Ohemgee !
anamizu
21 October
22 Comments
aku last hapdet blog 6 days ago ! sebab paling utama adalah Base Station utama pencawang pemancar P1 Wimax kat area aku ni kena kilat / petir disebabkan hujan lebat berserta angin kencang disertai juga kilat sabung menyabung beberapa hari kebelakangan ini.. Maka disebabkan itu, selama 6 hari berturut-turut line internet P1 down kat area aku ni.. habes tergendala segala benda. Termasuklah kerja-kerja harian aku sebab aku kerja memang kat center P1.. owhh aku takde kena mengena dengan page P1 sucks kat fesbuk tu ye. Totally takde kena mengena.
Tapi alhamdulillah lepas dah bertekak agak keras dengan pihak atasan selama beberapa hari yang internet down tak pulih-pulih tu, harini lebih kurang jam 8.45 malam signal dah up. semua LED are back to green which mean line dah fully recover.. tapi sekarang hujan masih berterusan. dan aku masih risau kalau-kalau perkara tak best berulang lagi =.='
Owhh ye by the way, aku nak share another gud news dengan engkorang-engkorang yang rajin jejak ke sini eventho aku tak dapat bw ke blog engkorang beberapa hari lepas.. Aku ada join satu pertandingan video editing yang bertemakan "Dunia ICT" pada bulan Julai yang lepas.. Aku hantar penyertaan pon dah last minit masa tu dan aku hantar hanya suka-suka sebab aku TERrajin pulak masa tu untuk buat video editing tu.. Tak sangka pulak 3 bulan lepas tu bila pengumuman dibuat, aku dapat johan rupanya.. Dan pihak berkenaan datang sendiri ke ofis aku untuk sampaikan hadiah tu yang merupakan Tab BenQ Ren76 white color..
Tapi masa diorang datang kat ofis aku tu kebetulan masa aku on leave disebabkan aku demam selsema haritu.. So partner kerja aku si Ida la yang wakilkan untuk terima hadiah tu.. Kemain exited lagi Ida wassap kat aku buat surprise kekononnya ada something yang berlaku kat ofis katanya. Nanti balik dia singgah rumah aku untuk bagi tahu.. Aku yang blur pon iyekan aje la.. Bila dia balik je dari kerja petang tu singgah rumah aku punya la dia exited bagi tab tu kat aku.. Terima kasih bebanyaklah Ida sebab tolong drop antar kat rumah hadiah tu.. Alhamdulillah another 'pelangi' on dis ohsem october hehehe