Jenis Taknak Manis-Resepi Brownies UPDATED

 





UPDATED !!! ---- RESEPI BROWNIES KEDUT 

  • 2 cawan dark chocolate compund
  • 2/3 cawan buttercup
*Microwave 1 - 2 minit
*Double boil pun boleh

  • 1 cawan gula putih (saya guna setengah saja untuk kurangkan manis)
  • 2 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanilla
*Campurkan adunan chocolate ke dalam adunan telur & gula
*Ayak 3/4 cawan tepung gandum
*1/4 cawan serbuk koko
*1/4 cawan chocolate chip (optional)
*Tuang masuk loyang petak boleh,bulat,segitiga pun boleh saje hehehe
*Cucuk bubble (jika ada)
*Bakar pada suhu 170c , 25 minit (depends oven masing-masing ye)
*Setelah masak,biarkan dulu di dalam oven & buka sikit pintu oven
untuk hasilkan kedut seribu dia anti gagal hehehehe

Resepi pun tiruvasi yang akak-akak share kat tiktok,facebook.
Pastu kurangkan kuantiti gula tu bagi jadi sikit aje.
Adjust ikut sesuai tekak kita supaya tak manis sangat hehehe



Mak dan Abah suka makan brownies tapi tak berapa suka yang beli.
Sebab walau kita request nak kurang manis, seller bagi manis juga.
Yelah mungkin nak jaga tahap rasa sama ye dak?

Jadi disebabkan itu,kita buat sendiri aje lah kat rumah.
Buat sendiri ni senang boleh adjust ikut tekak sendiri.
Nak manis ke,kurang manis ke. Ikut engko lah nakkkkk hehehe

Dan sebab loyang petak entah hilang ke mana selepas sesi mengemas stor dulu.
Tak dapat dikesan dengan mata kasar. Mungkin kena guna mata halus.
Atau pun kena guna kuasa shoppee pee pee je dah tentu akan jumpa kan? kikikiki


27 comments:

  1. bila buat sendiri, senang nak adjust gula....yummy!

    ReplyDelete
  2. Bertuah mak abah dapat anak pandai buat brownies...

    ReplyDelete
  3. cantik kedutan tu ana
    boleh buat niaga ni

    ReplyDelete
  4. Rajin Ana buat. Betul kalau buat suka hati letak banyak mana gula, coklat. Hehe.

    ReplyDelete
  5. cantik kejadiannya Ana..elok kedut

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejuk perut ibu mengandung, rajin Ana memenuhi perminttan mak/ayah. Terbaik

      Delete
  7. puas hati kalau buat sendiri.. cuma rajin tak rajin je

    ReplyDelete
  8. Loyang petak ke, bulat ke, yang penting hasil buatan Ana nampak sangat menggoda 😋

    ReplyDelete
  9. Brownies kan pernah try buat jadi tu jadi tapi x berkedut hehehe.. brownies ni suka makan tapi jgn la manis sgt...

    ReplyDelete
  10. Puas hati dapat buat brownies sendiri. Boleh ikut cita rasa.

    ReplyDelete
  11. Betul. Ammi kalau buat sendiri or sekarang anak dara dah pandai baking mmg request kurang manis.

    ReplyDelete
  12. Share resipi. Cantik elok kejadiannya. Naniey tak pernah buat brownies lagi..

    ReplyDelete
  13. kann..geng ngan MA..nak makan tapi nak kurang manis so merajinkan diri buat sendiri..
    so leh la adjust kurangkan gula bagai.. baru la x rasa bersalah kalau terrrmakan byk sikit.. he he he...

    ReplyDelete
  14. Wowww..cantik kejadiannya. Kedut helokkk 😊

    ReplyDelete
  15. salam ziarah dan follow jugak...thanks yerr :P

    ReplyDelete
  16. kuasa shopeee pee pee, benda seberang laut pun boleh jumpa. hehe

    ReplyDelete
  17. share resepi ana pliss.nk yg x manis ni

    ReplyDelete
  18. mujurla anaknya teror buat sendiri kan

    ReplyDelete
  19. lama x buat brownies... nape x tepek resepi kat sini ana?

    ReplyDelete
  20. Kalau brownies ni tak berapa suka sebab coklat...tapi kalau makan coklat sahaja boleh pulak. Ada anak yang boleh masakkan brownies tu satu nikmat bila orang tua kita nak makan kan......

    ReplyDelete
  21. Brownies yang menyelerakan...nak satu hehehe

    ReplyDelete
  22. Saya pandai beli je, buatnya idak.. hehehe..

    ReplyDelete
  23. Memang kalo bisa buat sendiri, lebih suka buat saja. Sesuai dengan keinginan kita. Saya pun tak suka brownies yg terlalu manis. Rasa mual nak habiskan 😅

    ReplyDelete
  24. Saya pun suka buat sendiri sebab less sweet. Tapi orang kedai buat manis rasanya sebab nak kasi bentuk brownies cantik kot sebab kalau tak cukup gula, susah nak dapat cracking effect kat atas tu

    ReplyDelete
  25. cantik kejadian brownies tu . selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  26. Brownies ni tak berapa nak makan tapi coklat bar biasa tu makan pulak. Anak saudara suka sangat brownies ni. Anak sendiri pun tak berapa makan pula....

    ReplyDelete