Sambungan Kisah Ayah Operate Mata | Part 3
Semuanya bercampur.
Ayah masuk wad : 13 April 2021 (Selasa)
Pembedahan : 14 April 2021 (10.30 pagi-12.30 tgh hari Rabu)
Masih di wad : 14 April 2021 (tengah hari hingga malam)
Esoknya : 15 April 2021 (3.30 petang Khamis)
Setelah selesai proses operate petang 15 April tu dibenarkan keluar wad tetapi perlu hadir lagi rawatan pada 20 April 2021.
Aku hampir terlupa pada 20 April tu aku perlu menjawab Peperiksaan Online SPA pada jam 2.00 petang. Bila sudah melibatkan kesihatan keluarga terutama kedua ayah & ibu, aku hampir terlupa segala perkara lain. Sesi Peperiksaan Online tu pun nyaris aku terlepas tapi Kakak Ipar call dan tolong ingatkan maka sempatlah juga jawab tapi tetap tak boleh fokus mengenangkan kesihatan Mata Ayah T____TSetibanya kami di Hospital Teluk Intan di bahagian Pakar Mata, Ayah perlu didaftarkan & perlu tunggu giliran untuk dipanggil pemeriksaan keadaan semasa kesihatan (kencing manis, darah tinggi dan sebagainya). Lama juga ambil masa untuk tunggu giliran Ayah.
Aku tak sanggup tinggalkan ibu sorang diri rumah disebabkan ibu baru saja selesai minor operation pada kaki kiri disebabkan ada bisul tumbuh agak dalam dan berlubang.
Maklumlah di kawasan Hospital tempat duduk agak terhad & perlu utamakan pada golongan yang lebih memerlukan. Jadi, ibu kata takpelah kita pusing kawasan hospital dan cari pokok untuk rehat sementara menantikan keputusan Ayah dalam pemeriksaan doktor.
Tapi aku risaukan Ibu di bawah pepohon tu sorang-sorang.
Bersambung ke Bulan Jun 2021 ----
Dan semasa sesi berjumpa pakar mata 13 Ogos 2021, doktor maklumkan bahawa kencing manis sudah mula mengganggu saraf di bahagian mata Ayah. Allahuakbar T____T