Doa Untuk Aku


Cerita ni aku tertengok kat TV AlHijrah baru harini tapi rupanya drama ni dah ditayangkan awal dulu masa tahun 2012. Drama Doa Untuk Aku ni sebenarnya adaptasi dari novel hasil karya Tuan Bahrudin Bekri. 

Walaupun versi drama banyak diubahsuai dan ditokok tambah jalan ceritanya berbeza dengan jalan cerita yang ada pada novel asalnya namun, skop utama cerita tu tentang jalan untuk mencari doa itu tidak berubah.

Drama kat TV AlHijrah majoritinya aku suka sebab berprinsipkan islamik dan banyak diterapkan unsur keagamaan. Bukan cerita bodoh-bodoh gitu je. 

Sikit sinopsis drama ni -- berkisar tentang kehidupan Adly iaitu seorang pelajar universiti muallaf dari keluarga Mat Salleh berbangsa Inggeris yang hanya punya pengetahuan asas agama sahaja tapi dia sangat mempercayai tentang doa seorang ibu itu makbul. Dengan berkat doa ibunya jugalah dia rasa dia berjaya menyambung pengajiannya ke peringkat universiti. Namun selepas kematian ibunya, Adly seperti kehilangan arah dalam pelajarannya. Peperiksaan akhirnya semakin dekat tapi dia tidak yakin akan lulus kerana dia merasakan bahawa tiada lagi doa dari ibunya yang selama ini mendoakannya.Dia menjadi gelabah dan tidak tentu arah. Akhirnya dia mendapat tahu berkenaan 8 golongan yang makbul doanya. Adly kemudiannya mencari lapan golongan itu bagi mendoakannya dalam peperiksaan.


Adly : Aku tak konfidenla boleh lulus exam kalini Kasim. Ibu aku dah takde so dah takde lagi doa dari Ibu untuk aku lepas ni.. Hurmmm

Kassim : Tak semestinya ibu hang dah takdak, hang tak boleh berjaya Adly. Hang pon boleh doa untuk diri sendiri jugak.

Adly : Tapi tak sama lah dengan doa Ibu. Doa Ibu kan lebih makbul. Aku dah takde lagi Ibu yang selalu doakan aku. Kau tolonglah aku. Aku kan muallaf. Kau mesti banyak tau doa. Bolehla ajarkan aku T__T

Kassim : Ishh aku tak reti nak bagi tau dah macam mana kat hang ni. Doa yang aku tau pon doa makan dengan bukak puasa je..Haaa aku tau Jefry mesti boleh tolong hang sebab dia tau banyak doa. Dia lagi A daripada aku.

Adly : Kalau camtu kau pon lebih kurang sama macam aku je la rupanya. (senyum sinis pandang si Kassim sambil tersenyum)

Kassim : Hamboiii perli aku nampak~

Hehe si Kassim tu watak orang utara. Mamu Penang la kot. Memang watak ceria dari awal sampai ke sudah lah si Kassim ni hehe. Sambil tu banyak perkongsian yang disampaikan melalui setiap watak drama ni.

Pelakon utamanya Geofrey Rayyan (Adly), Indra Hafis (Kasim / roomate Adly), Wanina Zaki(Sarah), Diddy Hardy (Jefry), Dalimawati (Makcik Gembo), Rosnah Johari (Ibu Sarah) 


11 comments:

  1. kak wana pun rasanya tertinggal nak tengok cite ni..

    ReplyDelete
  2. Kasim Selamat kaaa? He He He..

    ReplyDelete
  3. oh menarik gak tengok sinopsis cerita ni, betoi tu, tv-alhijrah selalu tayang cerita2 yang ada makna ;3

    ReplyDelete
  4. Teringin pula nak tengok tapi saya tak ingat nombor channel TV Alhijrah

    ReplyDelete
  5. menarik! lain drpd yg lain! credit utk penulis skrip!

    ReplyDelete
  6. bestnya. xdapat nak tengok la. rasanya ada kat internet x? hehehe XD

    ReplyDelete
  7. menarik jalan cerita dia ni.

    ReplyDelete
  8. rasanya pernah nampak buku tu... x sangka lak ada drama eh.

    ReplyDelete
  9. banyak kali dah ulang kt tv alhijrah dan tak hbs tgk. hehe.
    drama tv alhijrah yg paling best walau sedetik cuma :)

    ReplyDelete
  10. ohh pernah tgok iklan tapi tak pernah tertengok pule, hehe

    ReplyDelete