Janji Tetap Janji

15 June 19 Comments
dalam pada dok bertarung dengan kondisi yang tak berapa pulih sepenuhnya, aku gagahkan juga untuk setelkan beberapa aktiviti sempena cuti sekolah aritu..

 
 
 
Antaranya kuiz matematik dan ujiminda, permainan orang balak, chef cilik membuat cupcake, straw kiss, tiup belon paling besar, pijak belon diikat pada kaki dan yang last liga tuju kasut. alhamdulillah setel jugak semuanya walaupun bajet untuk program kali ini lebih ciput daripada yang sebelum-sebelumnya, tapi aku dengan partner kerja aku berjaya jugak buat beberapa aktiviti yang tak sia-sia. setiap aktiviti tu semuanya perlukan kerjasama antara ahli pasukan kecuali untuk kuiz matematik tu je kena buat masing-masing. mulanya aku ingatkan takde sambutan sebab hadiah pun tak grand sangat macam sebelum ni, tapi rupanya alhamdulillah masih ramai adik-adik yang sudi join untuk edisi cuti sekolah kalini. 
Bila ditanya aktiviti mana yang paling seronok -- jawapannya membuat cupcake sebab boleh dapat makan free cupcake yang masing-masing dah buat tu hehe.. dan jugak liga tuju kasut tu pun rupanya dapat sambutan yang baik.. majoriti adik-adik ni lahir zaman tahun dua ribu jadi dah semakin berkuranglah pendedahan tentang permainan tradisional macam tuju kasut ni.. bila dapat peluang main kalini, semua bersemangat nak menang rupanya ! dengan aku sekali yang tengok pon rasa teruja nak join sekali.. mana taknye, mengimbau balik kenangan masa kecik-kecik dulu. ini lah antara permainan paling havoc untuk kanak-kanak yang lahir tahun 80an dulu.. semua aktiviti majoritinya outdoor pastu lasak. main sampai kotor-kotor habes segala baju seluar.. pastu balik nanti kene bebel dengan mak.. tapi esok buat lagi kehkehkeh

Jenuh Pulun

09 June 10 Comments
Allahuakbar. tengah syok syok bersemangat waja aku dok pulun organize macam-macam aktiviti cuti sekolah untuk adik-adik yang tengah cuti sekarang ni, satu kali demam selsema menyerang pulak daaaa. haishhhh sabar. dugaan ni ana. program stil kena proceed sebab dah keluarkan flyers apa semua. nak taknak dalam pada dok tahan hingus meleleh tu, jalan gak la program. maap la ye lama pulak ghase tak hapdet.. cuti-cuti ceni memang diserang hebat aje pagi petang. malamnye pulak dah tak lalu la pulak nak tongkat mata.. ni pun dok srett srett lagi hidong ha.. 

aku ni pulak jenis jarang-jarang sekali demam tapi tu la bila dah kena, haaa mula la kena yang paling teruk.. kalo setakat selsema saja takpe tapi dia mai sekali dengan sakit kepala pastu terus rasa berat je mata ni nak bukak ha.. kalo ikotkan hati dan rasa yang tak larat memang nak landing je atas tilam sambil pejam mata belayar ke alam mimpi tapi tak berapa nak buleh sebabnya aku kena setelkan dulu program tu semua.. huwawawa 
dah la sekarang ni musim panas lain maciammmmmm dia punya panas.. sebelah malam pun tahap panas dia lain maciamm. sampaikan rasa nak tido dalam bilik air la. haaa punya panas.. ni pun sipbekla rumah kampung --- angin keluar masuk dari segenap ruang. kalo duduk rumah flat, aku tak tau nak katala cemana tahap panas tu.. dua tiga malam ni memang aku stanby towel kecik + air dalam mangkuk untuk jelum kepala masa tengah layan mata nak tido tu... tu pun kena buat sendiri la. nak harapkan hasben non hado kate ko adehhhh semoga cepatla dipertemukan jodohku dengan putera hatiku.. aminnn fuhhh fuhhhhh kehkehkeh ~


Mewarna Batik & Mereka Cipta

31 May 7 Comments
budak sekolah memang tengah heaven sekarang ni sebab tengah cuti dua minggu.. masa ni la pun depa nak rilek.. kalau musim sekolah memang pagi petang siang malam la kena p sekolah.. tiap kali cuti sekolah jugak, macam biasa aku dengan partner aku si Ida kena arrange something yang bermanfaat untuk dijalankan sepanjang cuti sekolah.. 

musim cuti sekolah Mac sebelum ni, kami dah buat beberapa aktiviti untuk adik-adik yang cuti sekolah boleh join kat Pusat Internet tempat aku kerja tu antaranya pertandingan edit foto, edit video dan jugak majlis bacaan Yassin untuk masa ending hari penyampaian hadiah tu.

kalau cuti yang sebelum ni kami banyak buat aktiviti yang melibatkan penggunaan komputer / ICT tapi untuk cuti kali ni, kami tukar sikit.. kami banyakkan aktiviti yang tak berapa menggunakan sangat ICT tapi... haaa ada tapi tu. hehehe

tapi, kami fokuskan aktiviti yang menggunakan daya pemikiran atau kreativiti. antara aktiviti yang dah dibuat adalah mewarnakan batik dan merekacipta daripada kotak terbuang.. daya imaginasi budak-budak ni memang diluar kotak sungguh.. habes segala sel-sel otak semua berhubung ! hasil dia pun perrrhh mantop jugak !

Photo: Program Cuti Sekolah 1:
Mewarna batik.

#batikart #colouringart #colourful #art #handmade #DIY #schoolholiday #creative

Photo: Program Cuti Sekolah 2:
Rekacipta daripada kotak.
Sel-sel otak berhubung.

#boxart #box #recyclebox #boxproject #recyclepaper #DIY #schoolholiday #creative #schoolproject #kidsproject #pi1m #pusatinternet1malaysia #cutisekolah

salute aku tengok bakat adik-adik ni semua.. macam-macam benda diorang hasilkan.. ini baru dua aktiviti je.. ada lagi yang bakal dibuat next week pulak.. kalini takmau pulun buat perabeh dalam masa 1 hari je. rugi sebabnya hari lepas-lepas tu nanti depa jadi bosan takdak aktiviti dah nak buat selain hadap komputer.. 

"alaaa jomla buat aktiviti kak ana.bosan la asyik ngadap komputer je kak ana" 

haaaaa kemain lagi depa pakat demand aihh =P

Maigad ! Maigad !

29 May 14 Comments
kesahnye malam semalam. hujan lebat petang sebelum tu. duduk rumah kat kampung adatlah ada bumbung bocor sana sini.. rumah lama lah katakan. tiap kali hujan lebat je memang main aci kejar lah tadah besen / baldi / kain atas lantai untuk pastikan air hujan tu tak merebak ke lain T___T 

bila dah setel hujan pun dah berenti, kena kutip baliklah segala besen / baldi / kain yang dah basah menadah air hujan akibat kobocoran bumbung itu tadi. makanya disitu lah bermulanya kesah aku dengan si anai-anai.. mulanya aku nampak segerombolan anai-anai ni cuma berkerumun kat satu kain basah ni je so aku pon dengan rileknye lah amek ridsect pastu aku semburkan je semua kat gerombolan anai-anai tu.. pastu kononnya aku ingat dah setel kat situ lah.. bila aku selak lagi dan lagi bawah tikar... tadaaaaaaaaa ! tudia beribu ribu ribu ribu lemon lagi anai-anai kat bawah tu ! siap ada track jalan dah depa buat.. bila dah tengok gerombolan anai-anai yang berjuta tu apa lagi habeh tegakla semua bulu roma.. meremang pulak tengok depa dok begerak banyak gila ! aku ingatkan bila rumah simen / batu takdelah anai-anai rupanya aku silap.. dia dah bersarang bermaharajalela entah berapa lama la kat bawah tu..

aku pon hape lagi ---- "Makkkkkkk ! bilik kakak ada anai-anai lah mak ! T___T "

dan macam biasa, mak always being a hero! mestilah mai tolong nak setelkan kelam-kabut yang berlaku.. makanya mak dengan adik aku si aiman lah yang tolong aku punggah segala katil / almari yang ada dalam bilik aku tu bawak letak kat ruang tamu.. abah aku tolong senyumkan aje tengok anak bini dia dok buat kerja memalam.. hahaha.. bilik aku tu under kuarantin sekarang nih.. memandangkan katil tu pun katil besi yang agak lama, makanya aku mintak izin kat big boss untuk jual je kat besi buruk pastu nak beli lain je nanti katil dengan almari ape semua.. sehari dua ni aku terpaksa tido bilik sebelah iaitu bilik adik aku yang sorang lagi (si pian) sebab pian study lagi dan jarang balik..

dan memandangkan khamis pulak off day sempena kemangkatan sultan perak, aku pun decide untuk cat semula bilik aku tu dengan kaler lain.. sebelum ni bilik tu kaler hijau cair.. tadi aku baru je setelkan cat yang baru. aku boh kaler pastel pink. feeling gegerl gittew.. ahaksss ! 




buat masa sekarang ni memang kosong bilik aku tu. yang ada cuma dinding dengan lantai je.. aku tengah semangat waja dok google nak cari inspirasi nak deco bilik aku semula.. maybe aku amek konsep macam yang gambar 1st tu kot sebab simple dan kemas tapi masih maintain gegerl gittew ahakssss ! =P

Mengenal Anak Lepat

21 May 12 Comments
aku rasa ramai je yang tau pasal kisah hidup Lepat yang anak dia dibawak pelari bini dia (rakyat German). lama dah kisah tu. aku pon kecik lagi masa dulu tu. aku dapat tau pon bila mak aku cerita. yang buleh jadi mak aku bukak cerita pasal Lepat tu bukan pasai apa, sebabnya aku dok pulun tunjuk anak si Fynn Jamal (Bakti Arjuna Fitri) kat mak aku.. aku pon cerita la Juna ni ada kat German skang ni bla bla bla.. tu yang tup tup mak aku bukak cerita pasai Lepat.. aku pon apa lagi google la. Rupanya skang ni Lepat dah kawen kali kedua dah. Anak dia pon ada dua orang dah dengan isteri yang sekarang ni. 
Yang buat aku syok pasai Lepat ni bukan apa, pasai cara daily life dia didik anak-anak dia.. sempoi gila! memang dok kat German tapi dia punya loghat Penang, tudiaaaa piaw baq hang ! sampaikan anak-anak dia (Aminah dengan Azali) pon dah reti cakap utara. German pon buleh tahan gak la pekat idghom dia. Bila begabung pulak dengan loghat Penang, haaaa todia !

"Aku heghannn sunggohhhh !" - ayat wajib Lepat. hahaha




*pinjam dari fesbuk Pak depa*

style gila lah depa nih. duduk kat negara yang bukan Islam agama utama. tapi Lepat stil buleh didik agama dalam diri anak-anak dia. semoga depa sekeluarga dirahmati dan bahagia. layan sunggoh la dengaq Azali cakap Penang ! walaupon pelat tungggang tebalik ! hahaha

Menggatal Tangan

18 May 14 Comments
ha tudia la. hari ahad kena keja ni dia la macam dia. dari pagi cuaca suam-suam kuku -- customer tak berapa nak ramai sebabnya orang pakat set dah bila AHAD mesti la cuti dan tutup. tapi dak sebenaqnya. yang ada datang pun budak-budak / student yang tengah cuti semester bawak laptop masing-masing untuk guna wifi sebab sini wifi dia memang bedesup. setakat nak sedut movie, sedut games tarak hal lah.

ha dah tu bila dibantai pulak hujan lebat, lagi lah orang tak berapa nak datang. gatai tangan punya dok google sana sini TERjumpak pulak template camni. konon-konon feeling diary la gitu. hahaha. pastu ada pulak kereta sorong tu cewahhh lagi la melambangkan aku ni anak orang kampung / petani / peneroka felda.. gatai punya gatai nahhh tempek terus template nih.. 

entah tak tau template ni berapa lama pulak betahan. hahahaha

Mengucapkan syukur

14 May 11 Comments
bulan mei dah sampai kat tengah. cepat betoi masa berlalu.. alhamdulillah berganjak usia setahun lagi. tua dah lagi setahun  =.=   semenjak makin tua ni, malam pun dah tak berapa larat nak tongkat mata tido lewat. lepas isyak tu kira nak lena je dah. kalo letak kepala memang tak sampai lima minit terus hanyut punyalah ! ha tudia punya nak habaq mengantuk la konon. 

tua tak tua mana la pun. belum masuk three series pun tapi nak kena kata gak la TUA dah. peringat diri sendiri.. lain benda takdak nak cakap apa dah, cuma nak kata Alhamdulillah sebab sampai setakat ni mak abah ada lagi. sihat lagi. buleh merasa masakan mak lagi. buleh begurau senda dengan abah lagi. 

sayang mak.
sayang abah.
selamat hari-hari untuk mak dengan abah.
mana yang takdak mak abah dah,
pakat sedekah Al-Fatihah.
inshaAllah semoga dipermudah urusan mereka kat sana. aminn.

Mentaliti

10 May 13 Comments

rasa macam baru je 1 januari. tup tup sekarang dah bulan mei. baru ni member aku si Nurul ada balik kampung. sembang-sembang dengan dia. 

Nurul : weyhh ana, masa aku baru sampai semalam kan, mak aku terus bagitau haritu ada Makcik Milah lorong belakang rumah aku tu, datang rumah.. tanya kat mak aku pasal aku ni dah ada 'kawan' ke belum.. kalau takde, ada kawan anak dia nak 'bekawan' dengan aku..

Aku : errr cemana pulak kawan anak dia tu boleh kenai hang ?

Nurul : Makcik Milah cakap, kawan anak dia tu tengok aku masa kenduri anak Makcik Milah si Wawa haritu.. memang aku ada pegi masa tu.. siap tungggang langgang atas pelamin dok posing sakan dengan pengantin.. habeh la dia tengok perangai tak senonoh aku kot masa tu..

Aku : pastu hang mau la?

Nurul : aku ni entahla ana.. nak kata nak--aku pun tengah dok 'bekawan' dengan si **** tu sekarang ni kan.. tapi tu la, tak taula sampai bila kami nak bekawan je.. sebab hang tau la kan kes family dia tak suka aku T___T pastu pulak kalo aku nak kata taknak-- aku sendiri pun bukan kenai langsung dengan kawan anak Makcik Milah tu.. nama pun aku taktau..

Aku : Mak ayah hang terima ke cemana tu ?

Nurul : Hermm yang tu lagi satu.. Mak aku kata Makcik Milah cakap, kawan anak dia tu kerja kilang ja.. Terus mak aku buat muka kat aku macam bagi hint tak bekenan la kot.. yang aku ni dok pikir -- memangla keja kilang, tapi entah-entah engineer kilang ke ape ke kan.. takyahla menilai sangat pasal kerja ke apa semua.. kenai la dulu hati budi ke kan.. ini hurmmm.. entahla ana.. aku pun tak tau nak kata cemana..

Aku : Hurmm yang tu aku tak tau nak kata apa dah.


Aku sendiri pon tak tau nak cakap apa kes camni.. Payah jugak kalau mak ayah jenis camni. Memangla nak yang terbaik untuk anak masing-masing kan, tapi kalau awal-awal lagi dah judge camtu, phewww entahla --

Adab mau kena ada

27 April 11 Comments
14 April--mesej wassap : "salam ana. nanti 27 april 2.30 petang mohon hadir mesyuarat puteri umno tau bla.. bla.. bla..

aku balas  inshaAllah kalo takde aral.
aku bukan orang politik.
jenis nak kena join meeting gini memang bukan jiwa aku.

21 April--mesej wassap lagi : "Salam ana..nanti 27 April datang tau 2.30 petang.. bla.. bla.."

aku masih balas inshaAllah.
aku bukan taknak join, tapi sebab bukan jiwa aku.

Pagi 27 April : terserempak pulak kat pasar pagi. "ehh ana ! nanti petang datang tau.. datang kejap untuk sign je pun takpe dah asalkan datang je tau... plisss tau.. datang tau.."

aku senyum kelat je. masih balas inshaAllah.
dalam hati memang tobat takmau pegi.
sebab--TAK MINAT.

jam dah pukul 2.00.. akak ipar, abang long, adik beradik semua pakat balik. anak buah yang satu-satunya ada tu pun ada sama. bergomoi dengan dia sampai terlena sebab hujan lebat. bersyukurnya rasa hujan lebat di saat memang aku berat hati nak pergi meeting yang memang aku tak minat nak pegi.

dalam mimpi rasa selamat gila.

tiba-tiba pintu bilik ada orang ketuk.
mak aku : "tu si **** datang tu suruh pegi mesyuarat ape entah dia kata tu.. bangunla pegi tengok."

bangun dengan muka ketat terus jenguk ke depan.
aku tolak cara baik. takmo pegi sebab aku dah tetido pastu belum mandi. 
try bagi alasan.

"alaaa takpe.. hang g je mandi dulu pstu nanti datang tau.. lambat sikit pun takpe.. datang jugak tau.. tau.. datang tau.. aku tunggu kat bilik mesyuarat tau.. datang tau.."

"hurmm yelah jap g aku p"

dia blah.
aku mandi laju-laju.
capai apa yang patut.
muka ketat sebab mamai kena kejut tengah sedap mimpi tadi.
cakap kat mak nak kuar jap.
kalo siapa datang cari, cakap entah tak tahu kakak pegi mane entah tadi.
aku lepak tepi kolam.
malas aku nak pegi.

seriyes aku rasa manusia jenis paksa camni--macam ****** !
aku ni kalau dah dua kali pesan tapi respon yang orang bagi menunjukkan tak minat, aku terus stop.
takde dah nak paksa-paksa sampai pegi cari ke rumah orang tu pulak.
ape jadahnye engko datang cari sampai ke rumah.
aku cukup benci tau manusia jenis perangai gini.
masa susah--sakit aku ada reti jenguk cari rumah aku?

Ada betulnya

27 April 8 Comments
kawan aku pernah hadap tapi semua berakhir sebelum jadi apa-apa.

kawan aku : ana.. aku dah jauhkan diri dari dia.
aku : ok lah kalau camtu. aku tahu kau boleh.

beberapa purnama lepas tu.

kawan aku : ana.. dia mesej dan call aku semula la. rindu.. sayang.. bla.. bla.. bla..  apa aku nak buat ni ana ? aku taknak jadi orang ketiga macam dalam drama melayu selalu tu. tolong weyh !
aku : aku rasa kau patut jumpa isteri dia dan bagi terus isteri dia baca sendiri semua mesej tu.
kawan aku : weyhh ko rasa isteri dia boleh sabar ke nak jumpa aku untuk baca semua tu? kalau aku jadi isteri dia konfem aku takkan sudi la nak jumpa orang yang nak jadi perampas !
aku : sebab tu jangan cepat melatah. 

"..suami jaga diri.
isteri jaga diri.
perempuan tak / belum bersuami jaga diri.

kalau semua jaga diri--
insyaAllah semua ni tak jadi.."

pheww berat nanang.
moga dijauhkanlah.