Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

terubuk masin sarawak

13 October 31 Comments
ofismate gua : cik ida

setelah gua ditinggalkan beberapa hari oleh ofismate gua, hari ini beliau telah kembali dengan jayanya.. alhamdulillah beliau selamat pergi dan selamat kembali.. walaupun pelbagai dugaan dan rintangan diterima seawal bertolak untuk ke airport, akhirnya beliau selamat pulang kembali.. welkem back my partner! gua rindu lu lah..hehe.. part yang paling best adalah beliau tak lupa buah tangan untuk gua! hehehe



*klik sekali saja untuk membesar*

spesel terubuk masin dari sarawak! dengan muka penuh teruja, gua pun ajak mak gua kerjakan ikan terubuk nih untuk juadah kami sekeluarga.. lepas tung tang, tung tang with my best chef, tadaaaaaa! terubuk yang asalnya hanya terperap dalam bungkusan paper cina nanyang siangpau telah bertukar menjadi terubuk masin goreng bersama sayur pucuk.. kasi hiasan sikit taruk hirisan bawang besar + cili merah / hijau + hirisan limau.. memang yummy la maaaaakkk! nanti balik kerje nak ajak mak buat terubuk masin masak lemak cili api plak la.. kehkehkeh~


*klik sekali saja untuk membesar*

terubuk masin goreng bersama sayur pucuk + terubuk masin masak lemak cili api



*klik sekali saja untuk membesar*



gua jugak dapat souvinear spesel ni dari sarawak.. tempat letak pen + surat dan jugak keychain burung kenyalang.. senyum lebar kemain gua dari pagi sampai ke petang... kehkehkehkeh =P terima kasih buat ofismate gua cik ida.. kalo ceni la gayanya, gua rela je kene tinggal selalu.. hehe




suke tak?suke tak?? ce like..ce like =P

bini-biniku gengster + payung emas

12 October 64 Comments

*gangster mood activated*




dah tengok bini-biniku gengster(BBG)?? belom? gua syorkan p tengokla.. kat astero first pun dah keluarkan? tak tengok jugak? gua pun tak tengok kat astero sebab rumah gua memang abah gua takmau pasang kuali astero tu.. MEMBAZIR kata abah.. gua pikir pun memang logik gak.. memilih alternatif lain, gua pun paksa member gua donlodkan.. sipbaik dia pun takde hal nak tolong.. gua pun hape lagi.. bantai layan movie sambil kerja la.. memang terasa cool! hoyehh~ partner kerja gua pulak memang p holiday ke sarawak.. 




tajuk dia camtu bukan pasal gua nk riview BBG ke hape.. lu orang pon dah tengok sendiri kan? sendiri pon dah bleh review.. gua bukan buat show FUHHH ke rancangan CINEMA,CINEMA,CINEMA ke nak review-review nih =P tu gua nak fokus yang lepas tanda + (tambah) tu "payung emas"... pernah dengar? *apsal gua rasa masih berlegar-legar dengan perKAHWINan lagi nih..cis~ gua bukan anti poligami ke hape.. seriyes gua tak kesah pun lu orang nak kawen berape pon selagi lu MAMPU..saja nak tambah ilmu yang serba kekurangan nih.. sebab telinga gua mcm seringkali diperdendangkan dengan frasa "payung emas" nih.. *maklumla nanti-nanti nak menghadapi alam rumahtangga senang.. hahaha




SOALAN :
-Bagaimana status hadis yang menyatakan bahawa wanita yang mengizinkan suaminya berpoligami akan diberikan ganjaran payung emas di syurga?

-Bagaimana pula status hadis-hadis lain (jika ada) berkenaan kelebihan berpoligami?


JAWAPAN OSTAD :


wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah..
Tidak pula saya berjumpa dengan hadith-hadith sahih mengenai ganjaran wanita yang mengizinkan suami berpoligami diberikan payung emas di syurga.

Bagi wanita solehah yang ta'at kepada suami, faham akan kebenaran agama terhadap poligami dan bersabar diatas kerenah suami, sudah tentu akan mendapat ganjaran daripada Allah swt.


Sudah tentu ganjaran yang terbaik bagi seorang isteri adalah balasan syurga. Dialam sebuah hadith Nabi saw bersabda :-


Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa bulan bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, akan dikatakan kepadanya : Masuklah ke Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki" [Hadith Ibn Hibban].


Tidak ada kesukaran, penyakit, kekecewaan, luka, dugaan yang menimpa orang Islam, sehinggakan sekeping duri yang mencucuk dia, Allah swt akan mengkifarahkan baginya kesalahan-kesalahan". [Hadith Riwayat al-Bukhari #5642, Muslim #2573]

Didalam hadith yang lain, Nabi saw bersabda :

"Bala' akan terus menimpa orang yang beriman baik lelaki dan wanita, pada diri mereka, anak-anak mereka dan harta-harta mereka, sehingga dia bertemu Allah tanpa ada dosa keatasnya" [Hadith Riwayat al-Tirmudzi #2399]

Demikianlah ganjaran umum kepada seseoramg isteri yang membenarkan suaminya berpoligami, cuma tidak terdapat hadith-hadith yang khusus seperti ganjaran payung emas dan sebagainya..Wallahu'alam


sumber : soaljawabQuranDanHadis




kalau masih kabur penglihatan, pakat-pakatla kita p jumpa ostad-ostad & ostazah-ostazah yang lebih 'arif dalam hal yang berkenaan..kan orang terdahulu selalu pesan "malu bertanya, sesat jalan".. eventho zaman sekarang boleh google + GPS ke hape jadah lagi teknologi yang ade, rujukan pada yang 'ARIF tetap lebih releven bila berkaitan ilmu agama ;)

misai kucing

10 October 73 Comments


*gangster mood activated*

"semenjak dua menjak ni apsal lu suke sangat cerita pasal kawen ni cik ana? gua tengok lu macam dah sampai seru je.. cecepat la.. tunggu ape lagi?"
cis berani lu suruh gua cepat kawen? lu tunggu la.. dah betol-betol sampai seru nanti gerenti gua invite lu punye.. siap bagi kad wangi-wangi lagi =P hoi,hoi cukup pasal kawen. stop!





nak cakap pasal misai kucing.. bukan misai kucing herba tu lah.. ni kucing punya misai..misai yang kat mulut tu..ape omputih kata "mustache" ke hape tah.. ha yang tu la.. penah tengok kucing takde misai? gua rasa dari observation gua semua kucing ada misai.. gua pernah debate pasal misai kucing dengan abang long gua.. abang long pernah cakap yang misai kucing ni satu alat penting pada kucing.. misai tu wujud ada sebab.. gua pun memang percaye je la.. mana la reti nak gugel ke hape mase tu.. bila dah reti menggugel nih, baru la gua dapat info sikit pasal misai kucing ni smua..

  • Misai yang dimiliki oleh kucing pernah diberi jolokan deria keenam kucing. Misai ini adalah sangat sensitif sehinggakan jika ia digerakkan hanya 1/2000 daripada lebar rambut manusia, ia akan menghantar isyarat kepada otak kucing. Dari segi anatomi, misai kucing ini dipanggil tactile vibrissae.
  • Misai yang bertindak sebagai sensor sentuhan ini digunakan untuk mengendap buruan, mengukur dan memberi amaran kepada kucing terhadap halangan yang tidak dapat dilihat oleh kucing.
  • Misai yang rosak akan menyebabkan salah tafsir dan meraba-raba teutamanya dalam keadaan gelap. Misai mengesan angin dan perubahan terhadap gerakan angin. Maklumat ini digunakan untuk mengenalpasti lokasi binatang buruannya. Dalam suasana gelap, kucing bergantung kepada misainya untuk navigasi dan koordinasi.
  • Jika kucing kehilangan misainya, dia terpaksa bergantung kepada matanya sahaja untuk berjalan dan memburu

sumber : rahsia misai kucing


gua pernah dengar cerita orang.. kalau potong misai kucing, kucing tu boleh jadi tak berape betol.. gua rasa betol jugak kot.. dan gua benci gila tengok video gadis-gadis jepun atau china yang muka comel tapi hati kejam gila.. dorang sanggup pijak anak kucing comel sampai terburai isi perut.. memang macam haremm~




nota kecil : sayangilah kucing.. nabi pun sayang kucing taw =)

menjadi tunangan + isteri orang

10 October 36 Comments
*masih dalam mood gengster*


kahwin lagi?? ciss! layankan je lah.. kemarin sabtu dan ahad.. weekend memang adatlah kenduri kendara sana sini.. kad jemputan memang tunggu turn je untuk ditempek kat notice board tu.. gua pulak kerje sorang-sorang.. partner gua cuti p holiday ke sarawak.. gua pulun kerje secara solo.. rabu baru beliau pulang.. harap-harap adelah buah tangan + buah kaki dan buah lain dari sarawak untuk gua partner kesayangan beliau.. kehkehkeh



sabtu tu sorang kawan gua bertunang.. orang felda bertemu tunangannya dengan orang felda ni jugak.. dulang hantaran 20 lebih dari pihak lelaki berbalas 40 lebih dari pihak perempuan.. perhhh! memang jenuh buat rantaian manusia la masa nak keluarkan hantaran belah perempuan dari dalam bilik ke ruang tamu.. makcik-makcik yang ada tu jenuh dok susun + ejas bagi elok muat-muat dengan hantaran pihak lelaki.. memang orang felda ni pemurah dan baik hati gamaknye.. masa nak bawak balik tu, jenuh pulak susun nak bagi muat dalam kereta.. teruja gila gua tengok gubahan-gubahan yang macam-macam bentuk tu!






hantaran banyak dan sangat menterujakan bijik mata + makcik-makcik sempoi gila bab bergambar.. stylo la makcik! selamat menjadi tunangan orang nurnajihah binti abdullah sani =)





ini amer member gua masa form six dulu.. amer sangat suka bergurau kasar.. malam semalam dia update status fesbuk "esok turn aku lak... haha.. mggu lps asma dgn suami tunang.. sok aku lak yg brtunang.. kawin entah ble... haha..." dan memang seriyes gua ingatkan dia memain.. tup-tup petang tadi member gua lagi 1 tag gambar amer bertunang.. benar-benar kau bertunang rupanya amer! sumpah gua ingat lu memaen.. dan lu pun memang takde jemput gua so memang kukuhla alasan gua sebab tak pegi lu bertunang =P dan rupa-rupanya jugak, amer pun dapat tunangan orang felda... felda trolak... wahhhh! pakat cari orang felda deme ye.. selamat menjadi tunangan orang amer.. sila jangan bernakal-nakalan lagi =P





ini member gua hidayah.. selamat menjadi isteri orang pada 9 oktober 2011.. gua sempat sembang dengan ayah lu, ayah lu cakap jemputan yang hadir ada la dalam 3 ribu orang.. perhh! no wonderpet la memang traffic jem masa tetamu lelaki nak salam dengan ayah lu kasi ang pow dan masa nak amek nasik minyak pon memang sesak gila.. dengan hangat mentari sehangat kasih lu yang membara terhadap suami lu =P anyway selamat menjadi isteri solehah untuk mohd hanis.. jaga perut beliau bebaik ye ;)



sikit doa untuk kalian :
“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib





nota kecil : bukan gua yang jadi tunangan + isteri orang
=P

SANGAP itu apakah?

09 October 59 Comments
*gengster mood activated*
*awas! entry berbaur 18sx*


ini semua berpunca dari kisah mahu kahwin segera..sangap ke?? soalan dia ada perkataan SANGAP.. tambah pulak kazari mai tanya kat shoutmix gua soalan "sangap tak? jom minum nescafe"... tapi kepala otak gua terus terfikir pasal kahwin.. tu yang terhasil kisah mahu kahwin segera tu.. kuning ke otak gua??? tak kan? kan? *jangan berani jawab KUNING.. KUNING kan BERSIH! weeeeee~~




pastu member gua datang tanye.. ini abang besar POCKET tanya apa kena mengena SANGAP tu dengan kahwin?? sampaikan beliau rasa pemahaman beliau dalam bahasa malaysia berada pada posisi lemah.. untuk menghilangkan kegusaran POCKET dan sebelum abang-abang besar yang lain datang serang bagi soalan ala-ala gini jugak, gua nak bagi penjelasan pasal SANGAP tu ikot tahap pemahaman gua lah ye =P



maksud SANGAP 1 :

  • bermaksud menguap..dan mungkin orang-orang selatan seperti dari johor terutamanya yang mengaitkan sangap ni sebagai perbuatan menguap.. sangap tu perbuatan kan? kalo english kira kategori VERB la kot kan?kan? =P

maksud SANGAP 2 :

  • kalau ikot bahasa slanga atau pun bahasa pasar zaman sekarang ni, sangap ni dikaitkan dengan perbuatan mahukan sesuatu yang amat sangat.. mcm dalam filem aku masih dara tu kan ada 1 dialog bunyi dia lebih kurang camni "aku SANGAP lubang.." maksudnye dia sangat-sangat mahukan lubang.. ciss punya clear kot gua bagi contoh =P


so sebenarnye depends pada ayat gak la kot penggunaan perkataan SANGAP tu.. kalau takat ajak minum nescafe, dah tentu merujuk pada sangap yang pertama.. kalau kalut cari lobang, mungkin merujuk pada sangap yang kedua.. sekali lagi contoh sangat clear gua rasa gua bagi..ada betol ke pemahaman gua tu?? kita tunggu geng daddy cool + supermak datang enterframe.. dorang lagi faham & lagi dulu makan garam kunyit dari gua yang masih setahun jagung nih..kehkehkeh.. errrrr entry sudah berbaur lucah..ngeeee larii!!!!






nota kecil : salah faham boleh membuatkan rumah tangga berantakan.. kan?kan?kan? =P *KAHWIN lagi..oopps~

Aku Anak Felda

04 October 62 Comments

Haah ni aku anak Felda je. Abah aku peneroka Felda. Bermula dari mengusahakan sawah bendang di kampung pastu abah berhijrah ke tanah Felda mencari rezeki untuk keluarga. Hidup di bendang tak seindah mana tapi alhamdulillah dengan hasil sawah bendang jugaklah Abah menyara anak-anak dan isteri yang satu. Abah belajar tak tinggi. Darjah empat dah kena berhenti sebab perlu tolong keluarga. Perlu bantu ibu danayah untuk sara adik-adik yang lain. Kesian Abah tapi Abah tak menyerah. Abah terus usaha.

Rezeki Abah tertulis untuk ke Felda. Abah bergolok bergadai untuk bawa Mak, abang long dan juga aku untuk merasa hidup di Felda. Usia aku baru 3 bulan masa Abah bawa kami ke Felda. Bukan juga mudah hidup di Felda. Sawit masih kecil tmasa tu. Ditambah pulak perlu hidup dalam 'KONG' (aku kurang pasti istilah ini).. Jenuh berkais-kais untuk mencari sesuap nasi demi memastikan kelangsungan hidup Mak, abang long dan juga aku. Mak dan Abah ke kebun setiap hari. Abah kait sawit.. Mak angkut tandan sawit guna kereta sorong. Sampai kematu tangan Mak :( 



cara buat resume..lai..lai..lai~

29 September 48 Comments


Photobucket


ramai yang selamat konvo baru-baru ni kan? tahniah korang-korang.. setle jugak penat lelah bertungkus lumus selama 3 , 4 tahun pulun study.. elaun PAMA pun bukan semua dapat.. jenuh la jimat duit PTPTipu nak bagi cukup sampai abeh semester.. maklumla, anak yang baik lagi berhemah tinggi semestinya takkan menyusahkan ibu, ayah, mak, bapak di kampung.. dah setle konvo, jubah pun dah pulang balik.. sesi fotoshoot pun dah abeh.. nak mengANGGUR dulu ke? atau nak terus je cari kerja? dah besarkan? sendiri fikir.. kalo takat tiga puluh hari nak rilek dulu, mungkin mak ayah tak kisahla.. tapi kalau sampai tiga empat bulan, tiap hari kau perabeh boreh je kejenye, percayalah memang ada chance kau bakal di halau keluar =P


mungkin ada macam-macam alasan untuk para graduan untuk bertafakur sejenak di rumah.. rilek arr kan? watpe nak rushing? esok-esok boleh cari kje.. ha esok. kot ada lagi la ESOK tu kan.. dan kalau kau jenis memang pengONLINE TEGAR punya orang, apa kata buat resume siap-siap, search mana ada jawatan kosong, attach resume plus segala sijil yang tebai macam tesis tu. untung-untung, job tu yang mai cari kau nanti.. rezeki sapa tahu kan? yoshh~ ;)




ini contoh resume.. SATU page saje.. memang saving.. kalau big boss company tengok, insyaallah dia tanpa segan silu terus amek kerja dengan dia.. konfem dia rasa korang ni sorang pencinta alam sekitar + save the planet + go green + paperless = terbaek untuk company!
*ok ada penipuan sikit di situ wuuuu~ =P





Photobucket



nota kecil : tak perlu belajar tinggi pun untuk menjawat jawatan tinggi... tapi untuk terus berada pada tempat tinggi, kena pastikan ILMU sentiasa di hati ;)

bila hati berbicara

26 September 35 Comments



spesel dari mel


terime kaseh mel sebab bagi dudel comel+kiut miut nih.. sayang mel!! hehe





Checking file system. Janganla ada apa-apa masalah pulak. Ini je buah hati penawar duka yang ada untuk jenguk blog kawan-kawan. Wuwuwuwu T__T

"Saya cukup heppy dapat kenal dengan awak biarpun istilah kenal tu hanya kenal sebagai rakan maya saje. Terime kaseh sebab selalu selongkar entry-entry saya walaupon banyak merepek je. Terime kaseh jugak sebab selalu buat saya tertunggu awak datang walaupon awak tak tinggal jejak. Saya tahu awak bace :") "


hotel putra punya cerita

20 September 23 Comments

*entry live dari PUTRA HOTEL KUALA LUMPUR*



kisah dari pagi punya hal.. pepagi hari dah berkumpul untuk get ready kena p kursus ke KL.. maklumlah area KL ni I memang tak reti lah.. so dengan muka tak malunye cik ana pon tompang je kete member cik ana.. 1 kete 4 orang.. saving & go green! hoyehh~ hehe


dan alhamdulillah sampai je kat destinasi tepat sebelum pendaftaran.. bile dah register, kunci bilik pon dah dapat, so dengan pantasnye lah kami pun menuju ke kamar.. perhhhh! view cantek habaq hang! hehehe



ruang kamar tidur untuk 3 orang

semua alat dalam bilik ni control guna menatang ni je..
kat tepi kepala je benda nih..mmg style habaq hang! =))
ejas & petik je nak on TV+on ekon+ejas volume TV+ejas channel TV..
jenuh cari suis masa memula masuk bilik..hahaha


setle angkut barang dan letak kat bilik, kami pon kene start masuk training room.. fuhhhh! otak kene mula ligat berfikir jap lagi kang.. tup tap-tup tap..setle gak 2 jam hadap part 1.. pastu part paling best plak = makaaaaaaaaaaaaan! hehe



bab makan memang penuh meja =P




untuk sesi 1 dan 2 yang dah tamat pukul 10 malam tadi, macam-macam gak cik ana dapat.. antaranya adalah pasal BIOS.. sape yang expert pasal komputer tu konfemla tau menatang ape BIOS tu kan? pade yang tak tahu,kite sama-sama la amek tau sikit-sikit..banyak gak input pasal komputer ni.. jenuh nak kene absorb smua weh!

cukup untuk harini..untuk sekuel, esok plak kita tengok cane :P





nota kecil : BIOS punye pasal,boleh BIOL kepala aku! hahaha =P

review : browser SAFARI

19 September 28 Comments


*sekuel entry semalam : kelebihan & kelemahan browser*





semalam cik ana kongsi pasal beberapa web browser.. MOZIILLA si musang oren dan jugak chrome menjadi pilihan ramai.. walaupun ada kelemahan, dorang dua tu masih jadi top two weyh!

cik ana sendiri pun memang guna chrome je sebelum ni sebab memang terbukti pantas+mudah lagi cool..kehkehkeh

dan setelah cik ana torai SAFARI sepanjang hari semalam, ada sikit keTERUJAanlah.. jakun sikit senang cite.. hahaha.. apesal nak jakun pulak?? adela sikit feature safari yang buat cik ana cakap "waaahhh~"



works on iPad,iPhone,iPod touch,Mac

*sila fokus pada yang tengah..ngehh*



feature "top site" yang kita lawat..
kira thumbnail la bila kita open new tab..
style melengkung..rasa mcm unik plak..
jakun! hahaha





memula nak open new tab pon meraba merata..hahaha
jenuh godek..pada hal boleh je ctrl + T ataupun guna cara bawah ni..










nota kecil : agak berdesupla dia p baq hang!
kini saya tak perlu risau lagi bila open banyak tab..
laju gila loading page..
tab dia pun boleh gerak / alih-alih mcm chrome..
kembara blog bermula! hoyehhh! ;)

kelebihan dan kelemahan browser

18 September 38 Comments
Banyak BROWSER ada.. yang femes dah tentulah Mozilla+Google Chrome+Internet Explorer..

Lain orang, lain jugak pendapat tentang penggunaan web browser ni.. ada yang selesa guna musang oren tu.. ada yang rasa lagi power guna chrome.. rasa lagi terror mungkin dah guna yang lagi up to date.. kehkehkeh.. dan dengan rajinnye cik ana pun godeklah pasal web browser nih smua.. tak lah SEMUA sangat sebenarnye.. yang mana cik ana rasa perlu tahulah.. hehe


Kelebihan dan Kelemahan Web browser:


1. Internet Explorer

Kelebihan:

* Menyediakan add ons, walaupun tidak sebanyak Firefox

* Khusus IE8, nampak lebih elegan dan menarik

* Bagi pengguna Windows Live ,tab bookmark yang disediakan senang untuk ke feature milik Windows Live

Kekurangan:

* Gagal membaca script dibeberapa halaman (khususnya CSS)

* Berat pada awal start dan semasa membuka tab baru


2. Mozzila Firefox

Kelebihan:

* Banyak feature tambahan (add ons)

* sangat sesuai untuk membuka site² multimedia

* Updatenya mudah

* Sistem security kuat

Kekurangan:

* Loading lama seawall start, tambahan jika banyak adds-on yang diinstall / terinstall

Membuka site² multimedia seperti Youtube dan Metacafe memang lebih sesuai meggunakan Firefox. Download managernya juga lebih ok kerana masih bekerja ketika browser ditutup , apalagi pada yang memang suka download file² besar.


3. Google Chrome

Kelebihan:

* Ringan ..termasuk ketika start pertama kali dan berpindah tab

* Designnya simpel dan minima

* Updatenya mudah

* Sistem security kuat (menjadi browser yang paling tahan terhadap serangan hacker..buat masa inilah =P)

Kekurangan:

* Statik, feature kurang banyak

* Installnya memrlukan kita online..

Chrome tidak menyediakan file masternya, jadi kalau mahu menginstall hanya diberi file lauchernya saja


4. Opera

Kelebihan:

* Ringan

* Memiliki email client dan rss sendiri, jadi tidak perlu pakai email client lain seperti Outlook, Thunderbird mahupun lain²

* Pemanggilan kembali Cache cepat

Kekurangan:

* Agak lambat dalam membaca script pada beberapa halaman

* Untuk meng-update-nya harus mendownload kembali file masternya


5.FLOCK

Kelebihan:

1. Ada menu tersendiri (photo uploader) untuk upload foto ke laman sosial spt : Facebook , Flickr , Twitter , Myspace .

2. Terintergrasi secara langsung dengan laman sosial

3. Update status Facebook secara terus tanpa membuka website (tentunya harus sudah login), dan juga mengetahui update status kawan² melalui People Sidebar. Juga mampu terintegrasi dengan Flickr, Twitter, Youtube, MySapce dan Digg

4. Cek email melalui menu webmail

5. Posting artikel blog tanpa masuk dashboard melalui menu Blog Editor. Terintegerasi dengan Blogger, Blogsome, LiveJournal, Typepad, wordpress, Xanga dan juga akun blog pribadi anda .

Kekurangan:

1. Flock memerlukan resources yang lebih besar! Di beberapa komputer, memulai Flock untuk pertama kali akan memakan waktu agak lama

2. Skin Flock pun masih terbatas.


6. SAFARI


Kelebihan :

1. Feature terbaru yang menarik adalah penerapan Nitro Engine. Dengan aplikasi ini browser membuka web dengan lebih cepat kerana Nitro Engine dapat mengeksekusi java script lapan kali lebih cepat berbanding dengan browser lain.

2. Safari dilengkapi juga dengan Cover Flow yang membuat tampilan bookmark dan history browser lebih cantik dan selesa.

3. Safari juga support format modern web berbasis html 5 yang dapat mengumpulkan web-web feveret yang sering dibuka oleh pengguna dalam bentuk thumbnail (seperti yang dimiliki oleh Opera)

Kekurangan :

1. Nampak agak aneh sebagai aplikasi Windows jika anda pertama kali menggunakannya.

2. Tak ada feature restore kalau Safari hang.

3. Adanya bug pada Safari telah diungkapkan pada bulan Mei lalu oleh peneliti keamanan, Nitesh Dhanjani. Bug pada Safari dapat berakibat attacker mampu untuk membuang desktop korban dengan eksekusi file executable (.exe), sebuah penyerangan yang dikenal dengan nama Carpet Bombing (*bahasa indonesianya agak pekat pak..jadi saya enggak gitu ngerti =P)


sumber : browser dan kelebihan



nota kecil : sedang menggunakan SAFARI..korang guna ape??

iye adab berjiran..tapi kalau jiran pun macam ni?

17 September 23 Comments
kata orang jiran sepakat membawa berkat.. jiran yang baik, selalu faham dengan jiran yang lain.. selalu SENSITIF dengan perasaan jiran lain.. selalu PEKA dengan perkembangan jiran lain.. PEKA ye bukan PEKAK mahupun KEPOH.. tak perlu nak amek tahu segalanya luar dan dalam.. itu dah macam layak dapat penampar sulung pulak..

zaman serba canggih sekarang ni pulak dah dijadikan alasan untuk abaikan jiran.. masing-masing pakat pulun kejar duniawi.. tak peduli dah jiran sebelah tu hidup ke mati ke.. makan ke tak ke.. sampaikan bila silap sikit je, memang keluarlah segala parang+kendo stick segala.. memang dah takde kenal istilah 1 malaysia yang konon-konon dijulang bagai hape je lagi.. cis! dasar propa =P






JIRAN #1




JIRAN #2






dua situasi nih memang lah sah-sah JIRAN dorang nih kurang PEKA dan kebarangkalian PEKAK jugak sangatlah tinggi.. kalo tak,takdelah sampai nak on volume speaker sampai abeh jiran satu lorong pun ketensenan sebegitu rupa.. ada sivik la sikit wehh.. bukan kau hidup sorang kat alam nih.. nak on volume out loud, buat rumah dalam hutan ok kot.. tu pun kalau makhluk dalam hutan tu tak reti mengamuklah..kalo tak, memang kau berkubur tak bertandalah dalam hutan tu =P



Dalam kejiranan, umat Islam wajib mengekalkan hubungan baik dan menyemai kemesraan kerana sifat sebegitu akan membentuk kehidupan aman dan harmoni, malah jika berdepan masalah, ia diselesaikan dengan baik.

“Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki.” (an-Nisaa’: 36)

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jibril sentiasa berwasiat kepadaku mengenai jiran, sehingga aku menyangka jiran itu akan saling mewarisi.


Dalam adab berjiran, umat Islam juga dilarang membuka aib jiran seperti menceritakan rahsia mereka kepada orang lain, menceroboh kediaman mereka dan mengambil hak mereka. Dalam hubungan ini sesuai juga dengan sabda Rasulullah yang bermaksud: “Sebaik-baik manusia yang memberi manfaat kepada orang lain.



jiran baik cik ana : naser [dot] com

nota kecil : tapi tak perlu kot post status kat fesbuk gitu..mengAIBkan jiran berdosa gak wo ;)

tips pelajar baru masuk universiti

12 September 13 Comments
selamat memulakan study pada semua student yang mendaftar di UNI seluruh malaysia hari ini.. semester dah bermula kan? yang senior lelaki, welkem back..jangan usyar junior sangat..keh3

hari baru.tempat baru.kenalan baru.semua lah ibarat benda baru.. banyak yang perlu di setlekan bila dah sampai kat tempat baru.. mak dan abah dah hantar sampai dalam bilik hostel.. janganla nangis bila kereta mereka hilang di pandangan mata.. ada rezeki, panjang umur kelak jumpa lagi..owhh syahdu sikit =P ada sikit tips untuk pelajar baru masuk universiti.. hehe




1-JADI PERAMAH



jadi peramah.bukan GEDIK ye adik-adik..dua benda berbeza tu..duduk tempat orang,kena pandai bawak diri.. jumpak senior,hormat.. tak payah tunjuk eksyen..mulut kena ringan.. tapi tak perlu jadi MAMI JARUM.. barula senang dapat kawan.. nak dapat pakwe hensem+bijak pun senang kalo peramah nih..kehkehkeh~




2-AKTIF



minggu orientasi memang wajib ada.. kalo zaman skolah dulu kau memang pendiam jenis membisu seribu bahasa, kat UNI silalah aktifkan dirimu.. dunia skolah tak sama dengan dunia uni.. kat skolah lambat xpe,cikgu ada bleh tolong suap.. kat uni, kau lambat konfem tertinggal tren.. pastikan aktif dalam smua : study+sukan+hiburan.. jangan biar dacing berat sebelah..




3-PEKA


jangan jadi pekak.. hidup kat uni mencabar.. mak jauh.abah jauh.. sakit demam,sendiri kena hadap.. kalau dah biasa duduk asrama tak kesah.. dah imune.. yang tak pernah ada peluang duduk asrama, kehidupan di uni banyak pancaroba.. perlu selalu peka.. mata+telinga perlu buka luas-luas.. jangan biar terbuli dek kerana kepasifan diri sendiri..okeh?





senyum selalu pengubat rindu..
macam dudel hadiah dari ninie ni =)




pesanan penaja : kalo ada senior lelaki cuba ngorat, layankan aje.. jangan tunggu lama-lama nanti hantaran mahal..kihkihkih~ selamat menempuh kehidupan sebagai pelajar.. pastikan segulung ijazah paling indah buat ibu dan ayah kelak =)