Now Agak Bizi

12 November 10 Comments
Salam kebizian.. Ecece kemain lagi 'salam kebizian'.. macam orang lain tak bizi la tu kononnye kehkehkeh.. Macam yang aku pernah share sebelum ni pasal ofis aku akan di'renovate' dan sekarang kerja-kerja renovation dah pon bermula 3-4 hari lepas.
Aku ni sekarang jadi mandor la setiap hari kena p melawat site. Tengok apa kerja-kerja yang diorang buat. Pastu macam biasa lah kena update dalam daily report segala gambar, daily task dan lain-lain.. WAJIB pergi melawat site 3 kali sehari -- pagi, tengah hari dan petang. Dah macam hape je lagi ulang alik ke sana sini kerja aku sekarang ni  =.='

http://eemoticons.netOwhhh by the way, terima kasih pada yang sudah join 1st GA by Anamizu. Anyone yang belum join, moh le yop, yong ! Tunggu hape lagi ? Hadiahnye banyak tu nak bagi kehkehkeh =P



Nampaknye Positif

07 November 27 Comments
Nampaknye ada kawan-kawan blogger yang bagi feedback positif untuk join GiveAway yang aku nak buat nanti.. Dan menambahkan lagi kembang hidong aku ni sebab ada yang sudi nak sponsor hadiah! Haaaa tudia hangpa semua memang A lah ! 
http://eemoticons.netKalo camtu lah kan,mohon kawan-kawan yang sudi nak sponsor hadiah boleh lah kiranya drop kan email engkorang kat entry ni untuk tindakan aku selanjutnya.. Tak kiralah hadiah apa sekalipon aku sangatlah berbesar hati untuk list kannye nanti ;)

Nah Entry #100

06 November 21 Comments

Bismillahirrahmanirrahim.. ok nah entry ke seratus untuk tahun duaribuempatbelas.. hnss hnss hnsss kembang kempis lobang hidong haaaa.. sebenornye sempena entry ke 100 ni, aku dok mikir macam nak buat GiveAway. MACAM la.. dok berfikir-fikir lagi ni.. sebabnya bila buat GA atau kontes, kena maintain momentum tu. haaa tudia yang payah sikit tu =P

http://eemoticons.nettapi ada ke yang nak join kalo aku buat GA? hadiah ofkos la misteri nusantara habes baq hang ! ke ada antara engkorang-engkorang sudi nak jadi co-sponsor ke cane???kehkehkeh =P

Nengok Panda

03 November 38 Comments
Sabtu (1 November) haritu aku pegi temankan si akak iparku bawak anak dia si Rafael yang obses otromen tu pegi lawatan sekolah tadika dia -- ke Zoo Negara.. Cikgu mula serahkan surat kebenaran untuk parent tandatangan apa semua since last two weeks dan bermula dari haritu jugaklah si Rafael setiap hari tanya bila kita nak pegi zoo mama? SETIAP HARI dia tanya. Nak pegi sekolah -- dia tanya. Nanti tengah hari balik sekolah dia tanya lagi.. sampaikan dia siap mintak tolong mama dia ajarkan cara voice chat kat wassap untuk tanya kat aku ni bila nak datang rumah dia sebab mama dia dah book seat untuk aku sekali.. Haaa tudia la bebudak kan. Eksaited tahap gaban dia nak p zoo nengok menatang-menatang dalam tu.. Aku dengan mama Rafael eksaited sebab teringatkan ada si Panda dua ekor yang dari China tu ha.. Agak eksaited plus jakun gittewwww nak p nengoknye kehkehkeh 
Si Rafael ni sekolah kat Tadika Kemas Bukit Lanchong, Subang, Selangor.. Pukul 7.30 start berkumpul pastu dalam jam 8.00 camtu start gerak dari sekolah diorang. Dua bijik bas cikgunye sediakan sebab seperate antara bebudak yang 5 tahun dengan yang 6 tahun.. Sampai kat zoo tu dalam jam 9.30 pagi camtu dan lepas je setel cikgu bagi briefing apa semua, parents masing-masing boleh bawak anak masing-masing untuk jalan dalam zoo tu.. Masa yang cikgunye bagi adalah sampai jam 12.30 tengah hari sharp kena pastikan ada semula di exit pintu masuk zoo tu.. Haaa 3 jam engko !
Bebudak eksaited untuk dibawa daftar kat kaunter tiket. 
Budak yang obses otromen tu paling depan.
Fotoshoot bebudak kelas 6 tahun dengan cikgunye
 
Ini first time aku jejak kaki ke Zoo Negara.. Kalo zoo Tepeng(Taiping) tu boleh dikatakan tiap tahun balik raya mesti singgah. Maklumlah Lake Garden Tepeng dengan Zoo Tepeng tu tempat berdating Mommy and Daddy dedulu. Tu yang tiap kali balik Taiping mesti nak singgah. Ala-ala throwback gittewwww kehkehkeh
Berbalik pada Panda dan Zoo Negara.. Lepas bosan kena beratur lebih kurang 20 minit secara 3 line corner S untuk masuk dalam Panda Conservation Center tu, akhirnya dapat jugaklah masuk untuk menatap si Fuwa dan Fengyi tu selama 15 minit.. Jadilah dapat gak nengok panda secara live kate ko ! kehhkehkeh    Zoo Negara ni luas dia fuhhhhh boleh tahan la.. Kalo pegi dengan marka memang tak rasela segala penat lelah berjalan dalam tu gamaknye. Maklumla jiwa tengah bahagia kate ko ! kehkehkeh   Tapi kalo pegi dengan family better naik train dia la so takdela letih sangat.. Dan memandangkan it is Zoo Negara maka otomatisnya jugak harga segala barang jualan berada pada tahap padepowww ! Kalo air mineral kecik biasa kita beli dalam 80sen atau paling mahal singgit la kan.. Haaa yang tu akan menjadi RM3.50 sebotol kecil. Aku ni pulak antara peminum tegar Tropicana Twister. Kalo botol kecik normal price dalam RM2.50 camtu tapi dalam Zoo Negara it will be RM5.50 sebotol kecik. Haa amek hang.. Pesanan khidmat masyarakat dari aku adalah -- belilah siap-siap air dari luar sebelum kau menjejakkan kaki ke dalam arena kebinatangan ittewww kehkehkeh
Overall aku enjoy lah jejalan dalam Zoo Negara ni sebabnya almost semua kandang ada penghuninya kalo compare to Zoo Taiping.. Kat Zoo Negara ni jugak ada Tasik yang wow gittewww hehehe.. Pastu ada Heliconia Walk, ada Savannah Walk, ada Cat Walk haa pastu ada Reptiles House pastu ada jugak Butterfly Garden.. 
http://eemoticons.netAku ni pulak memang jenis suka nature-nature gini.. So dok berangan kalo lah kan ada jejaka malaya yang tetiba lah propose aku bagi bunga ke hape ke  kan pastu bawak aku p dating kat dalam Zoo Negara ni pon aku dah sonok kemain la agaknye.. hahahahaha =P


Ohoi si lelaki itu

29 October 23 Comments

Dua tahun dulu aku pernah kongsi pasal sorang member aku ni si N dengan kesah dia kat sini .. Pasal konflik si N dengan kekaseh dia -- si lelaki tu terpaksa akur dengan pilihan keluarga dan si lelaki tak mampu untuk melawan kehendak keluarga atas sebab si ibu dan ayah yang sudah uzur dan berkeras mahukan juga pertunangan itu diteruskan sebab pilihan keluarganya tu memang orang 1 kampung dan dah kenal lama pulak... Maka bersedih hatilah si N bermula dari dua tahun lepas. Tapi masa tu baru mahu ditetapkan pertunangan. katanya lah.
Tapi, lepas tu mereka buat macam biasa -- go with the flow katanya sebab si lelaki memang sayaaaang sangat pada si N katanya dan berlaku pergaduhan jugak antara si lelaki dengan keluarganya disebabkan si lelaki seperti mahu melawan kehendak keluarga..
Tapi, kelmarin si lelaki wassap si N --- "keluarga abang dah tetapkan tarikh kawen.. dalam masa terdekat.. abang runsing lah... " 
Menggeletar si N masa baca wassap tu.. Menangis semahunya dia.. Segala persoalan keluar :

"Keluarga dia benci aku ke?"
"Mak dia tak suka aku ke?"
"Ayah dia tak suka aku ke?"

Dan si N tanya sendiri pada si lelaki tu : "Mak abang tak suka sayang ke?" 
Jawapan si lelaki tu pulak : "bukan tak suka lah sayang... tapi.. sebab diorang ada pilihan.."

Demmmmmm. aku yang cuma tengok si N tu sedih pon dah cukup sebak jiwa aku.. belum lagi aku yang kena tempuh.. Hurmmm bersabarlah wahai jiwa-jiwa yang aku sayang.. Barangkali ini teguran Dia buat hamba-hambanya yang sering leka dengan arus dunia.. N sempat berseloroh dengan aku dalam tangis dia -- "Hurmmm mungkin ini Allah tegur aku sebab selama ada kekaseh hati ni aku leka dan lupa pada Kekasih Hati yang sepatutnya kan ana kan..."
Hurmm aku dengan partner aku si Ida ngomel sesama kami berdua : Takkanla mamat tu langsung tak pernah cerita ke kat family dia yang dia dah ada pilihan sendiri.. Macam tak logik je zaman 2014 ni lelaki boleh akur je ikut pilihan family.. hurmmm macam something fishy je hurmm hurmm

Bertabahlah wahai N.. 


Ola ! Paris Souvenirs Giveaway by JINDRISSKA!!

25 October 21 Comments
Dalam angan-angan aku ada 2--3 negara yang aku teringiiiiiiiiiin sangat-sangat nak jejak kaki antaranya Jepun, Netherland dan jugak Jerman. Memandangkan buat masa ni aku masih belom berkemampuan untuk penuhkan tabung Glob Dunia aku tu, jadi aku setakat mampu jelajah dunia through blogwalking je lah.. Tengah sedaaap jelajah rumah-rumah engkorang tu tetiba aku TERsinggah kat blog Siti Aisya Ibrahim ni.. Kebetulan pulak dia buat GiveAway.. Ada ole-ole dari Jerman engko ! Ahah hape tunggu lagi, berdesup lah aku nak join ! Weeeee~

Aku tag Nanad  +  Aina  +  Gee untuk join lah sekali GA ni.. moh kite try kot2 dapat keychain Eiffel tu kehkehkeh

http://eemoticons.netTudia hadiah dia keychain Eiffel Tower.. ada lagi hadiah lain Aisya nak bagi.. Dah lama jugak aku tak join mana-mana GA.. Memandangkan sekarang ni banyak masa free, mungkin akan keraplah aku join GA pasni lalalala~




Ohemgee ! Apa Itu Bimbo?

25 October 67 Comments
Aku bersyukur sangat sebab dapat kerja dalam kampung aku sendiri.. Banyak indahnya kerja dalam kampung sendiri ni antaranya : dapat dekat dengan org kampung, dapat berkhidmat utk orang kampung kita sendiri.. Dan yang penting dapat save banyak wo ! Yelah kan duduk dengan parents -- sewa rumah takyah bayar. Apa mak ayah makan itulah kita makan. Disamping tu dapat gak jaga mak ayah depan mata sendiri kan.. 
Sebenarnye aku repost entry ni. 3-4 tahun dulu, masa aku dah dapat amek lesen hasil aku berjimat dan saving duit gaji aku, saat tu aku rasa macam nak terbang satu dunia punya eksaited bak hang! Yelah kawan-kawan lain majoriti habes je sekolah form 5, parents pakat bagi duit suruh ambik lesen motor kereta. Aku ? Memang tak la. Memandangkan family aku bukan orang senang. Makanya segala benda yang aku nak, aku kena wajib usaha sendiri untuk dapatkan. 
Lepas setel dapatkan lesen, barulah gedik-gedik pulak nak beli kereta. Errr tapi ekceli bukanlah gedik-gedik sesaja nak beli kereta, it is more to keperluan disebabkan rumah aku memang takde kereta dan kerja aku memerlukan aku ada kereta sebab selalu kena travel.

Jadi disebabkan aku perlu ada sebijik kereta, lepas 3 bulan dapat lesen, aku pon dah diskas dengan mak ayah aku untuk decide nak amek kereta jenis apa bla bla semua.. Mulanya niat aku nak rembat kereta Kelisa secondhand je. Yelah sebab pada pemikiran aku Kelisa tu kecik, senanglah untuk aku yang lesen baru nak bawak kesana sini. Pastu berangan kekonon nak convert + make up Kelisa kecik tu jadi ala-ala Mini Cooper gitttewww ahaksss   Nak yang secondhand pulak sebabnye aku rasa aku takkan rasa sayang tahap gaban sangatlah kalo nanti tak sengaja TERscratch ke hape ke.. Tapi last-last Big Boss yakni abah aku provok suruh amek kereta Proton Pesona sebab alasan dia 'bonet belakang yang luas dan dalam' amat sesuai untuk abah isi barang-barang bila nak travel ke mana-mana.. kalo Kelisa kan bontot kecik je. Haaa hamek engko. Terus tersadailah impian aku nak dapatkan Kelisa untuk digrooming cecantik macam kat atas tu kehkehkeh

Profile     Nama : Bimbo                   Tarikh Lahir : 31 Mac 2011

Rupa-rupanya Big Boss dah ada plan baekkkkkk punya dengan Mem Besar. Depa buat surprise p ambik sendiri Pesona tu dan lepas aku balik dari kerja tup tup tengok depan rumah dah ada tercongok ha Pesona Silver sebijik ! Eksaited kemain aku masa ni. Yelah my very own first car lah katekannnnnn kehkehkeh
Dan aku dah plan untuk namakan Pesona Silver aku ni dengan nama BIMBO. Tapi aku tak sangka sebenarnye menurut si Uncle Wiki -- Maksud Bimbo.

Bimbo is a derogatory slang term for an attractive but unintelligent female. The term was originally used in the United States as early as 1919 for an unintelligent or brutish male.


Arhhhh lantaklah pedulikkan apa si Uncle Wiki tu nak kata. 
Yang penting Bimbo dah banyak jasa dengan aku. 
Sampaikan dah injured-injured Bimbo selama hidup dengan aku sepanjang 4 tahun ni. 


Ohsem October Trip | Gold Coast Morib Part 2

24 October 10 Comments
Malam tu kamiorang decide untuk makan kat area Pantai Bagan Lalang sebabnya sebelum pergi tu dah google-google mana restoran / kedai makan yang best kat situ.. Kamiorang bertolak awal lebih kurang jam 6 dari hotel sebab untuk ke sampai ke Pantai Bagan Lalang tu amek masa lebih kurang 30minit jugak kalo tak silap.. Alhamdulillah masa kamiorang sampai kat Restoran Bayu Malam Wak Lan tu orang pon tak ramai lagi sebab baru je pukul 7 lebih kurang.. Ditambah pulak dengan hujan maka orang pon belum pakat keluar sarang lagi untuk cari makanan hehehe
Daripada hasil googling sana sini sebelum berangkat tu, ramai jugak yang share tentang tahap kemurahan harga kat restoran Wak Lan ni sebabnya segala mak nenek seafood ada dan fresh plus engko boleh pilih sendiri apa saja seafood yang terasa nak telan.. Kamiorang decide makan kerapu bakar + tomyam seafood +  lala masak apa entah lupa pulak + sotong goreng tepong yang ohsem baq hang + kailan ikan masin + pepahat masam manis pecah telor .. dapat je nasik suap ke mulut memang senyap sunyi tak sembang apa dah.. pakat menyuap je masing-masing.. maklumla laporrrr kehkehkeh
Dan memang terbukti murah harganya.. Gedebuk gedebak semua tu dalam seratus lebih je (makan 4 orang dan di lokasi tempat peranginan) selalunya jarang boleh dapat harga murah kan ? so Restoran Wak Lan ni is highly recomended jugak untuk sesiapa yang datang ke Gold Coast Morb ni ;)
Setel je makan dan perut dah full, kami pon cuci mata dekat gerai-gerai jualan yang ada bersebelahan dengan restoran tu.. macam-macam jugak barangan dijual.. sipbaik masa pegi belom gaji je, kalo tidak konfem macam-macam aku rembat kehkehkeh    Sepanjang perjalanan balik ke hotel tu dah plan nak sambung berendam lagi dalam jakuzi. Al maklumlah dua hari tu je dapat jadi orang kaya kekononnye hahahaha.. Pakat gilir-gilir masuk berendam dalam tu.. Takmau lepas peluang weyhh ahaksss
Pagi tu lepas je solat subuh, mata takmau lena dah. Punya la eksaited nak turun p ke Water Theme Park dia.. Apa tak eksaited, selak je langsir bilik, jenguk je bawah haaa tudia terbentang luas depan mata.. Menggoncang iman sungguh la =P  Breakfast start pukul 8 sampai lah 10 pagi so pagi tu seawal jam 8 pagi kamiorang dah siap sedia untuk attack segala apa yang ada untuk sarapan. Ingatkan time cuti Deepavali tak ramai la orang kat hotel tu sekalinya bila turun je, haaa tudiaaaaa jenuh beratoq nak amek sarapan.. Ahah ! yang ni lagi satu part aku tak bekenan -- susunatur tempat ambik makanan dengan tempat nak duduk tudiaaaa hujung dunia ! Punya tak praktikal. Jenuh la kena berjalan sebatuuuuuu dulu nak letak makanan atas meja pastu kena jalan p pulak sebatuuuuu lagi untuk p ambik ayaq. Huhhhh spoilt ! Sipbek semua yang aku ambik kena dengan tekak aku kecuali mini pau tu je rasa macam yang semalam semalam semalam punya dipanaskan balik je. 
Water Theme Park dia ni memang terang benderang nampak masa tengah dok sarapan tu.. maknanya orang boleh 'cuci mata' sambil menjamu selera. Lelaki suka la kan  time makan boleh ushar awek-aweks mandi manda wakakakaka =P

Puas jugakla semuanya aku try kecuali sliding yang utama kaler biru muda + biru tua tu je tak boleh try sebab tak pakai dress code yang sepatutnya.. Aku ingatkan buleh la nak bodek brader yang jaga tu dengan kenyit-kenyit mata ke rupanya beliau sungguh amanah dalam menjalankan tanggungjawab chittttt maka tak dapatlah aku nak tunjuk skill menggelongsor dalam terowong masa tu huwawawawa

nanges laju-laju  bawak diri cari batu belah batu bertangkup http://eemoticons.net