Festive Season : Limau Mandarin

09 February 22 Comments

 



Tahun Baru Cina datang lagi. Tahun ini Tahun Naga.
Supervisor Bong (Adik Aku) kirimkan 1 kotak Limau Mandarin.
Tanda buah tangan semoga cepat sembuh daripada kemalangan motor haritu.

Limau Mandarin ni turun naik kapal berapa bulan agaknya ye?
Rasa dia manisssssss helok! Penuh berjus!

Aku tiap kali nak makan limau jenis ni, memang wajib akan buang segala serat urat dia tu.
Orang kata banyak khasiat serat tu kan? Tapi aku tetap gigih buang satu-satu.

Engkorang makan limau buang ke atau telan je?


Foodilicious : Kek Batik Kurang Manis Satu!

07 February 17 Comments

 






Kali ini permintaan Bong. Memandangkan Bong baru terlibat dengan kemalangan,
dan doktor berikan MC selama satu minggu, jadi dapatlah Bong berehat di rumah.


RESEPI KEK BATIK SIMPLE (KURANG MANIS)
  • Vico (selalunya orang buat guna serbuk milo)
  • Susu Pekat
  • Biskut Marrie
  • Buttercup
1.Pertama sekali cairkan Buttercup (kalau selalu beli yang 500g tu, potongkan
dan bahagi dua. Ambil separuh (250g) sahaja dan cairkan dengan api kecil.

2.Bila semua buttercup dah cair, bancuhkan 1 cawan vico dan susu pekat sikit 
(selalunya orang guna setengah tin tapi kalau nak kurang manis, boleh kurangkan
susu pekat tu)

3.Bila dah siap bancuh vico & susu pekat tadi,masukkan ke dalam buttercup yang
kita cairkan dalam kuali tu tadi. Teruskan kacau lagi.

4.Kacau lagi hingga gelegak & boleh rasa sikit (adjust nak manis atau nak kurang manis)

5.Patahkan biskut marrie dan masukkan ke dalam kuali tu tadi & adukkan semua.

6.Setelah rata semua,tuangkan ke dalam bekas & tekan-tekan ratakan semua.

7.Masukkan dalam peti sejuk untuk biarkan tekstur kek batik mampat padat helok.

8.Setelah sejuk,boleh potong & selamat menjamu selera!


Buat sendiri lebih puas sebab boleh adjust tahap manis ikut kita suka.
Tapi kalau nak lebih mudah, boleh terus beli je & support peniaga hehehe

Fuhhhh! Syukur Panjang Umur Bong!

06 February 19 Comments

 





Adik aku (Aiman) atau yang aku selalu sebut sebagai Bong di blog ni.

Terlibat dalam kemalangan di Kuala Kubu Bharu,Selangor.

Bong pergi temankan kawan dia si Iqbal untuk bawa repair motor Iqbal.

Masa dalam perjalanan pulang tu ada serpihan tayar lori yang tertanggal.

Iqbal sempat mengelak serpihan tayar tu tapi Bong tak sempat elak.

Berdentumlah Bong bertembung dengan serpihan tayar lori tu.

Tergolek tersagat ke tepi jalan hampir terperosok ke dalam longkang.

Syukur juga waktu tu kawasan jalan tu agak kurang padat kenderaan.

Motor mengalami 70% kerosakan dan kiat (bengkok & pecah beberapa bahagian).

Keputusan X-Ray Bong Alhamdulillah semua dalam keadaan baik.

Luka-luka luaran sahaja yang agak dalam.

Step seterusnya untuk claim insurans motorsikal.

Mohon doa moga Bong cepat sembuh semula T____T

Foodilicous-Kuih Cara Manis

02 February 20 Comments

 







Aku guna Acuan Bunga 7 biji.
Acuan jenis tembaga.
Acuan ni dulu arwah nenek bagi pada Mak sebagai hadiah perkahwinan dengan Abah.

Ini permintaan Abah nak makan kuih cara manis yang kurang manis.
Jadi anak dia gigih tolong buatkan.


 RESEPI KUIH CARA MANIS

Bahan-Bahan :
  • Beberapa  helai daun pandan (kisar & ambil airnya)
  • Sedikit minyak masak
  • 1 cawan jus pandan
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 2 cawan santan
  • ½  sudu kecil garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • gula secukupnya untuk inti (letak sikit untuk kurang manis)

Cara Penyediaan :

1.Kisar halus daun pandan dengan air.
2.Tapis jus pandan.
3.Masukkan semula jus kedalam pengisar bersama tepung gandum,telur,santan & air.
4.Tambah garam dan beberapa titik pewarna hijau.
5.Kisar adunan kuih hingga halus dan sekata.
6.Tapis adunan yang siap dikisar.
7.Sediakan acuan kuih cara di atas api & panaskan acuan.
8.Sapu minyak pada setiap permukaan acuan.
9.Bila acuan betul-betul panas,tuangkan adunan ke dalam acuan.
10.Biarkan 7-8 saat & biarkan bawah kuih sedikit garing, masukkan gula sebagai inti.
11.Tutup sekejap kuih cara gunakan penutup periuk atau penutup yang sesuai.
12.Apabila kelihatan sedikit perang & tak berair, angkat keluarkan kuih cara.
13.Siap untuk dihidangkan.

TIPS
  • Pastikan adunan kuih adalah cair 
  • (kuih cara akan jadi keras apabila sejuk  jika adunan pekat)
  • Boleh gunakan jaring untuk lapik acuan atas dapur supaya lebih stabil.
  • Acuan mesti betul-betul panas sebelum tuang adunan ke dalam acuan.
  • Jika takda gula kastor,boleh kisar gula pasir untuk jadikan ia halus.

Kalau nak lagi mudah, beli aje.
Tapi tak dapat nak control kandungan manisnya ehehe~

Finish It Here or..?

01 February 17 Comments

 



Bermulanya Februari 2013 dulu, muncul satu kegigihan.

Masa tu di awal-awal trend blogging muncul sekitar tahun 2010 macam  tu lah.

Kegigihan yang aku maksudkan adalah masa tu aku cuba cabar diri aku untuk

mulakan entry berdasarkan huruf awal pada bulan tersebut.

Contohnya Februari akan mula dengan huruf F.

Bulan Mac akan mula dengan huruf M.

Dan begitulah bulan seterusnya.

Dan rupanya kegigihan tu dah berterusan hingga ke 2024 ni!

Dulu masa aku guna template simple, memang cantik je nampak 

senarai dropdown semua entry setiap bulan ikut huruf bulan masing-masing.

Bila bertukar-tukar template, sekarang dah tak nampak dah susunan tu.

Jadi rasanya mungkin akan berakhir di sini entry mengikut huruf setiap bulan?


Fuhhhh Membawang

01 February 16 Comments

 





Zaman sekarang ni makin hari makin tercekik tengok harga barang hehehe

Mana golongan yang suka membawang tu dah boleh tukar profesion lain.

Memsayur ke.

Membunga ke.

Pastu semalam petang dengar Geng Mesyuarat Tingkap Mak borak-borak.

Kecoh sikit pasal Bantuan STR.

Ramai yang tak update apa-apa, tahun-tahun lepas dapat elok.

Tup-tup tahun ni tak dapat.

Boleh buat rayuan rasanya kalau tak silap.

Tapi tak pastilah boleh dapat atau tidak untuk Fasa akan datang.

Jimat Set Baja Gemuk

31 January 14 Comments

 


Petang semalam ada jemputan Majlis Tahlil di rumah salah sorang 
Ahli Mesyuarat Tingkap Geng Mak (Makcik Liah)

Rumah Makcik Liah memang meriah dengan tanaman.
Bunga-bungan usah cakaplah memang warna-warni ada.

Aku geram tengok sayur Makcik Liah hijau subur.
Dah lah tak nampak sebarang serangga menyerang daun dia tu.
Subur helokkkkkk menghijau saujana mata memandang!



Aku tahan sabar biar selesai dulu majlis tahlil apa semua.
Baru ada peluang soal jawab Makcik Liah apa rahsia dia hehe

Rupanya Makcik Liah kata anak dia belikan Baja Gemuk !
Beli SET JIMAT BAJA GEMUK KAT SHOPEE aje mudah katanya.
Ewahhhhh Makcik Liah promote kemain ye!
Pastu aku tanya apa rahsia takde serangga makan daun sayur dia.
Makcik Liah kata dia selalu spray dengan air rendaman daun bawang.
Sembur je 2-3 hari sekali katanya, memang serangga takda datang.
Mungkin disebabkan ada enzim atau bau dari air rendaman tu kot,
yang membuatkan serangga taknak datang.
Apa yang penting? Perlu RAJIN sembur hehehe

Jom Buat Putu Mayam

29 January 16 Comments

 





Apa saja yang Mak dan Abah sebut, bila kata :
"Mak teringin lah nak makan Putu Mayam"

Zasssss sepantas kilat akan cuba diusahakan sampai jadi!
Macam mana masa kita kecik dulu, bila kita nak sesuatu,
Mak dan Abah cuba usaha penuhi kehendak kita kan?
Selagi sementara masih ada peluang, begitulah juga
aku cuba sedaya sehabis baik penuhi sedaya termampu.

BAHAN-BAHAN RESEPI PUTU MAYAM MUDAH

  • 2 cawan tepung beras
  • 2 cawan air (masuk sikit-sikit)
  • 1 sudu kecil garam 
  • 1 - 2 sudu kecil minyak masak
  • 1/2 biji kelapa parut campur sikit garam
  • Gula Perang
  • Gula Merah 

Cara buatnya aku tiruvasi aje kat youtube Che Nom.
Sebab pada aku resepi & cara dia sangat mudah untuk follow.

Dan untuk adunan 2 cawan tepung ni, aku dapat anggaran
lebih kurang 24-25 keping Putu Mayam.
Cukup sangat untuk makan 4-5 orang sekeluarga.

Nak cara lebih mudah memang pergi beli je di pasar malam.
Tapi bila permintaan anak tekak teringin tu timing takda jual,
Goyaaanggg dik goyanggggg hehehehe

Itu pasal lah aku merajinkan jari jemari goyang acuan buat sendiri.
Gigih aku goyang acuan muruku untuk hasilkan Putu Mayam.
Dan tadaaaaa disebabkan sedikit kerajinan,
Tiada apa yang mustahil gittewwww~ ahakssss

Jackpot Gold

26 January 13 Comments

 


Ini yang dikenali sebagai Melampodium Jackpot Gold-American Takii.
Dia sama spesis Mini Daisy Flower Plant.
Warna kuning dia  tu sangat cantik bila dia berkembang.

Yang ini pula dikenali sebagai Vinca.
Dia n pulak ada yang jenis tegak.
Ada juga jenis berjuntai (cantik untuk digantung dalam pasu)

Ini semua Kak Leha (Ahli Mesyuarat Tingkap Mak) chobaan merachunnn Mak.
Mak dah mula berzikir bagi hint mintak bawak melawat nursery bunga.


Jenis Taknak Manis-Resepi Brownies UPDATED

23 January 27 Comments

 





UPDATED !!! ---- RESEPI BROWNIES KEDUT 

  • 2 cawan dark chocolate compund
  • 2/3 cawan buttercup
*Microwave 1 - 2 minit
*Double boil pun boleh

  • 1 cawan gula putih (saya guna setengah saja untuk kurangkan manis)
  • 2 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanilla
*Campurkan adunan chocolate ke dalam adunan telur & gula
*Ayak 3/4 cawan tepung gandum
*1/4 cawan serbuk koko
*1/4 cawan chocolate chip (optional)
*Tuang masuk loyang petak boleh,bulat,segitiga pun boleh saje hehehe
*Cucuk bubble (jika ada)
*Bakar pada suhu 170c , 25 minit (depends oven masing-masing ye)
*Setelah masak,biarkan dulu di dalam oven & buka sikit pintu oven
untuk hasilkan kedut seribu dia anti gagal hehehehe

Resepi pun tiruvasi yang akak-akak share kat tiktok,facebook.
Pastu kurangkan kuantiti gula tu bagi jadi sikit aje.
Adjust ikut sesuai tekak kita supaya tak manis sangat hehehe



Mak dan Abah suka makan brownies tapi tak berapa suka yang beli.
Sebab walau kita request nak kurang manis, seller bagi manis juga.
Yelah mungkin nak jaga tahap rasa sama ye dak?

Jadi disebabkan itu,kita buat sendiri aje lah kat rumah.
Buat sendiri ni senang boleh adjust ikut tekak sendiri.
Nak manis ke,kurang manis ke. Ikut engko lah nakkkkk hehehe

Dan sebab loyang petak entah hilang ke mana selepas sesi mengemas stor dulu.
Tak dapat dikesan dengan mata kasar. Mungkin kena guna mata halus.
Atau pun kena guna kuasa shoppee pee pee je dah tentu akan jumpa kan? kikikiki


Jenama Mesin Basuh Apa?

18 January 28 Comments

 

Masa tahun 2019 dulu, satu kejayaan besar yang pernah aku dapat adalah :

SAYA MENANG LUCKY DRAW MESIN BASUH!

Dan insan paling gumbira tentulah Mak aku.

Sebab masa tu mesin basuh memang tunggu masa nak roboh hehe



Dan setelah lebih 5 tahun mesin basuh yang menang Lucky Draw tu berkhidmat,
Tiba masa dia menunjukkan simptom bakal mengalami kerobohan jugak.

Berbaloi jugalah walau hanya 5 tahun tapi pada aku, mesin tu banyak dah jasa.
Kalau nak basuh bilas sendiri guna tangan, memang tergeliat tangan aku.
Tambah pulak kalau seluar jeans dan yang jenis tebal.

Aku tanya Mak kenapa nak yang separa auto tu?
Mak kata lebih mudah nak control pembuangan air.
Kalau yang fully auto tu auto buang air walau masih boleh guna untuk cucian kedua.

Jamur Atau Cendawan

17 January 25 Comments

 






Tak sia-sia teman Mak & Abah masuk kebun sawit cuti weekend haritu.

Jalan punya jalan sambil selesaikan urusan buah sawit,

Ternampak putih-putih tumbuh di celah-celah pelepah sawit mati.

Yessss tak salah memang Cendawan Busut! Ayuhhhhh kutip! hehehe

Di tempat kami disebut sebagai Cendawan Busut ni. 

Dan hanya muncul beberapa kali dalam setahun.

Sering tumbuh di kawasan kebun sawit atau kebun getah.

Seronok kalau masuk kebun dan terjumpa.

Bagaikan rezeki terpijak sebab betul-betul di kaki (tumbuh dari dalam tanah).

Tapi tak semua tempat kebun sawit / kebun getah dia akan tumbuh.

Ada lokasi tertentu dan faktor tertentu untuk dia  tumbuh.

Ada peraih yang jual RM 10.00 - RM 15.00 untuk 1 kilo Cendawan Busut.

Menu paling top Cendawan Busut Tumis Air.

Letak lada hitam, bawang putih. 

Makan waktu hujannn fuhhhhhhh~ tak pandang kiri kanan hehehe

Tapi awas, jangan main kutip dan masak je kalau terjumpa cendawan.

Sebab ada beberapa kes termakan cendawan beracun.

Jellyball Fruity Atau Milky?

15 January 10 Comments

Sebulan - dua bulan yang lalu, ranchakkk tular berkenaan dengan JELLYBALL.

Ada yang buat jellyball berperisa buah atau fruity.

Ada juga yang buat jellyball bersusu atau berkuah susu (milky).



Aku menchoba beli jelly ball ni dengan harga Ringgit Malaysia 3 untuk 1 cocok.

Boleh lah buat ghaso-ghaso (sebab beli waktu tengah hari & macam dah mula cair tu).

Ramai juga yang pertikai harga yang diletakkan pada 1 cocok jellyball tu.

Ada yang jual Ringgit Malaysia Tiga untuk 6 biji (1 cocok).

Ada yang jual Ringgit Malaysia Lima - Enam untuk 6 biji (1 cocok).

Pada aku, harga tu diletakkan mungkin berdasarkan pada modal.

Ada yang modal mahal sebab beli barang mahal di tempat dia.

Dan mungkin ada yang dapat beli bahan mentah murah sikit,

jadi dia boleh jual harga murah sikit berbanding orang lain.

Senang cerita, nak murah beli buat sendiri.

Pastu haaaaa pikir sendiri berbaloi ke tidak jual harga yang awak letak tu eheee~