Sepuluh Hari Cabaran | Day #6

27 September 6 Comments
10 Days Photo Challenge
Day 6 : A photo what is inside your bag/bagpack?

haa tudia dalam beg dia ada benda-benda tu (aku pinjam google) dalam beg aku pulak ada apa? jeng..jeng..jeng..

1. Makeup bag - tapi aku tak boh barang makeup pon. aku boh segala kunci, duit syiling, pen & extra brooch / pin tudung (stanby kot-kot pin yang dipakai tercabut ke hape.. hahaha)
2. Gagang Telefon atau nama femes dia kat instagram Pop Phone. connect je dengan 3.5mm jack hole kat phone pastu function dia sama je macam headphone. saja nak stylo kononnya guna gagang tu acah-acah zaman dedulu guna gagang telefon rumah hahaha
3. Batik Purse - boh segala duit kertas, ic,bank card, lesen etc..
4. Powerbank - takdak hat tu mampoih gelabah cari plug sesaja hahaha
5. Obuse Liptint - memberikan warna bibir yang natural gittewwww kikiki
6. Pendrive - dalam tu lah segala file / folder penting
7. Lipbalm - untuk mengelakkan bibir kering dan menjadikan bibir yang mongel dan mulus hahaha
8. Monopod + holder / clip - takdela guna selalu pon tapi kira sentiasa ada dalam beg
9. 3 in 1 Universal Clip Lense - pon kadang-kadang je guna sebabnya masa nak begambar kemain kalut sampai lupa nak guna hahaha

Cukup la yang tu je ada dalam beg aku.. barang wajib la tiap hari ada.. kalo nak travel jauh, ada extra barang lain pulak aku tambah hehehe

Day 4 - A photo that  makes you happy
Day 5 - A photo of you making funny face
Day 6 - A photo what is inside your bag / bagpack ?


Sepuluh Hari Cabaran | Day #5

26 September 14 Comments
10 Days Photo Challenge
Day 5 : A photo of you making funny face
tudia kena boh gambaq muka funny face pulak dah.. jenuh punggah segala folder yang ada.. rupanya banyak dok buat muka comey sesaja tiap kali begambaq.. walaupon tak berapa nak comey mana sangatla kan.. pastu dok buat peace yaw dengan muka maintain senyum.. funny face macam takdak je..last-last jumpak gambar kat Pangkor ni.. cukup funny ke idok ? semua muka pakat nganga je tu aku tengok.. ya ampunnn sahabatku semua hahaha

ni kalo member-member aku taw aku hapload gambaq ni mampoih la aku kena ceramah + tazkirah mingguan tak habeh-habeh ni hahahahaampunnnn =P

Day 4 - A photo that  makes you happy
Day 5 - A photo of you making funny face

Sepuluh Hari Cabaran | Day #4

25 September 10 Comments
10 Days Photo Challenge
Day 4 : A photo that makes you happy


proceed lagi dengan challenge nombor 4 -- A photo that makes you happy.. ini jam masa aku dengan kengkawan terjah Penang.. Pastu round-round la kat area Queensbay Mall tu wahhh kemain meriah lagi dah sekarang kat situ.. macam-macam ado! Aku paling eksaited bila tengok ada satu stall tu jual berger tapi nama beger dia sempoi habeh la ada nama Twin Tower ada nama Beger KL Tower pastu ada baby Monster Beger kot kalo tak silap haaaa.. Kalo nak taw lebih kena p terjah sendiri lah bentuk beger dia tu cemana kehkehkeh

*dua tiga hari ni asyik ujan lebat je tiap petang.. siap dengan guruh kilat segala.. yang tak syoknya sebab kereta aku masuk bengkel so kena lah menunggang kekuda yakni motor abah aku.. tapi alhamdulillah tiap kali nak habes ofis hour je hujan pon reda.. syukurrr ya Allah :')

*yang tak besnya bila hujan lebat -- tenet mesti macam haremm.. nak buleh hapload satu gambor tu mak aiiii buleh la p memasak dulu basuh baju dulu huhuhu =P

Day 4 - A photo that  makes you happy

Sepuluh Hari Cabaran | Day #3

24 September 9 Comments

10 Days Photo Challenge
Day 3 : A photo of someone you love
Cabaran diteruskan lagi untuk hari ketiga... ofkos lah mommy daddy.. acah-acah #OngKaya gittewww bermommy daddy kehkehkeh  Alhamdulillah aku masih ada both of them yang terima aku apa adanya.. buruk baiknya aku. senget benget nye aku -- 

Hashtag #SaiaTaKuad kalo terpaksa tempuh hari mendatang tanpa insan berdua ini.. Lebyu lah ! Muahhhh ciked ! ahakssss 

Sepuluh Hari Cabaran | Day #2

23 September 19 Comments
semalam dah berjaya untuk entry pertama.. harini proceed untuk challenge nombor dua pulak.. jeng.. jeng..jeng..

10 Days Photo Challenge
Day 2 : A Photo Of Yourself A Year Ago
Throwback setahun yang lepas.. ini jam ada annual refresher program 4 hari kat Langkawi masa Mac 2013.. walaupon challenge tu suruh boh gambar 'a photo of yourself ' tapi aku boh 'a group photo of me and my colleagues' .. kira aci gak la kan ? kehkehkeh


10 Days Photo Challenge
Day 1 - Facebook Profile Photo + 5 facts on photo
Day 2 - A photo of yourself a year ago


Sepuluh Hari Cabaran | Day #1

22 September 16 Comments
benda ni sebenarnye idea kepada sesiapa yang rasa alaaa takde idea la nak hapdet  ape kat blog.. dan sebenarnye tak perlu rasa stress pon dalam blogging ni.. apa saja yang berlaku keliling kita in our daily routine tu pon boleh jadi satu entry dah.. 

harini tangan aku gatal google sana sini.. jumpa benda ni.. dengan ini aku mencabar diri aku sendiri untuk buat 10 Days Photo Challenge ! so mulakan dengan yang pertama jeng.. jeng.. jeng.. 

10 Days Photo Challenge
Day 1 : Facebook profile photo + 5 Facts on photo
Fact #1 : Bila aku belek-belek album profile picture kat fesbuk aku, ternyata lebih dari satu gambar kartun yang aku guna selama ni sebagai default picture =P

Fact #2 : Walaupon guna gambar kartun, aku masih kekalkan ciri-ciri keayuan dan imej muslimah yang bertudung menjadi pilihan aku. sopan santun sungguh kan aku? kikiki

Fact #3 : Ada 4 owner doodle yang berbeza.

Fact #4 : Kartun Pertama (sebelah kiri atas bertudung putih) -- Doodle milik Rayzak (nickname dia kat devian art. Imej Anime Eye tu aku tak sure siapa pelukis dia sebab aku jumpa kat google image je.. Kartun Ketiga (sebelah kiri bawah bertudung peach) -- Doodle milik Blogger Amirah dan Kartun Keempat yang tutup mata tu milik blogger Merah Itu Jambu atau MIJ atau Athirah.

Fact #5 : Majoriti imej kartun yang aku guna tu semua sebab aku suka MATA dia kecuali yang tutup mata tu takde mata. sebab yang tu MIJ lukis sempena #R4BIA.

*sebenarnye sekarang ni mood aku tak berapa happy.. ada sikit rasa kurang best sebabnye aku dah bawak kereta aku p berubat pagi tadi kat workshop member ayah aku dekat sebelah Petronas Kampar, Perak.. Berdasarkan apa yang tauke tu cakap lepas die dah belek segala dokumen yang aku bawak -- maybe will take less than 3 weeks kereta u boleh siap la.. ok aku lega sikit kat situ.. moga-moga dipermudahkanlah segala urusan.. so untuk few weeks ahead ni patah kaki sikitla aku takde kereta.. mujurlah ofis tak jauh sangat so boleh pinjam motor ayah aku je p keje horeyyyy !


Slumber Gila | Libster Award

21 September 25 Comments
dah lama tak buat benda-benda gini -- tag mengetag jawab soalan dari kengkawan blogger.. maklumlah semenjak dua tiga menjak ni bizi *cliche nau jawapan* tapi memandangkan kalini ada budak kiut tag aku so dengan berbesar hati aku sudi menaip jawapan hehe


soalan 1 : Pasukan bola sepak pilihan anda.
jawapan : takde team specific -- aku tengok bola time world cup je. tu pon aku tengok sebab kebetulan abah aku on tv time sahur (kalo terkena time tu bulan Ramadhan la)

soalan 2 : Lagu patriotik kegemaran.
jawapan : inilah barisan kita. sebab bunyi semangat army gitteww.

soalan 3 : Berikan nama negeri yang anda duduki dan berapa buah daerah yang terdapat dalam negeri tersebut.
jawapan : negeri aku duduk sekarang -- Perak. Ada 9 daerah semuanya dalam Perak ni. konfiden gila dak jawapan aku ? kehkehkeh

soalan 4 : Asam pedas berasal dari negeri mana ?
jawapan : Negeri Sembilan kot. atau pon Melaka.

soalan 5 : Dalam banyak-banyak pantun, pantun mana yang paling anda sukai ?
jawapan : aku paling suka pantun Johan kat slot Johara. dia belom start lagi aku dah gelak dulu. hahaha

soalan 6 : Kalau celup stoking putih dalam air berwarna merah, stoking jadi apa?
jawapan : stoking jadi basah dan berkemungkinan akan jadi merah lah kot.

soalan 7 : Apa yang anda faham tentang "buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan"?
jawapan : tudia soalan jenih apa nih ? menurut kefahaman aku -- buah cempedak tu kat luar pagar dan tak semestinya kat atas pokok. boleh jadi cempedak tu ada kat atas tanah je cuma dia di luar pagar dan tak sampai nak ambik guna tangan memandangkan tangan tak berapa nak panjang. so kena lah guna alat tertentu seperti galah misalnya.

soalan 8 : Dalam banyak-banyak negara, negara mana yang mempunyai banyak artis KPOP?
jawapan : Korea agaknye sebab aku tengok ramai dari sana je kpopers.

soalan 9 : Siapakah yang mencipta blogger.com ?
jawapan : Evan Williams. hensem orangnye.

soalan 10 : Pertahankan blog anda dengan mengatakan bahawa blog anda sangat best dan sebab kenapa ia dianggap best ?
jawapan : Errr entah aku rasa tak best mana pun blog aku. boleh gitu ? =P

soalan 11 : Apakah perasaan anda semasa menjawab soalan-soalan di atas?
jawapan : Takde perasaan. kehkehkeh takdelah. aku jawab masa kat ofis sebenarnye. yelah sebab time aku jawab ni free sikit so boleh rilek-rilek je lah aku merepek kat blog aku ni.

Soalan Tambahan :

1. Berikan sebarang komen tentang budak yang memberikan soalan di atas.
Jawapan : Budak tu memang nak kena sebab mengeTAG aku dengan soalan-soalan tahap exam UPSR camtu. gila stress aku mikir jawapan hahaha. 
Ehh takdelah. ini jawapan sebenar aku -- Hey Budak, lain kali TAG lah lagi hehehe

2. Adakah anda menggunakan google.com untuk menjawab soalan di atas?
Jawapan : sesungguhnya ya. untuk soalan 9 tu aku google sebab memang aku tak tawu dan aku tetiba rajin untuk mengGOOGLEnye. kehkehkeh

aku takmo tag sesiapa. 
kereta aku yang exiden tu esok baru nak bawak p berubat sobss sobss *lap air mata*




Scania NBS 8050

20 September 24 Comments
alkesah ni berlaku isnin petang(15 September 2014) takdelah petang sangat sebenarnye.. aku on d way nak p rumah abang long aku kat Putra Heights tapi masa keluar exit Shah Alam (Guthrie) stuck dekat satu jam kat situ.. memula aku pelik gak pasaipa la punya lama stuck kat situ sebabnya bukan peak hours masa tu dalam jam 12.15 lebih kurang.. pastu bila aku nak naik ke susur (KLIA / Putarajaya / Johor Bahru) owhhh rupanya ada satu lori terbalik.. tetiba trailer yang kat middle lane mai himpit ke lane aku (low lane) takdan habeh mak aku becakap ehhhhh lori tu pasaipa mai rapat sangat kat kita tetiba kraaaakkkkkk ! tudiaa habeh rabak dan robek T___T sobss sobsss
memula uncle tu mati-mati ajak setel luar je takmau repot. nak gantikan bumper saja tapi disebabkan mak aku bertekak jugak mati-mati takmau last2 aku kol abg aku and abg aku paksa p buat report je kasi setel.. aku masa tengok mak aku dok betekak tu, aku diam je. aku snap no plat lori tu, snap gambar kerosakan kereta aku tu pastu baru aku kol abang long aku dan tanya apa aku kena buat..aku pon p la buat repot kat IPD Shah Alam sebabnya lokasi kejadian tu masih dalam area shah alam kata abang long aku.. Alhamdulillah lah takde injured apa-apa.. cuma robek gak la hatiku ibarat robeknya kereta aku tu ha.. dua tiga hari ni aku nak kena setelkan segala dokumen untuk proceed claim insurance apa semua.. ni first time ni aku nak buat benda-benda claim nih ! haduiyaiiiii semoga dipermudahkanlah Allahuakbar T_______T

Sweet Twenty Five Yaw !

13 September 27 Comments
12 September befday si adek manis ni.. beliau ni kawan kerja aku merangkap kawan berjimba ria merangkap kawan untuk melantak sana sini merangkap kawan membantu aku awet muda sentiasa geng makan + geng jimbaria + geng huru hara hahaha

beliau yang aku maksudkan adalah Anis si adek manis.. Anis ni dulu pernah satu team kerja under pusat internet jugak tapi rezeki dia bertambah baik lepas dapat offer keje kat HQ TNB so sempatlah berjimba ria under company sama selama dua tahun kot kalo tak silap sebelum dia terima keja dengan TNB tu.. anis ni antara colleagues yang paling muda dalam team aku dulu dan kalo ada anis ni memang meriah lah apa jugak event yang kamiorang buat sebab yelah generasi muda remaja darah tengah membuak-buak kan? kalo masa anis ada dulu, panjang je kaki nak ke mana-mana sebab ada je idea ajak ke sana sini.. bila anis dah tukar keje, agak slowdown sikit dah la tapi masih panjang gak la kaki kehkehkeh 

weekend ni anis pulang ke tanah air. cuti sampai rabu engko ! perhhhh giler arrr bes betol engko anis! aku ni dua hari je lah cutinye.. tapi takpelah daripada takde cuti langsung kan hehehe.. memandangkan 12 september befday anis dan anis pon cuti agak lama, maybe akan ada lettew 'agenda panjang kaki' dia besok-besok.. dah mula roger-roger dah apa plan..  tudia la kan kalo ada kawan-kawan memang meriahlah hidup engko dik non =P


Semangat Bapa

10 September 32 Comments
sepanjang satu hari aku join lawatan dengan budak Tadika aritu, banyak jugak perkara yang aku belajar antaranya semangat kesabaran tinggi golongan bapa.. aku respect sungguh bila tengok golongan pak - pak yang buleh maintain jaga anak untuk the whole day tu.. kalo takat jaga belikan makanan tu aku tak heran la.. tapi siap buleh mandikan dan pastikan pakaian anak tu bertukar.. yelah lawatan ke Penang tu amek masa 1 hari jugakla sebab seawal jam 5.30 pagi dah bertolak.. pit stop dah tentu lah banyak kali..


so the Daddies tu semua kena make sure anak-anak depa ni sentiasa kemas, bersih, dengar kata cikgu sepanjang waktu lawatan tu.. mana yang anak tak banyak ragam tu takpelah lagi, kena pulak anak jenih pantang tengok mainan je nak beli, haaa haru jugak pak dia pujuk sana sini.. macam-macam ragam bapak dan anak yang aku dapat tengok.. daripada info yang cikgu tadika cerita pada aku, bapak yang kena bawak anak secara lone ranger (tanpa mak diorang) ni antara sebabnya adalah maknye ada baby kecik lagi yang menyebabkan takleh nak join lawatan tu.. memandangkan ada anak kecik yang perlu dijaga, so mak nye terpaksalah relakan si anak tu pergi dengan pak nye saje.. 

anak yang lelaki, bila turun je kat pit stop, kalo yang jenis kaki robot -- pantang nampak toys robot mesti nak beli.. pak dia rilek je layankan je belikan.. pastu tak sampai sejam dua dia kelebek robot tu tup tup patah kaki lah, patah tangan lah.. pastu ngamuk la nak yang baru.. pak dia pon pujukla takpe nanti kita balik rumah kita repair bagi dia sambung balik.. hehehe macam-macam akai pak dia guna.. aku pasang telinga je nengokkan gelagat anak beranak.. pastu bila si anak ni dah penat sangat, terlena la kat pangkuan pak dia sambil dok isap botol susu lagi.. yelah ada budak tadika tu yang baru umur 4 tahun masih tak putus lagi menyusu botol dan ada yang masih pakai pampers.. pak dia pon layankan je bobokkan sampai lena.. hehehe syahdu pulak aku nengoknye.. yelah budak kan banyak ragam, kalo kurang tahap kesabaran, memang takdenye lah buleh nak hadap budak-budak kan? hehehe

pastu dok beranganla nanti kalo aku dah ada hasben, mau ke entah  hasben aku tulung jaga anak sampai tahap camtu kalo in case aku sakit ke hape ke kehkehkeh =P


* 2--3 entry sebelum ni auto publish sebab aku sibuk sikit.. sabor ye aku marathon singgah balas rumah engkorang hehehe