Mengimbau Kenangan : Taiping

harini aku dengan family aku p ke Tepeng (Taiping) ada kenduri sepupu abah aku kat sana.. kamiorang gerak dua kereta -- 1 keta aku (abah,mak dan 2 orang adik lelaki aku) dan 1 lagi keta abang long aku dengan wife n anak dia.. gerak lebih kurang jam 8.00 pagi dari sungkai dan sampai area taiping lebih kurang jam 10.00 dengan kedaan trafik yang agak lancar.. 
selain nak p kenduri kahwen tu, ada agenda lain sebenarnye yang membuatkan kamiorang adik-beradik sibuk sangat nak folow balik ke kampung tempat asal abah dan mak kat Tepeng sana tu antara sebabnya adalah nak mintak mak dan abah bawak kamiorang jejak kaki kat tempat mak membesar dulu kala yang mak selalu sebut dalam cerita mak sebagai "kuchi" atau pun nama mudahnya estate
sini lah lokasi "kuchi" tu

alkisahnya, mak rajin bercerita. pasal hidup dia dedulu masa kecik -- betapa teruknya kisah hidup mak dulu. kena dera mental dan fizikal dengan kakak ipar sendiri. dah la tu, si abang sendiri pulak takde langsung nak amek peduli walaupon tahu je si adik sendiri ni teruk kena dera. bukan dera jenis pukul² tu. lebih kepada dera kena buat kerja² teruk contohnya kena p angkut air dari perigi yang jauh dia lebih kurang 700-800 meter dari rumah estate tu. perigi weyh ! dah la masa tu umur mak aku baru 15--16 tahun je. pastu pulak bila dah siap angkut air sampai penuh tong, buleh pulak si kakak ipar ni senang hati mandi manda sepuasnya dengan air tu tadi. yang si mak aku ni lepas angkut air, kena masak apa semua pulak. segala kain baju kena basuh. nak membasuh baju zaman tu memang kena ke sungai la jawabnya. mana de mesin basuh. rumah kena make sure bersih. kalo tak buat, malam memang kena tido luar la sebab kakak ipar ni tak bagi masuk dalam rumah. waddehel ? perit gila life mak aku dulu. tapi terpaksa jugak stay.dah takde tempat lain nak mengadu nasib sebabnya mak dengan abah kepada mak aku meninggal masa mak aku baru umur 3 tahun. semua tu jadi sepanjang mak aku stay dengan abang dia kat rumah estate tu la. sebelum mak aku kenal abah aku dan sebelum kawen dengan abah aku. menumpang hidup si abang. tak indah rupanya. 
back to the Tepeng story.sampai je kamiorang kat situ, mak dengan abah memang eksaited la tengok tempat tu. tapi banyakla yang dah berubah walaupon pattern rumahnya masih sama macam dulu. sungai tempat mak main² dan mandi² dedulu dah terkambus. penghuninya pon dah bertukar orang. tapi luckily, ada sorang uncle india ni masih kenal mak bila mak sebut nama mak. Uncle Gee nama dia dan dia sorang je lagi yang memang penghuni asal masa zaman mak kat situ dulu yang masih stay sampai la harini. bila mak sebut nama yang lain-lain, Uncle Gee pon bagitahu ada yang dah meninggal. ada yang dah pindah sebab dah habes kontrak under estate tu.
memang back to the future lah. menitis air mata mak aku masa tengok² kawasan sekitar estate kuchi tu. sedih sebab teringat betapa teruknya life dia kena tempuh dulu. pastu sedih jugak sebab ramai geng² mak yang lain tu dah lost contact terus. nasib baik je Uncle Gee tu masih belom nyanyuk. ingat lagi dia kat mak. sebab mak cita, rumah Uncle Gee tu jugakla dulu tempat mak tumpang tido bila kakak ipar kunci pintu tak bagi mak masuk hanya sebab air dalam tong dia tak penuh satu hari tu sebab mak demam dan tak larat sangat nak angkut air masa tu. perhhh gila arhhh tragik kesah hidup mak aku. 
tapi mak tak pernah pon balas segala kekejaman yang akak ipar tu buat kat mak eventho beliau itu masih je jadi kakak ipar mak sampai sekarang. aku salute mak ! 


8 comments:

  1. Back to the past lorr.. Hihi. Takpa, keperitan tu sebahagian drpd hidup kan. Mengajar kita utk lebih menyayangi org lain kerana kita pernah merasa. Gituu..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, sedihnya pengalaman mak anamizu yang lalu, semoga sekarang dia happy dengan anak-anak di samping suaminya.

    ReplyDelete
  3. Sedih jugak pengalaman hidup emak tu ye. Sekarang ni kakak ipar tu mana? Still jumpa lagi ke?

    ReplyDelete
  4. takpe2.. adalah balasan untuk org yg mcm tu.. biarpun diluar pengetahuan ur mom

    ReplyDelete
  5. salam. sedihnya pengalaman lalu mak anamizu :(

    ReplyDelete
  6. Buang yang keruh ambil yang jernih ye

    ReplyDelete
  7. bila dibayangkan diri sendiri kat tempat mak akak tuu, memang perit rasanya. sampai kene tido luar tuu.

    ReplyDelete
  8. sedihnya baca
    tabah betul mak cik ana

    teringat pula kisah mak teh kite -- adik ipar ibu kite
    dulu die pun kena dera macam tu la dgn kakak tiri dia
    lepas tu kenal dgn pakteh kite
    alhamdulillah skrg jd cikgu berjaya :)
    dan die still baik dgn kakak tiri dia tu

    ReplyDelete