Short Trip Penang | Part 1
anamizu
05 September
18 Comments
4 September (khamis) aku join a day trip to Penang which is organised by pihak Tadika KEMAS kat area tempat aku kerja ni.. Cikgu tadika tu memang dah reserve 2 free seat untuk aku dengan Ida (partner kerja aku) sepatutnya aku dengan Ida pergi sama-sama tapi sebab Ida takleh pergi, jadinye aku sorang je la yang pergi dan seat Ida tu aku pujuk mak aku untuk ganti tolong teman kehkehkeh
2 bijik bas dorang sediakan.. bertolak seawal jam 5.30 pagi dari lokasi Felda aku ni pastu pit stop pertama di RnR Tapah untuk solat subuh and refreshment.. pastu second pit stop kat hentian Bukit Merah untuk brekfes.. pastu kami sampai ke destinasi pertama kat Bukit Bendera atau Penang Hill pada jam 11.30 pagi.. sipbaik pergi hari khamis dan bukan public holiday so takdelah crowded sangat.. tapi itu pon boleh tahan ramai gak la tourists..
tinggi gila rupanya tren tu kerabat naik Bukit Bendera tu no ? buleh tahan goyang gak la lutut habeh semua hahaha.. tapi sipbek masa menghala naik, dalam tren tu packed sampaikan berhimpit-himpit so takdela nampak sangat view mengerikan kat sekeliling tu.. masa turun tu tren clear, phewwwww mencabar gak aaa nak buleh sampai ke bawah kehkehkeh =P
kalo datang sini cuaca cantik memang view yang kita dapat tengok tu Subhanallah cantik betol.. tapi memandangkan aku datang dengan group rombongan tadika (anak-anak kecil + mak / ayah dorang) jadinye takdelah nak tangkap jiwang ke hape.. haishhh nanti dah kahwen kena ajak hasben mai sini lah kehkehkeh *gatai* =P
kat atas tu jugak ada Owl Museum + Cliff Cafe.. viewnye memang superb lah.. maklumlah atas puncak bukit lah katekan.. untuk masuk Owl Museum ni kanak-kanak FREE je dan untuk adult RM5.00 .. banyak lah info pasal burung hantu kat dalam tu.. figura berkenaan burung hantu pon banyak dan Owl Museum ni jugak diiktiraf dalam Malaysia Book of Records -- The First Owl Museum in Malaysia..
kat Monkey Cup garden ni ada banyakla spesis Periuk Kera.. daripada yang sekecil-kecil sampailah sebesar-besar periuk kera.. seronok bila bawak budak-budak sebab jiwa dorang memang tengah nak belajar.. macam-macam soalan ditanye..
lepas setel Penang Hill, kami p pulak ke Padang Kota tapi itu nanti lah aku story dalam part 2.. hehehe kemain lagi engko kan Ana nak ada Part Two -- Three bagai =P
and dat was my first time jejak kaki ke Penang Hill walaupon dulu aku study 3 tahun dok Penang tu tapi tak penah sampai ke situ.. maklumla masa belajaq dulu jenih tekun gila -- p class -- balik class. tu je la keja aku.. pastu aku p pon setakat Kompleks Bukit Jambul, PC Fair kat PISA, Pesta Sg Nibong, Kek Lok Si Temple.. tu je la.. belambak lagi tempat aku tak explore habeh kat Penang tu..