Slumber Gila | Libster Award
anamizu
21 September
25 Comments
dah lama tak buat benda-benda gini -- tag mengetag jawab soalan dari kengkawan blogger.. maklumlah semenjak dua tiga menjak ni bizi *cliche nau jawapan* tapi memandangkan kalini ada budak kiut tag aku so dengan berbesar hati aku sudi menaip jawapan hehe
soalan 1 : Pasukan bola sepak pilihan anda.
jawapan : takde team specific -- aku tengok bola time world cup je. tu pon aku tengok sebab kebetulan abah aku on tv time sahur (kalo terkena time tu bulan Ramadhan la)
soalan 2 : Lagu patriotik kegemaran.
jawapan : inilah barisan kita. sebab bunyi semangat army gitteww.
soalan 3 : Berikan nama negeri yang anda duduki dan berapa buah daerah yang terdapat dalam negeri tersebut.
jawapan : negeri aku duduk sekarang -- Perak. Ada 9 daerah semuanya dalam Perak ni. konfiden gila dak jawapan aku ? kehkehkeh
soalan 4 : Asam pedas berasal dari negeri mana ?
jawapan : Negeri Sembilan kot. atau pon Melaka.
soalan 5 : Dalam banyak-banyak pantun, pantun mana yang paling anda sukai ?
jawapan : aku paling suka pantun Johan kat slot Johara. dia belom start lagi aku dah gelak dulu. hahaha
soalan 6 : Kalau celup stoking putih dalam air berwarna merah, stoking jadi apa?
jawapan : stoking jadi basah dan berkemungkinan akan jadi merah lah kot.
soalan 7 : Apa yang anda faham tentang "buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan"?
jawapan : tudia soalan jenih apa nih ? menurut kefahaman aku -- buah cempedak tu kat luar pagar dan tak semestinya kat atas pokok. boleh jadi cempedak tu ada kat atas tanah je cuma dia di luar pagar dan tak sampai nak ambik guna tangan memandangkan tangan tak berapa nak panjang. so kena lah guna alat tertentu seperti galah misalnya.
soalan 8 : Dalam banyak-banyak negara, negara mana yang mempunyai banyak artis KPOP?
jawapan : Korea agaknye sebab aku tengok ramai dari sana je kpopers.
soalan 9 : Siapakah yang mencipta blogger.com ?
jawapan : Evan Williams. hensem orangnye.
soalan 10 : Pertahankan blog anda dengan mengatakan bahawa blog anda sangat best dan sebab kenapa ia dianggap best ?
jawapan : Errr entah aku rasa tak best mana pun blog aku. boleh gitu ? =P
soalan 11 : Apakah perasaan anda semasa menjawab soalan-soalan di atas?
jawapan : Takde perasaan. kehkehkeh takdelah. aku jawab masa kat ofis sebenarnye. yelah sebab time aku jawab ni free sikit so boleh rilek-rilek je lah aku merepek kat blog aku ni.
Soalan Tambahan :
1. Berikan sebarang komen tentang budak yang memberikan soalan di atas.
Jawapan : Budak tu memang nak kena sebab mengeTAG aku dengan soalan-soalan tahap exam UPSR camtu. gila stress aku mikir jawapan hahaha.
Ehh takdelah. ini jawapan sebenar aku -- Hey Budak, lain kali TAG lah lagi hehehe
2. Adakah anda menggunakan google.com untuk menjawab soalan di atas?
Jawapan : sesungguhnya ya. untuk soalan 9 tu aku google sebab memang aku tak tawu dan aku tetiba rajin untuk mengGOOGLEnye. kehkehkeh
aku takmo tag sesiapa.
kereta aku yang exiden tu esok baru nak bawak p berubat sobss sobss *lap air mata*