Sepuluh Hari Cabaran | Day #6

21 September 16 Comments
Pada cabaran #5 sebelum ni, aku perlu list kan senarai lagu, kalini aku kena list kan pulak tempat menarik yang ada dalam negeri yang aku tinggal sekarang. Banyak tempat menarik di negeri Perak ni sebenarnya.

Sekarang ni aku tinggal dalam negeri Perak. Negeri kelahiran aku sendiri. Sini lah tempat aku lahir. Sini lah tempat aku habeskan masa dari zaman aku kecik sampai habes sekolah menengah. Pastu berhijrah sekejap dok Penang 3 tahun pastu balik semula sebab dapat kerja di Perak.

Day #6 : Five Interesting Places Near Your Hometown

1.Sg Klah Hot Spring-Sungkai
Lokasi Hot Spring ni tak jauh dari rumah aku sendiri. Lebih kurang 30-40 minit cenggitu dah sampai. Landscape dalam dia cantik jugak. Masa awal pembukaan dia dulu aku selalu gak la pergi sebab masa tu tiket masuk masih murah dalam 5-7 ringgit gitulah. Sekarang ni tak dapatlah dah harga tu kikiki


2.Menara Condong-Teluk Intan
Menara Condong ni sebuah menara jam yang menjadi landmark bandar Teluk Intan. Asalnya dulu dia menjadi takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong dan rekabentuk dia seakan-akan Menara Pisa-Itali. Bangunan ni ada 110 anak tangga. Aku pernah naik sampai atas dan masa naik tu terasa pening lalat sikit maybe sebab kecondongan dia tu kot.


Sepuluh Hari Cabaran | Day #5

21 September 20 Comments
Aku teruskan lagi dengan Sepuluh Hari Cabaran. Macam hampir kelaut pon ada jugak aku rasa. Maklumlah sibuk sikit. Takpa takpa aku sambung. kikikiki =P

Sebenarnya lagu-lagu yang aku list kan ni bukanlah aku melalak sangat pon kalo aku dengar. Setakat humming telinga sendiri je yang dengar mampulah. Kalo nak pulun melalak mungkin tidak. Suara aku lebih baik tak menyanyi. Kang kalah suara katak panggil hujan kehkehkeh

Day #5 : Six Songs You Sing Outloud

1.Steelheart-She's Gone

Ini band otai ni. Steelheart ni band zaman 90-an kalau tak silap. Power gila vocalis dia. Lagu ni memang kena sing outloud sebab memang high pitch dari start sampai habeh. Ada la 1 - 2 baris je kot yang slow, lain tu semua kena nganga luas punya. Kalo tak, tak sampai pulak mesej lagu dia ni hehehe

2.Michael Learns To Rock-25 Minutes Too Late

Ini pon band otai gak ni. MLTR. Jangan tanya kenapa nama band dia cenggitu. Deep gila lagu ni. Macam konon² sambungan kisah kat lagu nombor 1 tu tadi. Kekaseh dia dah takde pastu sambungan kat lagu MLTR ni, dia jumpa semula kekaseh dia tapi dia dah lambat 25 minit sebab hari kejadian tu dia tengok si gadis dah cantik lengkap dengan wedding dress tapi gadis tu nanges sambil cakap :
"Boy I missed your kisses,
all the time but this is,
twenty five minutes too late.."

Pada aku deep gak la lagu ni. Lagu-lagu MLTR ni mostly memang power. Band otai la katakan. Mana entah composer dia dapat idea buat lagu ni. Based on true story agaknye kot hehehe


Sakan Di Limastiga Melaka | Part 2

20 September 13 Comments
Slot riadah pada sesi petang kami diarahkan untuk melibatkan diri dalam sukan air. Aku kalau bab sukan air ni bukanlah tak suka tapi kurang suka sikit je sebabnya aku tak pandai berenang. Aku otomatik jadi sesak nafas kalau paras air tu melebihi paras dada aku. Kalo dalam kolam untuk kanak-kanak takde hal la. Boleh lah aku tunjuk skil renang gaya bebas ke segala macam gaya kuak kupu-kupu ahaksss

Tapi disebabkan atas arahan, aku terpaksa akur. Aku terpaksa merelakan diri aku untuk masuk dalam kolam yang kedalaman air dia melebihi paras dada aku. Mula masuk je dalam tu aku dah monolog dalam hati:

"Habessss. Masakla engko ana"


Sakan Di Limastiga Melaka | Part 1

18 September 15 Comments
Dua hari satu malam berkampung di Melaka kebetulan pulak waktu jerebu paling teruk masa tu (14 & 15 September). Dari mula kami bertolak dari Perak, lintas Selangor, masuk ke Negeri Sembilan dan akhirnya sampai di Melaka, yang kami nampak hanya kabus dan berasap je sepanjang jalan. Mata jadi pedih dan terasa sesak dada.

Pit stop kat RnR Seremban. Masing-masing pakat pedih mata dan sesak dada. Aku dah rasa macam bukan ada kat Malaysia. Jerebu tebal kemain. Kekonon feeling macam kabus kat Cameron Highland tapi yang ni jerebu. Chissss~

Sepanjang kami kat Melaka tu, kami dah decide dah sapa akan jadi Captain so kami pon sepakat untuk bagi Ali handle jadi tour guide merangkap chef-de-mission sepanjang kami kat sana. Untuk hari pertama tu, Ali decide untuk cuba makan tengah hari kat Ikan Bakar Malim yang terletak berhampiran dengan kawasan MiTC Melaka. Senang je nak cari sebab restoran ni kat ujung corner lot. Nak parking pon mudah.

Tambah pulak...