Mentaliti


rasa macam baru je 1 januari. tup tup sekarang dah bulan mei. baru ni member aku si Nurul ada balik kampung. sembang-sembang dengan dia. 

Nurul : weyhh ana, masa aku baru sampai semalam kan, mak aku terus bagitau haritu ada Makcik Milah lorong belakang rumah aku tu, datang rumah.. tanya kat mak aku pasal aku ni dah ada 'kawan' ke belum.. kalau takde, ada kawan anak dia nak 'bekawan' dengan aku..

Aku : errr cemana pulak kawan anak dia tu boleh kenai hang ?

Nurul : Makcik Milah cakap, kawan anak dia tu tengok aku masa kenduri anak Makcik Milah si Wawa haritu.. memang aku ada pegi masa tu.. siap tungggang langgang atas pelamin dok posing sakan dengan pengantin.. habeh la dia tengok perangai tak senonoh aku kot masa tu..

Aku : pastu hang mau la?

Nurul : aku ni entahla ana.. nak kata nak--aku pun tengah dok 'bekawan' dengan si **** tu sekarang ni kan.. tapi tu la, tak taula sampai bila kami nak bekawan je.. sebab hang tau la kan kes family dia tak suka aku T___T pastu pulak kalo aku nak kata taknak-- aku sendiri pun bukan kenai langsung dengan kawan anak Makcik Milah tu.. nama pun aku taktau..

Aku : Mak ayah hang terima ke cemana tu ?

Nurul : Hermm yang tu lagi satu.. Mak aku kata Makcik Milah cakap, kawan anak dia tu kerja kilang ja.. Terus mak aku buat muka kat aku macam bagi hint tak bekenan la kot.. yang aku ni dok pikir -- memangla keja kilang, tapi entah-entah engineer kilang ke ape ke kan.. takyahla menilai sangat pasal kerja ke apa semua.. kenai la dulu hati budi ke kan.. ini hurmmm.. entahla ana.. aku pun tak tau nak kata cemana..

Aku : Hurmm yang tu aku tak tau nak kata apa dah.


Aku sendiri pon tak tau nak cakap apa kes camni.. Payah jugak kalau mak ayah jenis camni. Memangla nak yang terbaik untuk anak masing-masing kan, tapi kalau awal-awal lagi dah judge camtu, phewww entahla --

13 comments:

  1. Biasalah orang tua, mentaliti lain sikit. Hmmm.

    ReplyDelete
  2. Kene slow talk ngan mak.... istikharah lah...Allah tahu terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe. die lebih kenal mak dgn ayah die.
      kalo die rase ok utk slow talk, die procceed.
      kalo slow talk tu make it worst, rasenye die senyapkan je hehe :)

      Delete
  3. Sokong msredcheesecake

    ReplyDelete
  4. wah, nurul kawan ana tu mesti "hotstuff"... ;3

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde hotstuff lah. die biase-biase aje. mcm ana jugak orgnye hehe :)

      Delete
  5. org tua mmg camtu..tp tak semua la mentaliti camtu...nk yg keja gomen ja,padahal keja gomen idup cukup2 mkn,hutang keliling pinggang..1 of my frenz mak pak dia camni la..:)

    ReplyDelete
  6. Masalah dengan masyarakat zaman sekarang memandang harta dan kedudukan sgt..
    Nanti akan keluar hujah macam "Memang laa hati budi tu yang utama, tapi kalau gaji sikit nak kasi makan apa? Makan kasih sayang boleh kenyang?" mende2 camtu...

    Walaupun betul, tp tak semestinya mutlak, kan?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum ana..
    bulan 5 ni bulan kelahiran saya..hehehe..

    biasalah bila parent akan mencebik bila dengar pekerjaan yang tak semenggah doktor, lawyer, arkitek. rezeki kan datangnya dari Allah S.W.T.

    asal saja ana tau, suami saya hanya mekanik biasa yg berkelulusan spm je. mmg makan masa nak kenalkan dengan parent. takut penerimaan diorang camana. takut penerimaan adik beradik yg lain camana. nak2 semua ipar2 keja gov dan ada pangkat. suami pun masa tu takut nak berdepan. rasa rendah diri. sangat.

    tapi sbb kental sangat, nak jugak. dan percaya rezeki tu sentiasa ada janji usaha. alhamdulillah parent dan ahli keluarga yang lain terima. dan suami pun ada usaha untuk majukan diri sendiri. semoga usaha suami akan pelan2 nampakkan hasil.

    ReplyDelete
  8. salam. normal la tu dear huhu...manusia pelbagai macam mentaliti nya :)

    ReplyDelete
  9. Lelaki: Pun tak nak taip panjang lebar.
    Kalau berkawan 8 tahun atau 8 hari sekali pun, kalau dah jodoh inshaAllah ada.

    *Akak usop ada yang berkawan dari sekolah (lebih kurang 8 tahun kot), kawan dia pun baik, dgn family ngam... tapi kalau dah bukan jodoh. habis macam tu je.

    hehe tercerita pasal akak pulak :D

    ReplyDelete