FunFact February : Biar Betul Set Periuk Dessini Macam Ni?

by - 01 February

 


Hai semua! Moga dalam keadaan baik-baik hendaknya. Rasa macam baru je masuk tahun 2021 kan tapi dah selesai 31 hari Januari. Si Corona pun dah masuk setahun dah berlegar merata-rata entah bila nak boleh selesai. 

Sebenarnya dah lama jugak aku ushar je perihal Set Periuk Dessini yang ada 6 beradik tu. Daripada Shopee buat sale sebelas-sebelas lah, Dua belas-Dua belas lah. Bukan main macam-macam produk berjoget-joget kat tv setiap bulan kan? Lama dah memikir , best sangat ke guna Set Periuk Dessini tu? Betul ke kalau guna set periuk Dessini tu semua kerja-kerja memasak jadi lebih mudah? 

Dan yang paling penting dalam banyak-banyak alasan tu adakah benar set periuk Dessini tu tak melekat bila kita guna untuk masak apa saja masakan dalam tu???

Belek punya belek, mulanya aku nak ambil Set Periuk Dessini yang warna maroon.

Tapi bila pilih set periuk warna maroon mesti kitchen tools dah sold out yang warna maroon. 

Pastu belek lagi konon-konon nak ambik yang set warna pinky-pinky pulak. Belek sana, belek sini bila set kitchen tools ada warna pinky, set periuknya pulak sold out warna pinky.

Haishhhhhh saje mempermainkan perasaan aku tau.

Sudahnya belek sana belek sini, aku buat keputusan ambik Set Periuk Dessini Dark Purple dan juga Kitchen Set 12 Tools warna Purple jugak (walaupun tak berapa Dark Purple tapi kira boleh lah asalkan masih bertemakan purple tu) 

*Mesti orang laki nak kata complicated nye lah hai orang pompuan.

Sebenarnya takdelah complicated mana.

Boleh je nak pilih set periuk color lain.

Pastu kitchen set tu color lain.

Tapi biasalah ada orang-orang yang jenis 'penyakit' OCD sikit-sikit, memang sakit mata bila warna tu berlain sikit (tapi aku takdelah OCD pun) kehkehkeh

 





Lepas dah fikir habis-habis, akhirnya yeayyyyyy dah dapat Set Periuk Dessini Dark Purple idaman hati! Sekali dengan 12 Tools Kitchen Set Purple yihaaa! 

Perasaan masa kurier datang hantar depan pintu tu alahai Tuhan aje lah yang tahu ibarat macam orang bagi hadiah kat kite pulak (pada hal sendiri beli, sendiri bayar, sendiri pulak seronok hahaha)

Okay nanti kita tengok sejauh mana keberkesanan Set Periuk Dessini Dark Purple ni.

Adakah benarrrr tidak menyebabkan masakan melekat?

Atau adakah ia akan memberi sakit hati? 

Jeng jeng jeng~ 
 





You May Also Like

9 Lovenote(S)

  1. Perasaan sama mcm shida juge hehee :)
    shida pn beli minta biru smpainya meroon aduhai~

    shida dah review skit mngenai periuk dessini ni..jemput baca :)

    ReplyDelete
  2. cantik gila warna2 yg dia ada ni

    ReplyDelete
  3. Saya pn ada 1 set warna light purple. Duk guna periuk kecik ja, bila ntah nk guna periuk besar 😁😁

    ReplyDelete
  4. 12 Tools Kitchen Set Purple tu lawanyaaaa

    ReplyDelete
  5. lps ni kompem bleh msk sedap2 sbb periuk ada bau kedai😊😊

    ReplyDelete
  6. Wah cantiknya warna purple dia..

    ReplyDelete
  7. 12 tools kitchen set tu lawoo nya dark purple. ah sudah, sat gi ni kang ada juga bukak shopee plak. na mo na mo..hati nak tapi tak ada ruang nak letak benornya. haha..

    ReplyDelete
  8. Fuh satu set . Siap peralatan masak pun purple

    ReplyDelete
  9. Cantik la warna purple dia!

    Kadang Cik TK pun macam tu, beli barang pakai duit sendiri, bila sampai rasa macam dapat hadiah untuk diri sendiri. Self reward kan.. hehe

    ReplyDelete