Fun And Rilex : Lata Tesong & Lata Bongsu

by - 14 February


Lata Tesong dan Lata Bongsu ni sebenarnya tak jauh dengan Hot Spring Felda Sg Klah. Kalo daripada rumah aku 40 minit lebih kurang camtula. Aku dengan family aku lebih suka ke sini compared to  Hot Spring tu sebabnya air sungai lata ni lebih fresh sebab dia mengalir dan original air sungai yang memang sejuk gila. 

Kalo yang kat Hot Spring tu dah la tiket mahal walaupun RM14.00 kalo aku tak silap lah (tu pun kali terakhir aku pegi masa ikot member aku buat fotoshoot wedding dalam tu tahun 2012 dulu). Sekarang ni dah 2015 dan aku tak pernah masuk dah pun kat situ walaupun selalu je ada kerja ke Felda Sg Klah tu.

Pada aku kira mahal la RM14.00 tu sebabnya sepatutnya kasi la diskaun sebab ic aku orang sekitar felda sini tapi biasalah kan bila ownernya bukan 'orang tempatan situ' makanya itu lah dia hasilnya. Dah la masuk Hot Spring tu tak boleh bawak outside food. Tak tahulah kalo sekarang dah boleh ke atau tidak aku tak pasti tapi yang aku pasti masa aku pergi dulu memang tak dibenarkan bawak makanan luar (tapi kalo pandai sorok dalam beg pakaian untungla kita muaaahahahaha)

Aku lebih suka lepak & BBQ kat Lata Tesong dan Lata Bongsu ni tapi satu je yang tak berapa best sebabnye lokasi ni kena lalu kat perkampungan orang asli dan diorang tak benarkan sebarang kerja-kerja ubahsuai ataupun naiktaraf jalan kat situ. So jalan masuk ke tempat ni memang mencabarla. Kalo 4 wheel drive takde masalah tapi kalo keta jenis lowered haaaa memang naya lah hehehe.. Aku rasa mungkin diorang takot nanti mengganggu ekosistem tempat tu kot dan mungkin diorang taknak nanti habes ganggu sumber pencarian hasil hutan diorang selama ni. Yelah manusia kan bila dah buat kemajuan, bukan peduli dah segala hal lain. Habeh segala hutan di gondol. Pastu orang tempatan sekitar situ yang menanggung risikonye :"(


You May Also Like

25 Lovenote(S)

  1. wah canteknyaaa.. jadik teringin pulak nak pegi sini :)

    ReplyDelete
  2. Cantiknya. Kat tempat izz pun ada lata belatan, lata tembakah, la hot spring. Hot spring kat sini tak kena bayar and boleh bawak makanan luar. hehehe

    ReplyDelete
  3. Wah, cantinknye :) Lama tak pergi air terjun..err, Cik Mimie fobia sikit tempat2 mcm ni..hiii

    ReplyDelete
  4. bestnye dpt bekelah kat situ..

    dh la cantik je tmpt die..
    sejuk mata memandang

    ReplyDelete
  5. Cantik2... CNY nanti akak br plan nak ke felda sg Klah tu... tak best eh situ?

    ReplyDelete
  6. Indahnya tempat ni..best untuk Rolex :)

    ReplyDelete
  7. yaaaaaaaaaaa bestnyaaaaaaaaa~~~~ <3```

    ReplyDelete
  8. Uih... lama dah aku tak pi main air sungai. Bersih nampak air sungai tu, baguih baguih... *sungai warisan pusaka...*~ (tetiba teringat lagu sungai yang legend tu, hahah) ;3

    ReplyDelete
  9. Kekdang takut jugak tgk tmpat berair mcam ni sbb skarang byk kes kencing tikus, semua dr sikap manusia jugak yg suka buang sampah merata2 pastu menggalakkan tikus datang buat sarang...

    Tp kalau kata tmpat tu sekitar kmpung orang asli, maksudnya agak terjaga laa tmpat tu kan?
    Hehe

    ReplyDelete
  10. Kalu dpt berendam ni best ni...

    ReplyDelete
  11. Lata Tesong & Lata Bongsu? Sungai Klah yang kat Sungkai Perak kan?
    First time dengar.
    Selama ni kenal Lata Iskandar je.

    ReplyDelete
  12. wah best ana....saya ngan family plan raya cina nnt nk berkelah tepi sungai

    ReplyDelete
  13. harap 10 tahun akan datang masih sama la lata ni dgn sekarnag..

    ReplyDelete
  14. Cantik pemandangan....best berkelah ni. Tapi dapat dibayangkan...pasti sejuk airnya...*_*

    ReplyDelete
  15. cantiknyaaa view. mesti tenang aje kan ^^

    ReplyDelete
  16. wah bestnyee main air. lagi-lagi air sungai yg sejuk macam ni. jernih je nampak. :D

    ReplyDelete
  17. bestnya boleh gi bbq kat tepi sungai camnie....kitorang femli kalau bbq dekat dengan sungai, paling suka bakar udang....nikmat giler makan.... :D

    ReplyDelete
  18. Assalam ana,
    waaaaaaaaaaaa
    santek la ayor sungai itu

    ReplyDelete
  19. Syok r dekat dgn umah. Kt teluk intan xde lata nak p. hehe

    ReplyDelete
  20. mahal lak aiii rm14.

    kalau scha, sekali je pegi kot

    ReplyDelete
  21. tu la.. manusia lain yang buat, manusia lain yang jadi mangsa. kesian betul. macam kes kat Kelantan tu. mohon dijauhkan...

    saya pernah ke lata Iskandar je.. itu pun dah berkurun lamanya... hahahha..

    ReplyDelete
  22. akak nk pergi la nanti hehehhe

    ReplyDelete