Mentaliti

10 May 13 Comments

rasa macam baru je 1 januari. tup tup sekarang dah bulan mei. baru ni member aku si Nurul ada balik kampung. sembang-sembang dengan dia. 

Nurul : weyhh ana, masa aku baru sampai semalam kan, mak aku terus bagitau haritu ada Makcik Milah lorong belakang rumah aku tu, datang rumah.. tanya kat mak aku pasal aku ni dah ada 'kawan' ke belum.. kalau takde, ada kawan anak dia nak 'bekawan' dengan aku..

Aku : errr cemana pulak kawan anak dia tu boleh kenai hang ?

Nurul : Makcik Milah cakap, kawan anak dia tu tengok aku masa kenduri anak Makcik Milah si Wawa haritu.. memang aku ada pegi masa tu.. siap tungggang langgang atas pelamin dok posing sakan dengan pengantin.. habeh la dia tengok perangai tak senonoh aku kot masa tu..

Aku : pastu hang mau la?

Nurul : aku ni entahla ana.. nak kata nak--aku pun tengah dok 'bekawan' dengan si **** tu sekarang ni kan.. tapi tu la, tak taula sampai bila kami nak bekawan je.. sebab hang tau la kan kes family dia tak suka aku T___T pastu pulak kalo aku nak kata taknak-- aku sendiri pun bukan kenai langsung dengan kawan anak Makcik Milah tu.. nama pun aku taktau..

Aku : Mak ayah hang terima ke cemana tu ?

Nurul : Hermm yang tu lagi satu.. Mak aku kata Makcik Milah cakap, kawan anak dia tu kerja kilang ja.. Terus mak aku buat muka kat aku macam bagi hint tak bekenan la kot.. yang aku ni dok pikir -- memangla keja kilang, tapi entah-entah engineer kilang ke ape ke kan.. takyahla menilai sangat pasal kerja ke apa semua.. kenai la dulu hati budi ke kan.. ini hurmmm.. entahla ana.. aku pun tak tau nak kata cemana..

Aku : Hurmm yang tu aku tak tau nak kata apa dah.


Aku sendiri pon tak tau nak cakap apa kes camni.. Payah jugak kalau mak ayah jenis camni. Memangla nak yang terbaik untuk anak masing-masing kan, tapi kalau awal-awal lagi dah judge camtu, phewww entahla --

Adab mau kena ada

27 April 11 Comments
14 April--mesej wassap : "salam ana. nanti 27 april 2.30 petang mohon hadir mesyuarat puteri umno tau bla.. bla.. bla..

aku balas  inshaAllah kalo takde aral.
aku bukan orang politik.
jenis nak kena join meeting gini memang bukan jiwa aku.

21 April--mesej wassap lagi : "Salam ana..nanti 27 April datang tau 2.30 petang.. bla.. bla.."

aku masih balas inshaAllah.
aku bukan taknak join, tapi sebab bukan jiwa aku.

Pagi 27 April : terserempak pulak kat pasar pagi. "ehh ana ! nanti petang datang tau.. datang kejap untuk sign je pun takpe dah asalkan datang je tau... plisss tau.. datang tau.."

aku senyum kelat je. masih balas inshaAllah.
dalam hati memang tobat takmau pegi.
sebab--TAK MINAT.

jam dah pukul 2.00.. akak ipar, abang long, adik beradik semua pakat balik. anak buah yang satu-satunya ada tu pun ada sama. bergomoi dengan dia sampai terlena sebab hujan lebat. bersyukurnya rasa hujan lebat di saat memang aku berat hati nak pergi meeting yang memang aku tak minat nak pegi.

dalam mimpi rasa selamat gila.

tiba-tiba pintu bilik ada orang ketuk.
mak aku : "tu si **** datang tu suruh pegi mesyuarat ape entah dia kata tu.. bangunla pegi tengok."

bangun dengan muka ketat terus jenguk ke depan.
aku tolak cara baik. takmo pegi sebab aku dah tetido pastu belum mandi. 
try bagi alasan.

"alaaa takpe.. hang g je mandi dulu pstu nanti datang tau.. lambat sikit pun takpe.. datang jugak tau.. tau.. datang tau.. aku tunggu kat bilik mesyuarat tau.. datang tau.."

"hurmm yelah jap g aku p"

dia blah.
aku mandi laju-laju.
capai apa yang patut.
muka ketat sebab mamai kena kejut tengah sedap mimpi tadi.
cakap kat mak nak kuar jap.
kalo siapa datang cari, cakap entah tak tahu kakak pegi mane entah tadi.
aku lepak tepi kolam.
malas aku nak pegi.

seriyes aku rasa manusia jenis paksa camni--macam ****** !
aku ni kalau dah dua kali pesan tapi respon yang orang bagi menunjukkan tak minat, aku terus stop.
takde dah nak paksa-paksa sampai pegi cari ke rumah orang tu pulak.
ape jadahnye engko datang cari sampai ke rumah.
aku cukup benci tau manusia jenis perangai gini.
masa susah--sakit aku ada reti jenguk cari rumah aku?

Ada betulnya

27 April 8 Comments
kawan aku pernah hadap tapi semua berakhir sebelum jadi apa-apa.

kawan aku : ana.. aku dah jauhkan diri dari dia.
aku : ok lah kalau camtu. aku tahu kau boleh.

beberapa purnama lepas tu.

kawan aku : ana.. dia mesej dan call aku semula la. rindu.. sayang.. bla.. bla.. bla..  apa aku nak buat ni ana ? aku taknak jadi orang ketiga macam dalam drama melayu selalu tu. tolong weyh !
aku : aku rasa kau patut jumpa isteri dia dan bagi terus isteri dia baca sendiri semua mesej tu.
kawan aku : weyhh ko rasa isteri dia boleh sabar ke nak jumpa aku untuk baca semua tu? kalau aku jadi isteri dia konfem aku takkan sudi la nak jumpa orang yang nak jadi perampas !
aku : sebab tu jangan cepat melatah. 

"..suami jaga diri.
isteri jaga diri.
perempuan tak / belum bersuami jaga diri.

kalau semua jaga diri--
insyaAllah semua ni tak jadi.."

pheww berat nanang.
moga dijauhkanlah.


Ada Rezeki, Ada Lah..

25 April 4 Comments
kisah kemarin dulu. masa tengah syok layan marathon drama Aku Isterinya dengan akak ipar aku.

kakak ipar : menyampah dah tengok. kejap baik. kejap gaduh. hishh !
aku : alahh standardla citer melayu.
kakak ipar : sedap gak nama dia Mikail. hurmmm anak yang sulung dah bagi nama Rafael Zafuan. kalo rafael dapat adik nanti nak boh nama Mikael Zafuan lah. hehe ok dak ?
hasben beliau (abg long aku lettew) : hamboih siap plan nama dah. kalau gegerl camne? haaaaaa.... 
aku : hehe tak campur aaaa *angkat tangan surrender*

hurmm syok gak plan nama nih. kalo aku la nanti, anak pompuan semua aku nak boh nama depan ada "ana" contoh :

Ana Ariana.
Ana Aneesa.

Perhh.
macam nama komersial pulak rasa.
harapnya bakal jodoh aku bukan jenis takmo kalah.
kalo tidak konfem gadoh pasai nak boh nama.
hahaha !

Air Oh Air

19 April 10 Comments
Pesanan untuk yang dah kawen. isteri-isteri sekalian. bila hasben dok marah, jangan di lawan. p ambik ayaq segelas pastu hembuskan "Ya Latif Ya Latif Ya Latif".. Bukannnya p bantai bedebat pulak. 
Untuk yang belum kawen, take note. nanti dah ada hasben senang. Takyah nak meghoyan bila hasben marah² ;)