Bila aku terbaca cerita ramadhan tahun lepas kat blog Cero, aku sengeh sesorang sebabnye aku antara pembeli murtabak tegar tiap kali ramadhan.tapi berbeza dengan kisah Cero --- peniaga murtabak tu pompuan. untuk kisah aku pulak --- peniaga murtabak tu lelaki. hehe
Tiap kali Ramadhan, juadah wajib kena ada tiap kali aku nak berbuka puasa adalah MURTABAK. ya murtabak.. murtabak ni pulak kalo lain tempat, lain cara kuah / cicah dia.. macam kalo area utara (Penang,Kedah,Perlis) selalunya peniaga akan bagi cicah dia hirisan bawang yang digaul dengan cuka which is yang tu aku paling tak suka.. aku prefer murtabak yang didatangkan dengan kuah kari / gulai..
Makanya, tiap kali hari pertama Ramadhan, aku akan buat survey dulu pada semua peniaga yang jual murtabak (untuk make sure dia bagi kuah apa) kalo bagi yang bawang tu semata-mata sebagai kuah memang aku takkan beli lah kat peniaga tu kehkehkeh.. tiga tahun masa aku duduk Penang dulu, memang murtabak lah makanan wajib aku beli tiap kali p bazar. maklumlah masa tu student, makan pun kena bajet sebab taknak miss shoru beb ! so kena pandaila ejas perut dan jugak tekak untuk tidak jadi haloba semasa ke bazar. so kena beli murtabak + (cucur/mee/kueh teow/laksam) + buah-buah. itu la menu wajib masa zaman merantau dulu.
Kat bazar yang aku pegi tu, cuma ada 2 peniaga je yang jual murtabak. pastu pulak cuma 1 peniaga tu je yang ada bagi kuah kari dan bawang tu sekali.. maknanya aku memang jadi pembeli tegar dia la setiap hari sebab peniaga yang 1 lagi tu cuma bagi kuah bawang cuka tu je.. makanya setiap harilah aku jumpak brader murtabak ni. ada 3 orang yang handle gerai tu. sorang tukang tebar dan dua lagi tukang bungkus.. untuk minggu pertama puasa tu memang diorang tak menang tanganlah sebab memang ramai gila yang datang beli. aku pulak memang jenis akan datang---order nak berapa keping--pastu aku teman member round bazar tu dulu. dah nak on d way balik tu baru aku singgah amek. dan macam tu lah hari-hari seterusnya..mesti korang bajet aku ada kesah percintaan ke hape dengan brader murtabak ni kan? malangnye non hado ! ahaksss
Pastu sekarang ni bila dah kerja, pun masih sama jugak selera aku tiap kali berbuka puasa. masih murtabak. cuma bezanya sekarang ni, aku tak lagi pergi beli setiap hari murtabak tu.. kadang-kadang aku yang pegi beli dan kadang-kadang abah aku yang pegi belikan.. dan kalau dulu aku cuma beli paling banyak pun dua keping je, tapi sekarang ni disebabkan adik aku si aiman tu pun dah terjebak sama jadi pemakan murtabak tegar time berbuka puasa, jadinya memang tak cukupla kalo beli dua keping je. haruslah beli 3 atau 4 keping gittewww ~
*aku memang jenis tak makan nasik tiap kali berbuka puasa... setiap hari sahur pulak aku makan nasik goreng + berlauk ayamas je(selain pada tu tekak aku takleh telan sepanjang sahur)
salam. hehe sy jarang ke bazar..
ReplyDeletewslm cik itah.. sy pun jarang ke bazar. pegi pun semata-mata nk p beli murtabak tu je hehe
Deleteso hari ni berbuka dgn apa? ;-)
ReplyDeleteharini (14 Julai) berbuka dgn murtabak jugak.
DeleteTAPI plus dgn popia goreng dgn ada kuih2 sikit hehe
Hehe... ai pulak tak lalu sgt dgn murtabak, kalo popia goreng, nyam nyam~ ^^
ReplyDeletefuhhh popia goreng pon feveret jugak tu plain! hehe
DeleteZumal pun suka murtabak kalau dapat kuah cuka tu memang zumal tak makan la, ganti dengan sos cili... Kat Perlis murtabak kat kedai mamak je ade kuah kari tapi harganya memang kapak betul la :)
ReplyDeletehaah tu la sama la Ana pun kalo dpt kuah cuka tu mmg ganti dgn sos cili hehe
DeleteWoahh. Kuat jugak ana makan murtabak. takpelah. ganti nasi kan? hehe. selamat berpuasa ana!
ReplyDeleteerrr kuat tu xdela kuat pon sbnrnye..
DeleteAna makan takat sekeping je.
adik yg pulun sbnrnye hehe
haah ganti nasik, sbb x lalu plak hehe
slmt berpuasa Scha !
kalau di penang memang dah sinonim murtabak dan bawang cuka tu. Susah nak jumpa sekali ngan kuah kari
ReplyDeleteha betoi betoi betoi. kat penang cukup ssh nk dpt murtabak kuah kari
Deletesaya pulak suka kuah bawang.ehh depa letak cuka ka..ingatkan letak pewarna ros ja.haha
ReplyDeleteerrr PK suka ek? entahla ana rasa depa mcm boh cuka je haha
Delete