Apa Menu Ramadhan 17 & 18

 

Tiga bulan pertama 2024 sudah berakhir. Masuk bulan April dan Ramadhan juga bakal berakhir.
Apa Menu Ramadhan 17 dan 18 aku sekeluarga ? 

Untuk Ramadhan Ke 17 kami sekeluarga dimulakan dengan :

Bong request Ayam Goreng Kunyit sebagai lauk utama.


Dan disebabkan terung pemberian jiran masih ada berbaki, kita jadikan Terung Air Asam tapi tanpa kerisik sebab lupa nak beli hehehe


Dan macam biasa untuk tekak Bong, dia nak Cucur Udang Crispy & Kuah Kacang Pedas Manjahhh.
Bukan takda jual di Bazar Ramadhan tapi kawan Bong ada yang terkena.Ada yang cucur udangnya keras, ada pula kuah kacangnya macam kurang masak. 

Untuk Ramadhan Ke 18 kami sekeluarga juadah kami sekeluarga adalah :


Ikan Keli Goreng Garing Berlado. Goreng jenis garing rangup macam ni memang jadi kesukaan Bong.

Kailan Ikan Masin juga permintaan Bong dan juga Ikan Pekasam. 
Ikan Pekasam pemberian Maksu (Geng Ahli Mesyuarat Tingkap Mak juga hehehe)





Untuk kudapan manis mulut, kita buatkan Pengat Ubi sebab MakLang jiran cakap teringin nak makan.
Abah kata lagi sedap kalau boleh cicah dengan Roti Jala Pandan. 
Ok kita buat bagi jadi dan kalini saja tanak tambah pewarna hijau apa-apa. 
Biar warna natural gittuuuu hehehe


Dannnnn setelah hari ke 18 berpuasa, Bong 'mencemar duli' turun singgah ke Bazar Ramadhan!
Sebab teringin nak tengok apa juadah yang orang jual katanya tapi semua dia kata tak teringin.
Bong hanya belikan Churros Kuah Pandan Susu ni je sebab Churros ni feveret mak.
Kawasan Perak selatan ni takda nampak lagi yang brand Mr Churros tu sebab yang tu memang sedap!
Churros ni boleh tahan sedap juga walaupun takda brand apa-apa hehehe.


6 comments:

  1. ayam goreng kunyit tu menggoda betul..lama x buat...rasa nak buat la..tapi bahagian dada ayam ni takde yang suka

    ReplyDelete
  2. nampak sedap2nyer
    Selamat berbuka puasa

    ReplyDelete
  3. ikan keli tu fav...tp kt umh mertua depa xmkn sgt

    ReplyDelete
  4. sedapnyaaaa ayam goreng kunyittt
    lama x mkn...

    ReplyDelete
  5. Bong, jangan lupa di pagi Syawal hulur angpau sama Kak Ana awak ye heheheee.
    Cantiknya Ana buat roti jala.

    ReplyDelete
  6. Lama sudah tak makan ikan keli. 😭

    ReplyDelete