Dalam musim pandemik ini, ramai diantara kita yang terpaksa bekerja di rumah disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bekerja di rumah ini tahu-tahu sajalah, malas tu pastinya menjadi salah satu penghalang terbesar untuk kita melakukan sesuatu perkara.
Tahukah anda bahawa, duduk terlalu lama sebenarnya adalah tidak sihat dan boleh memudaratkan kesihatan. Nak tahu kenapa?
Portal Hello Doktor ada menjelaskan berkenaan perkara tersebut, untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasannya seperti berikut:
Siapa sangka duduk dalam satu jangka masa yang panjang boleh menyebabkan seseorang itu jatuh sakit? Untuk pengetahuan anda, risiko penyakit kanser, sakit jantung, strok, diabetes, sakit buah pinggang, dan pelbagai lagi penyakit lain meningkat jika anda jarang berdiri dan selalu duduk.
Tambahan lagi, individu yang mempunyai hidup yang sedentari (suka berehat di atas sofa, tidak bersenam, berkerja sambil duduk) sebenarnya mempunyai gaya hidup yang tidak aktif kerana mereka jarang bersenam mahupun bergerak.
Individu yang jarang bersenam mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mati mengejut. Kesan akan jadi semakin buruk jika anda duduk terlalu lama dan langsung tidak ambil berat mengenai kesihatan anda.
Menurut sebuah kajian
yang dijalankan oleh American Cancer Society, individu yang duduk lebih 6 jam
sehari mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk meninggal dunia akibat penyakit
kanser sebanyak 19%.
ELAKKAN KESAN DUDUK
TERLALU LAMA, LAKUKAN SENAMAN RINGAN.
Jika anda ingin mengurangkan gaya hidup sedentari, anda haruslah kurangkan masa yang dihabiskan dengan duduk. Di sini kami berikan anda beberapa tip untuk kurangkan gaya hidup sedentari:
- Bangun dan bergerak apabila ada iklan di kaca televisyen.
- Bangun apabila anda ingin bercakap menggunakan telefon bimbit.
- Pecahkan masa anda kepada beberapa bahagian. Cuba bergerak dan berjalan sekurang-kurangnya sekali sejam.
- Berdiri ketika berada di dalam pengangkutan awam seperti LRT atau MRT.
- Naik tangga dan bukan eskalator.
- Jika rumah anda tidak jauh dari tempat kerja, cuba berjalan atau berbasikal.
- Gunakan standing desk supaya anda boleh berdiri ketika bekerja.
- Berjalan selepas makan.
- Elakkan menonton televisyen atau berada di hadapan komputer dalam satu jangka masa yang panjang.
- Habiskan masa terluang dengan ahli keluarga. Bawa mereka ke padang atau taman permainan berdekatan supaya anda juga boleh bersenam dan menghirup udara segar.
Paling penting, elakkan
dari duduk terlalu banyak jika anda ingin hidup sihat tanpa penyakit terutama
sekali kanser!
Sumber : Hello Doktor
exercise tu baguss kann.. 😅😅😅
ReplyDeletehuhuhu kitalah tu kak ana...sekarang ni baru nak aktif belik ha...harap dapatlah konsisten heheheh
ReplyDeletethank you for sharing the tips , but i kena masok office huhuhuhu
ReplyDeleteni hah.. cuti raya cina bagi cuti seminggu bos sy. naik bosan dahh.. hud ponn agaknya bosan tgk mama n ayah nya nii.. sy mmg keje kt ofis mmg takleh keje dari rumah. kang tak jadi apaaa. boss da paham dahhhh xD
ReplyDelete1 lg kalau wfh, kan byk ddk hadap pc kan? nk elak ddk lama, keraplah minum air. so nnt akan selalu ke tandas. kiranya tidaklah kita ddk shj berjam2 dpn pc tanpa sbrg pergerakan...
ReplyDeleteUiii duduk lama2 tu penat juga tu. Jadi ada juga la bergerak2. Tak boleh nak duduk saja lama sangat
ReplyDeletepunca lemah tenaga batin
ReplyDeleteTerima kasih share ilmu ni ya. Sangat bermanfaat :D
ReplyDeletePunca Kencing Tak Lawas
Ubat Kencing Tak Lawas
Terima kasih share ilmu ni ya. Sangat bermanfaat :D
ReplyDeletePunca Kencing Tak Lawas
Ubat Kencing Tak Lawas
Terima kasih share ilmu ni ya. Sangat bermanfaat :D
ReplyDeletePunca Kencing Tak Lawas
Ubat Kencing Tak Lawas
Terima kasih share ilmu ni ya. Sangat bermanfaat :D
ReplyDeletePunca Kencing Tak Lawas
Ubat Kencing Tak Lawas