Flu

10 February 24 Comments

Dua tiga empat hari p bertapa dalam gua. Bawak diri. Merajuk dengan speed internet kononnya kehkehkeh. Sipbaik sekarang dah mula ada tanda² nak back to normal dah. Ini macamla baru sayang lebeyhhhh muahhh muah muahh :* pftttt~

Sekarang ni musim batok + selsema agaknya. Cuaca Malaysia lain maciammmm sikit la sekarang ni. Panas dia time tengah hari tu perhhhhh sampai pedih menusuk ke kulit. Tah cemana lah orang yang bekerja di tengah panas terik demi kelangsungan hidup. Allahuakbar semoga dikurniakan ketabahan dan kesihatan tahap maksimalah pada diorang :"( 

Ada surprise datang bebaru ni. Nanti citer. Jaga diri bebaik k. Jaga kesihatan. Moga yang belum berjodoh -- dipercepatkan jodohnya. Doa untuk aku sama :)




Feveretable : Aku Ada Wali

06 February 35 Comments
credit : TV Al Hijrah

Drama ni kalau tak silap aku dah ditayangkan masa Januari 2014 haritu tapi aku baru je tengok semenjak dua menjak ni. Jalan ceritanya mudah tapi menarik. Sebenarnya aku kebetulan terjumpa episod cerita ni  kat Youtube.  Cerita ni kesahnya diorang ni belajar di Korea. Jauh dari keluarga masing².

Mulanya aku terjumpa episod 1. Bila tengok ada Siti Saleha yang jadi main actress bawa watak Syumaila aku terus tertarik untuk tengok episod seterusnya. Skrip cerita ni buat aku berfikir dan menginsafkan aku pada segala apa tindakan yang diambil selama ni dan apa yang bakal aku buat seterusnya.

Aku baru dapat tengok sampai episod 4 je tapi disebabkan aku agak kurang sabar untuk tahu apa jadi pada endingnya so aku dengan rakus terus je cari episod akhir cerita ni. Dan rupa²nya, bukan Zahiril Adzim atau Zoey Rahman yang dapat hati Syumaila. Watak Syumaila banyak dugaan dan fitnah yang dia perlu tempuh sejak dari episod awal lagi. Tapi memang tabah dia hadap segala dugaan yang datang walaupun dia jauh dengan keluarga.

Salam Jumaat Barakah :)


Fun Facts : Mata Uwang

05 February 47 Comments

credit : Atok Dean

Seorang lelaki di Shenzhen, China, yg telah berada dalam keadaan koma selama lebih setahun tiba2 kembali sedar apabila seorang doktor meletakkn wang kertas 100 Yuan baru di bawah hidungnya. Menurut Central European News, pada Ogos 2013 Xiao Li menghabiskan seminggu di sebuah kafe Internet mencari idea perniagaan siang malam tanpa berhenti untuk tidur yg kemudian menyebabkn nye pengsan dan koma. Dr Liu Tang kemudian mendapat idea untok meletakkn wang di hidung Xiao Li setelah diberitahu keluarga nya bahawa Xiao Li seorg yg mengejar kekayaan. Ni betol² giler duet ni =D

Aku rasa Ah Kak Li Po mesti ada nama yang dia nak rekemen kat mamat giler duit ni. kehkehkeh




For The First Time

04 February 52 Comments

"...And we dont know how,
How we got into this situation,
Only doing things out of frustration.

Trying to make it work but man these times are hard..."

......................................................................................

Fizah : Ana.. hang je yang faham apa aku rasa weyh. Hang tau kan perangai Fizi camna selama ni punya control la segala benda yang aku nak buat.. SEGALANYA. nak p mana kena update. p dengan sapa etc bla..bla..bla...

Pantang nampak status wassap aku 'online' mesti kecoh dok tanya aku wassap dengan sapa bla..bla.bla.. Pada hal kadang tu aku tengah dok baca mesej yang beratus dok masuk kat group wassap tu je pon sebenarnya. Tapi dia punya tahap curious tu ala mak ai T___T

Aku : Hurmmm aku perasan lama dah perangai Fizi tu. Tapi tu lah, kalo hang sendiri pun rasa camtu, kira hang normal la tu. Aku nak cakap banyak pun, aku rasa hang lagi kenai dia. Kan?

Fizah : Stress aku lah.. Sampaikan aku rasa macam terkongkong gila. Dedulu aku buleh je layankan lagi perangai dia. Tapi lately ni aku rasa makin melampau pulak. Hang tengok sendirilah dia sampaikan datang cari aku kat ofis punya nak tengok aku ni betoi ke p ofis atau aku tipu dia. Hadoila..

Aku  : Tu la pasal tu. Tahap kronik dah aku tengok. Terpulang kat hang je sekarang ni. Pilihan kat tangan hang. Aku takleh nak cakap apa pun sebenarnye cuma aku dah lama kesian kat hang la dok hadap benda ni..

Fizah  : Hurmm tu la.. Bukan tak boleh aku nak clash ke apa tapi tu la, dia jenis tahap kronik mai cari apa semua tu yang buat aku takot tu.. Sat lagi naya je aku hurmm..

......................................................................................

Kesian betoi kat Fizah. Tudiala si Fizi (bf Fizah) tu punya perangai. Aku sendiri pon takot manusia jenis obses sampai cenggitu. Lama dah sebenarnye aku dok perati je kes Fizah ni (cewahh perasan macam detektif conan pulak dah kehkehkeh) 

Tapi tu la aku sendiri takleh nak cakap apa. Fizah sendiri je yang kena make move sekarang ni aku rasa. Berat nanang ngat aih mende gini.

Nak je aku tumbuk muka si Fizi tu. Ape hal engko nak paksa control hal orang? Bukan engko hasben dia ke hape pon. Chissssssskek betol perangai cenggitu.

Moga dijauhkanla dari manusia² yang perangai sebegitu. Aku dah la jenis pantang orang control² atau nak mengarah² life aku ni. Heshhh~


Five For Fighting

04 February 33 Comments

Cik Mimie bagi sijil penghargaan sempena terselit jadi top komentator Januari. Tapi mungkin lepas ni dah takkan terselit dah agaknye memandangkan tahap internet makin mencabar keimanan lately nih T______T  Cik Mimie pun komentator tegar kat blog ni.. Selalu datang memeriahkan majlis sekitar blog ni hehehe.  Mekaseh Cik Mimie.




"Its not easy to be.. me..." 


Linda : Besnya jadi kak ana! sonok tengok life kak ana meriah macam² akiviti ada apa semua. Pastu dapat hadiah banyak plak tu dari sana sini. The best itu lah, the best ini lah. Giler best betol! Jeles linda  tengok tau tak kak hehe

Aku  : Errrr ehee rezeki akak kat situ Linda. Rezeki linda pon bes gak ape. Dah ada hasben penyayang. Dah ade Audra penyeri hidup hehe. Lagi bes tau tak. Kak Ana takde lagi semua tu hehe

Linda : *terdiam*


Sesungguhnya REZEKI kita berbeza ye anak².  Orang tu dapat itu, besnya. Takpe, kita ada ini. Kita nampak part seronok dia je, part sedih dia kita tak nampak kan? Syukur ok anak² semua dengan rezeki kita :)



Fill Up Your Heart

03 February 28 Comments
"...selami syukur kemudian selami sabar, kemudian barulah dapat selami ikhlas.. apabila dah tahu erti ikhlas maka hati akan sentiasa damai dan tak ada penat..."

SYUKUR.
SABAR.
dan IKHLAS.

3 perkara nampak mudah. tapi tak semudah yang disangka pun. Bersyukur tu rasa paling mudah dah. Ucapkan syukur Alhamdulillah je dengan apa jugak rezeki. Baik daripada mulanya diberi peluang bernafas setiap harinya sampailah diberi peluang untuk tidur semula. Kadang² rasa dah habes sabar dah, pada hal belum cukup pun. Teruknya la hai. 

Ikhlas pulak memang infiniti. Aku paling tak lupa salah sorang ustaz masa aku sekolah dedulu dia cerita pasal ikhlas. Ustaz Azizan nama dia. Orang Kedah. Memang pekat gila loghat utara dia. Ustaz Azizan kata ikhlas tu mudah ja nak  faham. 

"Umpama kita berak (buang air besar). Pernah dak kita kira berapa banyak kita keluarkan? Tak pernah kan? Haaaa ikhlas yang paling ikhlas sebenarnya camtulah. Bila kita bagi atau keluarkan, kita tak pernah teringat balik atau berkira dengan apa yang kita dah bagi"

Macam biasa of kos la aku bantai gelak dulu. Satu kelas bantai gelak kot masa tu sebab punya slumber Ustaz Azizan bagi contoh hahaha =P
Haaa kena ikhlas ok hehehe

Family Arrangement

03 February 30 Comments
Selasa | 03 Februari 2015
13 Rabiul Akhir 1436 Hijrah


---------------------------------------------------------------------------------
Amir : Ana ! Lama tak dengar citer. Sehat?

Aku  : Sehat macam biasa hehe. Hang apa citer? Dengar kata dah bertunang. Bila nak langsung majlis? hehe

Amir : Gitu lah Ana. Family arrangement.

Aku   : Wahhh kira baguihla tu! Makna kata full dapat RESTU family. hehehe

Amir : Well.. ya boleh dikatakan cenggitula.. tapi for many of you are not married yet, u still can choose. Choose wisely..

Aku   : Err.. kenapa cakap camtu pulak?

Amir : Nanti hang faham. hehehe

Aku   : Bukan ke kalo pilihan family tu, yang tu la yang terbaek hehehe

Amir : Tu typical malay drama boleh la Ana hahaha

---------------------------------------------------------------------------------
Pada aku, Amir tetap bertuntung. Ada family yang dah tolong carikan calon apa segala. Tuan badan tunggu terima je lagi. Tak ke mudah cenggitu kan? Tapi aku sedikit keraguan bila Amir kata yang part   "u still can choose, choose wisely" . 

Memangla kena choose wisely. Nak hidup bukan sehari dua dengan pasangan tu. Tapi bila dah family yang pilih, aku rasa itu mesti la yang terbaik. Errr tapi tak taulah kalau si Amir ni tak bekenan kot dengan pilihan family dia tu.. Entah.. Aku belum la sampai nak jadi wartawan melodi p soal jawab si Amir nak suruh dia explain. Nanti nampak macam kepochi sangat pulak. Maklumlah, adab dan tatasusila harus dijaga kehkehkeh =P 

Selamat hari Thaipusam. Minahkumari Kalai sonokla dia raya harini kikikiki =D


Fantastic People

01 February 42 Comments
Berbekalkan speed internet yang tak berapa nak padu sangat, aku menggagahkan jua untuk menjenguk blog aku yang aku rasa dah mula ada spiderweb sana sini. sobsss sobsss

Aku tawu engkorang rajin singgah sini walaupun kehadiran aku jarang muncul semenjak dah mula masuk kerja semula sekarang ni. Banyak je benda cerita nak dikongsikan tapi bila time nak haplod je, dia dok loaaaaading manjang, terus terbantot niat tu. Aku peram je la dulu kesah yang ada.

Fantastic people on January 2015. Kome² ni memang selalu singgah sini. Terima kaseh bebanyak. Takde ole² ape nak dibagi. Maklumla, nak fly ke mana² pon, mak dah bagi syarat -- kene ade hasben dulu baru buleh fly. Selagi belum ada hasben ni, fly aje lah dalam mimpi dulu kehkehkeh (mood aku sedih + tak best sebenarnye. tapi sebab nak buang aura tak best tu, aku gelak jugalah)

1.Zarul Farhana
2.Scdha Sein
3.Nurashikin ZA a.k.a NAZECK
4.Jari Manis 
5.Bbwana adienia 
6.Nur Inani
7.Cik Mimie
8.Nur As
9.nana liena
10.Scha Nazri

Moga kalian semua sentiasa sehat adanya. Aku masih menchoba kayuh beskal menjejak kaseh untuk ke rumah engkorang semua. Entah bila akan tiba ke laman engkorang tu aku pon takde kepastian. Semenjak network P1 asyik down & speedtest teruk gila sekarang ni, habes potong segala mood nak hapdet dan melawat blog kengkawan. Aku kechiwa! Aku kechiwa! 

Entry takde gambar. Hambar. Tawar. Tak kelakar. Huwawawarrrrrr. Grrrrrr~ T____T 


Join : Giveaway Preloved Books

27 January 28 Comments
http://budaksukavanilla.blogspot.com/2014/12/giveaway-preloved-books.html

Giveaway Preloved Books ini ditaja oleh :
 

Pemenang :
1 Top Referral :  4x buah buku
Random org :
15x buku = 15 pemenang 
1x komik + 4x shiseido mask = 1 pemenang
2x shawl = 2 pemenang
2x topup RM10 = 2 pemenang
1x flower crown = 1 pemenang (dipilih oleh sponsor)

TAMAT 1 FEBRUARI 2015 =
click banner untuk join :)


Jelmaan Hang Li Po

27 January 22 Comments

Wow! Balik lunch break harini, mak cakap ada barang kakak sampai. Abang posmen hantarkan tadi. Aku tanye mak tak soal jawab ke posmen tu dah berpunya ke belum. Kalo belum, makcik ada anak dara single nih hahaha. Tapi aku tanya dalam hati je la. Mana maunye aku tanye soalan cenggitu kat mak aku. Silap² mau kena cili bibir mulus aku ni kehkehkeh =P

Tengok aje ada parcel atas meja. Terus sambar. Tak pedulik ke nasik dah. Yang penting barang dalam parcel tu dulu harus dirobek untuk tahu isi dalamnya hehehe.

Wahhhh! Ah Kak Hang Li Po bagi something dari Hong Kong maaaaa! Eksaited gila aku dapat keychain kiut dari Hong Kong nih. Kembang kempis lobang hidong sebab ada orang tu tak lupe kiteww ni rupanya masa dia dok naik tongkang sana sini kat Hong Kong sana nu.

Bila nak buleh dapat travel obersea entahla. Nampak gaya macam takde peluang je sebab mak aku memang dah bagi syarat kalo kakak nak pegi mana² tempat tambah² yang kena naik kapal terbang, tunggu je bila dah kawen nanti. Pergi dengan hasben kakak, mak dah tak risau lagi dah. 

Nampak dak? Nampak dak? Tu sebab paling utama kenapa aku masih belum pernah travel ke mana-mana naik belon ni. Sipbaikla aku ni jenis anak dengar kata. Kalo tidak, idoknye aku pedulik. Tah ke mana² dah aku pergi =P

Tajuk macam misteri sangat hahaha 
Mekaseh Ah Kak chantekkkkkkk hehehe


Join : Mini Giveaway By azhafizah.com

26 January 17 Comments
Klik banner untuk join 

Nak join Mini GiveAway by Azhafizah dot com pulak. Untung kalo ada luck boleh menang sample Nurayysa Beauty Soap (seperti dalam gambar) Bukan untuk 1 pemenang tapi untuk 20 pemenang taw!  Sample aje ye. Bukan sabun seketul tu. Kalo nak seketul kena order dan bayar la ye nak. hehehe =D

Fuhhhh fuhhh moga² ada luck la hehehe


Jauh Katanya

26 January 19 Comments

Semenjak dua tiga menjak ni kelopak mata sebelah kanan dok berkedip aje. Tapi disebabkan sebelah kanan jadinye tak berapa risau sangatla sebab selalunye kalau sebelah kanan ni yang baik² aje. Bila di google² terjumpakla pasal mata berkedip ni.

Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas berkedip - akan berjumpa orang jauh atau yang lama terpisah atau akan mendapat berita baik.

Ahah! Part berita baik tu aku lega. Part yang berjumpa orang jauh atau yang lama terpisah tu ada sikit keluh kesah kehkehkeh. Apa² pun tak boleh la percaya sangat kan. Cuma harapan aku moga yang baik² aje lah.

Masih dalam mood jejak kaseh ke blog engkorang. Maap la makcik ni naik beskal aje. Non hado keretapi trem laju macam kat Jepun nun kikiki =D


Just Give Me A Reason

24 January 21 Comments
Waduh² minggu yang bizi. Maklumlah lepas dah 12 minggu lebih jadi mandor ke sana sini, sekali dah start masuk kerja semula haaaaa amekaw. Jem woi jem! Nak bagitaw kata bizi sangatla tu hehehe. Banyak pulak data nak kena key in semula disebabkan dulu semuanya save secara manual aje pada template. Sekarang haaa tudia semuanya perlu save data dalam sistem. Naik juling bijik mata pagi petang dok ngadap sistem (O_0)   Dah ghupe mata panda.

Sistem baru ni pada pendapat aku memang sangat banyak membantu. Memang jauh lebih baik lah compared to previous sistem. Kalini lebih relevan dan masih dalam proses upgred. Line tenet kat tempat aku ni pon salah satunya jugak yang masih dalam proses upgred. Kalau sebelum ni upload speed 5-6mbps tu kira paling tinggi dah tapi disebabkan sekarang segalanya masih dalam proses, upload & download speed P1 wimax kat tempat aku ni 0-1mbps saja. Yang mana itu sangat mencabar keimanan aku sebagai blogger tegar kehkehkeh


Mane tak nye. Aku nak hapdet pon jadi terbantot. Dok loading -- connecting saja. Nak buat apa pon tak buleh. Buleh terlena dulu la punya dok tunggu dia loading. Ni pun aku tak taw la lepas ke dak aku hapdet ni. Ini kira untung jugakla dapat 0.39mbps (waktu malam) kalo waktu siang jangan harapla. Dah macam dok dalam gua taw tak perasaan dia T___T

Sesungguhnya aku merindui saat internet berkelajuan tinggi. Tudia ayat iklan sangat huwawawa

*Aku dalam proses jejak kaseh ke blog engkorang. Tapi tudia la jenuh dok loading. Pelan² kayuh je la nampak gaya =P

Joint Venture : NU Sentral

19 January 49 Comments

"Nu Sentral is part of the RM1.4 billion investment of Lot G integrated development in Kuala Lumpur Sentral CBD. It is a joint venture between Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) and Pelaburan Hartanah Berhad (PHB)

Nu Sentral is the first Malaysia’s integrated ‘green’ lifestyle and transit mall hub developed to optimize the changing lifestyles of Malaysian and international travelers.

Located at Kuala Lumpur Sentral CBD, Kuala Lumpur’s strategic Central Business District, Nu Sentral has a captive market of over 800,000 households and a total population of over 3.6 million who will be moved like never before.

Nothing compares with Nu Sentral’s CONNECTIVITY, CONVERGENCE and CONVENIENCE.
The experience is URBAN, FRESH and AGILE. Retail, Entertainment and Food & Beverage will thrive in this energised and versatile nu environment. "

credit : NU Sentral

Aku baru tahu pasal NU Sentral ni masa kak Anies sebut kat entry dia. Pastu pulak masa AJL29 pon asyik ada muncul je. Tu yang gigih la meng-google hape la bendanya NU Sentral tu. Owhh baru tahu rupanya dia "the first Malaysia’s integrated ‘green’ lifestyle and transit mall hub". 

Haaa tudia. Segalanya ada. Pegi satu tempat je semuanya ada sana. Tapi kat KL lah citernye. Aku pegi dalam mimpi je lah hehehe =D


Jar Of Hearts

18 January 47 Comments

Ijam : Ana nak tanya sikit pasal gerl boleh? Memang ada lagi ek zaman sekarang ni gerl yang jenis bila dia rasa dia nak kita, dia datang. Bila dia rasa dia taknak, dia blah gitu je.

Aku : Macam tanye untuk diri sendiri je ni Ijam hehehe. Ekceli memang ada pon yang jenis cenggitu. Bukan kata zaman dulu ke zaman sekarang ke. Point is : memang ada yang sebegitu. 

Ijam : Takde rase bersalah ke buat cenggitu? Masalahnye PEREMPUAN kot yang buat cenggitu Ana T__T  Kalo lelaki aku tak heran la.

Aku : Takyah heranlah Ijam. Selagi namanye manusia, memang bermacam-macam perangai lah wujud. Cuma kita ni je kena pandai tepis dan pilih untuk kita perlu hadap yang kategori mane. Apsal tanye cenggitu? Sedang mengalami ke caner nih? 

Ijam : Kurang lebih cenggitu la agaknye. Kalo dah gitu explanation hang bagi. Hurmmm member² blogger hang takde yang single mingle ke, bak la rekemen kat aku sorang dua hehehe

Aku : Amboi kemain tamaknye nak sorang dua hahaha. Err.. err aku mana ada blog. Aku blogwalking je ade hehehe

Ijam : Choii la hang! Hang bukan pelakon terbaekla Ana untuk part menipu. Nur di wajah hang cukup menunjukkan hang tak pandai menipu hahaha. Zaman sekarang kan mudah. Google je nama someone tu zassss terus dapat tawu segala details dia hehehe

Aku : Hamboiii kemain pedas berkrim perli aku.

Ijam : Gurau manja la nama dia tu hehehe. Weyhh hang je lah 'dengan' aku.

Aku : *telan air lior* dan tersengih pastu tukar topik =P

Aku pon kadang tu tak paham jenis gerl yang sesuka hati sakitkan hati lelaki² kat luar sana. Pada hal lelaki tu kemain baekkkk lagi dah. Apa dia mintak segalanya dibagi. Sebolehnye segala bulan bintang nak dipetik. Pastu kalo ada pulak lelaki yang kurang baik melayan wanita mula la dikatakan lelaki ni jahatlah hape segala. Ehh macam aku lelaki pulak kikiki =P


Jakun

17 January 44 Comments


Zaman dah makin canggih. Salah satu kecanggihan yang aku dapat merasa ni benda ni -- Interactive Starboard dari Hitachi. Konsep dia macam whiteboard jugak cuma tak guna marker pen. Semuanya main pair je dengan laptop pastu semuanya touchscreen saje. Anggap ajelah die tab yang besar gedabak gittewwww =P

Syukur jugak ada benda ni. Terdidik jugak la komuniti tempat aku ni dengan kecanggihan teknologi yang makin maju. Aku masa memula test benda ni jakun jugakla makcik ni hoi hahaha. Tapi satu je syarat utama Boss aku letak : 

"Kalau saye nampak ada marker pen, tamatlah riwayat kerja awak hehehe"

Hamboi gurau kasar nampak Boss kikiki =P  Alhamdulillah dah officially start semula berkerja lepas cuti renovation haritu. Everything seems under control eventho masih ada lagi kerja touch up dibuat sebab ada certain part masih dalam testing mode.



Join : My Birthday Giveaway - by Dr. Shikin

17 January 4 Comments

Last minit join nih. Due date 11.59pm 26 Januari 2015. Tak kira memandangkan tenet bagi sikit kerjasama, aku nak join jugak. Rawwrr~ 

Err tapi tapi.. nak kena tag sorang blogger yang belum ada dalam bloglist Dr Shikin lah. Hurmm siapa eh yang belum ada dalam bloglist kak shikin?  Aku nak tag Eimma's Land lah untuk GA kalini hehehe

Moga ada luck lah ye untuk ana kalini kak shikin :)