Jakun

17 January 44 Comments


Zaman dah makin canggih. Salah satu kecanggihan yang aku dapat merasa ni benda ni -- Interactive Starboard dari Hitachi. Konsep dia macam whiteboard jugak cuma tak guna marker pen. Semuanya main pair je dengan laptop pastu semuanya touchscreen saje. Anggap ajelah die tab yang besar gedabak gittewwww =P

Syukur jugak ada benda ni. Terdidik jugak la komuniti tempat aku ni dengan kecanggihan teknologi yang makin maju. Aku masa memula test benda ni jakun jugakla makcik ni hoi hahaha. Tapi satu je syarat utama Boss aku letak : 

"Kalau saye nampak ada marker pen, tamatlah riwayat kerja awak hehehe"

Hamboi gurau kasar nampak Boss kikiki =P  Alhamdulillah dah officially start semula berkerja lepas cuti renovation haritu. Everything seems under control eventho masih ada lagi kerja touch up dibuat sebab ada certain part masih dalam testing mode.



Join : My Birthday Giveaway - by Dr. Shikin

17 January 4 Comments

Last minit join nih. Due date 11.59pm 26 Januari 2015. Tak kira memandangkan tenet bagi sikit kerjasama, aku nak join jugak. Rawwrr~ 

Err tapi tapi.. nak kena tag sorang blogger yang belum ada dalam bloglist Dr Shikin lah. Hurmm siapa eh yang belum ada dalam bloglist kak shikin?  Aku nak tag Eimma's Land lah untuk GA kalini hehehe

Moga ada luck lah ye untuk ana kalini kak shikin :)


Jalan² Hot Spring Sg Klah

14 January 51 Comments


Ekceli bukanlah jalan² sangat pon sebabnya ini kesah pasal aku attend kursus 2 hari di Felda Sg Klah, Sungkai, Perak. Kursus pendek dua hari ni sebenarnye untuk kamiorang (staff Pi1M yang terlibat) bersiap sedia dengan penggunaan new systems selepas ofis kamiorang siap direnovate awal Januari 2015. 

Kursus ni dibuat di Pi1M Felda Sg Klah yang femes dengan Hot Spring nye tu. Tapi disebabkan kena berkursus so takdelah aku pegi merendek ke kolam air panas tu. Lai pulak cuaca sekarang dah cukup panas, takyahla aku nak menambah kepanasan pulak lagi.

Staff yang jauh (Kedah & Ijok) dibenarkan bermalam di Villa Seri Klah yang terletak betol² sebelah je dengan Pi1M Felda Sg Klah yakni tempat kursus kamiorang tu. Aku yang tinggal tak berapa jauh sangat ni tak bolehla nak check in dan tak boleh nak claim nanti sebab tak valid. So aku pon menompang kaseh ajelah bilik yang kawan jauh ni dah check in hehehe. Cantik dan selesa lah Villa Seri Klah ni. Untuk dapatkan lebih banyak info berkenaan villa ni better terus pergi ke website dia aje lebih senang : Villa Seri Klah

Melangkah masuk aje ke dalam villa ni wahhhhhhhhh tip top!

Juling Biji Mata

14 January 47 Comments

13 dan 14 Januari 2015 kamiorang diarahkan attend kursus pengendalian sistem dan jugak pengendalian website. Kursus bermula 13 Januari (Selasa) jam 9.30 pagi. Sebelum ni segalanya urusan harian, report bulanan dan jugak kewangan semuanya rekod dalam template excell yang diberi khas saja. Tapi benda tu jadi leceh la sebab takde satu special sistem yang boleh auto generate and auto calculate the total usage and total members hape segala.

Kena buat manually segalanya. Kira satu-satu pastu jenuh juling bijik mata. Bila selepas 4 tahun ni, segalanya diupgred dan segala rekod yang dedulu mana yang guna manual tu dah boleh diupdate semula menggunakan sistem baru yang diajar. Semuanya dah boleh link terus ke HQ. So no more submitting monthly report lepas ni sebabnye Bosses dah boleh monitor via the system saje. 

Untuk part website pulak -- aku suka jugakla sebab templatenye guna worp press. Cuma pening sikitla sebab ada part kena hadap godek HTML coding untuk tambah data and info segala. Agak pening memula disitu tapi berjaya meredah onak dan duri dah buat masa ni.Hoyeaahhh~

Untuk hari pertama, start dari jam 9.30 pagi sampailah 6.30 petang.Phewww naik berpinor bijik mata! =D   Masa kursus ni tak dapat nak tido pon sebabnya kamiorang hanya ada 18 orang staff saje yang terlibat memandangkan site yang terlibat hanya 9 sites (2 staff for each site). Boleh la nak lelap mata kejap tu pun untungla kalo Boss tak perasan engko tido kehkehkeh


John Jonhny Jonarthan

13 January 51 Comments


Synopsis : 

Naseeb, a story of destiny and fate, begins with a lottery ticket. A drunk who cannot pay his tab trades: so he decides to sell his ticket to the waiter, Namdev (Pran), instead. Namdev purchases this ticket with his three friends Damu (Amjad Khan), Raghu (Kader Khan) and Jaggi (Jagdish Raj). Using a system of drawing out the highest card to decide who keeps the ticket, Jaggi wins, and the ticket stays with him. When the ticket turns out to be a winner, Damu and Raghu turn on the other two, murdering Jaggi and framing Namdev. Namdev goes on the run but Raghu and Damu intervene and throw him over a bridge into a river and Namdev is presumed dead.

However, he is rescued by a don (Amrish Puri), and no one is aware he is alive. Fast forward to ten years later — Damu and Raghu have used their stolen lottery money to build a fabulous hotel and make millions becoming very successful businessmen. Damu has used a share of his money to send his youngest son, Vicky (Shatrughan Sinha), to school in England. They have even employed Namdev's oldest son Johnny (Amitabh Bachchan), Vicky's best friend, as a waiter in the hotel. By coincidence (or by fate!) Johnny and Vicky fall in love with the same beautiful singer, Miss Asha (Hema Malini). Julie (Reena Roy) is a childhood friend of Vicky's who is in love with him, but he only sees her as a friend. When Johnny discovers this, he and Julie sacrifice their own love to ensure that Vicky and Asha get together. At the same time, Johny's younger brother Sunny (Rishi Kapoor) has fallen for Asha's younger sister, Kim (Kim). Kim and Asha happen to be the daughters of Jaggi, the man Namdev supposedly murdered. Namdev returns soon after and plans to take revenge against Damu and Raghu for separating him from his sons Johnny and Sunny. The lives of all these characters become interwined and Naseeb becomes a poignant story about love, friendship, sacrifice, deceit, revenge and, above all, destiny.

credit : Naseeb 1981


Cerita ni pasal menang lottery je mulanya. Tapi disebabkan member pedajai member sampai membunuh hape segala tu yang ada banyak konflik. Cintan cintun haruslah ade. Mana buleh citer Hindustan takde loving-loving hehehe.

Cerita ni kuar masa aku belum lahir lagi. Aku kan remaja tua lagi kehkehkeh. Zaman ni mommy daddy dah ada anak sorang yakni Abang Long aku hehehe. Kemain lagi mommy daddy berdating bawak abang long aku sekali. Tengok citer ni kat panggung wayang Taiping. Zaman kegemilangan panggung wayang lah katakan masa tu. 

Dimintaknya aku search kan full movie citer ni. Nak nengok balik katanye. Teringat zaman muda lettew hehehe


Just Wanna See You : Brave -Sara Bareilles

13 January 31 Comments

Jeff : Ana, hang taw kan aku dah lama berkenan kat Jenab tu. Cara dia sopan, hormat perasaan orang lain.. Dah tu selalu pulak tolong orang selagi buleh.. Taste aku tu nak buat suri penyeri hidup aku.

Aku : Kalo hang betoi bekenan, terus terang je la kat dia. Bukan susah pon kan. Lagi pon dah sama² kenal lama.

Jeff : Hurmm ni masalah aku sekarang ni Ana. Aku tak beranila weyh. Karang tetiba Jenab reject aku haaa mana aku nak taruk muka aku yang dah sedia tak berapa nak hensem nih weyh.

Aku : Dah tu takkan pulak hang mengharapkan si Jenab nak bukak mulut p confess kat hang pulak kata dia berkenan nak buat hang jadi suami dia?? hahaha opss TERgelak. Itu memang konfemla takkan terjadi *tersengih*

Jeff : Kuajaq hang weyhh haha. Bukan itu maksud aku. Yela dia dah la sopan santun cenggitu, kalo aku tetiba meluahkan satgi hurmmm. Cemana ha?

Aku : Hang nak aku bagi jawapan cara ostazah ke camna? Lai lai pilih hehehe

Jeff : Ok fine. Aku taw la kena istikharah apa semua. Ok yang tu aku taw. Hang rasa kalo aku terus terang kat dia, ada chance dak dia terima aku?

Aku : Nak aku bagi jawapan positif ke negatif? hehehe

Jeff : Chiss hang ni memang cita² nak jadi polis ke apa Ana?? Grrrr~

Jeff dan Jenab ni kawan dari zaman sekolah. Kenal lama dah pon. Dari pengamatan aku, Jenab macam ada feeling je jugak kat Jeff ni. Tapi tak tau lah selebihnya sebab Jenab ni memang baik dengan semua orang. Mungkin tu yang buat si Jeff ni takot dia perasan sorang kot. 

Tapi aku rasa kalo lelaki, apa ada hal kalo nak confess pun kan? Cakap je la. Habeh teruk pon si Jenab ni cakap bebaik je kalo dia taknak pon. Lain la kalo situasi si gadis jenis yang mulut puaka haaa itu memang better fikir 200% la kalo meluahkan perasaan pon. Konfem dia reject dengan disertakan istilah yang tak sanggup di dengar karang kehkehkeh =P


Jalan² Turkey : Manisnya Cinta Di Cappadocia

12 January 46 Comments
Bawak hati melayang ke Turkey kejap. Maklumlah nak bawak diri ke tempat yang kena naik flight nih aku mungkin takkan pernah ada peluang sampai bila² rasanya sobss sobss
Filem terbitan RedFilm aku tak pernah miss tengok lagi daripada Gol dan Gincu, Pisau Cukur, Istanbul Aku Datang dan Kami Histeria. Aku memang jenis tak membaca novel so aku takde letak any expectation pada mana² filem yang base on novels. Sebenarnye taknak mengaku yang aku ni seorang yang sangaaaat rajin membaca. Style aku kalo baca novel : intro -- baca body sikit² -- ending. Ok dah habes baca. Aku jenis tokleh sabar nak tawu apa ending dia kehkehkeh =P

Citer ni ok la untuk tontotan sesape yang  tengah hangat bercinta kot. Tapi aku yang tak berapa hangat bercinta ni pon ok gak la menontonnye hahaha. Pelakon semuanya hebat² and of coz la Fazura tak mengecewakan. Scene yang kelakar² masa dia dok imagine nak buat gini tapi sebenarnye last² tak buat pon, itu kiut! hehehe

Tapi tak puasla sebab ending dia senang sangat. Bak datangla bagi twist and plot sedih menggila lagi pastu bagi la tragic sikit ke barula puas hati. Yang si Datin (Erma Fatima) punya ending pon tak tahu apa jadi. Tup tup endingnye si Ifti (Fazura) honeymoon dengan Nazmi (Shaheizy) didokong bawak masuk bilik dengan ayat last Ifti : "bawa la saya terbang". The end.

Mungkin memang untuk kekalkan 'manisnya' tu kot, tu pasal takde scene tragis. Kalo ada scene sengsara macam Lagenda Budak Setan si Que Haidar kasar nak mampos sepak terajang si Lisa. Fuhhhh macam nak pecah pulak jantung nengoknye =P


Juih Bibir

12 January 35 Comments
credit : Atok Dean
Bibir gebu ini milik tumbuhan dengan nama saintifik Psychotria Elata, atau lebih dikenali sebagai "Hot Lips Plant" dan "The Hooker's Lips". Tumbuhan ini adalah salah satu spesies Psychotria yang merupakan tumbuhan berbunga dalam keluarga "The Rubiaceae". Ia juga dikenali untuk menghasilkan bahan kimia Psychedelic seperti dimethyltryptamine. Psychotria Elata boleh didapati di hutan hujan Amerika Selatan dan negara-negara Amerika Tengah seperti Ecuador, Costa Rica, Panama dan Columbia kerana keadaan iklim yang baik untuk tanaman ini. 

Ini silap kiss boleh kalah bibir angelina jolie nih =P Ha saper nk kiss? hahaha