Diam Aku

18 December 9 Comments
Diam aku --

Kau bukan tempat untuk aku bermanis mulut.
Aku takut ada yang lelah nanti.
Jadi aku pilih untuk diam.

Moga diam aku ini bikin kau rindu.
Titipkan doa buat aku selalu. Moga aku baik baik saja.

Dan untuk kau--
Jangan pernah lelah untuk mengejar apa yang kau mahu. 
Mahu saja aku lihat kau genggam apa yang kau inginkan.
Apa yang kau angankan.
Biar bahagia.

Iya,
Aku di sini.
Dalam diam,
Aku punya harapan.
Berharap kau tak pernah lupa aku.
Berharap kemaafan dari setiap cebis luka kata-kata aku.
Moga tiap hela doa kau,
Terselit aku.

Pesan aku #1 : Jack -- jaga diri. jaga kesihatan.
Pesan aku #2 : Encik Boss --  12 / 12 / 2014 haritu genap 2 tahun dah Encik sudi ada dengan kami dulu masa kita sama² Menang Anugerah U-Pustaka dulu tu. Rindu sesi makan² + sembang panjang dengan Encik . Rindu travelling + sharing stories dengan Encik.. U will olwez b our Mr Optimus Prime :")


Do Our Part

17 December 15 Comments

Program Kebajikan : Rumah Kebajikan Anak Anak Yatim Shafar


Mohon dipanjangkan pages JOSO (Johor Sons) bagi membantu program charity mereka. Yang terkini mereka ingin membantu Rumah Kebajikan Anak Anak Yatim Shafar dijangka akan dibuka pada minggu ke 3 bulan Disember 2014 ini.
Bagi yang berminat hendak menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan barangan bolehlah menghubungi :

En. Fadzryl - 019-755 9553
Cik Ida - 012-731 3316
Cik Hanna - 018-388 5188

Buat masa terdekat ini barangan yang amat mereka perlukan ialah :
Al-Quran - 20 Naskah
Cadar - 20 Set
Bantal - 40 Biji
Sejadah - 25 Helai
Telekung - 20 Helai

dan barangan keperluan yang lain.

Ruang dalaman dan persekitaran rumah berkenaan

"Hello peeps! Rumah Kebajikan Anak Anak Yatim Shafar is a new orphanage in Kg. Pasir Johor Bahru. It's a self-funded orphanage operated by our friend @faiz banafe and his family.

The occupants are girls aged 8-15. There will be 15 of them. (coming in by the 3rd week of December).

Not only an orphanage, it will also be a FREE tuition center for UPSR students! During our visit last Saturday, we find there's a lot of things we can contribute.
So, to start, We plan to donate bed sheets, pillow and pillow cases. Anything extra will be even better( toiletries, stationary, books, etc).

Please contact Mr Fadzryl at 019-7559553/Ms Ida at 012-7313316 or simply PM us on FB for any sort of contributions & ideas. For monetary contribution, please contact Faiz at 019-7779736. Thank you. #inhumanitywetrust"



Doa Untuk Aku

17 December 11 Comments

Cerita ni aku tertengok kat TV AlHijrah baru harini tapi rupanya drama ni dah ditayangkan awal dulu masa tahun 2012. Drama Doa Untuk Aku ni sebenarnya adaptasi dari novel hasil karya Tuan Bahrudin Bekri. 

Walaupun versi drama banyak diubahsuai dan ditokok tambah jalan ceritanya berbeza dengan jalan cerita yang ada pada novel asalnya namun, skop utama cerita tu tentang jalan untuk mencari doa itu tidak berubah.

Drama kat TV AlHijrah majoritinya aku suka sebab berprinsipkan islamik dan banyak diterapkan unsur keagamaan. Bukan cerita bodoh-bodoh gitu je. 

Sikit sinopsis drama ni -- berkisar tentang kehidupan Adly iaitu seorang pelajar universiti muallaf dari keluarga Mat Salleh berbangsa Inggeris yang hanya punya pengetahuan asas agama sahaja tapi dia sangat mempercayai tentang doa seorang ibu itu makbul. Dengan berkat doa ibunya jugalah dia rasa dia berjaya menyambung pengajiannya ke peringkat universiti. Namun selepas kematian ibunya, Adly seperti kehilangan arah dalam pelajarannya. Peperiksaan akhirnya semakin dekat tapi dia tidak yakin akan lulus kerana dia merasakan bahawa tiada lagi doa dari ibunya yang selama ini mendoakannya.Dia menjadi gelabah dan tidak tentu arah. Akhirnya dia mendapat tahu berkenaan 8 golongan yang makbul doanya. Adly kemudiannya mencari lapan golongan itu bagi mendoakannya dalam peperiksaan.


Adly : Aku tak konfidenla boleh lulus exam kalini Kasim. Ibu aku dah takde so dah takde lagi doa dari Ibu untuk aku lepas ni.. Hurmmm

Kassim : Tak semestinya ibu hang dah takdak, hang tak boleh berjaya Adly. Hang pon boleh doa untuk diri sendiri jugak.

Adly : Tapi tak sama lah dengan doa Ibu. Doa Ibu kan lebih makbul. Aku dah takde lagi Ibu yang selalu doakan aku. Kau tolonglah aku. Aku kan muallaf. Kau mesti banyak tau doa. Bolehla ajarkan aku T__T

Kassim : Ishh aku tak reti nak bagi tau dah macam mana kat hang ni. Doa yang aku tau pon doa makan dengan bukak puasa je..Haaa aku tau Jefry mesti boleh tolong hang sebab dia tau banyak doa. Dia lagi A daripada aku.

Adly : Kalau camtu kau pon lebih kurang sama macam aku je la rupanya. (senyum sinis pandang si Kassim sambil tersenyum)

Kassim : Hamboiii perli aku nampak~

Hehe si Kassim tu watak orang utara. Mamu Penang la kot. Memang watak ceria dari awal sampai ke sudah lah si Kassim ni hehe. Sambil tu banyak perkongsian yang disampaikan melalui setiap watak drama ni.

Pelakon utamanya Geofrey Rayyan (Adly), Indra Hafis (Kasim / roomate Adly), Wanina Zaki(Sarah), Diddy Hardy (Jefry), Dalimawati (Makcik Gembo), Rosnah Johari (Ibu Sarah) 


Doughnut | Sama Tak?

17 December 38 Comments

Selama ni adunan donut yang aku kenal adalah jenis yang ada lubang kat tengah tu. Rupanya ada jugak makanan lain kat serata dunia ni yang menggunakan adunan seumpama donut tu jugak cuma nama dia lain-lain. 

1.Fritters


Kalau kat Malaysia femes dengan pisang goreng, kat Amerika pun ada jugak yang camtu tapi bezanya adunannya tebal dan manis dan dikenali sebagai Fritters.

2.Buñuelos


Buñuelos adalah makanan khas Columbia dan Spanyol. Biasanya disajikan semasa perayaan hari Natal atau Krismas.

3. Churros
 

Churros adalah sejenis jajan biasa yang boleh didapati di sekitar pinggir jalan di Sepanyol. Dimakan semasa hangat, ditaburi gula halus atau serbuk kayu manis. 

4. Frittole



Di Venezia, Itali, makanan hasil adunan seperti donut dikenali dengan panggilan Frittole. Adunannya memang mirip seperti donat, namun kemudian dicampur dengan buah-buahan kering dan kulit jeruk sebelum digoreng dan disajikan semasa karnival-karnival besar. 

5. Gulab Jamun
 



Di Indian pula ada Gulab Jamun, sejenis kuih manis yang biasa disajikan di pesta pernikahan. Dimakan dalam keadaan ia masih hangat. Macam manisan yang dipanggil Laddoo lah lebih kurang. Dihidangkan selalunya semasa majlis perkahwinan (macam dalam cerita Hindi selalu tayang tu)

6. Loukoumades
 



Loukoumades adalah makanan yang biasa disajikan semasa festival atau karnival di Yunani. Setelah adunannya digoreng, kuih ini disiram dengan sirup madu dan ditaburi gula, kacang, atau biji bijan.

7. Paczki
 


Di Poland ada Paczki, yang merupakan kuih "donat" yang diisi PÄ…czki adalah sejenis kuih yang digoreng dalam berbentuk sfera diratakan dan diisi dengan Barli atau pengisian manis lain. PÄ…czki biasanya ditabur dengan gula serbuk, aising atau cebisan kering parutan kulit oren. Sedikit alkohol gandum (tradisional, Spiritus) ditambah kepada doh sebelum memasak kerana ia menyejat dan menghalang penyerapan minyak jauh ke dalam adunan.


8. Timbits
 


Timbits adalah salah satu makanan yang popular di Canada. Adunan, cara membuat, serta rasanya, sama dengan donat. Bezanya, timbits hanya berukuran sebesar lubang donat.

credit : Open Minda

Mesti ada lagi makanan lain yang menggunakan konsep adunan lebih kurang sama macam adunan donut ni kan. Apa pun nama dia, tetap membuat air lior aku meleleh. adehhh lapaqqqq T_____T


Done | Giveaway By Eny Abdullah – Komen Banyak-Banyak,Share Banyak-Banyak

16 December 18 Comments
Blog Eny Abdullah.

Cara nak sertai Click JOIN GIVEAWAY

1. Follow Cooking & Photography Blog Eny Abdullah - http://enyyusnizar.blogspot.com/ 
3. Follow Instagram Eny Abdullah - 



Aku nak join another GiveAway daripada sorang sahabat blogger yang selalu buat ayaq lioq aku meleleh setiap kali terjah blog beliau. Beliau adalah kakak cantekkkk Eny Abdullah. Memandangkan kakak cantek sudah datang jemput, jadi mari kita support sama beliau! Jyeahhhh~ Moga-moga ada luck lah fuhh fuhhhh hehe =P