Ustaz, saya ni TAK BERTUDUNG. Ada orang tanya,
bila nak pakai tudung? Saya kata saya tak nak pakai kalau TAK IKHLAS. Apa
pandangan ustaz?
Ustaz Azhar Idrus:
Bertudunglah walau TERPAKSA. Solatlah walau
TERPAKSA. Puasalah walau TERPAKSA. Kerana kewajipan itu memang kadangkala
sifatnya terpaksa.
Dari keterpaksaan itu, perlahan2 kita akan
menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya.
Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu
baru nak beribadah?
Hidayah perlu dicari, bukan tunggu. Macam
makanan, kalau tak suap, ia tak masuk ke dalam mulut :)
nota kecik : BERTUDUNG itu lebih sopan & cantik je sebenarnye =)