Fryer : Pernah Buat Macam Ni Guna Air Fryer?


Ramai orang gemar menggunakan air fryer yang dipercayai lebih sihat dan kurang berminyak berbanding gorengan biasa. Ia juga dikatakan lebih mudah digunakan berbanding kuali biasa selain mempunyai fungsi canggih lain seperti menggril atau membakar kek.

Namun, ada kalanya cara penggunaan alat ini tidak tepat sehingga mendapat hasil kurang memuaskan. Berikut adalah lima kesilapan ketika menggunakan air fryer yang mungkin kita sering lakukan.




1. Letakkan air fryer di tempat sesak

Sesetengah orang meletakkan air fryer mereka di tempat yang tertutup atau dikelilingi perkakasan lain. Pun begitu, menurut Thektchn, hal ini boleh menyebabkan ia tidak dapat berfungsi dengan baik kerana ia bergantung kepada proses perolakan untuk memasak makanan. Justeru, ia sebaiknya diletakkan dengan ruang keliling sekitar lima inci minimum ketika digunakan.

2. Isi terlalu penuh

Ada yang berfikir memaksimakan ruang di dalam air fryer lebih mempercepatkan kerja. Namun, sebenarnya adalah lebih baik untuk memasak pada kadar optimum bagi memastikan makanan masak secara sekata. Malah, perolakan udara juga dapat berlaku dengan lebih cekap jika terdapat ruangan antara makanan di dalam air fryer.

3. Menggunakan terlalu sedikit atau terlalu banyak minyak

Ramai percaya makanan dimasak dengan air fryer adalah lebih sihat kerana kurang menggunakan minyak. Walaubagaimanapun, ia tetap memerlukan minyak pada kadar sekitar 1/2 sudu teh bagi menjadikan gorengan rangup tanpa ‘basah’ dengan minyak. Bagi sayuran atau makanan berprotein seperti ayam atau stik, gaulkan terlebih dahulu dengan 1/2 sudu teh minyak untuk mempermudah proses masakan.

4. Tak panaskan air fryer terlebih dahulu

Sememangnya ada resipi yang tidak mengarahkan kita memanaskan peralatan tersebut terlebih dahulu. Bagaimanapun, sesetengah orang mendapati tidak memanaskan air fryer terlebih dahulu membuatkan masakan mereka tidak menjadi. Oleh itu, adalah disarankan memanaskan air fryer selama 10 hingga 15 minit terlebih dahulu sepertimana dicadangkan dalam manual pengguna kebanyakan model perkakasan ini.

5. Tak cuci peralatan dengan kerap

Setiap kali masak, kita mungkin akan meninggalkan sisa seperti cebisan kerak roti dan minyak ketika menggoreng makanan. Sekurang-kurangnya, lap air fryer setelah sejuk bagi meyingkirkan sisa makanan serta basuh dengan sabun selepas penggunaan yang lebih lama.

Walau bagaimanapun, anda juga dinasihatkan untuk mengikuti panduan dalam buku manual yang disediakan ketika anda membelinya.


Sumber : Kesilapan Menggunakan Air-Fryer

8 comments:

  1. wahh., pestaim wak dgr air fryer camni., ;p

    ReplyDelete
  2. no4 sy selalu buat nii..

    eh dahh lama xjejak blog ni :)

    ReplyDelete
  3. Boleh cuba tips ni bila ada air fryer sendiri :)

    ReplyDelete
  4. dah lama nak beli air fryer ni ,tapi tak beli lagi hahaha

    ReplyDelete
  5. tapi kan bila shida guna air fryer..mmg xbuh minyak..tp kan minyak tu keluar sdnri lg2 kalau fryer makanan ber frozen^^

    ReplyDelete
  6. Alamak . Kat umh belum ada lgi air fryer . InsyaAllah satu hari nanti nak beli jugak

    ReplyDelete
  7. insya allah ada rezeki bln dpn nk bli air fryer..

    ReplyDelete
  8. Wahh bagus info ini. At least dah tau dulu sebelum memiliki air fryer

    ReplyDelete