Ferrous Fumarate

28 February 3 Comments

 


“Maaf, Puan tidak dapat menderma darah hari ini kerana tahap hemoglobin (Hb) Puan rendah.”

Tahukah anda? Zat besi dan asid folik adalah zat penting dalam pembentukan Hb dan sel darah merah! Ambil tablet zat besi sebelum makan dan pastikan ia diambil bersama-sama dengan Vitamin C (seperti air oren) untuk penyerapan yang lebih baik. Elakkan susu, serat, atau kafein dalam tempoh 2 jam selepas pengambilan zat besi.

Anda juga digalakkan mengambil makanan kaya zat besi seperti kerang, daging merah, hati, kekacang, sayuran hijau dan brokoli. Jangan lupa, asid folik juga penting, jadi makanlah telur, buah sitrus, dan sayuran hijau untuk tahap Hb yang optimum.


Sumber : Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia


Feeling Relieve-Abah Operation Mata

28 February 2 Comments

 


Terima kasih pada semua sahabat blog yang menitipkan doa buat Abah.

Alhamdulillah Abah selesai menjalani pembedahan mata kanan.

Masa tahun 2021 dulu Abah Selesai Pembedahan Mata Kiri.

Aku selesai 3 hari berkampung kursus / seminar di MH Hotel Ipoh,

Abah juga selesai pembedahan mata di Hospital Teluk Intan.

Syukur ada Bong dapat cuti 3 hari untuk hantar & ambil Abah di hospital.

Dan lepas ni Abah perlu datang rawatan susulan.

1 minggu selepas pembedahan.

2-3 minggu selepas pembedahan.

1 bulan selepas pembedahan.

3-6 bulan selepas pembedahan.

Moga aku diberi peluang lagi untuk bawa Abah urusan akan datang.

Moga Allah permudahkan urusan kita semua juga ya. 

Fidyah : Sudah Selesai?

27 February 5 Comments

 


Tak berapa hari saja lagi kita akan masuk ke Bulan Ramadhan.

Pada yang sudah puasa ganti (Qada) syukur Alhamdulillah.

Bagaimana pula jika ada yang belum selesai bayar Fidyah?

Sila rujuk  pada sumber yang sahih untuk dapatkan cara penyelesaian.

Jangan tangguh, jom bayar Fidyah sekarang ya.


Feeling Of Fear At MH Hotel Ipoh

25 February 20 Comments

 









Tiga hari berkampung di MH Hotel Ipoh, Perak Darul Ridzuan.
Dan sebenarnya pada hari pertama yang sama, aku berbagi tugas dengan Bong.

Pada hari pertama aku perlu ke MH Hotel Ipoh hadir kursus/seminar 3 hari.
Hari yang sama juga Abah perlu hadir temujanji pakar mata di Hospital Teluk Intan.

Syukur Bong dapat cuti ehsan tiga hari.
Aku pergi ke MH Hotel dengan sedikit berat hati.
Selalunya aku yang selesaikan urusan hospital Abah ataupun Mak.
Tapi kalini aku tak dapat serta kerna perlu ke MH Hotel Ipoh.

Hari pertama aku di MH Hotel, Bong juga hari pertama bawa Abah ke hospital.
Bong keluar sesudah Subuh kerna perlu jumpa Pakar Mata jam 8.00 pagi.
Dari pagi Bong angkut Mak & Abah, urusan Abah ambil masa lama.
Lewat petang baru Abah dapat pengesahan nombor katil untuk bermalam di wad.
Mak dah amat penat tak dapat digambar lagi kerna dari subuh keluar urusan.

Hampir maghrib baru Bong & Mak tiba semula ke rumah.
Abah ditahan di wad kerna esoknya awal pagi perlu masuk bilik pembedahan.
Mak mengadu voice whatsapp pada aku : 

"rasa nak patah pinggang. urusan lama sangat"

Aku berkursus penuh galau.
Moga dipermudahkan urusan Mak & Abah.
Maafkan Kakak tak dapat bawa urusan hospital kalini T__T

Foodilicious : Lontong Kuah Lodeh

24 February 14 Comments

 


Ini kalau di Malaysia kami panggil Lontong.

Kerna ada juga sesetengah daerah yang lebih gemar Lontong Goreng.

Kalini permintaan Mak teringin nak makan Lontong.

Jadi kita tunaikan permintaan bunda tercinta.

Resepinya tiruvasi saja daripada resepi Lontong Kuah Lodeh Che Nom.

Cuma kali ini mak minta lebihkan tempe dan tauhu.

Ok siappppp Lontong Kuah Lodeh untuk Bunda.

Moga dapat memenuhi rasa tekak Bunda ku.

Dan seperti biasa berbagi juga pada Mak Lang jiran sebelah hehehe


For My Beloved Abah

18 February 18 Comments

 


Pada tahun 2021 dulu aku pernah hilang sekejap daripada blog. 

Setahun juga menghilang masa tu macam-macam hal berlaku.

Salah satunya melibatkan urusan Pembedahan Mata Abah.

Setelah 4 tahun berlalu, kini sekali lagi Abah perlu hadir ke pemeriksaan mata.

Seperti biasa kami perlu keluar rumah sesudah Subuh kerana temujanji jam 8.00 pagi.

Tiba di Hospital Teluk Intan sebelum jam 8.00 pagi & Abah terus tunggu giliran.


Menjelang tengah hari baru selesai urusan pemeriksaan tekanan darah dan lain-lain.

Ingatkan Abah dapat check in dan bermalam di wad selepas selesai check up,

rupa-rupanya katil di wad semua penuh & Abah kena pulang & perlu hadir semula esok.

Alamak~



Foodilicious : Apam Belang Koko Pandan

18 February 10 Comments


 

Haritu buat Apam Koko Belang Putih.
Resepi pun guna sukatan yang sama ikut resepi Kak Zaidah.

Selagi mana tak derhaka resepi, inshaAllah apam akan cantik kejadian dia.

Ada waktu kadang-kadang derhaka resepi, boleh elok juga hasil.
Tapi selalunya siapa yang derhaka resepi, mesti akan ada beza sikit kejadian hasil tu.

Sebenarnya ikut resepi yang mana-mana pun ok je selagi mana sedap di tekak kita ehehe
Moga sedap di tekak kita & dapat berbagi rezeki dengan jiran hehehe


For Women Out There

17 February 9 Comments

 


Buat semua wanita berhati-hatilah jika nak memakai perhiasan emas.

Banyak mata jahat di luar sana yang hanya menunggu masa dan peluang saja.

Ini bukan kes pertama. Bukan kes terpencil juga. 

Ada kes samun sewaktu menyidai pakaian di ampaian hadapan rumah.

Perompak tertarik gelang emasnya yang bersaiz besar.

Kita ikhitiar soroklah sedikit perhiasan emas yang dipakai ke dalam handsocks contohnya.

Emas memang perhiasan wanita. Tapi nyawa juga kita perlu jaga.

Kita cuba sedaya upaya elak berlakunya jenayah ya.

Moga Allah lindungi kita semua...


Foodilicious : Spicy Sausage Crunch

17 February 6 Comments

 


Ini juga permintaan seorang insan bernama Bong.
Mak selalu kata "untunglah selagi Kakak belum diambil orang ni"

Sebut saja teringin nak makan apa, Kakak tunaikan.
Nanti-nanti kedepan hari belum pasti.

Tak mengapa Mak, selagi terdaya, Kakak cuba tunaikan.
Mak, Abah dan Bong cakap saja mahunya apa.

Ini orang Malaysia bilang Cucur Sosej Pedas.
Gulungkan saja sosej bersama roti putih.
Kemudian celupkan ke dalam telur yang dikocok.
Seterusnya golek-golek salutkan ke dalam serbuk roti.

Gorengkan ke dalam minyak yang panas.
Angkat dan toskan minyak.
Potong-potong dan picitkan sos cili atau mayonis.
Terpulang ikut keinginan tekak empunya diri hehehe



Fuuuuhh Macam Tu Layan Isteri?

16 February 5 Comments

 


Bila berada dalam situasi macam tu terkadang rasa geram marah dan macam-macam lagi perasaan.
Sepatutnya jangan kahwin kalau rasa tak mampu nak bertenang.
Hidup je sorang diri sampai ke tua atau sampai meninggal.
Golek sendiri masuk lubang kubur sana.

Kita yang baca sahaja pun dah terasa nak marah,
apatah lagi yang ada tengok depan-depan masa tu.

Itu salah satu sebab kenapa ramai wanita sekarang takut untuk kahwin.
Lebih baik wanita hidup sendiri.
Cari duit sendiri, healing sendiri atau dengan mak ayah atau anak saudara.
Daripada kena hidup dengan jantan perangai jenis nauzubillah macam tu.

Moga dijauhkanlah kita sekeluarga daripada situasi macam tu..


Foodilicious : Shushi Sandwich Roll

15 February 8 Comments




Ini permintaan Bong untuk minum petang kelmarin.

Pulang dari kerja lewat petang, Bong bilang lapar tapi tak mahu makan nasi.

Selongkar gerobok dan peti beku - ada bahan sayuran & sosej / crabstick.

Dengan sepantas kilat kita buatkan demi memenuhi tekak seorang Bong.

Dan seperti kebiasaan, kita buat lebih untuk berbagi sama Mak Lang jiran sebelah.

Bahan-bahannya juga mudah saja untuk disediakan.

Gunakan kreativiti dan sedikit kerajinan ehehehe

Fuhhhhh Tersentak!

14 February 12 Comments

 


Terbaca satu perkongsian daripada njhhkhld di platform X.

Mak dan ayah kita memang selalu menghargai rezeki / pemberian.

Tak kisahlah mahal atau murah nilai benda atau pemberian tu.

Salah satu sebabnya adalah kehidupan Mak & Ayah kita dulu sangat susah.

Membuatkan mereka sangat menghargai segala perkara.

Memang tersentak walau hanya membacanya.

Moga kedua orang tua kita diberikan kesihatan yang baik.

Pada yang kedua ibu bapa telah pergi selamanya, moga dipermudahkan urusan mereka.

Moga kita juga dipermudahkan urusan harian dan segalanya aminnnn~


Foodilicious : Kerepek Popia Sira

04 February 16 Comments

 


Ini permintaan Si Bong. Nak Kerepek Popia Sira Pedas Manis katanya.

Kita usahakan ikut resepi Khairul Aming.

Bahan-bahannya mudah saja nak disediakan.

Bahagian nak buka dan menggulung kulit popia tu yang ambil masa.
Nak buat 2 pack saja kulit popia (40 pcs X 2 pack = 80 pcs)

Tapiiiii sakit pinggang duduk lama menggulung.
Kejap duduk, kejap berdiri nak dapat siapkan gulung tu.

Selesai gulung, guntingkan ikut pada kita nak serong (mengiring atau macam mana).
Siap gunting kita gorengkan & kemudian sirakan dengan cili kisar yang dimasak dengan gula.
Anggaran 1 pack kulia popia (40 pcs kulit) boleh dapat 1 bekas besar tu.

Bong kata 1 bekas besar tu dia punya sorang je. amboiiii~ hehehe

Fantastic Idea! : Preloved Back To School

01 February 18 Comments

 


Terbaca satu postingan daripada ahli jemaah group di kejiranan kawasan Tanjung Malim Perak.

Bagus berkongsi idea macam ni daripada kongsi perkara yang tak berfaedah.

Kehidupan semakin kerassss zaman sekarang ni.

Melihat daripada komen-komen di postingan ini, perasaan bercampur.

Terasa sayu, sebak, terharu dengan kewujudan insan-insan baik & prihaitn.

Ada yang nak sedekah pakaian anak yang masih elok.

Ada juga yang nak belikan set pakaian baru.

Moga berpanjangan pahala sesama kita.

Dan moga kita bersama-sama menabur jasa.

Tak kira dimana kita ada, teruskan usaha murni.

InshaAllah ada ganjaran disana nanti :)


Fitrah Manusia

01 February 6 Comments
TABUR JAHAT MENUAI JAHAT
Dua biji mata yang awak ada, gunakan sebelah untuk melihat keburukan diri sendiri dan gunakan sebelah lagi untuk melihat kebaikan orang lain, agar awak sentiasa bersangka baik. Salahnya awak ialah sibuk gunakan kedua-dua biji mata mencari salah orang. Padahal manusia yang berbuat salah itu fitrah. Kita ni tulus, tutup mata dari melihat kekurangan awak. Tapi awak membuat kita seperti tak ada harga diri.
Kita di anggap jahat setelah tidak peduli, tak bersimpati, tidak lagi merespon dan tidak lagi menghargai. Ketahuilah, kita hanya manusia biasa dan kita berubah saat ada sesuatu yang membuat kita berubah. Sometimes kita takde niat pun nak kurang ajar dengan orang lain. Tapi, ada setengah orang ni rasa dia je yang terpaling betul. Dia sorang je bagus, sampai hilang rasa hormat. Ingat ye, semua orang ada limit kesabaran. So, don't test me. I can be 100% rude if you start first.

Kita tak akan lupa orang yang memburukkan diri kita sehingga kita hilang kepercayaan pada diri sendiri. Hati-hati ye, ketika awak berani menjatuhkan orang lain sejatuh-jatuhnya. Awak fitnah, buat orang lain dibenci dan susah. Apa yang awak buat sesuatu yang jahat itu akan berbalik kepada diri awak sendiri. Awak tabur hal yang jahat, akan menuai hal yang jahat juga. Kita tidak dendam tapi memendam dan itu sangat menyakitkan. Luka dihati kita terlalu parah, jadi kita mengadu kepada ALLAH. Suatu saat, awak serta keluarga awak dan keturunan awak akan rasa apa yang kita rasakan. Bahkan lebih parah dari apa yang awak torehkan. 



Sumber : Perkongsian Facebook

***********************************

Semoga kita dijauhkan dengan sifat "membahan" / memalukan orang lain.

Kerana jika kita sendiri berada dalam situasi dimalukan, nescaya pedih kan?


Jangan Buat Sesuka Hati

26 January 16 Comments

 


1. Baru faham, rupanya penuaan bermula di kaki, kemudian baru secara beransur-ansur naik ke bahagian atas. Menjaga kaki dengan berjalan kaki sudah memadai. Otot kaki yang kuat adalah faktor penting untuk membolehkan kita terus sihat. 

2. Jika kita tidak menggerakkan kaki selama 14 hari sahaja, otot kaki akan melemah dan kekuatannya akan berkurang untuk 10 tahun. Tidak kira berapapun usia kita, kekuatan otot kaki yang telah melemahkannya sebanyak satu pertiga darinya. Dan ia memerlukan masa yang lebih lama untuk kuat atau pulih kembali. 

3. Latihan dan apa saja aktiviti yang kita lakukan, ia akan menguatkan 50% tulang dan 50% lagi otot. Dan itu terdapat di kaki kita.

4. Untuk menguatkan otot, kita mesti buat senaman beban. Saya selalu ikut youtube oleh Caroline Girvan. Buat dalam bilik sendiripun boleh. Jangan buat sesuka hati tanpa bimbingan terutama bagi yang dah usia macam saya. 

5. Saya juga konsisten berjalan selama 45 minit menggunakan treadmill. Sekali sehari jika sibuk. Jika lebih banyak masa, saya buat dua kali sehari. Alhamdulillah.


Sumber : Facebook Faridah Mohd Ali

*************************************************

Moga tahun ini dapat lebih masa dan peluang menggerakkan kaki.

Tapi pastikan hati-hati pada setiap langkah.

Berjalan naik turun tangga. Berjalan ke stesen keretapi.

Berjalan hantar kuih muih ke rumah jiran eh! hehehehe



Jom Buat Apam Mekar

26 January 5 Comments

 



Ini kisah cuti hujung minggu sempena bertemu cuti perayaan Chinese New Year.
Anak-anak cucu Mak Lang ramai pulang bercuti di kampung.
Saudara mara sendiri pula belum ada rezeki untuk pulang minggu tersebut.


Makanya, 'kerajinan' yang sedikit muncul pada diri, membuatkan teringin untuk cuba buat Apam Mekar yang tak guna banyak bahan ini.

RESEPI APAM MEKAR

- 3 biji telur (suhu bilik)
- 2 cawan gula kastor
- 1 sudu besar ovalet
* mix semua bahan sehingga putih

- 3 cawan tepung gandum
- 1 cawan air soda
* mix semua hingga sebati)
- kukus 15 minit

*untuk dapatkan apam yang mekar helok kejadian, gunakan api yang kuat.



Kejadian Apam Mekar merekah pecah kembang setaman.
Aromanya melambai-lambai ke dalam hidung.
Seronok berbagi pada anak cucu Mak Lang sebelah rumah hehehe.

Moga kita diberikan kesihatan yang baik,
Boleh berbuat baik setiap hari,
Tak kira apa juga kebaikan tersebut kan? Aminnnn