencapaian serta Issue dan Cabaran.

5)Aku perlu pastikan keadaan Pusat Internet bersih, tip-top dari segi kebersihan tandas, segala mak nenek habuk kena pastikan takda langsung & keadaan internet berada pada tahap padu. (kalau tidak, aku yang kena tiawwwww huhu)


Perkara 1 hingga 4 tu aku perlu bagi segera selepas saja dapat call daripada Ketua Pengarah MCMC Negeri Perak lebih kurang jam 12.00 tengah hari. Pastu perlu email selewatnya jam 5.00 petang. Nak tercekik aku rasa masa tu. 

Udahlah masa tu tinggal 2 hari je sebelum Hari Raya Aidiladha. 
Terus terbantut mood nak beraya. 
Tak beraya langsung aku.

Disebabkan Tarikh Lawatan Keja tu adalah 03 Ogos 2020 (Isnin) iaitu jatuh pada raya ketiga. 

Mesti orang akan kata : "kenapa tak minta je tolong kawan-kawan sekerja bantu sorang sikit" 

Iye kita dah minta kawan bantu, tapi kalau dah nama pun orang nak raya, memang takde sapelah nak sudi respon. Krik krik aje lah situ. Pastu engko pulak dah diamanahkan tanggungjawab tu perlu selesai jadi memang engko takde pilihan.

Aku ni pesen, kalau duit bajet datang dulu takpe. Bagi lah tetamu besor mana nak datang, i olls ok aje. Tapi bila segalanya kena order dan booking guna air lior dulu, fuhhhhhh dugaan dan cabaran dia tu entahlah tak tahu nak gambarkan macam mana.

Tapi alhamdulillah lepas selesai je Program Lawatan Kerja tu, feedback yang aku terima daripada Delegasi amat positif & Ketua Pengarah MCMC Negeri Perak En.Zairul Nahar sangat impressed dengan segala segi bermula daripada sesi jamuan makan, dekorasi dewan, pematuhan SOP hinggalah pada sesi pembentangan slide. Semua tip top katanya. 

Masa tu hilang segala penat lelah. Lepas dapat feedback cenggitu, barulah ada rasa lapar. Kalau tidak, memang dah berapa hari tu tido tak lena, makan pun takda selera memikir nak menjayakan majlis. Fuhhhhhhhhhhhh~


Jajan Orang Have-Have

09 July 15 Comments

Haritu kan ada beberapa siri Pertandingan Sempena Kempen Covid-19 Awareness yang dianjurkan oleh Pusat Internet sekitar Daerah Batang Padang Muallim di kawasan Selatan Negeri Perak. Antara pertandingan yang ada termasuklah Mencipta Video Pendek Memasak #PKP , Video Pendek Cuci Tangan Challenge, Video Pendek Jom Fit , Pertandingan Poster Frontliner dan Food Art Photo Contest. 

Kalau ikutkan hati aku teringin je nak masuk semua pertandingan yang dianjurkan sebab hadiah-hadiah yang disediakan bukan kaleng-kaleng antaranya :

Air Fryer
Induction Cooker
Electric Steamboat & Grill
Polaroid Camera 
Mountain Bike 26 " inch
Smiggle Product 
Powerbank
Smart Bracelet
Wireless Bluetooth Headphone

Rupanya ada terselit rezeki aku dapat tempat kedua untuk Pertandingan Poster Frontliner dannn hadiah yang aku dapat adalah sebutir powerbank, sebutir Wireless Bluetooth Headphone dan sebutir M4 Smart Bracelet . Yihaaaaaaaa~ lepas ni kena berjalan , berlari, kayuh basikal sokmo la nampaknya sebab kita boleh setting pada smart bracelet tu berapa ribu step target dalam sehari.

Dan boleh set vibrate untuk find gadget (untuk cari kat mana smart bracelet kita tu kot terjatuh bawah katil ke ape ke) . 

Dan kita boleh jugak setting Blood Pressure dan kita jugak boleh adjust Long Sit Remind (contohnya 60 minit sekali akan vibrate untuk remind kita dah duduk sejam) . Moga lebih istiqamah lepas ni untuk kehidupan lebih sihat kehkehkeh



Jemmm Lah Hai

08 July 7 Comments

Lepas selesai je Program Digital aritu, aku perlu siapkan laporan penuh program pulak. Bila selesai je siapkan laporan ape segala barulah boleh ambik cuti dengan rasa tenang sikit. Macam tu lah selagi mana kita bekerja di bawah arahan pihak atasan kan. 

Hati baru je nak tenang-tenang ambik cuti kengkonon acah-acah nak berehat lepas dah bertungkus lumus selesaikan program tup-tup masa nak keluar bawa mak pergi membeli barang dapur, tiba-tiba radio kereta jadi hengggggg.

Bila tekan power on radio menyala tapi bila tekan button lain, takda apa-apa perubahan. Tekan button siaran radio pun takda keluar bunyi apa-apa. Kejadian tu pulak masa nak pergi membeli barang jadi aku biarkan ajelah dulu radio tu senyap sunyi begitu.

Sesampai je depan pasaraya nak membeli barang tu, aku pun tutuplah suis kereta dan cabut kunci apa semua ehhhhhhh kenape lampu radio tetap menyala taknak terpadam? Hurmmm mula lah buat hatiku gundah gulana. Masuk dalam pasaraya membeli barang pun hati tak tenang dah. Sambil kutip barang masuk troli sambil kepala ligat mikir ape ke hal pulak lah penyakit kereta tu.

Tak sanggup biarkan lama, aku ajak mak cepat-cepat selesaikan urusan beli barang dan terus balik rumah. Sampai je di rumah, macam biasalah aku mesti bagitahu Big Boss (Bapak Aku lah siape lagi kehkehkeh) 

Bapak aku pon cubalah cabut on off battery kereta kot-kot mahu terpadam radio tu tapi hampa perasaan bila radio tu tetap menyala juga. Sampaikan dah panas radio tu bila aku pegang. Waktu tu pulak dah maghrib dan bengkel dah takda yang bukak jadi terpaksa tunggu siang esok lah baru boleh usaha cara lain.

Esok pagi tu, bapak aku start kereta nasib baik mahu hidup. Aku dah risau battery kereta kong yelah dah semalaman kan radio kereta tu menyala aje. 

Ubatnya bawak pergi bengkel aksesori - bayar RM220.00 - tukar radio baru hamekawwwwww =P

Warranty 6 bulan kata tuan kedai. 
Radio asal tu bertahan semenjak beli kereta tu tahun 2010.
Kita tengokkan radio baru ni bertahan sampai bila.

Kereta bila 9-10 tahun memang gitulah.
Sakit sana, sakit sini. Tuan kereta pun rasa nak demam uhuk uhuk uhuk ~



Jenuh Menyiapkan

06 July 6 Comments

Hai mengkome ! Maap lah ye kebizian sikit disebabkan perlu selesaikan Program Digital bersama komuniti macam yang aku membebel kat entry sebelum ni. Walaupon dalam tempoh PKPP, program tetap perlu gerak. Segala arahan tetap perlu dipenuhi.

 
Berjaya jugak selesaikan Program Digital bermula 21 hingga 30 Jun 2020 . Segala pertandingan semua perlu dihantar secara online sahaja sebab program berkonsepkan #DudukRumah sahaja dan elakkan berkumpul. 

Bila dah selesai program, macam biasalah perlu ngadap selesaikan segala mak nenek laporan penuh dan kena submit mengikut timeline yang dah diberikan. Fuhhhhh semput rasa nak oi nak menyiapkan segala benda. Itu yang tak sempat nak melawat kome semua. 

Bila dah siap tugasan yang tu, tup tup datang pulak arahan lain untuk program akan datang. Adehhhhh baru cadang nak marking calendar , dah tiga minggu berturut-turut belum dapat cuti betul-betul ni T__T


Join Nak Tak?

24 June 6 Comments

Hai engkorang. Tak berasa tup-tup dah habis Syawal kan? Covid-19 masih belum berakhir tapi kehidupan tetap perlu diteruskan. Pelajar Sekolah Tingkatan 5 dan 6 pun dah mula ke sekolah semula. Dengar-dengar tadika, pra sekolah pun dibenarkan memulakan operasi pada 1 Julai kan? 

Walaupun ramai je yang kurang setuju tapi tiada paksaan kan? Jika masih boleh memilih, buatlah pilihan terbaik berkadaran dengan situasi diri kita ye dak? Kalau kita rasa perlu hantar anak ke sekolah jadi hantarlah jika itu yang terbaik pada masa itu. 

Dan kalau rasa taknak hantar, mesti kita juga ada alasan tersendiri ye dak? 
Walau apa pun keputusan dan tindakan kita, moga baik-baik sahaja semuanya.

Owhh ya sorry pada yang aku ada janji nak jejak balas dan beberapa janji lagi disebabkan perlu selesaikan beberapa siri aktiviti ni jadi aku hold dulu janji-janji tu. Aku janji ia bukan janji yang dicapati kehkehkeh

Program ni pada awalnya dirancang bakal diadakan bersempena dengan Bulan Ramadhan dan Syawal tapi disebabkan Covid punya pasal, segalanya terpaksa ditunda sehinggalah pada Jumaat 19 Jun aku dimaklumkan program ni perlu diteruskan tapi dengan "Norma Baharu".

Dateline diberi sehingga 30 Jun sahaja.
Buatlah apa cara, fikirlah macam mana.
Nampak tak permainan dia? 

Tak nampak kan sebab jauh di mata hehehe
Takpelah mereka durian musang king.
Aku hanya semut merah. Eh betulke gitu? =P


Jawapan Ape Korang Bagi?

18 June 12 Comments

Ada sorang kawan aku ni, dia perempuan. Umur dia dalam 30 an macam tu. Dan dia selalu jugak kongsi luahan perasaan dengan aku terutama yang melibatkan hal-hal macam isu jodoh. Yelah umur dia kan dah mencecah tiga puluhan pastu kat tempat kerja pulak selalu je kawan-kawan bertanya soalan :

"Eh kau bila lagi ni?"

"Weyhh engkau nak tunggu anak raja meminang ke?"

Ada masa dia kata okay je boleh je anggap mungkin diorang tu saja gurau-gurau.
Tapi ada masa bila bergurau tak kena masa, ada jugaklah sikittttt rasa pedih sikit.

Pastu dia tanya aku yang belum kahwin ni :

"Eh weyhhh, macam mana ha kita tawu 'someone' tu , okay he is the one."

Aku pun macam krikk krikk krikk.
Aku cuma kata mungkin akan jadi mudahhhh je segala urusan kot.
Pastu dia macam tak berapa puas hati dengan jawapan aku =P

Okay pada engkorang yang dah berumahtangga,
macam mana engkorang tahu yang "yes he/she is the one".

Dan 

Macam mana engkorang cakap kat family nak bawak bakal pasangan tu datang ke rumah untuk kenal-kenal dengan family ape semua. 

Jarak Tidak Memisahkan

17 June 6 Comments


Salam penghujung Syawal semua. Berbeza sungguh sambutan Hari Raya tahun 2020. Betul-betul Norma Baharu. Setiap orang mesti masing-masing terbit perasaan sebak, sayu, hiba, rindu pada ahli keluarga terutamanya disebabkan tak dapat rentas negeri pulang ke kampung.

Aku ni syukur alhamdulillah sebab memang ditakdirkan bekerja dekat dengan mak dan ayah tapi tetap terasa sayu sebab adik beradik lain tak dapat rentas negeri untuk balik beraya. Dah hujung-hujung masa 18 Syawal bila diumumkan dibenarkan merentas negeri, ibarat macam Pengumuman Raya kan? hehehe

 
Masing-masing share gambar di kejauhan dan Video Call aje masa pagi 01 Syawal. Dapatlah Mak dan Abah buat lepas rindu anak menantu cucu semua. Pertama kali dalam sejarah semua orang tak dapat balik beraya. Semoga segala teguran dari Allah S.W.T dapat bagi pengajaran buat semua.

Salam Mohon Ampun segala salah silap pada engkorag semua ya ;)

Meningkat Usia & PKPB 2020

20 May 13 Comments


Hai semua. Moga semua dilindungi dan diberkati selalu hendaknya aminnn. Tempoh PKP disambung lagi memasuki Fasa PKPB bermula 13 Mei hingga 09 Jun. 

Sepatutnya tarikh keramat 13 Mei setiap tahun ada sesi makan-makan dan bawa family jalan-jalan tapi tahun ni nampaknya sesi makan hanya di rumah saja demi menjaga keselamatan diri serta keluarga. Maka bertambah lagi setahun usia menjadi 18 tahun kehkehkeh


Takdelah nak sambut sangat tapi bila adik bongsu kita tanya nak kek ape sempena birthday dan untuk hari ibu (untuk mak) , jadi takkan nak lepaskan peluang pulak ye dak? Order aje lah dah die nak belanje hehehe.


Walaupun tempoh PKPB masih belum berkakhir, aku sudah mendapat arahan untuk kembali masuk bertugas selepas DUA BULAN Work From Home. Untuk hari pertama kembalinya ke tempat kerja (18 Mei) tu, aku dan rakan setugas belum dibenarkan open to public sebab 'senjata' masih belum tiba.

Yelah kehadiran Wabak Covid-19 n, antara 'senjata' utama adalah infrared thermometer, cecair hand sanitizer, facemask, glove, face shield, bottle water spray dan ada lagi beberapa item lain yang disediakan oleh Pihak Pengurusan Telco Webe Digital Sdn Bhd.

Jadi untuk hari pertama masuk kerja tu, kami kena sanitize semua peralatan segala kerusi meja dan peralatan komputer. Selepas tu kami jugak perlu melabelkan penjarakan sosial 1 meter untuk penggunaan peralatan komputer dan kaunter pembayaran.


Operasi juga dihadkan hanya kepada 5 pengguna sahaja dalam satu masa. Selain daripada tidak dibenarkan membawa bayi.anak kecil. warga emas dan golongan berisiko lain, SOP juga meletakkan syarat urusan yang penting sahaja dibenarkan untuk hadir masuk ke dalam premis (contohnya urusan kerja atau laporan kerja yang memerlukan kemudahan komputer dan internet berkelajuan tinggi). 

Sesungguhnya kehadiran Wabak Covid-19 memberi banyak kebaikan jika diambil dari sudut positif antaranya manusia lebih peka dalam penjagaan kebersihan dan kurang berlaku pembaziran sepanjang Ramadhan sebab takda Bazar Ramadhan. Kan? 

*tapi tetap ada rasa sedih juga buat peniaga bazar ramadhan kerana terjejas pendapatan.
*moga Allah perbanyakkan rezeki mereka yang terjejas & murahkan rezeki semua. aminn

Jadinya sekarang aku sendiri dah masuk fasa menjadi 'Frontliner Sebenar' . 
#WeStayAtWork and #YouStayAtHome

Moga kita semua dilindungi daripada wabak penyakit merbahaya & dikurniakan kesihatan untuk menunaikan ibadah kepada Allah S.W.T 


Apa Dibuat Sepanjang Tempoh PKP?

27 April 14 Comments

Hai salam kenal pada semua sahabat yang baru singgah ke sini. Ya lama sepi disebabkan mood rajin tak datang. Dari hari pertama Malaysia memulakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 18 MAC 2020 hingga kini , apa je yang engkorang buat sepanjang tempoh PKP ?

Aku ni mujurlah tinggal di kawasan Felda dan ada kawasan tanah. Walaupun perlu #StayAtHome, aku masih dapat turun jejak kaki ke tanah sekitar halaman rumah. Ke depan ke belakang rumah membersihkan kawasan sekitar rumah.


Dan selain duduk di rumah, aku gunakan juga waktu PKP ni sebaiknya dengan membantu membanting tulang mengusahakan tuai hasil sawit di kebun ayah aku. Alhamdulillah syukur dek kerana ayah aku turut serta dalam pengambilan Peserta Tanah Rancangan Felda jadi kami dapatlah memiliki tanah kebun sawit seluas 10 ekar ( anggaran dalam lebih kurang 500 pokok sawit ).

Terasa macam kena pukul seluruh badan buat kerja berat ni tapi bila siap selesai nampak hasil sawit dikumpul selonggok banyak cenggitu, hilang rasa penat hehehe. Iye aktiviti ke kebun sawit ni aku pergi masa sebelum masuk bulan Ramadhan, tak terdaya nak angkat buah sawit waktu bulan puasa.

Nasib baik jugalah Ministry Of Agriculture (MOA) memberi izin untuk para petani dan pekebun kecil getah dan sawit meneruskan aktiviti tuai hasil demi kelangsungan komuditi negara. Kalau tidak memang menung juga macam mana nak teruskan kehidupan sepanjang tempoh PKP ni.

Eh ya. Aku juga masih meneruskan aktiviti #WorkFromHome. Perlu lapor diri check in dan check out seperti masuk dan pulang waktu pejabat macam biasa tapi dalam keadaan 'New Normal' .

Jap aku balas jejak engkorang.
Internet pun tak bagi kerjasama haduhlah hai.
Salam Ramadhan semua :)

Mana Menghilang?

09 March 21 Comments
Hai engkorang. Moga sihat hendaknya. Phewwww terasa lama tak berkongsi apa-apa di sini. Februari takda entry langsung ? Sibuk mengalahkan menteri engkau ni Ana kehkehkeh. Maaf ye sebab tiba-tiba arahan datang tanpa di duga. 

Takda hilang ke mana pun sebenarnya sebab masih bekerja di tempat lama dengan gaji yang lama juga. Cuma haritu jadual agak padat dengan Program Kursus bermula 03 hingga 06 Februari di Lost World Of Tambun Ipoh,Perak.

 Tugasan Pertama : Treasure Hunt dalam Lost World Waterpark
Perlu fahamkan clue yang dijumpai & selesaikan untuk dapatkan lokasi terakhir harta karun.


 Tugasan Kedua : Setiap pasukan perlu hantar wakil untuk dapatkan Clue
 tapi dengan syarat perlu naik dalam swing ship tu. 
Kumpulan aku pilih aku arghhhhhhhh aku gayaaaaaaat !

 Tugasan Ketiga : Water Sport 
Perlu keseimbangan & fizikal & kerjasama yang kuat
Sebab setiap ahli pasukan perlu berenang ke seberang sana ambil gulungan tali & clip pada life jacket & berenang semula sampai ke rakit & pass pada ahli seterusnya.
Letih gilaaaaaaaaaaa tugasan yang ni. 
Tugasan Keempat : Rampas !!!

Ini paling aku benci sebab kena hati kering walaupun semua akan basah kat air tu.
Perlu rampas 'foam pool noodle' tu sebab setiap pasukan (4 orang) diberikan 1 benda tu.
Jadi setiap team perlu usaha jaga pelampung masing-masing jangan terbalik dalam masa yang sama perlu rampas dan dapatkan foam pasukan lain. Masa ni tak peduli kawan dah. Demmmmmm semua pentingkan kemenangan je masa nih hahahaha benciiiiiiiiiii~

Tugasan Kelima : Create The Pirate

Yang ni setiap pasukan kena rebut alatan yang disediakan di atas pentas.
Dan perlu hasilkan alatan bertemakan Pirate mengikut cabutan undian.
Ada team yang kena buat 'Pirate Ship'
Ada team yang kena buat 'Pirate Costume'
Malam Akhir pakat melaram bertemakan Pirate Of The Carribean


Dannnn alhamdulillah Pusat Internet aku sekali lagi berjaya mencapai KPI individu terbaik dan terbaik keseluruhan untuk sepanjang tahun 2019 yang lalu. Walaupun aku banyak kali mengadu kat engkorang itu ini, alhamdulillah masih terselit rezeki di situ. 

Mohon doa dari semua agar Projek Pusat Internet ni akan diteruskanlah tak kira siapa pun memerintah sebab Pusat Internet ni dah menjadi hub paling penting dalam petempatan Felda macam di tempat aku ni sebab agak jauh untuk ke bandar kalau semata-mata nak gunakan komputer dan kemudahan internet.

Moga baik-baik sajalah Negara Malaysia.

Jom Fly Drone!

13 January 24 Comments
Hai semua ! Permulaan Tahun 2020 diteruskan lagi dengan Videography , Photography and Drone (VPD) Training. Untuk yang baru singgah ke blog ni, salam kenal & terima kasih ya sudi tersinggah ke sini hehehe. Saya Anamizu (Ana) dan bekerja sebagai petugas Pusat Internet di bawah kendalian Webe Digital Sdn Bhd (a TM Unifi company) semenjak tahun 2010 hingga kini 2020.



Dua hari Short Course yang padat gila tapi apa pun tetap syukurrrrrrr sebab dapat peluang belajar TIGA ILMU BARU :

1)Drone Take Off and Landing
2)FilmoraGo Software (Video Editing)
3)DSLR Canon EOS 250D

Set Drone Mavic Pro 2 yang dibekalkan untuk dikongsi 9 lokasi antara kami cukup membuatkan rasa teruja gila! Maklumlah nak beli sendiri memang idok mampu. Jadi peluang yang datang jangan di sia-siakan hehehe


Jalan Baru Buat Dia

09 January 10 Comments
Hai engkorang. Macam di entry sebelum ni aku kongsikan DUA cerita suka kan? Untuk entry kalini ada satu cerita suka yang bercampur sedikit hiba. Bukan apa. Kisahnya begini -

Selepas je selesai Majlis Pernikahan partner kerja aku si Wawa, aku dan #TeamGegerls terus beransur cepat-cepat sebab kami ada majlis lain pulak yang perlu diselesaikan.

Dan majlis kalini bukan biasa-biasa sebab melibatkan PERPISAHAN DUA ORANG SEKALIGUS iaitu Majlis Perpisahan Rihan dan juga seorang lagi Kak Aini.

Rihan dan Kak Aini merupakan rakan sekerja yang sama-sama bermula bertugas sejak Februari tahun 2010 dulu lagi dengan aku. Kami yang Batch Asal Team Pusat Internet ni hanya tinggal TIGA ORANG sahaja lagi.

Lain-lain semua staff baru. Pihak Pengurusan pun sudah bertukar tangan beberapa kali. Aku je masih teguh setia lagi walaupon sudah masuk tahun ke sepuluh.







Macam biasalah #TeamGegerls selfie-wefie sebelum sesi sedih nanges-nanges huhuhu. Yang ni #TeamGegerls buat Special Celebration Private Farewell Party kat hotel room sebab nak Pillow Talk lama-lama sambil baling-baling balloon gittewww~ 

Ini pulak Majlis Farewell bersama-sama dengan keseluruhan petugas bersama pihak pengurusan yang turun padang hadir dari HQ Petaling Jaya. Seronok bercampur hiba sebenarnya. 

Seronok - sebab dapat bertukar bidang dan tugas persekitaran yang baru yang lebih segar dengan cabaran-cabaran baru.

Sedikit Hiba - sebab yelah terpaksa buat pilihan untuk meninggalkan #TeamGegerls yang selalu menceriakan suasana kerja tak kiralah apa juga dugaan dan cabaran yang datang.

DUA majlis perpisahan berbeza buat sahabat sekerja dalam satu Team Yang Sama.

Perpisahan Rihan.
Perpisahan Aini.

Majlis Perpisahan kalini jadi berganda lah rasa sedih bercampur hiba tu sebab DUA ORANG sekali perlu pergi meninggalkan team kerja dan berhijrah ke tempat lain. Moga lebih maju dan padu di tempat kerja yang baru. Dengan suasana dan sahabat baru di sana.

Itulah kisah Jalan Baru Buat Dia.
Moga jalan baru buat kita juga tak kurang indahnya. Kan?